Showing posts with label kecemasan. Show all posts

RAMAI YANG TAK TAHU PENTING AKTIFKAN DATA PERANTAUAN DI TELEFON

RAMAI YANG TAK TAHU PENTING AKTIFKAN DATA PERANTAUAN DI TELEFON. Aku ni jangan kan keluar negara.. keluar je rumah kadang2 enpon pun aku tak tengok dah. Kat mana aku campak dalam beg, kat situ la dia duduk selagi enpon tu tak berbunyi atau anak dengan asben aku hilang dalam mall. Biasa la.. anak dengan bapak memang kadang2 malas sikit nak layan bila si mak mula membelek saka2 dalam mall tu. So, depa akan cari aktiviti yang best sementara tunggu si mak siap merembat apa yang patut. Tiap2 hari enpon aku ni anak aku je dok perabih bateri layan youtube.


Sebab tu la aku dalam ke luar negara tak pernah kisah langsung pasal enpon ni. Tapi sebenarnya penting sangat tau enpon ni bila kita berada di luar negara. Normally bila travel luar negara tak kira pergi Thailand je pun samada kita beli simcard sana punya atau active data roaming @ data perantauan tu. Bukan murah caj bila aktif data roaming ni. Pernah dulu pergi Thailand Asben aku active data roaming ni mak aii boleh tahan mahal tapi aku tak ingat pulak berapa dia caj. Yang aku ingat mahal je hahaha... Tapi tak sekarang ada data perantau yang  murah gila. boleh tengok kat sini >> Flexiroam <<

Mesti ramai yang tak alert pasal ni. Mungkin segelintir dari kita anggap nak pergi bercuti tak payah sibuk sangat la dengan telefon. Bukan 24jam nak tengok telefon tu. Ini sebab Kenapa perlu talian kita kena sentiasa aktif & boleh access walau kat luar negara sekalipun. Takut berlaku perkara perkara kecemasan at least kita senang nak buat call. Sebab masalah2 macam ni tak mustahil boleh berlaku bila kita travel ke luar negara. Akan jadi masalah besar jugak kalau kita tak ada access talian telefon untuk data perantau ni kalau berada di luar negara. Silap2 kita boleh stuck kat sana tak boleh balik Malaysia.

Moral of the story.. sebab tu pepatah melayu kata, sediakan payung sebelum hujan. Kalau dah hujan baru sibuk kau nak cari orang jual payung mungkin kuyup dulu baru jumpa payung. Time tu payung pun tak guna dah. Macam tu juga dengan data perantau ni... Tak payah tunggu sampai jadi masalah baru rasa penting. Sebelum naik flight tu stanby siap siap. Kalau jadi apa2 pun kita dah ada backup @ persediaan awal untuk hadapi kemungkinan yang berlaku.

8 PERKARA KECEMASAN YANG ORANG SELESAIKAN DI STESEN MINYAK

8 PERKARA KECEMASAN YANG ORANG SELESAIKAN DI STESEN MINYAK. Hari ni hari kita cerita pasal stesen minyak je. Sebab hari ni mungkin hari stesen minyak kat blog lekatlekit.com. Takpe apapun yang kita cerita ni sekadar perkongsian santai. Takde la mengumpat ngumpit sapa2 kan. Mengumpat stesen minyak je pun.. hahahaha


Stesen minyak sekarang dah pelbagai fungsi. Sebab tu banyak perkara kecemasan yang kita boleh selesaikan hanya di stesen minyak tak perlu nak cari kat tempat lain. Singgah isi minyak jer boleh selesaikan banyak perkara. bagus la kan.. At least jimat minyak. Pergi satu tempat boleh buat banyak perkara. Tu salah satu kelebihan. Mungkin bukan je boleh jimat minyak malah boleh jimat tol & jimat tenaga. Al maklum la sekarang tol pun dah naik kemudian dengar gosip2 liar mengatakan BR1M pun nak di kurangkan. Barang naik, bantuan di kurangkan. Alahai.. pakcik Najib tak berperikementerian sungguh. tak kesian ke kat kami orang2 semekin lagi hina ni.

Jadi bila dah semua naik pilihan yang rakyat semekin ada adalah berjimat je la. Jadi nak jimat segala benda dari segi masa,tenaga & kos ni lah perkara kecemasan yang selalu orang selesaikan kat stesen minyak. Nak tau apa yang perkara tu meh baca kat sini >> 8 Perkara kecemasan Yang Rakyat malaysia boleh selesaikan Di Stesen Minyak <<

Ok la tu.. Stesen minyak mungkin tak lama lagi boleh jadi centre kalau dah semuanya ada. Tak mustahil tetiba stesen minyak pun boleh jadi macam mall. Bukan setakat orang isi minyak, siap bershopping lagi. Wah.. memang meriah la stesen minyak. tak cukup parking jadinya. hahahaha

Moral of the story.. Sebagai rakyat malaysia jangan ambil kesempatan atas kemudahan yang di sediakan di stesen minyak. Gunakan dengan cara yang betul. Sebab spesis yang suka ambil kesempatan ni yang menyusahkan orang2 yang benar2 terdesak nak ke stesen minyak.

BENDA PALING PENTING YANG SELALU ORANG TAK BAWA PERGI BERCUTI

BENDA PALING PENTING YANG SELALU ORANG TAK BAWA PERGI BERCUTI. Bulan oktober ni banyak betul artikel2 berkenaan pergi bercuti yer. Nak ingatkan siap2 katanya. Takde la dah terhantu baru terngadah. Almaklum la kebanyakkan dari kita memang spesis suka anggap semua perkara tu remeh. Nak kena sampai jadi kecemasan baru la terfikir benda atau perkara yang kita pandang remeh tu sebenarnya sangat penting.

Sumber Google. Sekadar Hiasan
 Walau nak pergi bercuti bukan nak pergi cari penyakit namun kita kena buat persediaan awal sekiranya berlaku kecemasan semasa kita sedang bercuti. Ataupun sebenarnya benda tu bukan untuk kegunaan kecemasan tapi sememangnya kita perlu guna semasa bercuti cuma kita rasa benda tu boleh dapat kat mana2 jadi kita tak rasa perlu bawa.

Tapi aku ni spesis kalau nak berjalan jauh kalau boleh pack 1 rumah gamaknya dengan rumah2 sekali aku angkut pergi bercuti. rasa semua benda macam aku perlu guna masa perjalanan jauh padahal kadang2 cuma bawa beban tak guna pun barang2 yang aku bawa terutama baju lebih la. Nak balik kampung 3 hari 2 malam pun bawak baju macam nak pakai seminggu. Tu perangai aku. Tapi ada jugak barang yang penting aku suka terlupa bawa sebab terlebih fikir benda tak penting nak bawa.

Sebab kita semua memang ada perangai tak semegah macam tu jadi mengambil tanggungjawab khidmat masyarakat maka aku nak share la perkara & benda yang sangat penting kita bawa semasa pergi bercuti tapi selalunya kita tak pernah langsung terfikir nak bawa atau mungkin kita tak pernah tahu sebenarnya benda ni kena bawa.

Aku ni blogger agak berhemah tinggi jugak la tak suka nak copypaste sangat artikel orang tapi sebab nak berkongsi dengan hangpa semua perkara yang aku rasa penting untuk kita semua ambil tahu maka aku bagi link je la untuk korang baca yer. Nak tahu apa benda @ perkara penting yang kebanyakkan dari kita semua tak terfikir nak bawa semasa pergi bercuti adalah >> Perhatian! Korang Wajib Tahu 7 Benda Yang Wajib ada Semasa pergi bercuti <<

Moral of the story.. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan sediakan sampan sebelum banjir sediakan kain kafan sebelum mati.. Ops terlebih sudah! hahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com