PENGSAN DALAM BAS RAPID KL YANG KEMALANGAN BARANG & DUIT KENA KEBAS
Tadi baca akhbar harian metro online kisah bas rapid KL yang di pandu laju tak tau dia kejar apa.. lepas tu terbabas langgar kedai orang kat pudu sana. Tapi bukan pasal kemalangan tu yang den nak kupas kupis & kopek walau nak jugak membebel sepatah dua kata kat pemandu tak bertanggungjawab tu. Dah la bawak banyak nyawa dalam bas.. pastu berangan macam pemandu formula 1 apa kau fikir nyawa orang ada jual kat farmasi ke??Tapi paling kesian kat sorang penumpang bas ni la.. mungkin sebab terlampau panik & takut lepas bas tu rempuh kedai selepas terbabas dia terpengsan. Sedar2 beg tangan, wang tunai, dan telefon bimbit hilang. Sapa gamaknya sempat buat kerja terkutuk dalam keadaan cemas macam tu. Ni maybe kerja penumpang dalam bas tu jugak kot. Takkan la penyamun tengok bas terbabas macam tu cepat2 naik bas nak kebas barang orang. Memang kental la hati pencuri yang maybe penumpang bas yang turut terlibat dalam kemalangan tu cuma mungkin dia tak cedera atau cedera ringan jer. Tapi kalau dah jiwa mencuri sebati dengan diri.. dalam apa keadaan pun tetap dia fikir.. CURI jer.
Tapi den sure walau kakak tu sedih barang dia kena kebas tapi dia lebih bersyukur nyawa dia tak di kebas oleh pemandu berangan drive keta formula 1 tu. Takpe la kak.. Mungkin Allah nak ganti rezeki yang lebih berganda dari apa yang hilang yang penting akak selamat & tak mengalami kecederaan serius yer.
Pada penyamun itu.. kau patut balik taubat nasuha lepas kemalangan tu sebab nyawa ko masih panjang. Buatnya malaikat maut cabut nyawa kau time tu.. Kan seram bunyinya.
** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE