Showing posts with label etika. Show all posts

GURU GUNA ZAYN SEBAGAI KONTEN SIMPATI ATAU AMBIL KESEMPATAN?

GURU GUNA ZAYN SEBAGAI KONTEN SIMPATI ATAU AMBIL KESEMPATAN? Aku ni nak kata aktif di tiktok tu tidaklah aktif buat konten tapi aku ada account tiktok. Aku suka skroll untuk tengok konten konten orang lain. Sekarang banyak konten konten tentang palestine untuk sama sama bantu repost sebagai tanda sokongan & untuk menyebarkan kesedaran tentang apa yang sedang berlaku. Sudah semestinya tak hanya konten tentang palestine. Apa yang fyp dan melintas di feed tiktok aku.. Aku tengok jer. 

Ternampak seorang tiktokers yang mengaku sebagai guru pendidikan khas di mana arwah adik zayn pernah bersekolah di situ. Ramai yang tahu kes pembunuh kanak kanak autisme 6 tahun di damansara damai. Sehingga ke hari ini, tiada siapa tahu pelaku yang tergamak melakukan perkara kejam terhadap seorang anak istimewa seperti zayn. Aku masih ikuti kes zayn tapi tidak la rasa sampai hati nak ambil kesempatan perkara tu untuk viral. Tapi aku macam tak puas hati juga tengok tindakan katanya bekas guru arwah zayn sering berkongsi video video zayn di account tiktok. Kita semua sedih.. Kita semua simpati tapi sebagai guru sepatutnya dia tahu apa dia buat dah melanggar etika seorang guru. Aku tak kisah kalau cikgu buat konten dengan untuk tujuan pembelajaran atau perkongsian yang berilmiah tapi kalau konten konten peribadi macam ni nampak sangat nak ambil kesempatan untuk meraih populariti & views di sosial media. 

Masa hayat arwah masih ada tak ada pulak guru guru yang obses sehingga nak jadikan dia sebagai konten. Bila kes kematian budak tu menjadi viral.. Dan dan la nak jadikan dia konten. Lain la ibu ayah dia. Dah semestinya itu anak dia. Dia lebih merasa kehilangan berbanding orang lain. Tak payah guna alasan simpati, rindu kalau sekadar mengambil kesempatan. 

Bagi guru guru kena tahu etika seorang guru.  Tak kira pelajar tu masih hidup atau dah meninggal dunia. Banyak cara kita nak zahirkan rasa simpati & rindu bukan cara menjadi gambar &  video murid sebagai konten. Kalaupun ingin bersolidariti bukan begitu caranya cikgu. Aku sebagai mak kepada anak yang masih bersekolah rasa macam 'tak selamat' dengan wujudnya guru macam tu. Aku tak suka sesiapa sahaja jadikan gambar atau video anak aku sebagai konten sosial media. Setakat cikgu share gambar gambar aktiviti di sekolah dalam group whatsapp atau page rasmi sekolah tu bagi aku, aku boleh terima lagi. Sebab page rasmi tak ada kepentingan peribadi selain perkongsian lebih kepada aktiviti di sekolah sahaja. 

Wahai guru.. Tugas anda di sekolah mendidik bukan menjadi content creator dengan gunakan murid sebagai subjek konten anda. Jadi jangan langgar etika. Mungkin ada ibu bapa tidak senang atau selesa gambar atau video anak mereka di kongsi secara umum lebih lebih lagi melibatkan anak anak istimewa ni. Kalau untuk tujuan pembelajaran pun perlu keizinan ibu bapa atau penjaga mereka. Jadi berpada pada lah. 

ADAB MAKAN PELIK SELURUH DUNIA YANG KITA TAK TAHU

ADAB MAKAN PELIK SELURUH DUNIA YANG KITA TAK TAHU. Lain tempat lain budaya & adat. Jadi tak pelik la kalau ada etika & adab makan kat negera2 lain yang pelik bagi pandangan mata kita. Kita je rasa pelik sebab budaya & adab kita lain tapi bagi mereka yang mempratikkan dari turun temurun yang pelik bagi mereka adalah kita yang rasa benda tu pelik. hahaha...


Terbaca satu artikel pasal adab @ etika makan seluruh dunia... antara adab makan yang rasanya ramai yang tak tahu adalah..

Adab makan orang Jepun
Kita tak boleh suap makanan kepada orang lain menggunakan chopstik. Sebab katanya chopstik di gunakan untuk mengutip tulang tulang di hari pengebumian orang mati. Jadi sebab tu orang jepun pantang kita suap makanan kepada orang guna chopstik. Sumpah aku tak pernah tahu adab makan macam ni.

Adab makan orang Tiongkok
Kat china kalau kita letak chopstik secara menegak pun di kira sebagai salah apatah lagi kita menghala chopstik ke muka orang lain akan tidak anggap tidak sopan. Memang la tak sopan. Bak kata orang kedah loglaq silap haribulan boleh nampak kurang ajar. hahaha

Adab makan orang Thailand
Selama ni aku tak tau orang Thailand pantang orang makan guna garfu. Hanya boleh guna sudu. Yelah.. yelah nanti pi thailand cheq tak guna garfu bila makan biar orang thailand nampak cheq wanita melayu terakhir penuh kesopanan & ketatatulisaan

Adab makan Orang Inggeris
Pantang orang Inggeris kalau ada orang makan sambil dok main2 sudu dalam mulut. Contoh macam letak sudu hujur bibir kemudian hirup sikit2 air/sup/makanan berkuah dari hujung sudu. Konon nampak seksi la. Tapi bagi orang Inggeris ia perbuatan yang tak beretika & sopan ketika makan.

Adab Makan Orang Orang Arab
Dia sama la macam adab orang melayu kat Malaysia sebab mungkin faktor agama yang sama. Makan harus dengan tangan kanan. Bagi kita tak pelik la tapi bagi orang luar mungkin rasa ia etika & adab yang pelik bila makan dengan tangan kanan jadi satu kemestian.

Adab Makan di Chili
Kalau kita makan dengan tangan kanan tapi kat chili pelik pulak. Depa tak makan dengan tangan kanan & depa makan dengan sudu walau nak makan kentang goreng sekalipun tetap guna sudu.

Adab Makan orang Itali
Orang Itali ni style dia bila di pelawa kali pertama di makan, depa akan tolak dulu. Tapi kalau di pelawa kali kedua depa wajib terima.

Tu antara adab adab makan di negara lain. Lain orang lain cara & etika jadi bila kita pergi tempat orang adab2 & etika yang tak melanggar akidah & hukum agama kita elok kita hormati kalau pun kita tak mampu nak ikut cara depa tapi jangan nak gelak atau mengutuk pula. Tapi kalau jenis yang kaki makan, pelahap tak sempat study adab orang dia makan ikut style dia je gamaknya kalau makan depan orang2 jepun yang terkenal dengan disiplin apa persepsi depa. Mesti terkejut depa. Tapi jenis orang kaki makan ni walau kita selalu tengok dia berselera & enjoy dengan makanan kadang2 cara mereka makan atau berdepan dengan makanan sebenarnya memberitahu kita sesuatu tentang situasa & emosi mereka masa tu cuma kita tak perasan. Jadi yang ada kawan baik kaki makan korang kena tahu pasal ni >> Ini Yang Perlu Korang Tahu Tentang Kawan Anda Jika Dia Seorang Kaki Makan <<

Moral of the story... Kita tak perlu sangat la nak ikut adab & budaya orang lain tapi apa yang perlu kita bawa walau kemana je kita pergi adalah adab & budaya sopan kita. Yang baik itu tetap nampak baik walau kat mana pun kita pratikkan benda tu.

MAJLIS KONVO SEPATUTNYA KENA BUAT MACAM PENTAS MAHARAJALAWAK

Memula tak berapa minat isu yang tengah jadi viral pasal sorang budak baru konvo ni.. Punya gigih nak buat live update dari pentas konvo kot, gigih berselfie atas pentas masa majlis konvo sedang berlangsung. Bila dah buat benda pelik dari orang lain maka jadilah viral.


Tengok Ohmedia post isu ni aku pun komen la sepatah dua kata. tak panjang mana pun komen aku tapi mendapat perhatian ramai jugak la. Komen aku cuma, Majlis camtu tunjuk la sikit macam profesional... kan golongan terpelajar. tunjuk sikit macam org terpelajar tak payah gigih sgt nak selfie bagai sampai nampak macam tak berapa cerdik. Biasa la.. yang reply komen ada menyokong ada yang tidak. Biasa la dah nama manusia, perbezaan pendapat tu perkara biasa.

  Sebab kat komen tu aku ulas pendek je rasa macam tak puas pulak nafsu serakah aku mengupas isu tu. Bagi aku la kan.. Majlis formal macam tu mesti ada etika dia. Nak santai2 sangat macam pentas maharajalawak berselfie bagai masa majlis tengah berlangsung nampak tak profesional. Awak tu pelajar & terpelajar. Dah graduate dengan cemerlang pun. Buat perangai mengalahkan orang tak sekolah, kenapa? Jab.. jab.. kang ada komen golongan terpelajar tak semestinya cerdik. Contoh ahmad maselan katanya... Ok ok... Kita accept la kenyataan macam tu. hahahahaha

Ada jugak pertikai.. salah ke berselfie. Selfie tu tak salah, yang jadi salah bila kau salah tempat atau tak kena pada tempat berselfie. Bukan jer jadi salah & kurang sopan malah boleh jadi kurang ajar jugak sebab bukan semua tempat boleh berselfie.

Ada jugak yang cakap.. Alah, dia dah bertahun penat belajar nak dapat segulung sijil tu so dia nak selfie la buat kenang kenangan atas perit jerih dia selama ni. Yang ni komen paling sedih.. sia2 jer kau belajar bertahun tapi benda kecik macam ni pun kau tak mampu khatam. Sia2 kau belajar siang malam sampai eyebag berkilo kalau kau masih tak tahu bezakan kat mana tempat boleh kau santai2 selfie & kat mana tempat yang kau kena berpewatakkan seperti golongan terpelajar yang tahu menghormati majlis formal. habis duit mak bapak kau sara kau belajar alih2 kau cuma lulus dengan cemerlang dalam akademi tapi gagal dengan jayanya bila kau tak reti beza pentas konvo dengan pentas maharajalawak.

Kalau semua student nak selfie atas pentas lepas dapat segulung kertas keramat tu gamaknya berapa lama majlis tu nak habis. Bukan sorang dua yang terima ijazah/diploma/sijil pada majlis konvokesyen tapi ramai kot. Kalau semua orang nak selfie atas pentas, elok la konsep majlis konvokesyen di tukar seperti rancangan realiti tv Qu putih mencari bintang. Bukan takat selfie kau nak berguling2 ambil sijil pun orang tak pertikai. Sebab tahu konsep dia santai, lawak & bebas. So, bila bukan majlis formal konsep tukar ala2 party custome Insya Allah tak jadi isu nak selfie atas pentas pun.

Kesimpulanya.. Majlis macam tu adalah tidak sesuai berperangai seperti budak baru kenal dunia selfie. Perangai macam tu jugak dah tunjukkan tahap disiplin seseorang. Orang jenis camni yang bagus ada confident level yang tinggi sampai hilang rasa kemaluan untuk berselfie di mana - mana tapi yang tak bagusnya bila dia jenis ikut kepala dia je nak buat apa sampai langgar etika & protokol majlis pun bahaya jugak. Manatau jenis selfie mania camni.. orang tengah nak masukkan jenazah dalam liang lahat pun tak mustahil dia boleh suruh tunggu sekejab dia nak selfie. 

Moral of the story.. Yang salah takkan jadi betul dengan menunjukkan kesalahan lain yang lebih besar dari kesalahan yang sedang di isukan. So, nak komen tu jangan la nampak kita macam terdesak sangat nak menutup benda yang terang2 salah.


KENAPA ORANG TAK SUKA BELI BARANG ONLINE TAK PAPAR HARGA

Semalam ada up status pasal masih ramai lagi peniaga2 online yang tak letak harga pada barangan yang di jual tapi masih menggunakan konsep nak tahu harga sila PM. Maybe ada yang terasa terus explain bahawa produk mahal yang di jual tu ada etika yang tak boleh terus tag harga. Nak tahu harga kena private. Katanya harga takkan di manipulasi oleh peniaga2 tak bertanggungjawab kerana harga dia selaras 1 Malaysia.

Itu sebab produk mahal lagi berjenama mewah tu ada etika. Tak tahu la kenapa etika tu wujud sebab yelah.. den ni mana mampu pakai produk mahal2 macam tu. Dapat Tia Ammelia pun dah cukup syukur kan?? Jadi produk2 macam tu den tak usya sangat selain tahu dia produk berjenama mahal tahu kemampuan seorang suri rumah macam den ni setakat mana. Jadi pada yang terasa tu.. Minta maaf lah yer. Sesungguhnya bukan produk yang anda jual yang den maksudkan. Lagipun den tak survey pun produk kecantikkan @ makeup mahal2 kat online.

Yang tak tertakluk pada etika tak boleh papar harga tu.. takpe la. Kalau kena tindakkan ke hapa je pengeluar produk tu yang akan bersoal jawab sebab dorang yang keluarkan etika.. Ni yang jual barang/produk yang takde etika tapi cuba buat etika sendiri ni apa kes pulak kan?? Setakat jual beg.. jual baju.. jual kasut.. jual tudung.. tak payah la ber pm2 sangat. Menyusahkan para pembeli nak survey mengikut budget masing - masing. Kang ada pulak yang kata, dah tau budget ciput tak payah berangan nak shopping online. Pi shopping mydin nu.. Lebih layak untuk orang semekin. Nak shopping online kena ada duit berkepuk2 dalam account bank, hokay!!

Hokay den paham.. even den takde duit sampai boleh buat tilam tidur dalam bank tu.. tapi singgit dua tu ada jugak la peneman account bank den. Jadi kalau den nak shopping online barang singgit dua pun hak den jugak. Sebab even singgit dua den bayar tetap den bayar dengan RINGGIT MALAYSIA bukan AIR LIUR BASI. Jadi jangan pandang rendah pada golongan tak berapa kaya macam den. Even korang yang meniaga kaya raya tu kalau den minta bagi barang korang yang singgit dua free kat den pun korang tak bagi punya. Tetap korang guna konsep.. kau bayar duit, kau dapat barang kan??

Kenapa PM2 harga ni menyusahkan pembeli. Bayangkan seorang pembeli budget cuma RM100 nak beli sesuatu barang. Dia pun survey. Korang ada upload seratus jenis barang yang orang tu nak beli dengan konsep nak tau harga sila PM. Bayangkan dia tengok 1 barang dia PM.. harga over budget dia tak jadi beli. Dia survey lagi sampai 10 kali dia PM korang tanya harga alih2 semua barang over budget dia.. semua pun dia tak jadi beli. Tak payah tipu la kalau kali ke 11 korang pun malas nak layan dia dah. Paling menyanyat hati.. keluar pula status sindir menyindir. Dalam kes ni susahkan kedua2 belah pihak. Pihak pembeli & pihak penjual.

Korang tak boleh kata.. kalau setakat budget seratus dua jangan berangan nak shopping online.. Suka hati la dia nak shopping memana pun. Duit tetap duit dia walau seringgit pun. So, selagi duit tu duit dia.. dia berhak nak membeli kat memana pun & dia juga ada hak sebagai pengguna. Korang jangan pertikai kenapa & mengapa dia nak shopping online jugak kalau budget ciput. Ada sebab orang membeli secara online tak kira berapa besar pun budget dia. Salah satu mungkin dia tak cukup masa untuk keluar membeli belah.. mungkin juga dia susah nak jumpa barang yang dia nak kat luar. Yelah.. kadang2 duduk kawasan terpencil ni tak macam duduk kat bandar. Macam2 ada.. Korang fikir orang bandar je ke pandai shopping online. Orang kampung sekarang bersepah internet kat rumah. Orang kampung pun bersepah guna smartphone. Pentingnya korang tag harga pada barangan di jual adalah memudahkan pengguna untuk survey barang mengikut budget dorang. Korang tau tak.. ada pembeli takkan membeli dengan korang hanya sebab korang guna konsep PM harga.. kata dorang menyusahkan. Kan dah rugi. Buat apa nak sorok2 harga semata2 nak untung lebih.. Rezeki tu dari Allah. Kalau dah rezeki korang.. korang TAG harga sebesar alam pun.. tetap jadi rezeki korang jugak. Jangan takut persaingan.. sebab dalam perniagaan memang tak dapat lari dari pesaing. Sorok2 harga tu kadang2 buat anda lebih rugi banyak tanpa anda sedar.

Yang paling penting kenapa peniaga online ni perlu letak harga yang semua orang boleh nampak adalah sebab akta baru yang di keluarkan KPDNKK.. dimana salah satu syaratnya peniaga online harus memaparkan harga barang jualan. Kalau tak papar jadi salah. Yang meniaga online tu nak tahu lebih lanjut sila clik kat sini >>BERMULA 1 JULAI NAK MENIAGA ONLINE WAJIB KENA BUAT NI

 Ni contoh peniaga online terbaik jugak la. Bukan setakat harga detail pasal besar, panjang, tinggi beg tu semua complete. Macam ni la senang pembeli nak survey.


 P/S : Laki den pun dah tak berapa ribu riban habis beli barang sejak dulu lagi kat online. Dia pun ada jual barang online jugak. Elok je laku barang dia jual even dia tag siap2 harga. Jangan pandang den ni semekin tak layak pulak shopping online walau den memang susah nak beli barang kat online. Baru try beli kasut.. Tu pun tak sampai lagi. Yelah kaki size 3.. kat luar ingat senang ke nak jumpa size 3.. bila ada orang jual kasut size 3 yang comel mesti la den excited. Tu juga salah satu sebab kenapa den beli jugak sepasang kasut tu online. Kalau proses penghantaran dia ok.. & kualiti kasut dia memuaskan.. Insya Allah den beli lagi. So, setiap apa yang orang buat tu mesti ada sebab bukan nak tunjuk kaya shopping online.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com