Showing posts with label pelajar. Show all posts

SAPS MEMUDAHKAN GURU & IBU BAPA MEMASUKKAN & MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR

SAPS MEMUDAHKAN GURU & IBU BAPA MEMASUKKAN & MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR. Zaman sekarang semua operasi di lakukan secara atas talian. Demi memudahkan & menjimatkan masa & tenaga. Dan kerana itu SAPS di cipta untuk memudahkan semua pihak termasuk golongan guru & ibu bapa.


Sedikit pengenalan tentang SAPS ni.. dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Disini, Sistem Guru Online ingin berkongsi sedikit info tentang sistem analisis peperiksaan sekolah. Boleh dicapai oleh semua pihak termasuk KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Data yang di simpan boleh di gunakan pakai oleh semua pihak sekiranya ingin membuat sebarang analisis.

Untuk para guru.. Sistem ni memudahkan guru untuk memasukkan keputusan peperiksaan pelajar secara online. Untuk golongan ibu bapa pula SAPS memudahkan anda menyemak keputusan peperiksaan anak anak. Senang kan? Nak nak lagi zaman sekarang ibu bapa memang sibuk dengan urusan kerjaya. Jadi sistem online macam ni memang sangat membantu semua pihak.

Untuk maklumat lanjut tentang SAPS ni anda boleh ruju di Sistem Guru Online

AWAS! JANGAN SAMPAI ANAK ANDA TERPAKSA HADAPI 5 PERKARA NI DI SEKOLAH

AWAS! JANGAN SAMPAI ANAK ANDA TERPAKSA HADAPI 5 PERKARA NI DI SEKOLAH. Hari pertama menghantar anak ke sekolah itulah hari paling merisaukan para ibu bapa tapi benda tu akan berlalu bila kita nampak anak kita dah mula serasi & boleh bawa diri dengan suasana sekolah. Kita pun rasa.. Boleh hantar & balik rumah atau pergi kerja dengan senang hati tanpa perlu terlalu fikirkan keadaan anak kita kat sekolah. Kita dah boleh buat kerja, makan & minum macam biasa sementara anak kita berada di bawa jagaan guru di sekolah.


Bila kita ambil anak dari sekolah kita nampak dia happy macam tak ada masalah so kita pun rasa dia tak pernah ada apa apa masalah kat sekolah. Kita pun tak pernah nak bersoal jawab pasal keadaan anak kita kat sekolah lagi kecuali bertanyakan tentang pelajaran & kerja - kerja rumah. Cukup semester kita cuma nak tengok keputusan peperiksaan mereka yang cemerlang, gemilang terbilang supaya boleh la upload kat media sosial nanti hehehehe... Baru si Zakiah tu tau.. Anak aku lagi pandai dari anak dia katanya. Selalu Zakiah je asyik tayang result anak dia kan.. Tu dia. Satgi ada zakiah mai serang entri ni tak tau la. Sebelum Zakiah marah elok la bagitau Zakiah hanyalah watak rekaan semata mata tidak ada kena mengena yang hidup di alam nyata mahupun di alam ghaib yer.

Bila anak kita dapat keputusan cemerlang.. Of course la kita happy. Gila mak bapak nak sedih anak dapat result cemerlang. Tapi kalau anak kita banyak 'G' dari 'A' selalunya mak bapak yang sebelum ni macam manusia lindungan kaabah terus bertukar 'Mak kau hijau' kekdahnya. Jadi hulk.. habis koyak baju baju semua. Punya marah tak tau nak habaq. Tengok macam elok ja belajar siang malam.. Awat banyak 'G' dari 'A'. Patut dah dapat A++ dah ni. Hantar tuisyen bagai dok dapat G jer, saka apa pulak dok kacau anak aku katanya.

Sabaq dulu tuan tuan & puan puan.. Mungkin ada perkara tuan tuan & puan puan terlepas pandang. Yelah.. Kat sekolah mana kita nampak kan situasi anak kita melainkan cikgu melaporkan kepada kita. Mungkin juga keputusan tidak cemerlang anak anak kita adalah sebab 5 perkara ni >> Jangan Biarkan Anak Anda Hadapi 5 Masalah Ini Di Sekolah <<

Mungkin selama ni kita tak terfikir 5 masalah ni membuat mungkin mereka jadi stress & rasa rendah diri atau penat siapa tahu. Jadi sebagai mak bapak yang prihatin kita perlu buat sesuatu untuk mengatasi 5 perkara ni supaya anak kita dapat belajar dengan baik di sekolah tanpa ada rasa tekanan yang melampau. Almaklum la sekarang silibus pelajaran pun bukan je anak anak kita rasa terbeban kita sendiri pun tetiba boleh jadi hypertension. Yang buat silibus tu maybe anak anak depa semua genius2 belaka kot so rasa kalau yang sebelum2 ni tak berapa mencabar saraf otak katanya. hehehehe

Moral of the story... cabaran anak anak sekarang tak sama macam kita dulu. Kita dulu maybe balance. Ada masa belajar & ada masa bermain dalam 1 hari. Anak anak sekarang dari pagi sampai ke petang padat dengan aktiviti pembelajaran. Sekolah pagi & petang. Malam nak kena mengaji, siapkan kerja sekolah. So mungkin di sebabkan tu 5 perkara tadi menjadi penyumbang jugak. kita kena kreatif bukan sahaja untuk tingkatkan prestasi malah untuk tingkatkan energi jugak emosi untuk persediaan mereka menghadapi aktiviti belajar yang semakin mencabar.

AWAS! INILAH SENARAI BARANG YANG DI LARANG BAWA KE ASRAMA SEKOLAH

AWAS! INILAH SENARAI BARANG YANG DI LARANG BAWA KE ASRAMA SEKOLAH. Seperti kita sedia maklum selepas keluar result UPSR sekarang dah ramai dapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh. Semalam keputusan PT3 untuk pelajar tingkatan 3 pun dah keluar. Bagi adik adik yang nak sambung belajar ke sekolah Teknik, vokasional, atau mana2 sekolah yang berasrama pun kena tahu apa yang perlu di bawa & tidak boleh di bawa ok! Jangan nanti bila kena rampas dengan cikgu tetiba bagi alasan tak tahu pulak..

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Tapi budak budak sekarang ni.. Kadang2 walau depa tahu benda2 tu semua tak boleh bawa ke asrama & boleh menyebabkan mereka di buang asrama tetap akan buat perkara yang di tegah jadi mak bapak kena periksa juga beg anak anak sebelum di hantar ke asrama nak2 lagi yang baru pertama kali melangkah masuk ke sekolah berasrama ni. Bukan apa.. kot2 depa seludup sembunyi sembunyi bawa ke asrama nanti..

Barang yang memang di larang di bawa ke asrama adalah

1.Alat Solekmana tau yang perempuan atau spesis perempuan jadian bawa eyeshadow,lipstick,eyebrow bagai ke asrama untuk nak guna keluar dating masa outing nanti)

2. Seluar jeans - Make sure takde seluar jeans je dalam beg pakaian anak anak anda yer. Kau nak ber jeans iblis syaiton tunggu je balik kampung. hehehehe

3. Telefon Bimbit - Yang ni aku tau ramai yang bawa ke asrama/sekolah walau di larang. Tapi kalau kena rampas dengan cikgu mak bapak jangan nak meroyan pulak. Nak viral bagai.

4. Rokok - Yang ni kalau kena tangkap memang buang asrama

5. Komik/Majalah hiburan - Adik2 kau baca buku teks dengan buku rujukan sekolah sudah. 

Terlanjur buat entri aku bagi jugak senarai keperluan yang perlu di bawa ke asrama.. Rujuk gambar di bawah

Sumber : PERATURAN DAN SENARAI KEPERLUAN ASRAMA 2016

Yang mana ada anak baru pertama kali nak masuk sekolah berasrama tu boleh la merujuk pada senarai barangan yang perlu di bawa & tidak boleh di bawa. Jangan nak buat persediaan atau persiapan last minute nanti takut dah sampai asrama ada barang yang tak ada pun susah. Koperasi sekolah bukan jual semua benda nak2 lagi pakaian yang perlu di pakai sepanjang tinggal di asrama.

Moral of the story.. pada adik2 yang bakal masuk asrama tu ingat jangan dok buat aktiviti kongsi cerita seram tengah malam.. Kang ada kencing atas tilam pulak sebab takut nak ke tandas. hehehehe

SEBAB KENAPA ANDA KENA ELAK MAKAN DI CAFE HIPSTER TERUTAMA PELAJAR

SEBAB KENAPA ANDA KENA ELAK MAKAN DI CAFE HIPSTER TERUTAMA PELAJAR. Sapa2 yang suka berkunjung kat cafe2 berkonsepkan hipster sekarang konon nampak trendy la kan.. Yelah.. benda tu tengah In-Trend katanya. Masing2 nak makan, ambil gambar & upload kat media sosial setiap kali makan kat cafe hipster. Baru nampak stylo milo katanya. Tapi golongan ahkak2 macam aku ni rasanya dah habis zaman nak makan kat tempat2 yang berunsur trend zaman sekarang. Kami makan tempat yang selesa untuk bawa keluarga, nak2 lagi yang ada anak kecik, sedap, portion makanan yang mengeyangkan & harga yang berbaloi nak bayar.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Zaman ekonomi pun semakin ekonomoney ni.. Rasanya ahdik ahdik terutama yang masih belajar tu kau tak payah tunjuk macam 'orang ada ada' sangat la kan. Makan kat cafe2 hipster.. Warung2 tak layan katanya. Takut nanti.. tak sampai hujung bulan orang mampu makan nasi berlauk kau terpaksa berpuasa 24 jam sehari pulak. Tetiba keluar harian metro muka depan.. Pelajar IPT usus bocor sebab tak makan.. Konon macam kos makan mahal sangat sampai tak mampu student nak bayar.. padahal depa tak tau dia masa ada duit melepak je kat cafe hipster tu. Sekali duduk RM20 - RM30 kos dia.

Kalau korang rasa taknak usus koyak di pertengahan bulan elok la elakkan dari makan di cafe hipster yang kita sedia maklum kadang2 secawan kopi dia pun cecah RM12. Kalau minum kat restoran biasa baru singgit ke dua hengget lebih je kena bayar. Kau tak payah hipster sangat la kalau jenis tak berduit. Zaman sekarang pepatah biar papa asal bergaya untuk orang2 kurang cerdik je amalkan. Tak guna belajar tinggi2 tapi nampak macam bodoh tak pandai manage kewangan & tak pandai sedar diri. hahahaha

Tu salah satu tips untuk korang kurangkan perbelanjaan. Jangan makan atau minum kat cafe hipster kecuali orang belanja jer.. hehehe. Selebihnya kalau korang nak tahu macam mana korang sebagai student mampu jimat belanja & terus survive untuk hidup tanpa menyeksakan diri boleh baca kat sini >> 6 Cara Efektif Untuk Korang Survive Hidup Sebagai Student Tanpa Perlu Berbelanja Banyak << Moga2 korang tak perlu berlapar sepanjang tempoh pengajian korang. hehehehe

Moral of the story.. Memang zaman sekarang boleh nampak ramai student2 yang rajin sangat upload gambar makan minum kat cafe2 hipster ni. Lepas tu merungut la nak beli buku bagai tak cukup duit. Kalau korang jumpa spesis student macam ni korang cuma komen kat dia.. Mohon sedar diri. hahahahahaha.

DENDA DUDUK ATAS TAR LEBIH KEJAM DARI BERDIRI TENGAH PANAS

DENDA DUDUK ATAS TAR LEBIH KEJAM DARI BERDIRI TENGAH PANAS. Hari ni kecoh pasal segelintir ibu bapa yang tak puas hati dengan tindakkan pihak sekolah yang menghukum pelajar yang datang lewat duduk atas tar. Katanya nanti pakaian mereka kotor, nak solat tak boleh. Kalau anak kau bangun solat subuh confirm tak lewat sampai sekolah.. So, kat situ kau tak payah guna alasan solat sangat la. Yang pelajar lain duduk atas simen tu tak pulak kau pertikai..

Boleh tonton video pelajar yang kena denda tu kat sini

Lepas tu ada pulak yang backing.. termasuk Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) yang menegur pengetua sekolah tersebut supaya menggunakan budi bicara yang tinggi dalam mendisiplinkan pelajar. Konon takut effect emosi pelajar. Watdehek!! Kena denda duduk atas jalan tar pun dah menganggu emosi macam mana la nak hadap kehidupan yang lebih mencabar kat Malaysia ni. Kalau kena denda pun kau dah rasa down & putus asa.. esok2 dah berumahtangga tak dapat bayar hutang terjun laut bunuh diri gamaknya.


Aku rasa denda kena duduk kat atas jalan tar di dalam sekolah tu takde nak effect emosi sangat la.. Berbanding masa zaman aku sekolah.. Kau kena berdiri depan pelajar lain kat masa perhimpunan. Semua orang boleh nampak rupa muka2 datang lewat walau kelewatan kau tu di sebabkan bas. Biasa la naik transport awam.. Ada hari dia tak sampai pada waktu yang sepatutnya dia sampai atas masalah2 yang tak dapat di elakkan. Almaklum la kawasan luar bandar.


Gamaknya zaman sekarang ni denda duduk atas jalan tar di lihat lebih kejam berbanding zaman dulu mak bapak rilex jer kalau anak dia kena denda berdiri di tengah panas kat tapak perhimpunan. Kena salai hidup2 pun tak ada mak bapak nak complaint kalau anak depa salah. Kita pun dah buat salah tak berani nak balik mengadu kena hukuman kat sekolah.

Susah jadi cikgu zaman sekarang kan.. Rotan tak boleh, cakap garang sikit tak boleh, denda tak boleh.. Semua nak anak2 mereka yang di hantar ke sekolah di layan macam raja. Salah betul.. tak boleh cuit even hujung jari apatah lagi hujung hati. Semua takut ada kesan psikologi bagai. Aku rasa tak lama lagi banyak cikgu yang kena tekanan emosi bukan pelajar.

Moral of the story.. nak pilih kerjaya sebagai cikgu sekarang kena kental dari segi mental & fizikal. Budak2 sekarang dah la extreme.. Tahap keberanian depa kadang2 di luar apa yang kita bayangkan, di tambah campur tangan pihak ibu bapa yang macam dia sekolah dulu tak pernah hadap benda2 macam tu.

21 PERKARA PALING TAK BEST BILA MASUK TINGKATAN 6

21 PERKARA PALING TAK BEST BILA MASUK TINGKATAN 6. Dalam Family aku rasanya kakak aku yang sulung je sempat merasa masuk tingkatan 6 tu pun rasa sekejab.. sebulan ke dua bulan tak sure sebelum di panggil sambung belajar ke Uitm Arau, perlis. Yang lain2.. semua tak ada masuk tingkatan 6.. Sambung belajar ke IPT.. aku je konar baring sikit masuk U turn katanya hahaha.. U turn pun ok la jugak boleh cari makan kat blog berbekalkan sedikit ilmu masa belajar kat kolej cap ayam dulu katanya.. Ilmu2 IT tu la banyak membantu aku jadi seorang blogger hari ni. hehehehe...


Jadi nak share pengalaman sendiri memang la aku tak ada pengalaman masuk tingkatan 6 cuma terbaca satu artikel ni. Katanya mana2 pelajar yang masuk tingkatan 6 paling tak suka 21 perkara ni.. Tapi terpaksa kena hadap memang itu yang perlu mereka patuhi walaupun depa dah rasa cukup dewasa untuk buat semua tu. Undang2 tetap la undang2 yer.. Tak kira la kau rasa dewasa ke kanak kanak ke.

Tapi tak tau la betul ke tidak.. Memang benda ni benda yang tak best majoriti budak2 tingkatan 6 kena buat atau maybe certain orang rasa benda ni masih ok je. cuma aku rasa 1 perkara antara 21 perkara ni paling tak best sapa2 pun hadap iatu ragging. Almaklum la.. ragging ni kadang2 ada yang melampau boleh mengundang trauma & boleh jadi mengaibkan jugak. Bila masuk tingkatan 6 kena ragging lagi.. mesti rasa tercabar jugak ego tu. Almaklum la.. kalau ikut dah tingkatan 6 kot.. lain la tingkatan 1 katanya. hehehehe

Tapi walau dalam 21 perkara ni banyak yang tak best ada jugak yang best contoh.. time tu maybe ada mulakan hubungan serius dengan seseorang.. Sapa yang tak suka bercinta ye dak. Nak2 lagi dalam tingkatan 6 feeling budak sekolah dah tak berapa nak ada.. hehehe.. Selebinya 19 perkara yang budak tingkatan 6 rasa tak best meh baca kat sini >> 21 Pengalaman Yang Budak Tingkatan 6 Akan hadap tak kira yang best atau tak best <<

Apapun.. ketahuilah, pengalaman tu kadang2 tak best masa kita hadap tapi jadi sangat manis masa kita kenang. Mungkin benda tu akan buat kita rindu nak kembali ke sekolah.. macam aku dulu masa sekolah paling tak best kena denda berdiri kat tapak perhimpunan tengah panas.. Tapi bila terkenang balik benda tu sebenarnya buat aku jadi terkenal kat sekolah... OkBye sebelum kena herdik. hahahaha

14 GAMBAR PELAJAR SMK BANDAR BARU BANGI DI SERANG HISTERIA

14 GAMBAR PELAJAR SMK BANDAR BARU BANGI DI SERANG HISTERIA. Sekolah & kejadian histeria macam tak dapat di pisahkan. Mana2 sekolah pun mesti ada kejadian histeria kalau tak secara beramai ramai pun mesti ada satu dua kes histeria berlaku setiap tahun. tak tahu la kenapa makhluk tu suka sangat dengan budak sekolah kan?


Tapi sebenarnya kadang2 budak2 tu je terlebih nakal. Dok seru2 jin bagai. Contoh budak sekolah suka sangat main permainan spirit of the coin. Mana aku sekolah pun permainan ni memang popular. Tu pun antara penyebab kejadian histeria berlaku juga.

Yang terbaru katanya berlaku siang tadi di SMK Bandar Baru Bangi. Pelajar di serang histeria beramai ramai. Bukan je budak perempuan.. budak lelaki pun terkena jugak. Jarang2 kita nak dengar budak lelaki kena histeria ni.. Maybe budak2 lelaki zaman sekarang terlebih kpop dalam hati kot tu tak berapa kental sangat jiwa jiwa mereka hehehe... Jangan marah gurau je. hikhikhik

Apapun tak tahu apa punca kejadian histeria ni berlaku kat SMK bandar baru bangi. Menurut komen Anonymous kat bawa katanya kejadian berpunca dari sebatang pokok besar yang di tebang & menyebabkan makhluk tu hilang tempah berteduh maka mungkin itu punca amukkan puaka berlaku kat sekolah tu. Tapi korang boleh tengok la gambar2 yang di share kat media sosial sekitar kejadian histeria tu. Gambar katanya di kongsi oleh cikgu kat sekolah tu..















Moral of the story... Semoga pelajar pelajar yang terkena gangguan/histeria ni cepat pulih.

PENGALAMAN SERAM TINGGAL DIRUMAH BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM

PENGALAMAN SERAM TINGGAL DIRUMAH BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM. Kembali bersiaran segmen seram serik di blog lekatlekit.com. Untuk malam ni aku nak share satu kisah seram yang berlaku di sebuah rumah sewa 2 tingkat. Kisah ni di kongsikan oleh seorang bekas pelajar sebuah IPT yang maybe dekat dengan rumah tu la kot. Aku tak mau la sebut IPT mana sebab tuan punya badan tak sebut. Kang salah teka susah pulak.

Gambar Sekadar hiasan. Sumber Google

Kisahnya dia menumpang sewa dengan seorang ustaz merangkap abang angkat katanya. Rumah tu sebelum ni memang tak berpenghuni.. Rumah kalau kita tinggal 3 hari pun dah ada makhluk yang tak nampak menumpang inikan dalam tempoh yang lama. Silap haribulan dia berkampung halaman la kat situ. Untung jadi 'makhluk tu' kan? Kita manusia jenuH struggle cari duit nak beli atau sewa rumah.. depa senang2 jer masuk duduk tanpa bayar sesen.Alasan sapa suruh tinggal rumah lebih dari 3 hari katanya.

Ok berbalik pada cerita tadi.. Rumah 2 tingkat tu bahagian atas ada 2 bilik kosong tak di gunakan. Cuma di jadikan markas untuk sebuah parti pembangkang berjumpa. Tapi sekali sekala je depa buat perjumpaan bukan hari hari. Nak di jadikan cerita seram, ada roomate budak ni seorang ustaz jugak. Kawan kepada abang angkat dia. Dia jarang ada kat rumah sebab sibuk berceramah & mengajar kuliah2 agama. Pendek cerita walau ada kawan sebilik tapi hari2 dia kebanyakkan bersendirian jer. Time tu pulak dia tak ada computer,tv bagai.. Almaklum la student katanya.

Pada satu hari ni ada seorang ustaz menumpang kat rumah tu. Depa ni maybe set2 ustaz jer ni. Semua yang datang duduk kat situ ada title ustaz katanya. Ustaz tu di namakan sebagai 'abang zul' (bukan nama sebenar). Lepas beberapa hari tinggal kat rumah tu dia tanya la budak tu (student yang menyewa) selama tinggal tak ada apa2 yang pelik ke berlaku kat dia. Walaupun budak tu pelik dengan pertanyaan tu tetap dia jawab, memang tak ada apa2 berlaku. Tapi berbeza dengan ustaz zul ni baru berapa hari duduk yang ada 'benda' dok try keimanan dia.

Katanya ada satu kejadian berlaku pada satu petang ni dalam pukul 2 - 3 petang macam tu. Masa tu ustaz abang zul ni baru je balik rumah.sebab penat dia ambil keputusan nak tidur la sekejab. Masa tengah tidur tu tetiba dia dengar bunyi bising di tingkat bawah. Pelik jugak dia sebab setahu dia tak ada orang kat rumah. Takkan siang2 hari pun hantu nak menyakat. Sebab nak tahu apa berlaku dia jenguk jugak ke bawah dari atas tangga tapi memang tak ada apa2 atau siapa kat tingkat bawah. Lepas tu dia masuk kebilik dengan niat nak sambung tidur balik tapi sekali lagi dia dengar bunyi bising. Dia pun jenguk lagi tak ada apa2 jugak sampai la kali ketiga bunyi bising agak pelik sebab kedengaran suara kanak kanak ketawa sambil berlari. Lepas tu barulah dia nampak sesuatu di bahagian ruang tamu kat tingkat bawah.

Apa yang dia nampak kelibat seorang wanita cantik yang datang dari arah bawah tangga berlari laju keruang tamu. Terkejut & terkedu lihat benda tu abang zul lari masuk bilik & duduk sambil beristifar. Masa sedang duduk beristifar tu tetiba terasa macam keadaan jadi sunyi. Tak dengar apa2 bunyi hatta bunyi kereta yang lalu lalang di luar. Seolah2 dia di bawa ke alam lain. Tapi di sebabkan abang zul ni ada belajar ilmu batin semasa belajar silat dulu maka dengan beberapa potong ayat dia berjaya meloloskan diri dari di perangkap dalam dunia 'ghaib' tu.

Mujur la budak yang menyewa kat situ tak pernah kena ganggu yang kena ganggu tu semua geng2 ustaz jer. Tak tau kenapa 'benda' tu nak test ustaz2 dalam rumah tu jer.. maybe nak test ilmu depa kot. Sebenarnya cerita ni ada sambungan lagi. Nanti lain kali je aku sambung yer... Panjang2 sangat satgi ada yang histeria mati akak di persalahkan katanya hehehe.

Moral of the story.. Sebab tu kalau masuk rumah baru elok la kita buat bacaan yassin & tahlil. Manalah tau sebelum kita duduk ada 'mereka2" tu terlebih dulu check in.

KISAH RUMAH SEWA BERHANTU TAMAN MAHSURI, JITRA KEDAH

KISAH RUMAH SEWA BERHANTU TAMAN MAHSURI, JITRA KEDAH. Mood seram dah kembali katanya. Maka bermula la episod memburu kisah kisah seram serata negeri di Malaysia. Kalau rasa budget lebih nanti terbang jauh sikit buru hantu luar negara. Tapi untuk kali ni sebab ekonomi rakyat Malaysia pun tak berapa stabil dengan bebanan GST & kenaikkan harga barang sampai nak makan ikan sardin tin pun terpaksa beli yang paling murah. Brand2 yang selalu keluar TV tu memang bukan kategori mampu makan dah sekarang. Boleh bocor poket katanya kalau makan ikan sardin tin kerap kerap zaman sekarang.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Op's.. termelalut cerita pasal ikan sardin pulak. Ok ok.. kita ke topik asal cerita pasal sebuah rumah sewa yang katanya terletak di Taman Mahsuri, Jitra kedah sana nu.. Sebab dekat dengan polimas maka taman perumahan kat situ menjadi sasaran bebudak poli yang tak dapat hostel menyewa secara berjemaah. Yang dapat rumah di bawah lindungi kaabah tu ok la.. Tapi yang dapat rumah ada penghuni yang orang tak nampak tu la nak jadi bahana.

Alkisah seorang bekas student poli ni cerita balik pengalaman dia menyewa kat rumah sewa berhantu di Taman Mahsuri, jitra kedah. Dia menyewa dengan dengan 8 orang pelajar yang lain. Rumah tu ada 3 bilik tapi bebudak lelaki ni apa dia kisah sangat pasal bilik. Depa tidur bersepah je. Janji ada rumah dah cukup. Menurut cerita budak tu yang sekarang bukan kategori budak dah.. Maybe dah jadi bapak budak sebab peristiwa tu berlaku pada tahun 2005. Dia kata masa dia menyewa kat situ tiap2 malam dia dengar orang mandi tapi sebab dia rasa ada kuasa mistik dalam rumah tu so dia anggap maybe ada budak2 serumah yang mandi sampai pada satu petang ni. Dia baru habis kelas bengkel. Kena pulak haritu aktiviti menyusun batu bata. Sebab dia letih sangat haritu dia tak join la kawan2 lain keluar makan. Bebudak ni jenis dekat nak senja baru nak keluar cari makan. Jadi dia lepak2 kat rumah sambil tengok tv. Masa tengok tv dia terlelap. Tetiba dia rasa macam ada orang buka pintu depan. Sebab dia ingat kawan2 dia dah balik, so dia buat tak tau je la. Lepas tu dengar orang mandi.. pun dia tak layan sebab dia tak fikir bukan bukan. Tapi bila dia terfikir kalau kawan2 dia dah balik kenapa tak dengar bunyi enjin motor depa barulah meremang bulu roma katanya. Time tu dia tido2 ayam dah.. tapi nak buka mata dia takut. Tapi dalam takut2 dia beralih pandang kearah pintu tapi pintu tertutup je. Kunci dia yang tersangkut kat tombol pintu tu pun tak berusik bermakna pintu tu masih terkunci. Baru dia nak bangun tetiba ada satu suara sergah dia. Apa lagi berdesup dia lari lepak luar rumah. Bunyi orang mandi tu pun memang sah bukan kawan2 dia sebab tak ada sorang pun dah balik masa tu. Cuma dia sengsorang je dalam rumah. Siapa yang mandi??? Jeng jeng jeng...

Lama jugak dia lepak kat luar rumah tunggu kawan kawan dia yang lain balik. Tapi dia tak pernah ceritakan pada depa kisah tu sampai la depa semua pindah rumah barulah dia buka cerita. Rupanya bukan dia sorang yang kena sakat dengan 'makhluk' tu malam semua yang menyewa kat situ kena cuma masing2 tak cerita jer. Mungkin tak nak buat kawan2 lain panik. Tu la spesis lelaki takut macam mana pun memang kental simpan rahsia katanya. Ada yang lagi teruk kena sakat

Antara kisah kawan kawan dia yang kena sakat.. kisah kawan pertama
Malam tu katanya semua letih & nak tidur awal. So masing2 dah tak nak tengok tv. Tambah lagi esok harinya tu depa ada ujian. Masing2 nak cukup tidur untuk hadapi ujian esok. Kawan yang pertama ni bilik dia dekat dengan bilik air. Dia paling awal tidur malam tu. Siapa berdengkur katanya, Letih sangat la tu.. Ceriat dia tengah sedap tidur tetiba rasa macam ada sesuatu yang dok panjat kaki dia. Walaupun lelaki risau jugak kot2 ada orang nak meragut teruna ke maka dia pun buka mata. Sekali dia nampak kelibat perempuan rambut panjang tengah merangkak dari hujung kaki dia nak naik ke atas badan. Dengan muka pucat ada kesan darah kat muka siap usya baik je tepat ke muka budak tu sambil dok tayang gigi taring dia. Budak tu dah panik tapi nak menjerit suara pun tak keluar tapi dia cuba jugak baca alfatihah & tutup mata. Bila dia buka mata benda tu dah hilang. Esok pagi semua kawan2 dia perasan muka dia pucat tapi dia tak cerita apa yang berlaku.

Cerita kedua pula berlaku masa depa ni dah habis cuti. Kawan kedua ni dia tinggal tak jauh dari tempat belajar. Orang alor star jugak. Jadi petang tu dia paling awal sampai ke rumah sewa tu. Sampai pun pukul 7.30 malam.. memang time2 syaitan iblis berpesta katanya. Bila dia paling awal sampai so dia lepak2 dulu tengok tv sambil tunggu yang lain sampai. Nak di jadikan cerita tengah layan TV tetiba rasa nak berak pulak. So kalau hajat dah sampai tak elok simpan lama lama. Maka dia tutup TV pergi la tandas. Masa dok melepaskan hajat tu tetiba dia dengar TV terbuka. Macam biasa la dia ingat kawan2 dia dah sampai. Dah selesai berhajat & beristinjak katanya keluar dari tandas. Masa keluar dari tandas dia nampak cahaya dari TV tu sekejab ada sekejab tutup. Sebab rasa pelik & tak puas hati kenapa TV on off tak pepasal dia pergi tengok. Sekali yang dok tengok TV seorang nenek tua elok jer bertinggung depan tv sambil dok main on off TV tu. Dah sapa pulak buang nenek kat rumah sewa depa.. Tapi sebab dia rasa tak sedap hati maka dia lari keluar ikut pintu belakang. Bila dia pusing balik mengintai dari pintu depan nenek tu dah tak ada. Apa lagi terus kunci rumah & balik rumah family dia. Nasib baik dekat kalau jauh tak tau mana dia nak bermalam.

Selebihnya yang kena sakat cuma lebam2 & di tindih masa tidur. Cuma 3 dari 8 orang ni je di sakat agak extreme. Nasib baik la tak ada sapa yang kena histeria. Almaklum la budak lelaki.. Kalau budak perempuan confirm ada yang terjerit2 tengah malam dah. Kalau sampai tunjuk rupa tu kira agak berpuaka la rumah tu. Confirm yang pernah terkena gangguan macam tu tak berani nak tidur dalam gelap. Trauma katanya. Confirm hidup anda akan sentiasa di selubungi misteri.

Moral of the story.. Tak percaya pun benda2 macam ni memang wujud cuma pada tuan rumah kalau dengar selalu sangat rumah yang anda sewakan pada orang ada gangguan macam tu buat la sesuatu untuk membersihkan rumah anda sebelum menyewakan pada orang. Jangan aniaya penyewa dengan biar je penyewa manusia berkongsi rumah dengan penyewa yang tak nampak. Boleh kacau bilau hidup dengan makhluk ghaib dalam satu rumah ni.

KISAH SERAM POCONG ALMARI BURUK GANGGU PELAJAR KEM MOTIVASI DI JOHOR

KISAH SERAM POCONG ALMARI BURUK GANGGU PELAJAR KEM MOTIVASI DI JOHOR. Masa kecik kecik dulu makcik aku selalu momokkan aku dengan hantu kum kum dalam almari. Katanya dalam almari dia ada hantu kum kum. Memang masa tu aku percaya la jugak. Almaklum zaman budak tanpa gadget ni memang mudah percaya dengan cerita dogeng nak2 ada unsur2 seram ni. Bila teringat momokkan makcik aku masa kecik dulu tetiba rasa nak puaka kan blog lekatlekit.com malam ni dengan kisah seram yang melibatkan almari.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Maka malam ni aku nak share dalam segmen seram serik lekat lekit sebuah kisah yang berlaku di sebuah kem. Kem ni katanya terletak jauh di pendalaman di johor. Nak di jadikan sebuah kisah seram untuk tatapan masa depan.. Tempat ni di adakan satu kem motivasi untuk pelajar sekolah. Kat kem tu ada 4 dorm. 2 dorm untuk lelaki & 2 dorm  untuk perempuan. 1 dorm ni boleh muat 12 orang. Dalam 1 dorm ada 6 katil dua tingkat. Jadi memang cukup la 12 katil. Dalam dorm tu semua kelengkapan ni masih baru kecuali 1 almari usang & buruk yang terletak hujung katil.

Hari pertama di kem tersebut tak ada apa2 berlaku. So, enjoy la bebudak tu sebab babak babak seram belum muncul. Tapi malam kedua & seterusnya.. kejadian berlaku selepas aktiviti sahsiah diri. Masing2  bawa diri ke dorm masing2 la nak tidur. Tapi malam kedua tu sesuatu telah berlaku kat dorm yang ada almari buruk ni.. Tak payah teka. Bukan almari tu tetiba keluar lembaga menyeramkan. Asal ada kaitan dengan almari je hangpa ingat semua babak hantu muncul keluar dari almari lah yer.. Tidak untuk kisah ini.

Pada malam tu seorang pelajar lelaki ni. Katil dia kat bahagian bawah & lokasi dia paling hujung dekat dengan almari buruk tu. Katanya masa dia pujuk kawan dia yang masih menyambung tangisan selepas aktiviti sahsiah diri tu tiba tiba... dia ternampak seperti satu bayangan besar bersize manusia sedang melompat atas tiang bumbung. Almaklum la kem depa ni memang tak ada siling. Kalau  tak ada siling memang boleh nampak tiang2 yang menongkat bumbung tu. Tapi dia buat tak tau je la & anggap mungkin mainan perasaan dia je. Dia pun kembali menoleh kearah kawan dia yang tak sudah sudah menangis dari tadi tapi alangkah terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh bila yang ada kat sebelah dia bukan lagi kawan dia tapi.... satu makhluk berbungkus macam jenazah kena kafan.. Pendek cerita pocong la. Senang sikit nak paham. Kias kias sangat jenuh imaginasi hangpa nak bekerja membayangkan rupa makhluk tu pulak.

Kau rasa kalau budak tu nampak pocong live depan mata dia sempat lagi ke nak capai smartphone kemudian ber wefie dengan pocong tu? Kalau dia masih terfikir nak bergambar memang aku salute 3 jari la kat budak tu tapi tipikal manusia nampak makhluk macam tu. Meremang bulu roma tak payah cakap la.. Menggigil la budak tu. Terus baring tutup muka dengan bantal. Maka terkumat kamit la dia membaca ayatul kursi katanya. Maka bergegar la katil dia lepas baca ayat kursi seolah olah gegaran tu macam menyatakan kemarahan padanya. Semua pelajar dalam bilik tu pun boleh rasa gegaran & dapat lihat pocong tersebut tapi tak dapat buat apa2 sebab terlalu takut. Masing2 mendiamkan diri di katil masing masing.

Sampai subuh kejadian seram tu berlaku dan berakhir bila fasililator datang kejutkan mereka untuk solat subuh. Time tu la masing2 menangis tanpa henti akibat ketakutan sepanjang malam dengan kejadian seram tu. Tapi  fasililator kat situ tak bagitau kat bebudak ni kejadian sebenar pernah berlaku kat dorm tu sebab taknak mereka di hantui ketakutan & trauma sepanjang kem tu cuma nak di jadikan cerita ada budak dengar perbualan  fasililator. Katanya pernah salah seorang  fasililator terjumpa satu mayat dalam almari buruk tu. Selepas kejadian tu ramai orang cuba alihkan almari tu tapi semuanya gagal. Sejak kejadian tu dorm tu di tutup & tidak di benarkan sesiapa pun masuk ke situ.

Asal tempat tu berlaku kematian yang mungkin akibat di bunuh atau bunuh diri je mesti hantu nak jadikan port seram kan? Tapi kalau almari korang tahap sarang tikus sebab terlampau banyak sangat baju bajan & barang2 di sumbat.. takde hantu pun boleh nampak menyeramkan. Bagi yang suka sangat menyumbat semua benda dalam almari & akhirnya jadi tak tersusun elok la korang tengok ni macam mana nak menyelesaikan masalah almari anda yang dah nampak rupa puaka tu >> Ini penyelesaian Kalau Almari anda selalu sesak <<

Moral of the story.. untuk sekian kalinya aku nak ingatkan. Yang jadi puaka @ makhluk seram tu bukan orang yang pernah mati dalam almari tu tau! Manusia yang dah mati takkan kembali kedunia dalam apa bentuk jelmaan pun kalau ada yang menjelma macam dia itu hanya jelmaan jin & syaitan yang nak menyesatkan manusia.

Sumber cerita : The Vampire Diaries

GULI BERPUAKA PENYEBAB 30 PELAJAR & GURU SMK KEMUMIN DI RASUK

GULI BERPUAKA PENYEBAB 30 PELAJAR & GURU SMK KEMUMIN DI RASUK. Sebelum ni (SMK) Pengkalan Chepa 2 diarahkan mengambil cuti peristiwa sebab kejadian histeria yang melibatkan 50 orang pelajar & beberapa orang guru. Semalam kejadian histeria tu berjangkit pulak kat sekolah SMK Kemumin, kota bharu. Histeria ni kalau berlaku kat tempat ramai orang memang boleh berjangkit nak2 lagi sekolah. Kadang2 tekanan akibat ketakutan juga buat seseorang jadi histeria. Bila dalaman lemah memang senang la makhluk tu nak take over badan kita, ye dak? Kiranya makhluk tu memang suka buli insan yang lemah lah yer..

Guli berpuaka. Tapi bukan guli ni. Ni sekadar hiasan. Sumber dari google

Terbaca kat Berita harian rupanya punca pelajar & guru kat SMK kemumin tu histeria adalah kerana Guli. Kalau setakat guli je memang takde apa apa la kan.. Mungkin Guli tu ada orang hantar something menggunakan perantaraan dia atau kat guli tu ada penunggu dia. Almaklum la guli dengan benda2 mistik memang sinonim kan. Kalau tak.. Mustahil la ada gangguan mistik dengan bunyi2 guli jatuh ke lantai kan. Mungkin guli ni antara salah satu benda yang makhluk tu suka kot.. Ni kalau ajak fight main guli confirm berbalang dia mampu bawa balik ke alam dia. Expert la katakan...

Ok.. Ok.. kita kembali ke cerita pasal SMK kemumin. Katanya sebelum kejadian histeria beramai ramai tu berlaku kemarin, ada 3 pelajar kat bilik kokurikulum nampak banyak guli berterabur atas lantai dalam bilik tu. Seolah olah macam ada orang baling atas lantai. Atas keprihatinan depa pun kutip la & simpan dalam almari. Tak lama lepas tu.. bermula episod menyeramkan di sekolah tu bila ketiga tiga pelajar untuk di rasuk kemudian berjangkit pulak dengan 17 pelajar yang lain. Sampai petang katanya acara di rasuk berganti ganti tu berlaku & jumlah yang di rasuk bertambah lagi 18 orang termasuk guru.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Kemumin,  mengambil inisiatif mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi membersihkan kawasan itu daripada gangguan. Seorang guru agama yang menyertai solat hajat malam tadi mengambil keputusan membuang guli yang dikatakan menjadi punca histeria itu ke laut di Pantai Cahaya Bulan. Jadi kalau anda yang berkunjung ke Pantai Cahaya Bulan jumpa guli jangan kutip bawak balik pulak yer.. Manalah tau kat guli tu ada yang tumpang berteduh tak pepasal korang pulak nak kena rawat. Kejadian2 histeria macam ni bukan buat buat macam filem seram je ok. So korang tak payah nak buat lawak sangat dengan kejadian histeria yang berlaku. Jangan pulak yang berpura2 kena histeria konon nak memeriahkan majlis histeria yang berlaku. Ada tau budak sekolah yang nak dapat cuti buat2 histeria bila kawan2 lain kena histeria. Tapi bukan di SMK kemumin ni la.. Ni kat sekolah tet.. (tak boleh sebut nanti mengaibkan pulak hahaha)

Benda ni tak percaya pun kena percaya sebab memang wujud cuma macam selalu aku dok cakap jangan taksub. Ketaksuban tu kadang2 menghumban kita ke kancah perbuatan syirik & khurafat. 

Sumber Cerita : Berita Harian Online

VIRAL PELAJAR SEKOLAH KONGSI BAJU DENGAN ABANG ADALAH TIDAK BENAR

VIRAL PELAJAR SEKOLAH KONGSI BAJU DENGAN ABANG ADALAH TIDAK BENAR. Memang la depa bukan orang kaya tapi tak ada la sesusah yang di gambarkan dalam Viral yang tengah tersebar sekarang. Mak dia masih mampu sediakan pakaian sekolah untuk setiap anak dia. Bukan macam yang tersebar konon Adik terpaksa lambat daftar masuk tingkatan satu sebab berkongsi uniform sekolah dengan abang dia.


Terkejut mak dia Bila Pusat Zakat Pulau Pinang tiba2 terjah kerumah dia untuk mengetahui sejauh mana kesusahan mereka adakah seperti yang di gambarkan dalam Viral baru baru ni. Ibu tunggal 3 anak yang masih bersekolah ni ada terima bantuan dari pusat Zakat & JKM.. Cuma memang anak dia yang tingkatan 1 tu lambat daftar sekolah sebab katanya baru tahu anak dia dapat sekolah kat situ.

Kita pun nak prihatin jangan la sebar berita palsu. Buat spekulasi hanya dari sekeping gambar. Takkan la size baju sekolah abang dia yang tingkatan 4 sama dengan dia yang tingkatan 1. Siap buat cerita konon datang sekolah pun jiran yang bagi duit. Mak dia setiap bulan terima bantuan zakat RM400 & dari JKM RM300 campur duit kerja dia lagi.. Insya Allah walaupun susah.. mak dia masih mampu sekolahkan anak anak dia. Rumah pun bukan rumah sewa.. Depa dapat Rumah PPR.

Artikel penuh baca kat sini >> AstroAwani <<

Apapun.. walaupun mereka susah hope dengan peluang yang ibu depa bagi untuk belajar depa gunakan sebaik mungkin untuk belajar bersungguh sungguh sampai jadi orang berjaya macam ni >> Kisah Seorang Wanita Pernah Di Anggap Gila Kerana Berhenti Kerja Untuk Lakukan Perkara ni Tapi Hasilnya Sangat Mengejutkan << Boleh keluar dari kepompong kemiskinan. Mungkin bila dah kaya macam Dato Vida nanti depa pulak boleh memanafaatkan kekayaan tu kepada orang2 yang pernah melalui kehidupan susah macam mereka masa kecil dulu.

Moral of the story.. Sebab tu aku jarang nak clik share bila ada sesuatu viral ni. Memang niat kita tu baik tapi takut niat yang baik tu jadi sebaliknya bila apa yang kita share sebenarnya tak betul pun. Tapi tu la zaman media sosial ni kalau tak jadi viral lambat pulak tindakkan dia cuma kita nak turut menyumbang pada aktiviti memviral sesuatu perkara pulak jadi was was sebab yang betul dengan tak betul dah sama banyak.

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA. Jadi cikgu sekolah kebangsaan, cikgu sekolah menengah atau pensyarah di universiti aku rasa cabaran dia tak sebesar jadi cikgu tadika ni walau cikgu tadika ni gaji pun tak seberapa sangat. Tapi aku tak cakap la jadi cikgu ni kerja dia senang. Jadi cikgu apapun zaman sekarang memang mencabar. Cuma aku rasa cabaran tu tak sama berbanding cabaran jadi cikgu tadika ni. Sejak 3 hari anak aku di tadika.. Memang aku nampak cabaran jadi cikgu tadika ni hanya orang2 tertentu je mampu galas tanggungjawab dengan gaji tak seberapa tu. erkk.. aku pun sebenarnya tak pasti gaji cikgu tadika tu berapa yang aku agak mungkin lebih rendah dari cikgu sekolah kebangsaan la.


Bayangkan la.. hari ketiga persekolahan pun still ramai yang datang sekolah menangis,mengamuk tak nak masuk sekolah terpaksa cikgu dukung budak yang meronta2, pujuk.. Bukan sorang dua.. malah ber orang2 macam tu. Mujur anak aku takde la tahap macam tu. Nak masuk tu je kena pujuk dah masuk kelas.. tengok ramai kawan & banyak mainan dia dah ok sampai la pukul 4.30 kejab lagi tengok muka mak bapak dia terus Uwaaa... macam setahun kena tinggal. Rindu gamaknya. Tak pernah kena tinggal sepanjang hidup dia. Tapi sekejab je macam meluahkan perasaan. Nak cakap tak berapa pandai.. dia luahkan cara macam tu la.

Tapi sepanjang sesi persekolahan setakat ni cikgu cakap memang dia tak ada masalah menangis ke, merengek ke,kacau kawan2 ke cuma anak aku dia ada masalah fokus dengan attention je. So, dia memang jenis tak boleh duduk statik lama2 satu tempat dengan masalah makan. Tapi anak aku memang tak ada masalah hyperactive tau. Dia cuma ada masalah attention je. Dia tak hyper. Walaupun dia suka bergerak tapi takde la sampai tak duduk diam langsung. So cikgu dia pun rasa tak susah nak handle dia selain masalah nak pujuk dia makan je. Almaklum budak2 ni makan nak yang sedap kat mulut depa je macam budak2 ni >> Terkejut Ibu bapa bila lihat melalui video apa yang anak mereka makan <<

aku dah inform kat cikgu awal awal. 3 bulan pertama pun therapist dia dah bagitau kat aku memang masalah attention tu ada. Tapi Alhamdulillah.. cikgu dia sentiasa positif & sudi membantu kekurangan anak aku tu. Aku risau cikgu tak dapat handle tapi cikgu pulak bagi semangat kat aku jangan risau.. Insya Allah nanti ok katanya. Sekarang dia baru nak sesuaikan diri dengan suasana sekolah.

Nak jadi cikgu tadika, nak hadap budak yang mungkin pertama kali melangkah ke alam persekolahan atau pertama kali berpisah dengan mak bapak macam anak aku yang 1 jam pun tak pernah berjauhan dengan aku selama ni bukan mudah. Cuma mungkin anak aku dia excited ramai kawan je so dia boleh serasi dengan cepat. Aku tengok gelagat budak2 tadika datang sekolah pun aku rasa aku tak mampu nak jadi cikgu tadika. Tu yang mengamuk tak nak masuk kelas.. ada yang melasak tak ingat dunia sampai nak pecah anak tekak cikgu jerit pun satu hal jugak. mau kena sedut inhaler gamaknya kalau aku jadi cikgu tadika. hahaha.

Nak jadi cikgu tadika.. Tahap kesabaran & keikhlasan memang kena tinggi. Kalau jenis jadi cikgu tadika sekadar untuk dapat gaji aku rasa memang tak mampu bertahan. Baik la fikir dulu sebelum pilih kerjaya sebagai cikgu tadika ni. Bukan semua orang mampu pikul tanggungjawab. Jadi cikgu tadika ni bukan je sebagai seorang cikgu malah cikgu tadika ni ambil tanggungjawab macam pengasuh budak jugak la. kalau rasa tak tahan dengan kerenah budak2 Baik tak payah. Kang anak murid menangis.. dengan cikgu2 sekali ikut menangis. hahahaha Budak 5 & 6 tahun la katakan..

Moral of the story.. Cikgu pertama kebanyakkan dari kita semua adalah cikgu tadika bagi yang pergi tadika la tapi cikgu pertama ni kadang2 jarang kita raikan sedangkan merekalah orang pertama yang memperkenalkan kita dengan alam persekolahan. Yang paling sabar mendidik kita sebelum tanggungjawab tu di ambil alih cikgu di sekolah rendah. Alhamdulillah aku masih ingat nama cikgu tadika aku dulu.. Cikgu Rohana yang sangat baik.

VIRAL SERAM! KISAH KAWAN PUKUL 12 TENGAHMALAM

VIRAL SERAM! KISAH KAWAN PUKUL 12 TENGAHMALAM. Bila seorang mula share kisah seram pasal kawan sebilik, mula la lepas tu ada lagi yang lain lain akan mula membongkar perkara misteri berkaitan kawan depa jugak. Mungkin sebelum ni depa tak terfikir kot nak share tapi bila ada yang mulakan.. So, depa pun baru ada keinginan nak share pengalaman sendiri pulak. Takpe.. akak suka baca kisah2 seram ni walau kisah tu rekaan semata mata. Sebab akak pun membaca sekadar hiburan semata mata.. hahahaha


Sempat terbaca satu sharing dari Sukar Star TV ke hapa nama page dia.. Lebih kurang macam tu la bunyinya nama page dia. Dia share satu kisah misteri berlaku pada pelajar Universiti jugak. Tentang ke misterian perangai kawan sebilik dia ni. Katanya kawan dia ni ada perangai pelik.. Kalau dia nak jemur baju mesti tepat pukul 12 tengah malam.. Macam tu jugak nak angkat baju kering. Dia akan angkat baju tu tepat 12 tengahmalam esok harinya..

Nak di jadikan cerita seramnya.. Pada satu hari tu dia intai la si kawan perangai pelik ni jemur baju tetiba dia dengan kawan dia macam sedang cakap dengan seseorang. Dengan cabul & busy body nya dia pun tanya dengan siapa kawan dia berbual. Jawapan tu agak meremang la bila dengar.. Katanya berbual dengan kawan dia tingkat atas sedangkan rumah depa tingkat paling atas. Atas tu dah tak ada rumah lagi. terus lepas tu dia tak berani tanya lagi.

kejadian kedua.. Pada satu hari tu sipolan yang misteri tu katanya masak banyak sangat. Padahal yang tinggal depa berdua je kat rumah. Yang lain2 dah balik kampung cuti semester. Tapi si kawan ni walau dia tahu banyak perangai pelik & seram kawan sebilik dia suka buat tapi tetap berbaik sangka. Dia anggap kawan dia nak jemput kawan2 lain datang makan. Tapi mungkin tengok tak ada sapa datang makanan pun lebih banyak dia cadangkan sedekah je la kat jiran2. Tapi sipolan ni kata pukul 12 tengah malam nanti kawan2 dia nak datang. Bila tiba waktu yang katanya kawan2 dia nak datang.. si kawan ni pun intai la tengok sipolan tu tengah buat apa. Sumpah! Aku rasa apa yang budak ni tengok kawan dia buat mungkin menjadi episod paling seram dalam hidup dia. Dia nampak sipolan ni tengah hulur makanan bawah meja kat ruang tamu.. Untuk siapa?? Wallahualam...

Lain2 perangai misteri sipolan ni katanya suka nyanyi dalam tandas sambil sikat rambut dia yang panjang. Dah tu siap ada lagu lagi.. Antara lirik lagu dia.. 'Terima kasih tolong sikat. Terima kasih tolong sikat. Saya suka awak jaga kemas.Jangan mengurai nanti bercerai. Katanya ada jugak lirik2 dalam bahasa jawa yang tak di fahami.

Dalam cerita ni aku perasan time dia nak buat benda2 yang orang rasa seram mesti pukul 12 tengahmalam. Yelah.. tengah malam sinonim dengan benda2 mistik kan. Mungkin jugak time tu kawan misteri sipolan ni muncul.

Banyak jugak rupanya student yang berperangai mistik & pysko macam ni yer. Bagi aku cuma dua sebab.. samada dia ada gangguan mental atau dia ada gangguan mistik. Kedua dua sebab ni je mungkin akan buat seseorang tu berkelakuan pelik & menakutkan.

VIRAL KISAH SERAM TEMAN SEBILIK YANG MISTERI & MENAKUTKAN

VIRAL KISAH SERAM TEMAN SEBILIK YANG MISTERI & MENAKUTKAN. Sejak dua hari ni kisah seram yang di ceritakan seorang pelajar tentang kawan sebilik dia yang berperangai pelik,misteri & menakutkan sedang jadi viral. Aku.. of course la baca sebab mesti ada orang tag aku punya kalau ada cerita2 seram. Sungguh sinonim aku dengan benda2 seram ni kan. Dah jadi identiti pulak.. Asal seram semua aku la tu. Ok la.. At least orang dah mula kenal & tahu minat aku pada cerita2 seram ni kan. So, depa jugak penyumbang pada koleksi entri2 seram kat blog aku. Terima kasih.. Sesungguhnya.. aku sangat2 terharu sampai rasa malas nak sikat rambut. erkk.. apa kena mengena pulak. Hahahaha

Post ni mula menjadi Viral

Bagi yang tak tau pasal viral kisah seram ni.. Aku cerita la sikit sinopsis dia yer.. Katanya seorang minah ni dapat kawan sebilik yang perangai memang buat sapa2 jer rasa meremang bulu roma. tengah korang dok lepak2 atas katil tetiba dia keluar dari bawah katil tersengih dengan raut wajah memang tak menyenangkan hati langsung la. Suka buat benda2 pelik & menakutkan.. macam bunuh tikus dengan cara cucuk seluruh badan tikus tu dengan jarum kemudian simpan bangkai sampai busuk. Bila tanya kenapa buat macam tu.. alasan  tikus tu bising sangat tu dia seksa tikus tu sampai mati. Atau cucuk cicak2 atas tilam dengan jarum sampai melekat. Susun kasut kawan2 dia secara bersilang & terbalik. Kalau sapa2 buat dia marah.. Siap la dia akan menakutkan mereka dengan macam2 aksi seram. Dah la katanya dia berus gigi tengah2 malam cara terbalik. bahagian orang pegang berus tu dia gosok gigi. Yang makin misteri bila kawan dia share cerita dia kat media sosial.. tahu pulak dia. Pelik ke.. Ntah2 dia stalk aktiviti kawan dia kat media sosial jadi tak pelik la dia tahu & boleh respond cerita kawan dia tu. Korang boleh baca kat bawah ni cerita dia...


Clik Untuk Views yang lebih jelas

Tak tau la samada budak tu ada gangguan mistik atau mental.. Tapi kalau aku duduk serumah apatah lagi sebilik dengan dia pun cuak jugak. Orang macam ni kita tak boleh ramal tindakkan dia.. Mungkin dia tak pernah cederakan kawan2 serumah tapi tak mustahil jugak dia boleh buat macam tu. Sebab ciri2 perangai pelik yang dia tunjuk memang mencurigakan. Dia seronok bila menyakiti sesuatu yang menyakitkan hati dia.. tak mustahil kalau ada kawan2 yang dia rasa macam tak selesa pun dia boleh buat benda yang sama. kalau aku maybe aku tak tunggu habis sem.. Aku ambil langkah selamat la. Samada remove dia.. atau aku yang keluar. Boleh juga cuba laporkan pada mereka yang boleh membantu. jangan biar je dia terus macam tu.. Kadang2 tekanan pun boleh buat manusia berperangai pelik.

Clik Untuk paparan yang lebih jelas

tapi sejauh mana kebenaran kisah tu memang aku tak tau. Siap depa boleh berbalas statement kat media sosial. Boleh jadi depa saja create story sebab nak perhatian orang lain.. Sebab zaman sekarang ni banyak attention seeker sanggup buat apa saja nak meraih perhatian. Cuma nasihat aku.. Kalau betul berlaku apa yang di ceritakan.. roomate tu ambil langkah keselamatan dari awal la sebelum berlaku sesuatu yang tak dapat di selamatkan lagi.

Kita baca mungkin tak seram tapi aku percaya kalau aku ada dalam situasi tu pun maybe aku sendiri pun takut. Apa ingat aku berani tengok filem seram tengah tengah malam aku berani sangat ke hadap kawan macam tu.. Hahahaha. tapi tu la.. kita tak tahu sejauh mana seramnya kisah tu tapi kalau cerita ni bukan saja seram malah suspend, menakutkan & mendebarkan yang korang boleh saksikan dengan biji mata korang sendiri >> Bayangkan Anda tertanam bawah tanah & terperangkap selama 69 hari ni macam ni. Serius Menakutkan << So, ada berani tengok? hehehe

Moral of the story.. Kadang2 boleh berlaku perkara macam tu kalau orang menuntut ilmu sesat atau di ganggu saka dari keturunan dia sendiri tapi nak pastikan gangguan tu dari mana kena la merujuk kepada mereka yang lebih arif.

VIRAL GAMBAR QADRINAYUSMAN KAIN TERBELAH BUKAN MANGSA EDIT

VIRAL GAMBAR QADRINAYUSMAN KAIN TERBELAH BUKAN MANGSA EDIT. Semalam terbaca satu post yang mula di viralkan pasal kes gadis bertudung pelajar UiTM pakai kain terbelah sampai ke paras peha. Katanya gambar yang kain terbelah tu bukan edit tapi gambar yang kain tertutup tu sebenarnya edit. Sempat la aku baca screen capture yang katanya bekas guru qadrina tu mengesahkan perbuatan tu memang ada di lakukan oleh bekas anak murid dia. Qadrina pun katanya dah memohon maaf & insaf dengan perbuatan dia tu.


Aku ada tulis isu ni kat blog dua tiga hari lepas.. Yelah. Ingat dia teraniaya jadi takpe la kita up isu viral dia tu untuk membersihkan nama dia. Tup.. tup.. keluar isu lain pulak. Aku sendiri pun sebenarnya tak tahu yang mana betul yang mana salah. Tapi bagi pendapat aku la kan.. Tak kira samada perbuatan tu berlaku atau di aniaya.. Kalau betul berlaku tuan empunya badan pun dah katanya akui kesilapan dia. Kalau tak berlaku aku minta maaf jugak la sebab ter salah anggap orang yang menyebarkan tu edit gambar dia bagi tujuan nak mengaibkan dia tapi aku tak kata perbuatan dia viralkan gambar qadrina tu betul yer. Cara mereka juga salah walau dengan alasan memberi pengajaran & teguran sebab langsung tak hide identiti mangsa. Jadi kat situ nampak lebih kepada mengaibkan bukan menegur sangat.


Jadi kat sini masing2 ada bahagian salah masing masing. Dari pihak Qadrina tu sendiri.. dari pihak yang menyebar & dari pihak aku yang konon terlampau bersangka baik. Bersangka baik pun kalau tak kena pada tempatnya pun jadi buruk jugak padahnya. Tapi kalau kita dah buat silap tu elok la akui kesilapan.


Ni kira dua kali aku terpedaya dengan Viral.. dulu dengan Amran Fans.. sekarang isu Qadrinayusman pulak. Takpe.. benda ni akan jadi pengajaran kat aku. Nak bersangka baik ke bersangka buruk ke atau tak bersangka apa2 langsung pun tetap kena pastikan segala khabar yang datang tu ada sumber sahih yang membuktikan perkara tu berlaku. Macam kes qadrina ni serius aku sendiri tak tau yang mana betul sebenarnya.. Cuma aku terpaksa jugak tulis & minta maaf secara terbuka walaupun aku tak tahu samada aku yang salah atau khabar baru yang aku terima tu yang tak betul.


Moral of the story.. membuat spekulasi tanpa bukti memang bahaya tak kira apapun perkara termasuk la makanan. Contoh macam menu untuk Krismas ni.. korang takkan sangka apa yang di letak di dalamnya kalau korang tak tengok video ni >> Yang Korang Takkan Terfikir ada dalam Roasted Chicken Untuk Hidangan Sempena Krismas << Siapa sangka kan. Ia boleh berlaku di sebalik yang tak pernah kita akan sangka terjadi. Jadi sebab tu pentingnya siasat sebelum menyebar. Sekali maafkan saya.. Maafkan qadrina & maafkan mereka yang menyebarkan viral tersebut. Penting untuk kita tahu.. Niat tidak menghalalkan cara.


p/s : Manusia tak buat silap bukan nama manusia.. hehehe..

VIRAL FITNAH GADIS BERTUDUNG KAIN TERBELAH SAMPAI PEHA

VIRAL FITNAH GADIS BERTUDUNG KAIN TERBELAH SAMPAI PEHA. Yang rajin sangat share viral tu mohon la ada kesedaran. Seronok sungguh la memviralkan orang sampai tak sedar dok menumpang dosa fitnah sorang sikit. Zaman sekarang apa yang kita nampak belum tentu betul kejadiannya. Zaman teknologi orang berbaju pun boleh jadi berbogel bila gambar dia dapat kat manusia bernafsu & hati syaiton nirrojim.. Apatah lagi orang pakai kain elok je tutup litup sampai kekaki tetiba yang viral kain terbelah sampai nampak isi.


Masa mula2 viral aku tengok la jugak gambar tu lalu kat news feed aku. Tapi sekadar pandang & biarkan ia berlalu macam tu. Entahlah.. walau nampak memang pelik perempuan bertudung pakai kain terbelah sampai ke peha macam tu tapi tengok lain macam so aku biarkan dia berlalu je. Rasanya aku tak ada tinggalkan komen kat mana2 post orang viralkan gambar tu cuma aku cuba nak stalk Ig pemilik tu tapi search tak dapat pun. Yelah.. setiap berita atau khabar yang datang tu elok kita siasat dulu bukan menyibuk. Hahahaha



Hari ni ternampak lagi gambar tu di viralkan balik. Katanya cuma editing yang bertujuan nak aibkan gadis tu. Alahai kesian la kalau kena aniaya macam tu kan? Sapa la gamaknya dok rajin sangat koyak kain orang semata mata nak viralkan. Yang pasti orang yang suka sangat edit gambar orang kemudian viralkan jenis manusia yang takde kerja nak buat. Hidup dia hanya sekitar alam maya jer. Luar alam maya dia tak ada aktiviti nak buat tu yang mula berkawan dengan setan & menghasilkan karya karya mengaibkan orang. Orang2 macam ni aku suggest segeralah buat aktiviti macam ni >> Perkara Yang Mesti Cuba At least Sekali Seumur hidup supaya tak menyesal << supaya dia tak sentiasa bosan & menganiaya orang.

Tu la kan zaman sekarang.. Share gambar kat media sosial bertutup litup pun belum menjamin kita terselamat dari bahaya fitnah ni. Apatah lagi perempuan2 cantik & perasaan cantik yang sehari dua tiga puluh gambar pulun dok upload sambil caption kemain Islamik. Aurat la.. Dosa pandangan la.. kuliah, kutbah, tarbiah sentap bagai.. Yang dia dok posse muka comel mulut buka sikit bagi nampak seksi tu apa motif, hehehe.

Berhati hati mereka2 yang cantik & perasan cantik di luar sana. Kita tak tau siapa mangsa seterusnya. Kita tak tahu kadang2 orang yang dok hari2 puji setiap gambar yang kita upload tu mungkin ada niat jahat. Ingat mulut2 lazer macam aku ni ke yang banyak menganiaya orang.. Yang mulut sweet like kencing manis tu sebenarnya ramai yang ada penyakit hati yang lebih parah tau. Depan puji belakang keji.. hehehe

Moral of the story.. Jangan sebab nak jadi hottstuff kat media sosial.. upload gambar dengan macam2 gaya.. ootd bagai alih2 jadi hotstuff yang menjatuhkan maruah sendiri.

BADI! AKIBAT TIDAK HORMAT JENAZAH BEKAS PENARI MAKYONG

BADI! AKIBAT TIDAK HORMAT JENAZAH BEKAS PENARI MAKYONG. Tarian makyong ni biasanya akan di kaitkan dengan unsur mistik. Tarian ni asalnya di persembahkan untuk raja raja zaman dulu. Orang dulu2 ni biasa la.. Kebanyakkan depa bila nak pastikan depa sentiasa hebat dalam sesuatu kemahiran tu mesti ada pendamping. Orang dulu2 ni memang jahil sikit pasal agama.. Jadi kalau zaman dulu perkara perkara macam ni mungkin di anggap biasa. Tapi yang pelik zaman sekarang ni walau kita boleh mendapat rujukan & ilmu dengan mudah.. Masih ada yang pengamalkan benda2 khurafat & syirik ni. Tu baru kategori bebal... Dah tau salah tetap nak buat jugak demi memenuhi tuntutan nafsu syaitan & iblis...


Alkisahnya seorang bekas penari makyong yang ada bela saka & mempunyai 2 orang anak saudara perempuan yang di jaga selepas kematian mak bapak mereka. Pada satu hari seorang lelaki yang menjadi pewaris kepada saka bekas penari makyong ni secara tak sengaja membunuh salah seorang anak saudara bekas penari makyong yang di panggil mek nak. Bila rahsia dia mula terbongkar.. Secara tak sengaja dia terbunuh pulak si mek nak. Mayat mek nak di hantar ke hospital untuk di bedah siasat bagi mencari punca kematiannya. Sekumpulan pelajar medic di tugaskan untuk melakukan bedah siasat tu. Tapi depa ni orang kata jenis tak reti hormat jenazah. Salah seorang dari 4 orang pelajar medic tersebut telah mencuri sebentuk cincin dari jenazah mek nak. Yang seorang lagi pelajar lelaki menghina jenazah. Yang sorang lagi pelajar perempuan jenis suka selfie. Yang sorang jer agak hero.. Dia baik la tak buat apa - apa. Yang curi cincin mek nak tu di hantui saka belaan mek nab.. Yang menghina jenazah mek nak jugak menerima nasib yang sama bila sentiasa ternampak kelibat yang menyeramkan ikut kemana dia pergi.

pelajar Medic Yang Terlibat

Nak di jadikan cerita belum sempat 4 orang pelajar medic ni melakukan tugasan yang di beri.. Seorang anak saudara mek nab bernama sarah datang menuntut jenazah mek nab. selepas semua keterangan & siasatan di jalankan oleh pihak polis jenazah mek nab dapat di bawa pulang malam tu jugak. Masa sarah sampai ke hospital dia bertemu dengan salah seorang pelajar medic tu bernama Joe. Atas perikemanusiaan Joe yang membantu sarah menguruskan tuntutan jenazah mek nab. Bila jenazah nak di bawa pulang.. Joe menawarkan diri untuk temankan sarah ke kampung. Masa dia nak ke kampung sarah.. lagi 3 kawan dia pun nak ikut. Sampai di rumah sarah, memang tak ada orang kampung yang menziarah jenazah mek nak kerana semua orang kampung memang pulaukan mek nak sebab amalan khurafat yang di amalkan. Mek nak ada saka yang katanya selalu menganggu penduduk kampung. Hanya sarah & seorang lelaki yang menjadi pewaris kepada saka mek nak sahaja yang ada waktu tu untuk bacakan yassin.

Sarah yang mewarisi tarian Makyong dari Mek nak

Di pendekkan cerita kali kedua mereka datang melawat sarah di kampung berlaku kejadian seram di mana pelajar wanita yang mencuri cincin mek nak di rasuk & hampir membunuh seorang pelajar lelaki yang pernah menghina jenazah mek nak. Yang merasuk pelajar tu adalah saka mek nak yang di warisi oleh seorang lelaki di pertanggungjawabkan oleh mek nak menjaga sakanya sebab dia tak nak sarah tahu. Bila lelaki tu sampai baru terbongkar rahsia pembunuh kakak kepada sarah & mek nak. Lelaki tu di penjara atas kesalahannya & sarah di bantu oleh seorang ustazah untuk bebaskan dia dari gangguan saka mek nak.

Saka Yang di bela Mek nak

Itulah review paling pening nak tulis untuk filem badi ni. Sebab cerita dia macam tak tentu hujung pangkal je. Sebagai pengenalan tentang badi bagi yang tak tahu.. Kalau terkena badi apa yang aku baca seseorang tu memang akan di hantui badi yang dia terkena. Kalau badi mayat manusia dia akan sentiasa ternampak orang yang dah mati tapi apa yang dia nampak bukanlah roh orang yang dah mati tu tapi ia berkaitan dengan gangguan jin & syaitan. Cuma jelmaan jin & syaitan untuk menyesatkan manusia. Saka pun benda jin yang di bela oleh seseorang & harus di warisi. Saka ni boleh di warisi semudah kita ambil atau terima barang bekas pemilik saka.

tapi cerita ni memang asal siap. Dah la cerita tak tau apa tujuan. Starting pun macam takde kaitan tapi cuba di kaitkan & nampak sangat janggal & tak masuk akal. Nampak tak logik sangat sarah jumpa dengan pelajar medic nama joe yang tetiba jadi rapat sampai kerumah sarah ziarah jenazah tu. Hanya perkenalan singkat dalam 1 malam. Filem ni kategori filem paling cincai.. Ending pun tak tau kepala ekoq bak kata orang kedah. Tup tup abis macam tu ja. Saka mek nak tu tak berakhir.. Bagi mana2 yang teringin nak jadi pengarah filem walau skill tu tahap tadika.. boleh jumpa david teoh sebab MiG je paling tak kisah nak keluarkan filem2 yang memang belum layak di panggil filem. Dia je suka bagi peluang kepada pengarah mahupun pelakon yang tak ada bakat untuk tampil di layar perak seterusnya membuat orang lain menyesal tengok filem haktuii tu hahaha.

Nampak lighter tu? Bukan sebab aku hisap rokok tapi filem ni layak di bakar bukan di tonton. hahaha

Apa saja filem yang tajuk dia attractive aku akan beli dvd selagi ada jual.. Tapi kalau tahap sampah macam filem ni lepas tengok memang aku kutuk. Prinsip aku mudah.. aku berhak mengkritik bila aku tengok. Minta maaf yer buat pengarah, penulis skrip & penerbit filem Badi. Selagi MiG masih dengan konsep filem sampah selagi tu aku kutuk sampai dia berubah. hahaha

Moral of the story.. Filem yang tak patut di tonton adalah filem badi. Jadi tak rekemen untuk korang tengok. Bukan nak angkat filem luar tapi hakikatnya filem2 melayu sekarang memang low qualiti. Aku ni kira support jugak la filem tempatan. sanggup ambil risiko beli dvd original walau tahu kemungkinan besar filem tu bakal buat aku cerca. hahahaha.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com