PELAKON WATAK ALI SETAN, AZMIL MUSTAPHA MENINGGAL DUNIA
PELAKON WATAK ALI SETAN, AZMIL MUSTAPHA MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Azmil Mustapha yang di khabarkan telah meninggal dunia lebih kurang pukul 1 petang tadi.Semua orang tahu Pelakon Azmil Mustapha yang pernah popular dengan Filem Ali Setan antara pelakon yang popular sekitar tahun 80an. Banyak filem2 yang di bintangi & memegang watak hero.
Allahyarham Azmil merupakan bekas mahasiswa dari Universiti Indianna, Bloomington, Amerika Syarikat (AS). Menuntut selama lima tahun di Universiti Indiana dengan membawa pulang segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Filem, Radio dan Televisyen ketika kembali ke Malaysia pada tahun 1979.
Ustaz Azmil Mustapha (1 Januari 1953 - 14 Februari 2018) adalah seorang pelakon dan penceramah lelaki Malaysia yang pernah menjadi fenomena pada lewat tahun 1980-an di Malaysia. Bermula dengan filem yang mencecah kutipan Box Office iaitu filem Mekanik (1983) yang turut dibintangi Lagenda bola sepak tanah air iaitu Dato' Mokhtar Dahari sebagai pemain undangan.Antara filem yang turut melonjakkan nama beliau adalah Ali Setan (1985), Ali Setan 2 (1986) dan Suara Kekasih (1986). Gandingan paling ideal pada era tersebut adalah antara beliau dan Fauziah Ahmad Daud. Selain itu antara filem-filem yang turut mendapat sambutan adalah seperti Driving School (1990), Iman Alone (1998) dan Fifty Cent (1991). Memenangi anugerah Aktor Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-6 (1986) - Filem Ali Setan. Beliau bersara ketika nama beliau di kemuncak kerjaya sekitar 1980-an, Namun beliau tidak pernah kesal dengan keputusan yang diambil
Sumber : Wikipedia
Marilah kita sama sama mendoakan semoga Allah mengampuni dosa dosa Allahyarham & menempatkan dia bersama orang orang yang beriman.
Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati. Semoga keluarga Allahyarham redha dengan pemergian insan tersayang.
Marilah kita sama sama mendoakan semoga Allah mengampuni dosa dosa Allahyarham & menempatkan dia bersama orang orang yang beriman.
Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati. Semoga keluarga Allahyarham redha dengan pemergian insan tersayang.