BUKTI KITA BANYAK GUNA PERKATAAN YANG SALAH BILA CAKAP DENGAN ANAK
BUKTI KITA BANYAK GUNA PERKATAAN YANG SALAH BILA CAKAP DENGAN ANAK. Sebagai ibu bapa yang ada anak dalam frasa nak membesar & belajar satu benda paling mencabar adalah bagaimana nak bercakap, bercerita, memberitahu atau menegah sesuatu. Kita ni Almaklum la manusia.. kadang2 ada benda yang kita terlepas cakap atau kadang2 kita macam yakin cara kita bercakap & perkataan/ayat yang kita guna tu dah cukup betul bila berinteraksi dengan anak kecil tapi tanpa sedar cara kita tu 100% salah.Yang paling banyak kesalahan kita buat adalah ketika nak menerangkan sesuatu yang tak boleh anak kecil buat. Memang susah jadi kita selalu ambil jalan mudah samada terus terang dengan perkataan "tak boleh" tanpa alasan yang membuatkan anak kecil faham kenapa tak boleh atau kita nyatakan dalam nada marah untuk buat mereka berhenti dari terus buat benda yang bagi kita salah tu.
Aku ni bukan la pandai sangat.. Bukan la nak tukar niche blog rojak ni jadi blog parenting pulak kan. Cuma bila kita ada info menarik kita share2 la dengan orang lain. Ada satu artikel yang aku baca ni tentang bagaimana memlih perkataan atau ayat yang betul bila bercakap dengan anak. Aku jamin kebanyakkan dari kita memang 50% - 90% melakukan kesilapan dalam cara bercakap & memberitahu anak anak tentang sesuatu. Tak caya korang baca kat sini >>Adakah anda menggunakan kaedah yang betul untuk bercakap dengan anak-anak anda?<<
Bukan sahaja seorang anak melalui proses pembelajaran semasa membesar kita jugak sebagai ibu bapa lahirnya seorang anak auto kita kembali belajar untuk menjadi seorang ibu @ ayah. Jadi kita sama2 kena belajar, ye dak? Sebab bukan lahirnya anak kita terus jadi pandai jadi mak bapak. Kalau ada orang rasa macam tu memang confident dia paras bahaya jugak la. hahahaha