Posts

Showing posts with the label kisah ibu

CERITA TENTANG SEEKOR IBU

Image
Minggu lepas dalam keadaan selera makan kurang stabil tapi hubby ajak makan ayam golek pulak kat sg buloh. Dia je la yang makan.. Sang lekit cuma jamah sikit nasi goreng & lala macam biasa tukang tengok orang makan. Kang lala makan terkejut pulak semua orang, kan?? Kan?? Tengah menikmati makan tu datang la seekor ibu duduk dia bawah meja minta sikit makan. Macam biasa hati ni takkan tergamak nak melantak tanpa berkongsi rezeki dengan seekor ibu comel tu. Dari jauh sang lekit nampak 2 ekor anak dia asyik betul main. Lincah & comel jugak. Jadi memandangkan ayam golek pun order seekor bagi la seketul kat seekor ibu ni. Kali pertama sang lekit bagi dia makan.. dia makan. Tak gelojoh. Sopan jer.. Habis dia makan, dia tunggu lagi. Sang lekit fikir dia lapar lagi.. Bagi la. Tapi kali ni dia gigit terus dia bawak pergi. Sang Lekit tengok arah dia pergi. Rupanya dia pergi pada anak - anak dia. Dia letak seketul ayam golek yang sang lekit bagi tu depan anak - anak dia. Tersentuh hati...

CERITA DI WAD BAYI : PAKAT DOK TAYANG PERUT PULAK

Lagi kisah di wad bersalin masa Shahila @ Cik Lala di tahan kat wad sebab kuning. Kalau entri sebelum ni ( CERITA DI WAD BAYI: BERSALIN SENDIRI DI RUMAH) cerita pasal pengalaman bersalin & kisah di sebalik perkahwinan ibu - ibu beranak sulung kat wad bayi kali ni kisah tayang perut. Apa cerita di sebalik tayang perut ni.. Jom kita kopek isi kisah ni. Biasa la bila petang2 baby pun tak meragam.. Ibu - ibu kat wad mula buka forum. Macam - macam la cerita keluar. Yang ada pengalaman berkongsi tips, petua penjagaan selepas bersalin. Produk2 yang dorang guna. Si Ibu muda 17 tahun mula buka cerita pasal perut dia yang pecah2 & berparut. Dia pun selak la baju tunjuk kesan parut & pecah2 kat perut dia tu. Ada sorang akak dari wad sebelah datang lepak kat wad kitorang pun bagi la petua kat si ibu muda ni. Tapi petua2 dia macam tak berapa best. Ada di suruh sapu losyen jer.. Sang lekit cadangkan la dia guna Bio Oil.. dia kata mahal. Sang lekit bagitau la tak mahal mana.. botol yan...