Showing posts with label adik. Show all posts

TERGAMAK KAKAK SEPUPU SEBAR DIARI SAUDARA SENDIRI DI MEDIA SOSIAL

TERGAMAK KAKAK SEPUPU SEBAR DIARI SAUDARA SENDIRI DI MEDIA SOSIAL. Diari ni dulu zaman sebelum wujudnya media sosial memang majoriti orang akan meluahkan perasaan dalam buku diari. Berbanding zaman sekarang manusia menulis diari di media sosial. Mungkin manusia zaman sekarang dah tak suka privacy kisah hidup atau luahan hati dia sebab tu dia boleh tulis terang terangan untuk orang lain baca. Tapi bagi orang yang masih inginkan privacy mungkin masih menulis diari sampai sekarang sebab dia nak tulis sekadar meluahkan rasa atau menyimpan memori untuk di baca masa akan datang. Kalau dulu diari tu siap ada mangga.. lepas tulis memang sorok takut ada yang terjumpa & baca. Punyalah tak nak orang tahu luahan hati kita.. Konsep macam tu pun kita dah paham.. Ia adalah satu perkara paling peribadi.

Aku dulu pun start tulis diari umur 12 tahun. Tapi aku pelik sikit.. Aku tulis diari dalam bentuk pantun. Selalunya bila aku sedih aku tulis la pantun airmata aku.. Lepas dah masuk sekolah menengah aku still ada buku diari yang berbentuk cerita & puisi.. Aku pernah karang satu diari untuk sahabat.. Sahabat yang sampai sekarang aku tak pernah lupa. Diari tu khas aku cerita pasal aku dengan dia jer.. Apa?? Ingat lekatlekit yang berpuaka ni tak pandai berpuitis ke?? Aku memang minat menulis sejak dari zaman sekolah lagi.. Cuma penulisan blog ni tak sama dengan penulisan aku di atas kertas. Aku pun pernah ada cita2 nak jadi penulis dulu.. Tapi start kenal blog terus berkarat otak nak mengarang cerpen apatah lagi nak cuba menulis novel. Dulu banyak jugak cerpen aku karang.. Pernah di siarkan di website karangkraf.

Tu kisah aku la.. Berbalik kisah ni seorang kakak sepupu yang biadap.. dah la dia curi baca diari adik sepupu dia yang aku rasa masih bersekolah rendah lepas tu dia snap & viralkan pulak tanpa fikir langsung perasaan budak tu. Kalau seorang budak dah pandai tulis diari bermakna dia mula rasa perlukan ruang peribadi untuk dia meluahkan perasaan. Maknanya apa yang dia nak luahkan tu adalah rahsia bila dia menulis dalam diari. Benda tu mungkin jadi satu aib pada dia jika orang lain tahu.. Bayangkan bukan kakak sepupu dia je baca diari dia.. Sampai blog gosip popular pun share pasal diari dia tu. Berapa ramai yang baca cerita yang selama ni mungkin menjadi rahsia dari pengetahuan orang lain.


Jangan ingat budak2 tak ada perasaan.. Jangan ingat dia budak dia tak tahu rasa malu. Jangan ingat dia masih budak.. Benda ni takkan menjadi sejarah hitam dalam hidup dia bila dia semakin meningkat remaja & dewasa. Jangan ingat bergurau macam tu tak bagi kesan emosi pada dia. Jangan ambil mudah soal perasaan orang lain nak2 lagi melibatkan rahsia seseorang. Walau dia adik sepupu kau.. Kau tetap tak ada hak nak ceroboh privacy dia kemudian sebarkan kepada orang lain. Jenis sedara macam ni memang jenis yang tak kisah untuk memalukan ahli keluarga sendiri. Boleh putus silaturrahim tau bergurau macam ni.

Kita pun tak suka orang baca diari kita apatah lagi sebarkan apa yang kita tulis dalam diari macam tu jugak dengan orang lain walau orang tu seorang budak. Orang baca mungkin rasa benda tu bukan masalah besar sangat, mungkin yang membaca tak rasa cerita dalam diari tu mengaibkan pemiliknya tapi orang yang jadi mangsa tu mungkin rasa benda tu akan buat dia malu & hilang keyakinan diri nak berhadapan dengan kawan - kawan & orang lain. Confirm ada adegan menyindir punya kalau sedara mara lain baca post kakak sepupu yang kurang ajar tu. Nak2 lagi dia ada tulis senarai ex-boyfriends dia yang aku yakin dia sendiri tak nak orang lain tahu lebih lebih lagi saudara mara dia.

Manusia sekarang ramai yang nak jadi terkenal kat media sosial maka berlaku benda benda macam ni sehingga sanggup memalukan saudara sendiri. Mohon mak bapak dia tahu apa yang dia buat pada sepupu dia & kena bantai sampai dia serik. Sakit pulak hati aku tau!! Yang tukang dok share pun terlibat sama jugak. Amboi kemain hangpa gelak sakan baca diari budak tu kan.. Cuba diari hangpa kena viral macam tu, rasa ada hati ke nak gelak lagi. Silap haribulan ada yang mati bunuh diri sebab tak tahan malu pada orang lain. Ingat bergurau jangan melampau.. Kalau melampau dah tak namanya gurau tapi minta penampau..

MIRA FILZAH TAYANG GAMBAR ADIK YANG CANTIK

MIRA FILZAH TAYANG GAMBAR ADIK YANG CANTIK. Retis cantik kalau tayang gambar adik dia yang sama cantik dengan dia tak lama lagi mungkin adik tu pun terheret masuk dunia seni. Tak jadi pelakon pun mungkin jadi model atau duta produk. Almaklum la orang lawa memang sesuai sangat la jadi pelaris katanya.


Tengok adik mira filzah ni memang mirip sangat dengan dia cuma mungkin muka adik dia bulat sikit berbanding dia. Apapun dua2 sama cantik. Kalau pilih yang manapun dari segi rupa memang dua dua win. Mungkin baka cantik kot maka keluar la keturunan cantik katanya. hehehe

Gambar yang di muat turun mira filzah dia account facebook dia

Dari segi cantik tu memang tak ada pertikaian la..Silap haribulan sekali pandang orang boleh tersilap adik dia tu mira filzah. Macam kembar pun ada cuma mungkin orang yang jenis mata teliti mungkin seimbas lalu boleh nampak perbezaan.

Apapun adik mira filzah memang cantik. Mana2 producer terutama David Teoh kalau nak sambar buat retis sedang elok dah la kalau segi rupa. Kalau dari bakat.. Tak tau la tak nampak dia tunjuk talent kat mana2 lagi. hehehe

PANGGIL ANAK PERTAMA DENGAN GELARAN ADIK, SESUAI KE?

PANGGIL ANAK PERTAMA DENGAN GELARAN ADIK, SESUAI KE? Benda ni benda biasa yang berlaku dalam kehidupan kita seharian. Bila ada baby je sesetengah orang rasa macam lagi manja panggil dengan panggilan adik walaupun anak tu anak pertama & tak mustahil dia akan beradik lagi di masa akan datang. Cuma mungkin orang macam aku entah kenapa rasa janggal nak panggil anak sendiri dengan panggilan adik. aku rasa pelik.


Semalam aku ada up benda ni kat FB tapi just cakap aku rasa pelik & janggal je nak panggil anak aku dengan panggilan adik tapi ada pulak terlebih perisa jadi dia terlebih rasa. Mungkin dia salah faham apa yang aku nak sampaikan. Tapi setakat sorang terasa yang lain elok je berkomen walau mereka tergolong dalam golongan yang pratikkan benda tu.. Just berkongsi pendapat. Ada yang kata memang panggilan macam tu melekat walau dia dah beradik sekalipun. Macam Blogger Kak Akma Omar katanya walau dia bukan bongsu tapi panggilan adik tu melekat sampai sekarang. Ada yang panggil dia Kak Adik. Adik tu dah jadi macam nama timangan dia pulak.

Komen peminat katanya hahahaha

Bukan salah.. Dari segi hukum hakam aku tak sure la. Setakat ni aku tak dengar la benda2 ni jadi isu melibatkan agama lagi. Cuma dari pendapat peribadi aku sendiri la. Kalau anak pertama tu rasanya better biasakan panggil nama dia kot. Sebab tak mustahil sampai satu masa gelaran adik tu tak sesuai lagi untuk dia bila dia dah ada adik. Ada orang kata.. alah panggil masa baby je sebelum dia beradik. Lepas dia beradik boleh tukar jadi kakak atau abang. Betul la tu.. Tapi bayangkan dah besar baru ada rezeki dia dapat adik sedangkan kita dah biasa panggil dia adik maybe dalam masa 5 - 10 tahun. tetiba nak tukar dengan panggilan nama atau abang/kakak mesti susah sikit. Dia pun mesti rasa janggal bila nama timangan dia tetiba berubah.


Tapi benda ni bergantung pada individu. Bukan wajib pun anak pertama kena panggil nama dia tak boleh panggil adik. Tak payah emosi sangat la kan.. Sebab aku sendiri pun tak pernah kata benda tu salah untuk di pratikkan cuma untuk keselesaan di masa depan better yang 1st tu jangan biasakan panggil adik kot.. Dalam family aku yang sulung memang mak ayah aku panggil kakak & yang bongsu panggil adik. Yang tengah2 semua panggil nama je. Hahahaha. Ok la tu.. panggilan yang orang kata bersesuaian dengan status depa dalam family.

Tu panggilan pada anak.. Tak masuk lagi panggil suami isteri berubah lepas dapat anak. Dulu abang ayang.. dapat anak terus je bertukar jadi mama papa.. ibu ayah.. Tak tau la ada orang cakap just nak bagi anak ikut apa yang kita sebut. Tapi aku ni maybe jenis tak tipikal kot. Aku rasa pelik giler nak panggil asben aku daddy untuk ajar anak aku panggil bapak dia daddy. Still panggilan tu sama je macam sebelum dapat anak. Asben aku pun sama. Tak pernah ada apa yang berubah kecuali status. Dari status suami isteri dah naik satu pangkat jadi mak bapak orang. Tu je la yang berubah.

Ni cuma isu santai tak payah nak sensasikan sangat atau nak terasa lebih lebih. Kalau isu2 hot macam ni korang nak terasa ok la jugak >> 5 Hot Issue berkaitan anak muda zaman sekarang << At Least benda tu mungkin mengubah korang jadi lebih baik, kan? Ni alahai.. isu pasal nama panggilan je pun nak touching sampai ke tulang sumsum apa kes? hahahaha. Padahal aku tulis secara santai je.

INI YANG BERLAKU BILA LELAKI MAKEUP KAN PEREMPUAN

INI YANG BERLAKU BILA LELAKI MAKEUP KAN PEREMPUAN. Perempuan & make up memang sinonim walau masih ada perempuan yang memang tak suka makeup, malas makeup atau tak reti makeup macam aku. Aku ni suka makeup tapi tak la pandai pun sampai sekarang tapi tetap confident nak menconteng arang ke muka sendiri katanya. Kalau tak kaler2 muka aku ni rasa tak confident nak melangkah keluar rumah. Paling2 pun mesti pakai bedak eyeliner & lipgloss.. Tu kira paling basic kena pakai jugak la kalau tak sempat nak touch up lebih lebih.



Ada jugak perempuan muka sampai kepam punya dia tak kisah dengan rupa & kulit dia. Jangankan nak berhias nak jadi kesihatan & kecantikkan kulit wajah pun dua malas. Yang tu rasanya tak elok sangat di pratikkan. Kalau yang dah ada pasangan ni.. Bukan la suruh makeup 24jam.. at least jaga la sikit muka tu kan. Jangan la kepam sangat. Tak makeup pun tak jadi masalah selagi ada rasa nak jaga kulit muka walaupun kulit tu bermasalah.

Perempuan kan terkenal dengan sikap sukakan kecantikkan pada diri dia berbanding lelaki dia lebih suka lihat kecantikkan pada wanita. Pun macam tu tetap suka komplen kalau perempuan lambat bersiap. Nak cantik mesti la ambil masa sikit kan.. Konon tak perlu ambil masa lama kot setakat nak pakai foundation,bedak,eye shadow, eyeliner,mascara,lipstik bagai tu. Cuba suruh depa tolong make up kan tengok.. Jadi apa. Ada yang tetiba kena parkinson, menggigil pegang alat make up. Baru depa tau kenapa perempuan selalu lambat bila bersiap. Tapi korang takkan sangka hasilnya jadi macam ni bila lelaki kerjakan muka perempuan dengan makeup >> > Ini Yang Berlaku Bila lelaki Yang Pertama Kali Makeup kan Perempuan <<

Moral of the story.. Ingat senang ke perempuan nak nampak cantik dengan teknik makeup walaupun ramai yang kata suka tengok perempuan natural beauty tapi bila perempuan tu keluar dengan muka bogel je mula la judge perempuan tu pemalas. Ye ye.. tahu laki orang tak kisah korang makeup ke tidak.. laki aku pun tak pernah komplen aku tak makeup ke nak makeup tapi aku memang buat untuk kepuasan diri aku.

VIRAL PELAJAR SEKOLAH KONGSI BAJU DENGAN ABANG ADALAH TIDAK BENAR

VIRAL PELAJAR SEKOLAH KONGSI BAJU DENGAN ABANG ADALAH TIDAK BENAR. Memang la depa bukan orang kaya tapi tak ada la sesusah yang di gambarkan dalam Viral yang tengah tersebar sekarang. Mak dia masih mampu sediakan pakaian sekolah untuk setiap anak dia. Bukan macam yang tersebar konon Adik terpaksa lambat daftar masuk tingkatan satu sebab berkongsi uniform sekolah dengan abang dia.


Terkejut mak dia Bila Pusat Zakat Pulau Pinang tiba2 terjah kerumah dia untuk mengetahui sejauh mana kesusahan mereka adakah seperti yang di gambarkan dalam Viral baru baru ni. Ibu tunggal 3 anak yang masih bersekolah ni ada terima bantuan dari pusat Zakat & JKM.. Cuma memang anak dia yang tingkatan 1 tu lambat daftar sekolah sebab katanya baru tahu anak dia dapat sekolah kat situ.

Kita pun nak prihatin jangan la sebar berita palsu. Buat spekulasi hanya dari sekeping gambar. Takkan la size baju sekolah abang dia yang tingkatan 4 sama dengan dia yang tingkatan 1. Siap buat cerita konon datang sekolah pun jiran yang bagi duit. Mak dia setiap bulan terima bantuan zakat RM400 & dari JKM RM300 campur duit kerja dia lagi.. Insya Allah walaupun susah.. mak dia masih mampu sekolahkan anak anak dia. Rumah pun bukan rumah sewa.. Depa dapat Rumah PPR.

Artikel penuh baca kat sini >> AstroAwani <<

Apapun.. walaupun mereka susah hope dengan peluang yang ibu depa bagi untuk belajar depa gunakan sebaik mungkin untuk belajar bersungguh sungguh sampai jadi orang berjaya macam ni >> Kisah Seorang Wanita Pernah Di Anggap Gila Kerana Berhenti Kerja Untuk Lakukan Perkara ni Tapi Hasilnya Sangat Mengejutkan << Boleh keluar dari kepompong kemiskinan. Mungkin bila dah kaya macam Dato Vida nanti depa pulak boleh memanafaatkan kekayaan tu kepada orang2 yang pernah melalui kehidupan susah macam mereka masa kecil dulu.

Moral of the story.. Sebab tu aku jarang nak clik share bila ada sesuatu viral ni. Memang niat kita tu baik tapi takut niat yang baik tu jadi sebaliknya bila apa yang kita share sebenarnya tak betul pun. Tapi tu la zaman media sosial ni kalau tak jadi viral lambat pulak tindakkan dia cuma kita nak turut menyumbang pada aktiviti memviral sesuatu perkara pulak jadi was was sebab yang betul dengan tak betul dah sama banyak.

ABANG USTAZ KAZIM ELIAS BONGKAR RAHSIA TENTANG ADIKNYA

ABANG USTAZ KAZIM ELIAS BONGKAR RAHSIA TENTANG ADIKNYA. Aku tak tahu yang selama ni Abang ustaz kazim elias jugak seorang penceramah & pendakwah. Katanya dia berceramah lebih awal sebelum ustaz kazim cuma ustaz kazim lebih di kenali & menyerlah dalam dakwahnya. Bagi yang tak kenal Ustaz Kazim Elias beliau sebelum menjadi pendakwah selebriti keluar tv bagai. Dulu ceramah2 beliau sangat popular kat youtube. Sebab cara dia berceramah memang santai, kelakar & terkenal dengan suka menyanyi lagu2 Allahyarham P.Ramlee & lagu2 hindustan dalam ceramah beliau.

Ni la rupa abang kepada Ustaz kazim Elias

Tadi tertengok Rancangan kat TV AlHijrah yang jemput abang kepada Ustaz Kazim Elias iatu Ustaz Dato' Kapten (B) Ustaz Najmuddin Elias. Muka, suara memang ada persamaan dengan adik beliau Ustaz Kazim elias cuma style berceramah tu je lain sikit tapi macam sama jugak. Pandai berlawak & suka menyanyi jugak. Dia ada cerita satu rahsia kepada penonton kenapa adik beliau Ustaz Kazim Elias pandai nyanyi lagu hindustan.

Ustaz Kazim Elias

Katanya dulu masa dia umur 8 tahun, Ustaz Kazim masa tu baru 8 bulan dah kematian ayah. Mak depa pulak time tu muda lagi maka kahwin la lain. Dapat bapak tiri yang minat lagu hindustan. Hari2 sebelum tidur dia pasang lagu hindustand & mungkin sebab tu kot Ustaz Kazim pandai nyanyi lagu hindustan. yelah kan.. kalau dah hari2 dengar memang boleh hafal. Dulu arwah ayah aku suka dengar lagu jefri din, aku pun jadi terminat dengan lagu2 jefri din. hahahaha.

Jadi kesimpulannya kalau kita nak expert dalam sesuatu perkara tu kita kena selalu dengar atau buat.. contoh macam kalau kita nak jadi magician kita kena selalu tengok magic show (Contoh Cara Buat Magic paling Simple & Senang Kat sini >> Juara Silap Mata Bagi Tutorial Paling mudah & senang buat Magic ) selain kita kena belajar buat magic. Setakat tengok tapi tak belajar pun tak boleh jadi expert atau setakat belajar tapi tak melihat orang yang lebih berpengalaman beraksi pun tak boleh jugak sebab nanti kita terlepas perkembangan & trend terkini.

Moral of the story.. Apa yang kita dengar, kita baca & kita lihat setiap hari juga menjadi didikan pada diri kita. Kalau yang baik kita dengar, tengok & lihat, Insya Allah kita akan terdidik dengan perkara perkara baik. Tapi kalau dok baca gosip kat beautifulnara jer memang la jadi kaki gosip jugak. Hahahaha. Ok aku mengata diri sendiri.

BILA ADIK DI SANGKA MUMMY

Kelebihan orang kementot ni kadang2 orang kata nampak muda.. kadang2 tak nampak muda pun. Tengok dari belakang je macam budak - budak dari depan dah nampak macam mak budak. Pun begitu bergantung pada penampilan juga. Kalau fesyen ala makcik2 muka muda pun nampak tua. Ye tak??

Alkisahnya semalam.. en hubby saya belanja makan steamboat & BBQ kat D' Manggis Cafe kat kuang. Sebenarnya lama dah plan nak makan steamboat ni baru semalam je dapat pergi. Tempat tu kalau tak silap sang lekit tengok kat TV rancangan jalan2 cari makan. Restoran dia cantik.. Steamboat dia tak tau la mungkin sesetengah orang rasa best, sang lekit rasa ok la.. Harga dia tak mahal sangat. RM20 untuk dewasa & RM10 untuk kanak2. Per person ok. Ajak la adik sang lekit sekali. Jadi bertiga la kami bersama cik kecik lala yang belum boleh makan. Dia minum susu je.

Kitorang lepak kat ruangan ni. (gambar di pinjam dari D'Manggis Cafe)

Dah bawak baby ni maka sorang mesti la kena jaga baby sementara 2 lagi insan pergi mengambil bahan2 untuk men'stemaboat & mem'BBQ. Adik sang lekit dengan hubby jer pergi pilih makanan. Sang lekit dengan baby lala duduk lepak2 kat meja. Sebelah meja tu ada 1 family yang asyik pandang. Mungkin teruja sebab di bawak sekali lala yang tak sampai 2 bulan tu. Dorang dok bercakap semasa sendiri, ada yang dok teka lala belum habis pantang, lepas si perempuan cakap kalau belum habis pantang takkan ibunya dah boleh makan steamboat & jalan2.

Lepas tu dorang pandang adik sang lekit masa tu tengah jalan dengan hubby nak pergi ambil bahan2 steamboat, dorang fikir adik sang lekit tu la mummy lala sebab adik sang lekit ni selain penampilan dia, muka dia pun nampak lebih kakak pada sang lekit. Sang lekit yang katek ni tak tau la dorang fikir siapa. Bibik ke, adik ke yang pasti dorang tak fikir bini & mummy pada lala. Tergelak sorang2. Yang dorang pun nak main teka teki pun cakap biar la pelan2. Ni Vokal mampu di dengar jelas sang lekit. Tapi sang lekit buat2 macam tak dengar.

Bila adik sang lekit datang, sang lekit bagitau la.. Terus taknak jalan2 dengan hubby. Almaklum la orang masih solo molo & single mingle.. Takut jatuh saham bujang dia. Balik rumah belek2 muka kat cermin, rasanya dah nampak rupa ibu2.. ke aku je yang rasa aku dah nampak macam ibu2?? kekekekeke..

Moral of the story.. Kalau kita melihat sesuatu jangan pandai2 nak buat keputusan dari pandangan mata kasar yer sebabnya banyak benda akan tersasar dari tekaan kita tak kira perkara tu baik atau buruk. Macam kes sang lekit ni takde apa lah nak ambil hati. Tapi mungkin kes2 yang lain yang kurang sedap di dengar mengundang marah orang lain.

MANA SATU TANGGUNGJAWAB?

Seseorang telah mengadu..
Gadis : Pakwe aku control sangat la.. itu tak boleh ini tak boleh. Berkawan pun kena dengan sama jantina jer.. Tak boleh lelaki, pondan, pengkid atau apa2 saja spesis yang tak sama jenis.

Dalam situasi itu si gadis begitu di jaga oleh sang kekasihnya dengan alasan untuk menjaga keselamatan & kehormatan dirinya. Matlamat & tujuannya memang amat mulia sebab si jejaka begitu sayangkan si gadis tapi pada masa yang sama si jejaka juga mempunyai seorang adik perempuan yang juga dah bergelar seorang gadis. Adik perempuan beliau juga sudah ada kekasih hati. Siang malam bergayut & ber sms. Sekali sekala berdating. Adik perempuan nya juga pada masa yang sama mempunyai kawan di kalangan mereka yang berlawanan jantina tapi tidak pula di kawal dengan ketat pergaulannya cuma memantau sekadar yang nampak agar adik perempuannya selamat & terjaga kehormatannya. Apakah dia kenal semua kawan2 si adik atau betul2 pastikan kekasih si adik itu tidak berniat buruk sehingga tidak begitu risau akan pergaulan adiknya tapi lebih risaukan pergaulan sang kekasihnya?

Dalam isu ni apa yang menjadi persoalannya yang mana lebih di jaga atau tanggungjawab si abang/pakwe tu?? Adakah mengawal ketat sang kekasih yang cuma bakal isteri yang belum tentu pastinya atau si adik yang dah tentu saudara kandungnya?

Jawapannya senang.. tentu sekali si adik kan?? Sebab tanggungjawab si abang masih pada keluarganya bukan lagi pada sang kekasih tapi kenapa pula si kekasih lebih di jaga berbanding si adik? pelik kan??

Cinta tu kadang - kadang buat kita terlupa tanggungjawab kita pada orang yang wajib kita jaga. Memberi sepenuh perhatian pada orang yang belum di pertanggungjawabkan pada kita sehingga mengabaikan orang yang sepatutnya kita bertanggungjawab keatasnya. Kes macam ni bukan sesuatu yang pelik atau jarang - jarang lagi berlaku cuma kita terlalai untuk menyedarinya. Entri ini cuma sengaja di adakan untuk membincangkan benda yang selama ni kita pandang remeh tapi besar kesannya kalau terjadi sesuatu yang buruk.

Entri ni tidak melibatkan mana - mana pihak, individu,blog, chatter, mahupun blogger. Tercetus bila seorang teman pernah meluahkan perasaan akibat di kongkong sang kekasih. Maka terilham la isu ni untuk sama - sama mengingatkan kita pada tanggungjawab yang patut kita dahulukan sebelum orang lain.

P/S : Sang Lekit harap sangat takde sapa yang touching dengan entri ni sebab bukan di adaptasi dari kisah sesiapa cuma menulis apa yang berlaku dalam kehidupan kita seharian yang kita terlepas pandang selama ini.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com