Showing posts with label di laut china selatan. Show all posts

PESAWAT MAS YANG HILANG DARI RADAR TERHEMPAS DI LAUT ??

Ya Allah.. sentap aku baca berita terkini di blog astroawani ni tau. Nak menaip pun rasa menggigil jari.

KUALA LUMPUR: Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News
Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.
Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.
Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.
Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu
Sumber : Astroawani
**Laporan berita ni di astroawani khabarnya telah di tarik balik**

Update terkini dari FB


Ni pula aku ambil dari FB yang printscreen status fauziah gaus. Sejauh mana kebenaran kena tunggu juga laporan rasmi. Aku sangat berharap.. apa yang di katakan tu tak berlaku

ni laporan yang lebih kurang macam yang status fauziah gaos tu. sumber dari Fb jugak



Masih tak tau status semua petugas & penumpang dalam pesawat tu. Doakan yang terbaik buat mereka. Bila terkenang ada bayi dalam pesawat tu semakin hati ni bagai di rentap.

P/s : terlampau banyak spekulasi aku sendiri harap cepat ada laporan rasmi dari pihak yang sepatutnya. Apapun aku masih berharap.. apa yang di sebarkan tak berlaku. Harap sangat2. Sama2 lah kita mendoakannya


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com