Showing posts with label block. Show all posts

TIP UNTUK ELAK DARI DI SAKITI OLEH RAKAN MEDIA SOSIAL

TIP UNTUK ELAK DARI DI SAKITI OLEH RAKAN MEDIA SOSIAL. Aku tengok ramai jugak yang stress kat media sosial even benda tu hanya melibatkan perkara remeh kat media sosial. Selalunya sebab tak puas hati la. Aku ni pun tak terkecuali ada jer orang aku meluat & rasa macam tak puas hati dengan dia.. Tapi selalunya apa yang berlaku kat media sosial aku biarkan benda tu kat media sosial jer.. Tak sampai nak kena menangis atas riba laki ka hapa.. Kebanyakkan aku tak share pun dengan laki aku sebab banyak topik lain lagi kami nak jadikan topik perbualan antara laki bini. Gaduh dengan kengkawan kat media sosial nak mengadu domba dengan laki.. Tu cara budak budak sangat bagi aku.


Kadang2.. bukan orang yang buat kita stress kat media sosial ni tau. Kita sendiri yang cari bala untuk bagi tekanan kepada diri kita sendiri. Kalau kita tu kental & kenyal untuk hadap mulut2 puaka orang kat media sosial ni ok la... Ni dah tau hati tu umpama tisu jamban yang kena air terus lunyai, nak jugak tu cari pasal menyakitkan hati sendiri. Tisu jamban ni untuk lap bontot jer.. So yang jenis hati tisu jamban tu jangan la berlagak macam kain serap air yang takkan lunyai bila kena air. Kalau dah kualiti tahap tisu jamban tu sila la sedar diri. Bertindak mengikut kemampuan sendiri.. Jangan cuba buat apa yang kita sendiri tak mampu nak terima. Perkara tu seolah olah kita sedang menyakiti hati kita sendiri bukan orang yang menyakiti hati kita sebenarnya.

Antara perkara yang aku rasa yang orang suka buat tapi bukan semua.. dia dah unfriend, blocked bagai tapi tetap stalk orang yang dia rasa menyakitkan hati? Hangpa sendiri fikir.. apakah perbuatan tersebut perbuatan orang bijak? Mustahil la kan.. Dah kau tau dia manjang suka sakitkan hati hang.. hang gigih dok stalk dia buat apa. Bila dia tau hang still dok stalk dia.. Lagi syok la dia dok psycho hang. Ada orang memang macam tu.. Lagi dia tau orang stalk dia lagi dia psycho.. Aku la tu. Memang aku lagi psycho sebab aku nak orang tu berhenti stalk aku. Dia nak kata apa kat aku dia punya pasal.. Sapa suruh dia stalk aku. hahahaha

Kita kalau tak suka orang tu jangankan nama, bayang2 dia pun kita kalau boleh tak mau dekat dengan kita kan? Tapi ada orang mulut kata benci tapi hati rindu selalu.. Nak tau jugak apa dia tulis & post kat status dia tiap2 hari. Lepas tu sakit hati.. So, kalau hangpa rasa nak bahagia & happy kat media sosial.. bukan takat unfriend & blocked je orang hangpa tak suka tapi jangan sesekali stalk dah apa2 aktiviti dia. Anggap dia dah pupus kat mukabumi ni. Hangpa move on ja.. Insya Allah bahagia & happy hangpa bersosial di media sosial. Tiada apa lagi yang mampu mencalarkan sekeping hati nan suci bak embun pagi hangpa tu katanya.

Moral of the story.. kadang - bukan orang yang buat kita stress& tertekan tapi kita sendiri yang buat diri kita jadi stress & tertekan cuma di sebabkan kita rasa kita tu always positif sangat so kita asyik tunding jari kat orang & manjang tuduh orang ada penyakit hati sedangkan lupa nak check hati kita sendiri. Dok kata hati orang busuk.. hati sendiri dah jadi bangkai pun tak sedar katanya. Kalau dah dia ada penyakit hati yang hang berhati suci gigih dok membontot dia buat apa.. Bila kena telan kentut, nak salahkan orang ada penyakit hati bagai. Orang suka membontot orang ni memang la asyik sedut kentut orang ja la so terimalah kentut itu seadanya. hehehehe peace yo!

CARA NAK BLOCK KEMBALI ORANG YANG DAH BLOCKED ANDA DI FACEBOOK

CARA NAK BLOCK KEMBALI ORANG YANG DAH BLOCKED ANDA DI FACEBOOK. Konon dah bertahun kau ada account facebook tapi sebenarnya kau masih banyak tak tau tentang fungsi yang ada kat facebook ni. Masih banyak yang perlu kau explore.. Aku cakap pasal diri aku jer. Entah kenapa hari ni tetiba nak terjah kat bahagian setting facebook.


Aku ni bukan la jenis rajin sangat nak block orang.. Unfriend pun kadang2 bukan sebab aku benci sangat pun. Maybe aku rasa untuk kekalkan hubungan baik tu better la keep in touch kat social media yang lain bukan kat facebook. Facebook ni sedia maklum la tempat masing2 meluahkan perasaan tak kira perasaan suka, duka, tak puas hati, gembira bagai. Mungkin di sebabkan tu kadang2 kita berkawan kat IG & blog tu lebih baik dari facebook. hahahahha

Aku ada la jugak beberapa nama yang dalam  blocked list aku tapi takde la panjang sangat. Orang yang bagi aku memang aku tak suka sangat je aku block ni. Nak2 jenis pretend macam baik, macam teraniaya sangat dengan aku padahal.. lagi syaiton nirrojim tu. Aku memang terang2 nampak dah kat mana buruk & kat mana baik. Yang jenis sesumpah ni.. aku je tau. Tak kisah la benda tu aku tahu dari orang lain yang menjadi informer.. Tapi yang pasti aku anggap tu cara Allah nak bagitahu aku dengan siapa kau patut berkawan & dengan sapa kau patut jauhi. Talam dua muka ni bahaya.. depan kita idola belakang lain pulak ceritanya. Kitalah sejahat jahat manusia.. kaki fitnah bagai. Jadi orang2 camtu duduk la kau dalam blocked list even aku tahu blocked someone tu belum tentu boleh buat orang tu tak stalk kita. Nak buat fake account bukan susah.. nak2 lagi aku jenis public je post aku. Semua orang boleh baca & komen tak kira yang ada dalam friendlist atau tak.. Takpe sekurang kurangnya banyak sikit dia kena buat kerja kalau nak stalk kan? hahahaha

cuma tutorial ni sekadar info je.. Sebenarnya aku pun baru tahu yang kita masih boleh block user facebook yang terdahulu blocked kita. Orang  yang acah acah macam haters sangat kadang2 dia block sekejab jer lepas tu dia nak stalk kita dia unblocked balik. Lepas habis stalk dia blocked. Sebab dia banyak masa terluang la katakan.. Takde kerja bermanafaat yang lebih menguntungkan dia nak buat la.. Jadi untuk mengelakkan orang yang kita tahu memang dah blocked kita dari awal, unblocked sebab nak stalk kita.. maka kita block dia balik. Caranya mudah jer.. Kat bawah ni ada tutorial bergambar


clik setting kat icon macam bentuk segitiga tu. Ni website views yer

clik blocking yang kat menu sebelah kanan tu. Kemudian dia akan keluar paparan macam nombor 2 & nombor 3. Taip ke nama user facebook yang anda nak block clik button block (no 3).

Dia akan keluar senarai nama user macam ni so pilih jer siapa yang anda nak block even orang tu dah terlebih dahulu blocked anda pun still akan keluar nama dia.
Untuk mobile views tutorial dia kat bawah tapi aku guna facebook lite jer ni. Maybe appearance dia lebih kurang kot dengan full version

Clik/touch kat icon yang ada 3 line tu untuk bukan setting. Clik/touch menu setting
clik/touch pada account setting
clik/touch pada blocking
Akan keluar paparan macam ni cuma taip nama profile facebook insan bertuah yang bakal kena block tu
Dia akan keluar senarai macam ni. Nama jemah tu sebagai contoh je ok

Senang kan? siap bagi tutorial bergambar pun takkan tak reti lagi kot. Belajar la explore jangan tunggu orang suap sampai ke otak. Asyik kena suap je lama2 otak boleh tepu jugak ok. Tu yang asyik takde idea & suka ciplak idea orang. Sebab malas guna otak untuk fikir. So, sila rajin berfikir & rajin belajar yer.

Semoga perkongsian ni membantu anda yang memerlukan. Lepas ni tak payah susah2 dah.. kalau ada orang blocked hangpa.. hangpa pun boleh block dia balik. Block la sampai mereput.. hahahaha

CARA MUDAH UNTUK TAHU SIAPA UNFRIEND & BLOCK ANDA DI FACEBOOK

CARA MUDAH UNTUK TAHU SIAPA UNFRIEND & BLOCK ANDA DI FACEBOOK. Salam pagi ahad.. Weekend pun gigih tau cheq update blog nak cover balik 2 hari cuti tu hahaha... Misi tahun ni nak tulis 2K entri katanya.. entah tercapai entah tidak tu tak penting yang penting ada target. Bila ada target ni jadi rajin sikit nak kejar target tu kan..


Ok hari ni cheq nak share macam mana korang nak detect orang yang unfriend, block, unblock & close account kat facebook. Sebenarnya tak jadi satu kepentingan pun korang tahu semua tu.. Cuma bagi yang rasa perlu & penting perkara tu dalam hidup mereka boleh la Install satu aplikasi kat play store ni..

Aplikasi tersebut di namakan 'Who Unfriended Me?'. Benda ni secara kebetulan je aku jumpa kat playstore beberapa minggu yang lepas. Nak cari aplikasi lain tapi ternampak aplikasi ni sesaja try install & nak tengok macam mana dia berfungsi. Bukan aku kesah sangat pun sapa nak unfriend, block bagai.. Asalkan benda tu tak jejaskan traffic blog.. Not Big Deal bak kata omputih. Kalau orang melayu cakap.. Ada ku kesah! Lagipun account Facebook aku memang setting public.. friend ke tak friend semua boleh baca, like,share & komen kat post aku. Aku mengamalkan konsep.. 'Stalker U're Welcome' katanya. hahahahaha...

Kalau korang nak sentiasa ada notification sapa yang friend, unfriend,block,unblock & close account kat facebook.. Korang boleh ke playstore & search kat playstore 'Who Unfriended Me?' Lepas tu Install jer..


Tiap kali kalau ada orang yang baru friend, unfriend, block atau unblock dia akan bagitau melalui aplikasi tu. Kalau kawan2 korang close atau delete account pun dia akan mention jugak. So takde la korang touching kan.. konon tetiba kawan sendiri delete korang dari friendlist padahal orang dah close account hehehe


So lepas ni kalau tetiba friendlist korang yang beribu lemon tu tak payah tertanya tanya lagi sapa yang unfriend & block bagai.. Semua akan di bongkarkan melalui applikasi ni ok!

Apapun kalau nak bahagia tak payah kisah sapa nak unfriend & block kat FB.. Fokus untuk berjaya sudah.. Bukan je korang boleh hidup bahagia malah boleh berjaya dengan gilang gemilang & terbilang. hehehehe

CARA NAK ELAK BACA STATUS KAWAN YANG KITA TAK SUKA KAT FACEBOOK

Kadang2 bukan benci cuma rasa Annoying je dengan sesetengah kawan kat friendlist kita kat FB. Bukan la nak putus kawan tapi rasa kalau kita dok baca status dia hari2.. mungkin boleh berlaku @ terjadinya putus kawan jugak. Nak unfriend atau block tu memang nampak sangat nak putus kawan. Pening sangat... tak tau dah ni nak buat lagu mana.. Serba salah. Nak tegoq satgi terasa.. tak tegoq kita yang macam sakit jiwa dok baca post2 dia.


Jangan risau.. setiap button yang tercipta kat Facebook ni ada fungsinya. Cuma kadang2 kita takde info & kita tak tau fungsi yang ada pasa setiap button tu buat kita hidup dalam dilema pulak. Di luah mati mak, di telan mati bapak. Jadi luah pun tak payah... telan pun jangan. Kalau kita berdepan dengan kawan yang kalau kat luar ok jer dia.. tak la meroyan sangat macam kat FB kita cuma perlu unfollow jer dia kat FB.

Masih ada yang tak tahu fungsi button unfollow ni sebab tu aku buat entri. Yang dah tau tak payah la nak mencebik sangat yer... Kecil bagi kita tak semestinya remeh jugak bagi orang yang tak tau. Jadi info yang kecil ni kadang2 boleh bantu ramai orang.

Tutorial bergambar ni aku buat khas bagi mereka yang tak tahu macam mana nak unfollow friends kat FB. Ikhlas dari hati katanya... kekekeke

Button unfollow fungsi dia bila kita tak nak tengok apa2 update dari kawan dalam friendlist FB kita tu tapi jangan risau kalau kita unfollow takde sapa akan tau selagi kita tak bagitau & kita masih kekal dalam friendlist kawan kita tu.. so dia pun tak syak apa2 la sebab selagi dia follow & friend dengan kita dia still boleh nampak update kita. Unfollow ni cuma kita tak ikuti lagi la apa2 update atau perkembangan dia kat FB jadi selamat la mata kita dari lihat cerita2 yang merimaskan, menjengkelkan atau memualkan.. maka terselamat jugak jari kita dari taip komen2 yang mungkin menyebabkan terjadinya pergaduhan atau perbalahan.

Bila kita tak mampu control kata2.. maka control lah apa yang kita lihat sebab banyak dari kita ni akan berkata kata tentang apa yang kita lihat & rasa,kan?? So selamat mencuba.. moga jiwa anda tak sakit lagi dengan post2 merepek kengkawan anda kat FB. Peace!


BINI ARTIS SENTAP KRITIK SYASYA SOLERO TERUS BLOCK AKU

Petang semalam semasa berjalan jalan di news feed FB terserempak dengan gambar2 yang di upload oleh seorang retis lelaki ni. Gambar2 dia bersama seorang budak perempuan yang menjadi model dalam video clip terbaru dia. Wah.. rupanya si budak macam cantik jer.. macam comel jer.. siapa lagi kalau bukan si syasya solero tu.. Dah jadi retis.

Den pun komen la dengan ikhlas kat gambar tu cakap si budak tu bagi den tak talented dia hanya berjaya membuat 1 video tak berapa cerdik seterusnya mencipta 1 kontroversi yang berjaya buat dirinya di kenali seterusnya di angkat menjadi retis gitu. Tak nampak pun sebarang bakat dia ada sebelum ni.. tup tup dah jadi retis gitu. Sebelum den cerita kejadian yang berlaku selepas den komen macam tu den nak jelaskan dulu apa sebenarnya yang den nak sampaikan..


Ada bidas dah rezeki dia ko nak jeles apasal. Ok.. ok.. soal rezeki kita tak boleh nak pertikaikan tapi yang den pertikaikan bukan soal rezeki sesiapa soalnya kalau budak macam ni di angkat menjadi retis tak mustahil akan ramai lagi budak2 yang akan tiru apa yang si syasya buat sebab dorang nak jadi popular seterusnya jadi retis mee segera. Bayangkan kalau depa pikir syasya buat video tayang biji mata sambil cakap macam comel jer.. macam cantik jer.. pun boleh glemer kalau tayang benda yang lebih hot sambil cakap benda yang sama agaknya apa jadi?? Memang akan dapat perhatian.. tapi kesannnya?? Budak2 akan ketepikan segala rasa malu & maruah diri & keluarga semata mata nak meraih perhatian agar jadi terkenal seterusnya menjadi batu loncatan untuk terjun ke dunia hiburan dengan mudah.

Penggiat seni sekarang memang boleh nampak suka menyemakkan industri hiburan dengan sampah. Asal muka cantik/ensem ada kontroversi.. glemer popular cukup untuk di angkut jadi retis. Sampai si bobo buat video menari ala2 cacing kena minyak panas pun MIG boleh angkut jadi artis bawah naungan dorang apatah lagi si budak syasya yang bermuka comel lote tu. Tapi kesan negatif yang bakal kita nampak.. Benda membuat video memperbodohkan diri atau memalukan diri sendiri bakal jadi trend di kalangan budak2 remaja semata mata nak raih perhatian ramai di laman sosial & jadi terkenal sekelip mata. Sekarang bukan anak kita.. tapi macam mana kalau anak2 kita satu hari pun terjebak?? tak mustahil la ramai lagi akan buat sebab dorang tau boleh dapat tempat dalam industri hiburan. Ramai budak2 berangan nak jadi artis sebab tu la banyak video2 tak berfaedah depa upload.. kalau bukan sebab nak raih perhatian ramai takde sebab depa nak buat video bodoh yang takde pekdah kemudian upload, kan?? Jadi bila budak2 macam ni di angkat ke satu peringkat yang di iktiraf maka.. dia akan jadi icon. Bila jadi icon ramai la nak jadi macam dia & tiru apa dia buat

Album gambar ni la yang den komen seterusnya kena block dengan si bini retis tu

Secara detailnya den maksudkan macam tu la dalam komen2 pendek den kat gambar retis tu upload tapi bukan si retis tu yang tacing si bini dia pulak yang tacing. Yang di kritik syasya solero yang sentap bini retis tu pulak. so how??? kelakar tak Uolls?? Sampai block den kat FB dia hanya sebab komen2 macam kat bawah ni...

Ni antara komen2 yang buat beliau itu tacing 

Bagi den lawak je kejadian ni. Cuma den terfikir kalau nak komen apa saja melibatkan laki dia yang sorang retis tu kena puja puji je ke?? Rasanya dalam dunia retis kau jangan harap 100% pujian dari semua orang kot sebab mustahil sangat. Siti Nurhaliza pun tak mampu dapat semua tu inikan pula artis yang level bawah siti Nurhaliza. Tapi den respect dengan retis tu.. dia cool & tak melenting tapi dia mengaku faham apa yang den maksudkan. Maybe dia dah biasa dengan dunia retis & dia tahu macam mana nak berdepan dengan kritikkan walau den tak kritik langsung artis tu.. den cuma komen pasal budak syasya solero tu jer.

Tapi yang paling best dia nak block tu dia kata tak bersubahat maybe dia nak cakap takut dosa... lawak jugak tu sebab kalau dia rasa baca komen den pasal syasya solero tu 1 dosa sangat yang amik budak tu berlakon video clip laki dia dapat ganjaran pahala melimpah ruah ker? Den tak sure kenapa dia sentap sangat bila den kritik2 manja si syasya solero tu.. adakah dia memilih budak tu sebagai model dalam video clip laki dia membuatkan dia sentap tahap gaban dengan kritikkan tu.. Tak sure tapi maybe la kot kan?? Yelah.. budak tu kan tengah hot & spicy lagi so tak pelik la orang nak guna publisiti dia tu kan..

Apapun kepada bini retis tu.. Jangan hanya anggap yang memuji itu kawan.. yang mengkritik itu lawan takut dalam pujian kau di tikam bertubi2 tanpa rasa sakit tup2 rebah menyembah bumi jer. Belajar terbuka sikit terima kritikan bukan asal di kritik je terus banned/block orang padahal rasanya den komen dengan penuh berhemah kot. cuma komen yang di delete tu den komen macam ni.. macam tut.. jer.. Tut tu bukan merujuk perkataan carut ke hapa.. nak kata bodoh tapi macam tak sopan pulak. kekekekeke itu jer.

Apapun setakat di block @ remove dari list friend tu bukan masalah besar pun bagi daku ni. Hari2 pun ada orang add.. apa nak kisah add & remove tu. Normal kehidupan di laman sosial cuma cara bini si retis tu sangat2 kelakar.

P/S : dah muncul 1 lagi video budak perempuan dok tayang mata besar sedang di sebar kat FB sekarang ni.. see... akan ada pengaruh punya.kekekekeke

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com