VIRAL PELAJAR SEKOLAH KONGSI BAJU DENGAN ABANG ADALAH TIDAK BENAR

1/07/2016 10:21:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

VIRAL PELAJAR SEKOLAH KONGSI BAJU DENGAN ABANG ADALAH TIDAK BENAR. Memang la depa bukan orang kaya tapi tak ada la sesusah yang di gambarkan dalam Viral yang tengah tersebar sekarang. Mak dia masih mampu sediakan pakaian sekolah untuk setiap anak dia. Bukan macam yang tersebar konon Adik terpaksa lambat daftar masuk tingkatan satu sebab berkongsi uniform sekolah dengan abang dia.


Terkejut mak dia Bila Pusat Zakat Pulau Pinang tiba2 terjah kerumah dia untuk mengetahui sejauh mana kesusahan mereka adakah seperti yang di gambarkan dalam Viral baru baru ni. Ibu tunggal 3 anak yang masih bersekolah ni ada terima bantuan dari pusat Zakat & JKM.. Cuma memang anak dia yang tingkatan 1 tu lambat daftar sekolah sebab katanya baru tahu anak dia dapat sekolah kat situ.

Kita pun nak prihatin jangan la sebar berita palsu. Buat spekulasi hanya dari sekeping gambar. Takkan la size baju sekolah abang dia yang tingkatan 4 sama dengan dia yang tingkatan 1. Siap buat cerita konon datang sekolah pun jiran yang bagi duit. Mak dia setiap bulan terima bantuan zakat RM400 & dari JKM RM300 campur duit kerja dia lagi.. Insya Allah walaupun susah.. mak dia masih mampu sekolahkan anak anak dia. Rumah pun bukan rumah sewa.. Depa dapat Rumah PPR.

Artikel penuh baca kat sini >> AstroAwani <<

Apapun.. walaupun mereka susah hope dengan peluang yang ibu depa bagi untuk belajar depa gunakan sebaik mungkin untuk belajar bersungguh sungguh sampai jadi orang berjaya macam ni >> Kisah Seorang Wanita Pernah Di Anggap Gila Kerana Berhenti Kerja Untuk Lakukan Perkara ni Tapi Hasilnya Sangat Mengejutkan << Boleh keluar dari kepompong kemiskinan. Mungkin bila dah kaya macam Dato Vida nanti depa pulak boleh memanafaatkan kekayaan tu kepada orang2 yang pernah melalui kehidupan susah macam mereka masa kecil dulu.

Moral of the story.. Sebab tu aku jarang nak clik share bila ada sesuatu viral ni. Memang niat kita tu baik tapi takut niat yang baik tu jadi sebaliknya bila apa yang kita share sebenarnya tak betul pun. Tapi tu la zaman media sosial ni kalau tak jadi viral lambat pulak tindakkan dia cuma kita nak turut menyumbang pada aktiviti memviral sesuatu perkara pulak jadi was was sebab yang betul dengan tak betul dah sama banyak.

2 comments:

  1. Tak semua dilahirkan bertuah. Yang viralkan ni yang masih bersuami atau yang masih beristeri ke atau ada juga it yang join tak sedar diri.
    Bersabarlah wahai si ibu. kalu aku dapat orang2 yang join sebarkan ni aku cabai2 mulut dan mata2 depa. nak delete - deletelah. saja nak lepaskan geram. I've gone thro those bad days/time. I AM STILL SURVIVE AND WILL SURVIVE. depa semua ni confirm orang2 melayu. typical.

    ReplyDelete
  2. Memang mudah nak mengviralkan apa-apa pun zaman sekarang ni. Tapi itulah kena tau juga kesahihannya tu. Buatnya kita tolong viral rupa-rupanya kisah tu tak benar, dah tak pasal-pasal buat kerja entah apa-apa. Tapi susah juga Suria nak tahu sesuatu perkara tu sahih ke tidak zaman sekarang ni. Kita anggap serius sangat bunyinya rupa-rupanya setengah mati kita tertipu dek orang-orang yang meroyan tak tentu pasal ni!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com