Showing posts with label lembaga hitam di bilik hotel. Show all posts

SERAM! MISTERI BILIK BERNOMBOR 403,203 & 450 HOTEL TIONG BAHRU ROAD

SERAM! MISTERI BILIK BERNOMBOR 403,203 & 450 HOTEL TIONG BAHRU ROAD. Aku rasa la kan.. salah satu port hantu paling suka adalah hotel. Sebab sepanjang aku menjadi pemburu kisah seram ni memang banyak kisah seram melibatkan hotel. Mungkin hantu sekarang pun dah demand. Apa barang duduk rumah buruk ye dak.. taste hantu sekarang pun dah berubah. Semua nak menyedap kat hotel je. Almaklum la hotel ada aircon, tilam empuk, katil ada orang kemas..

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

So malam ni bersempena bulan April katanya.. (erkk apa kena mengena bulan april dengan cerita hantu pun tak tau la.. hahaha) aku nak share satu kisah seram yang melibatkan sebuah hotel Tiong Bahru Road, di singapore. katanya bilik 403,203 & 450. ketiga tiga bilik ni pernah berlaku kematian.

Alkisahnya seorang pegawai security yang pernah bekerja di situ berkongsi cerita seram yang melibatkan semua bilik tu. Katanya bilik 403 pernah berlaku kematian seorang tetamu kat situ akibat sesak nafas. dalam laporan mengatakan tetamu bilik tersebut membuat panggilan meminta bantuan kerana dia sakit dada. So pihak hotel terus menghubungi ambulans.. tapi malangnya bila ambulans sampai penghuni bilik tersebut di sahkan meninggal dunia. Tapi pegawai security ni rasa ada sesuatu yang tak kena dengan hotel tu.

kejadian kedua pulak selepas dua bulan kes kematian di bilik 403.. kali ni melibatkan bilik 203 pulak. Benda yang sama berlaku pada tetamu bilik 403. Sesak nafas kemudian meninggal dunia. Bila selesai siasatan semua.. dia cuba check cctv.. alangkah sedihnya... haa.. haa... hati ku. parap parap.. op's sorry ternyanyi pulak. sambung balik cerita tadi. alangkah terkejutnya bila dia nampak ada lembaga hitam di depan pintu bilik 203 sebelum tetamu tu buat panggilan ke pejabat utama masa kejadian. Mula2 memang tiada apa yang pelik berlaku tapi selepas pintu lift terbuka & ada 4 orang lalu di depan bilik tu baru muncul lembaga hitam tersebut.

Selang dua bulan kejadian yang berlaku di bilik 403.. satu lagi kejadian berlaku di bilik 450. Ada guesst terjun dari tingkat empat & mati serta merta di tempat kejadian. Yang pelik si mati tu tak pakai kasut tapi pakai stokin katanya. Lebih pelik lagi katanya pintu depan hotel ada pasu bunga di sebelah pintu tapi tak tau sapa alihkan & simati jatuh lebih kurang 2 inci je dari pasu bunga tersebut. Nak lagi pelik.. posisi jatuh simati tu tak macam orang mati jatuh dari tempat tinggi tapi mayat dia macam orang tidur mengiring. Normally orang jatuh tempat tinggi ni mesti ada apa2 la yang patah tapi simati tak ada pulak patah kat mana2.

Sempat pegawai security tu curi2 ambil gambar tanpa pengetahuan pihak hotel & pihak polis tapi yang lebih seram berlaku lepas dia ambil gambar tu adalah.. pada esok harinya bila dia check handphone.. gambar tu dah tak ada. Semua kejadian melibatkan kematian tu katanya berlaku kepada guesst mat saleh yang suka mabuk, bawak perempuan dalam bilik & menginap lama kat situ. Kejadian ketiga tu adalah kejadian misteri yang pegawai security tu tengok kat situ sebab lepas tu dia terus berhenti kerja.

Moral of the story hantu hantu sekarang dah pilih tempat high class bukan dalam hutan belantara & rumah usang dah..  so kemana je pun kita pergi atau menginap amalkan la ayat2 al quran sebagai pendinding. Nak2 lagi yang nak beli & tinggal kat rumah mewah kat kotaraya ni memang jin & syaitan suka sangat la. Almaklum la gaya mewah katanya. Kalau macam aku mampu tengok je buat masa ni. Tapi kalau jin & syaitan memang bila2 masa je dia mampu tumpang rumah orang tanpa was was kecuali rumah orang orang yang mengamalkan ajaran agama. Kesimpulannya tak guna beli rumah cecantik kalau setakat nak share dengan hantu. Macam tu jugak tak guna bayar hotel mahal2 kalau malam tidur tak lena asyik kena sakat. hehehe

Sumber cerita : Kisah Seram - Hotel Berhantu Di Tiong Bahru

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com