Showing posts with label vote. Show all posts

PERHATIAN! PILIHANRAYA MEDIA SOSIAL SUDAH BERMULA.JOM UNDI.

PERHATIAN! PILIHANRAYA MEDIA SOSIAL SUDAH BERMULA.JOM UNDI. Mesti ramai yang mula berkempen meraih undi sekarang ni kan. Ada lagi ke tetiba ada blogger yang tak pernah kenal datang beramah mesra kat komen korang & hujung komen caption 'Jangan lupa vote' bagai? Setakat ni kat blog aku takde la kan.. Maybe kempen macam tu dah tak di pratikkan sekarang. Dah tak berkesan kot. Almaklum la blogger2 sekarang pun demand.. Depa vote orang yang depa kenal & support antara satu sama lain je. Yang nak ambil kesempatan time2 nak meraih undi depa dah tak layan katanya.


Mukadimah panjang2.. mengundi untuk apa tak cerita pun. Lupa la pulak.. Hari penamaan calon dah habis sekarang hari hari meraih undi la pulak untuk DiGiWWWow Awards 2015. Aku tengok jugak siapa yang calonkan diri tapi macam aku tak kenal je semua pencalon macam mana nak vote. Tak best la pulak nak bagi vote kesian ni.. Macam vote tu tak telus. Aku nak vote orang yang betul2 aku rasa layak menang jer. Kalau tak kenal macam mana aku nak judge, ye dak.

Tapi aku tengok jugak yang mana buat aktiviti yang berfaedah menjurus kepada aktiviti amal & kebajikan tu aku vote la jugak. Tapi blogger2 yang pemes emes katanya tak nampak pun calon kan diri. Depa tak minat la kot.. Atau takut kalah? Maybe2 blogger2 yang aku rasa pemes emes di sekitar aku tu tak calon tapi blogger pemes emes lain yang aku tak kenal ramai kot yang calon. hahahaha.. tak lah tak semua minat untuk bertanding dalam DiGiWWWow awards. Maybe anugerah macam ni bukan level2 depa. Mungkin mereka perlukan anugerah yang lebih besar baru setanding dengan pengaruh & populariti seantero alam maya katanya.


Jadi warga alam maya yang aktif bersosial di media sosial inilah masa anda melakukan tanggungjawab sebagai pelayar internet tegar dengan mengundi mereka2 ni kat sini >> Anda Tentukan Siapa Yang Layak Menang RM10,000 <<

Alah setakat clik vote je mungkin kita tak untung apa2.. tapi kita jugak tak rugi apa2. Anggap je vote tu satu sedekah. Vote la kepada mereka yang memberi kepentingan kepada orang lain di alam maya ni bukan mereka2 yang hanya menjual nama demi keuntungan peribadi. Saya sudah.. anda bila lagi? Lakukan sekarang

AJAR ANAK KECIL MENGEMIS DI MEDIA SOSIAL

AJAR ANAK KECIL MENGEMIS DI MEDIA SOSIAL. Ramai antara kita yang tak sedar kita sedang ajar anak kita jadi pengemis di media sosial. Ramai sangat rasa dengan mengemis di media sosial ni tak nampak macam orang tak bermaruah tapi nampak sweet like kencing manis. Yelah mengemis secara online ni bukan kena tadah mangkuk duduk tepi kaki lima dengan muka & baju comot. Dengan muka comel baju cantik2 lagi senang nak mengemis. Sebab konsep mengemis kat media sosial ni lain sikit.. Yang di rayu juga bukan duit atau makanan. Nak tau mengemis apa.. meh baca.

Benda yang dah jadi trend tapi orang pandang perkara tu macam anak aku selalu sebut.. "alah.. kecik jer!" Kecik sebab dia masih kecil tapi akan jadi masalah besar bila dia membesar dengan di biasakan diri menjadi seorang attention seeker di media sosial. Bila dia rasa cara tu orang bagi perhatian pada dia sebab mak bapak dia dah ajar dia dari kecik.. Nak kalau kau rasa nak orang sedar akan kewujudan kau di muka bumi ni kau kena buat macam ni. Kau kena buat benda2 bodoh sebab orang Malaysia memang suka sensasikan benda2 bodoh sebab tu kat Malaysia orang buat benda bodoh lebih cepat di kenali & dapat banyak peluang termasuk jadi retis. Manalah tau Dato terlajak laris offer kau berlakon iklan produk dia nanti. Jadi.. kau kena biasakan diri dengan buat benda2 kurang cerdik di media sosial bermula dari sekarang. Lama2 kau ada jadi pakar mengarut paling berprestij di alam maya.


Aku tak tahu la mak bapak jenis ni kategori apa? Nak beli anak mainan pun perlu undian dari orang ramai.. masa kau nak beromen buat anak takde pulak kau minta orang vote. Like kalau ada setuju kami berjimak untuk buat anak malam ni. sejuta LIKE kami akan berjimak. Dah dapat anak hasil jimak tu nak membela gigih sangat kau nak orang vote dengan like bagai. Watdehek!! Takde sebab lain spesis macam ni memang berangan nak jadi popular dengan benda tak pekdah macam syasya salero, cikgu shida & ramai lagi la. Bermula dari seorang attention seeker yang kreatif cipta idea kurang bijak maka berpusu2 orang lain tiru.

Tak pepasal dok makan kutuk orang jer. Apa ingat orang nampak kau mak bapak sweet ke buat macam ni??

Bila kita dah dedahkan benda2 macam ni kat anak dari kecik nanti besar dia buat benda bodoh yang memalukan kita kat laman sosial jangan cakap bukan salah ibu mengandung & bukan salah ayah menanggung yer nak..padahal kalau di flashback balik sebenarnya kesilapan tu kadang2 berpunca dari didikan kita sendiri. Nak jadi mak bapak yang cool & trendy bukan dengan buat benda2 bodoh yang guna gambar anak macam ni. Kalau betul korang ibu yang memang jenis cool, trendy & urban meh tengok sini apa yang korang kena buat >> 5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia! <<

Lagipun tak perlu rendahkan harga diri kita dengan tunjuk kat orang macam kita macam terdesak sangat. Penting sangat ke populariti kat laman sosial dalam hidup kau?? Dah la kau jual muka anak kau yang innocent tu lepas tu malukan dia dengan perangai kau yang nak mengemis perhatian tu. kalau kau rasa nak beli mainan untuk anak tu beli je la.. tak payah ajar anak kau jadi pengemis di media sosial. Lagi bagus kau ajar anak aku menabung dari menabung like kat gambar dia yang kau post. Totally tak ada faedah langsung.

Moral of the story.. Jangan jadi kejam terhadap anak secara halus. Kadang2 kita melanggar hak privacy seorang anak hanya kerana dia seorang anak kecil. Ramai mak bapak sekarang dah tak jaga privacy seorang anak di media sosial. Ada yang upload gambar bogel anak tanpa rasa bersalah tu paling aku rasa kesian sangat.

BLOGGER MINTA DERMA UNTUK iPAD MINI

 Sapalah gamaknya blogger tak malu tu kan? Minta derma untuk iPad Mini 2.. Ada ke orang nak derma untuk dia? tak tau la nasib dia camna kan.. Manalah tau ada orang simpati kat dia kan, so try je la.. kekekekeke

Yang Nak minta derma kat korang ni aku la blogger tu. Hope sudi sudikan la menderma untuk aku yang tak berdaya tanpa bantuan korang. Tak luak pun duit dalam account bank korang kalau tolong derma untuk aku dapat iPad Mini ni katanya...

Sumber google

Bukan la aku nak minta derma sorang singgit... Aku just nak minta derma sorang satu clik jer. Aku ni jarang2 la nak join apa2 contest nak2 lagi kalau perlukan vote atau clik sebab aku sedar diri aku tak ada FAN atau pengaruh tapi sebab makin sedar diri aku ada kengkawan yang baik kat sini maka tanpa malu2 siput sedut aku nak minta la tolong semua clik.

Tak susah kan permintaan aku. Kalau tak dapat banyak, sorang satu clik pun dah cukup. Disamping tu korang boleh jugak dapat sample percuma pembersih & pencerah Miss V. Jadi pada yang sudi boleh la clik kat sini iPad Mini Contest.


Semoga dengan kemuliaan & ke'baik'kan hati korang Allah limpah kurniakan rezeki & kebahagian berpanjangan buat korang semua. Tolong la clik sebelum 25 febuari 2015 yer. Majulah contest untuk blogger kekekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com