MAJLIS KONVO SEPATUTNYA KENA BUAT MACAM PENTAS MAHARAJALAWAK

5/16/2015 08:56:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Memula tak berapa minat isu yang tengah jadi viral pasal sorang budak baru konvo ni.. Punya gigih nak buat live update dari pentas konvo kot, gigih berselfie atas pentas masa majlis konvo sedang berlangsung. Bila dah buat benda pelik dari orang lain maka jadilah viral.


Tengok Ohmedia post isu ni aku pun komen la sepatah dua kata. tak panjang mana pun komen aku tapi mendapat perhatian ramai jugak la. Komen aku cuma, Majlis camtu tunjuk la sikit macam profesional... kan golongan terpelajar. tunjuk sikit macam org terpelajar tak payah gigih sgt nak selfie bagai sampai nampak macam tak berapa cerdik. Biasa la.. yang reply komen ada menyokong ada yang tidak. Biasa la dah nama manusia, perbezaan pendapat tu perkara biasa.

  Sebab kat komen tu aku ulas pendek je rasa macam tak puas pulak nafsu serakah aku mengupas isu tu. Bagi aku la kan.. Majlis formal macam tu mesti ada etika dia. Nak santai2 sangat macam pentas maharajalawak berselfie bagai masa majlis tengah berlangsung nampak tak profesional. Awak tu pelajar & terpelajar. Dah graduate dengan cemerlang pun. Buat perangai mengalahkan orang tak sekolah, kenapa? Jab.. jab.. kang ada komen golongan terpelajar tak semestinya cerdik. Contoh ahmad maselan katanya... Ok ok... Kita accept la kenyataan macam tu. hahahahaha

Ada jugak pertikai.. salah ke berselfie. Selfie tu tak salah, yang jadi salah bila kau salah tempat atau tak kena pada tempat berselfie. Bukan jer jadi salah & kurang sopan malah boleh jadi kurang ajar jugak sebab bukan semua tempat boleh berselfie.

Ada jugak yang cakap.. Alah, dia dah bertahun penat belajar nak dapat segulung sijil tu so dia nak selfie la buat kenang kenangan atas perit jerih dia selama ni. Yang ni komen paling sedih.. sia2 jer kau belajar bertahun tapi benda kecik macam ni pun kau tak mampu khatam. Sia2 kau belajar siang malam sampai eyebag berkilo kalau kau masih tak tahu bezakan kat mana tempat boleh kau santai2 selfie & kat mana tempat yang kau kena berpewatakkan seperti golongan terpelajar yang tahu menghormati majlis formal. habis duit mak bapak kau sara kau belajar alih2 kau cuma lulus dengan cemerlang dalam akademi tapi gagal dengan jayanya bila kau tak reti beza pentas konvo dengan pentas maharajalawak.

Kalau semua student nak selfie atas pentas lepas dapat segulung kertas keramat tu gamaknya berapa lama majlis tu nak habis. Bukan sorang dua yang terima ijazah/diploma/sijil pada majlis konvokesyen tapi ramai kot. Kalau semua orang nak selfie atas pentas, elok la konsep majlis konvokesyen di tukar seperti rancangan realiti tv Qu putih mencari bintang. Bukan takat selfie kau nak berguling2 ambil sijil pun orang tak pertikai. Sebab tahu konsep dia santai, lawak & bebas. So, bila bukan majlis formal konsep tukar ala2 party custome Insya Allah tak jadi isu nak selfie atas pentas pun.

Kesimpulanya.. Majlis macam tu adalah tidak sesuai berperangai seperti budak baru kenal dunia selfie. Perangai macam tu jugak dah tunjukkan tahap disiplin seseorang. Orang jenis camni yang bagus ada confident level yang tinggi sampai hilang rasa kemaluan untuk berselfie di mana - mana tapi yang tak bagusnya bila dia jenis ikut kepala dia je nak buat apa sampai langgar etika & protokol majlis pun bahaya jugak. Manatau jenis selfie mania camni.. orang tengah nak masukkan jenazah dalam liang lahat pun tak mustahil dia boleh suruh tunggu sekejab dia nak selfie. 

Moral of the story.. Yang salah takkan jadi betul dengan menunjukkan kesalahan lain yang lebih besar dari kesalahan yang sedang di isukan. So, nak komen tu jangan la nampak kita macam terdesak sangat nak menutup benda yang terang2 salah.

6 comments:

  1. nampak sgt takde rasa hormat kt situ..org lain nak amik sijil ats tu kemain gemeruh lagi..boleh plak die nak wt cmtu..wt malu je

    ReplyDelete
  2. ni baru betul namanya sekolah bertingkat2.. bodoh berlapis2!

    ReplyDelete
  3. Oh, ini kisahnya.... ada dengar berita tapi tak tahu hujung pangkal. Cuma tau pasal selfie jerk. Makanya takdalah nak ambil pot dok join mengomen dah tak tahu ceritanyakan...

    Kesianlahkan kalau macam ni. Harapkan otak jerk clever tapi adab sopan kedaung tertinggal bawah pentas. Nak selfie pun tengoklah situasi. Kalau ya pun teringin sangat muka nak jadi viral, buatlah perkara yang betul-betul boleh menaikkan darah orang. Erkk.... silap nasihat! Sorry!

    ReplyDelete
  4. Setuju sgt dgn kta2 akk ni.. sy bg 5 bintang.., hihi

    ReplyDelete
  5. Baca statement budak ni jd nyampah pun hado. Dah minta maaf tapi boleh kata pulak dia rasa dia tak buat salah sebab dia bdk fotografi nak lepas stres slps blajar brtungkus lumus. Hehehehe.

    ReplyDelete
  6. ohh setuju sangat..sia2 belajar ada otak takmo guna! dah malas nak komen byk..satgi menyirap darah..semuanya yg mahu kulontarkan telah Suria bagi pencerahan sejujurnya.haha boleh gitu!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com