Showing posts with label berdiri. Show all posts

BUDAK PENDEK YANG TAK PERNAH DAPAT DUDUK BILA BERGAMBAR

Sapalah gamak budak pendek yang malang tu yer.. Kesian. tak pernah dapat peluang duduk bila bergambar dengan kawan kawan sekelas masa sekolah. Kejamnya cikgu dia kan? Sampai hati tak bagi dia duduk. Dah la dia pendek... suruh dia berdiri. Yelah.. dah pendek kalau duduk confirm la nampak lagi pendek katanya. Hahahaha... Wajib bersangka baik dengan cikgu, hokay!!


Ni la padah bila di seludup masuk ke group whatsapp kengkawan masa sekolah rendah dulu. Dah puluh tahun terpisah.. Tetiba berkumpul dalam satu kumpul meng'terobek' kisah2 lama masa zaman belum akil baligh. Kisah aku yang takut jarum haruslah paling orang ingat. Asal nurse datang untuk bagi suntikan, mesti ada babak nurse kena kejar aku satu sekolah. Aku jenis time berbaris nak tunggu turn je aku tak lari.. sampai turn aku confirm berdesup macam lipas kudung aku lari menyelamatkan diri dari jarum suntikkan walau tak pernah berjaya pun dari tak kena inject. Sampai la ni katanya... Aku masih takut dengan jarum suntikkan. Hahahaha

Bila masing2 dok upload gambar masa sekolah.. Nak2 lagi gambar kelas darjah ni hampir semua gambar aku memang tak ada satu pun berpeluang duduk di barisan hadapan. Semua berdiri. Paling sedih gambar darjah dua kot.. dah la kena berdiri kat barisan kedua belakang langsung muka tak nampak. Awat la cikgu letak aku tang situ... Ni pengajaran buat semua cikgu2... nak ambil gambar untuk kelas.. yang pendek tu pastikan letak kat depan. Bagi peluang muka depa menyerlah jugak dalam gambar tu. Kalau tidak jadi kenangan penuh airmata katanya macam aku... hahahaha


 gambar aku kat barisan kedua sebelah kanan yang nampak sipi2 je muka. Aku berdiri pun still pendek even kawan yang kat depan tu duduk. Hahahaha... pendeknya aku.

Nasib baik ada jugak gambar even berdiri tapi di tepi depa depa yang duduk di barisan hadapan. Nampak la muka kpop dengan gaya japanese style stokin panjang aku tu. Hahahaha... Maybe sebab aku pakai pinafore kot tak dapat merasa duduk atas kerusi masa bergambar even aku pendek. Yelah.. nampak tak sedondon dengan yang lain berbaju kurung. Tak pa la tak dapat duduk barisan depan masa bergambar sebab aku sentiasa dapat berdiri kat barisan depan setiap kali perhimpunan. Tang tu memang dari sekolah rendah sampai menengah tak dak chance nak duduk belakang. tak boleh la nak bergosip masa cikgu berucap. hahahaha


 Gambar ni kira cikgu simpati la walau aku tetap tak merasa nak duduk atas kerusi barisan depan. Dia letak aku kat sudut yang boleh nampak dari hujung kaki sampai hujung rambut katanya. Tu yang nampak aku memang kpop+ japanese style dari kecik. Stokin panjang Uolls.. yelah.. pepagi nak tunggu bas sekolah nyamuk banyak dok gigit kaki. (p/s : kpop la sangat.. aispop ada la kan? hahaha)

Moral of the.. yang pahit tu bila jadi kenangan mesti jadi sweet like kencing manis. Even aku maybe masa tu sedih sebab tak merasa duduk di depan masa bergambar tapi bila tengok balik aku rasa macam nak masuk dalam poket doremon pergi balik ke zaman tu. Ya Allah.. indahnya jadi budak budak.. walau kadang2 takut nak pergi sekolah sebab cikgu garang.

CORONG KHAS UNTUK PEREMPUAN KENCING BERDIRI

Apa ke gila makhluk akhir zaman ni. Yang pelik2 & tak senonoh jer depa nak cipta. Elok2 kencing duduk dah nak kencing berdiri. Konon perempuan sekarang boleh buat semua yang lelaki boleh buat termasuk kencing berdiri tanpa menyebabkan seluar basah. Awat la tahap cerdik hangpa ni sampai jadi bengong level paling tinggi.


Tertengok orang share post gambar corong yang di reka khas untuk kaum perempuan guna untuk kencing berdiri. Ya Allah.. darurat sangat ke sampai tak boleh nak mencangkuk & kencing. Perlu ke kencing berdiri? Apa yang mudah sangat kencing berdiri. Kencing berdiri tak perlu basuh ke? Tak bau hancing ke?


Aku tak tau apa kebaikkan & kemudahan guna corong kencing ni.. Nak mudah kencing tepi pokok, dalam semak macam orang lelaki selalu buat ke? Gamak ke orang perempuan nak buat benda camtu. Silap haribulan jadi mangsa rogol pulak. Dah tu macam banyak kerja pulak. Kalau yang jenis pakai kain nak selak, nak pakai corong kencing tu lepas tu baru boleh kencing. Lagi senang pergi toilet.. duduk/cangkung kemudia kencing. Sopan pun sopan.. bersih pun bersih & selamat tu Insya Allah selamat.

Hope aku takkan terserempak dengan mana2 perempuan kat Malaysia pakai corong ni kencing tepi pokok atau dalam semak. Kalau aku nampak aku sepak bontot dia hahahhaa

Moral of the story.. Moga kita terhidar dari terpengaruh dengan trend2 gila dari barat ni.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com