Showing posts with label duduk. Show all posts

TERBONGKAR TENTANG ORANG MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA

TERBONGKAR TENTANG ORANG MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA. Sejak akhir akhir ni banyak sungguh pembongkaran tentang negara kita Malaysia ni. Terbongkar tentang Pm sekarang memang membebankan rakyat.. Terbongkar sebenar memprotes dengan cara berhimpun di jalanan tidak sama sekali memberi kesan pada pemerintah & macam2 lagi la pembongkaran. Tu tak termasuk pembongkaran melalui spekulasi tentang MH370 yang masih misteri tentang kehilangannya. Malaysia memang masih banyak perkara misteri yang baru nak terbongkar sikit demi sedikit katanya. hehehe


Tapi pembongkaran yang aku nak buat kat blog lekat lekit ni takde la sampai mengancam keselamatan negara cuma apa yang nak di bongkarkan ni memang siapa2 pun tak boleh nafi kewujudan & kejadiannya. Walau pergi kemana mana serata dunia pun benda ni semua orang terpaksa akui ianya dari Malaysia. Hanya Malaysia miliki perkara ni & hanya rakyat Malaysia saja akan buat .

Malaysia memang unik bukan je berbilang kaum malah banyak perkara unik yang kita tak perasan selama ni. Sebab kita dah biasa dengan semua tu jadi kita memang takkan nampak keunikkan yang orang lain nampak tentang Malaysia. Macam iklan Ambi Pure.. kita dah biasa dengan keadaan tu so kita tak rasa apa2 pun yang luar biasa tapi bagi orang luar mungkin benda ni menjadi sesuatu yang menjadi identiti Malaysia. Sampai keluar negara pun orang boleh kenal ni mesti dari Malaysia.

Bila terbongkarnya perkara ni bukan sahaja orang luar akan perasan kelaianan Malaysia malah kita sendiri akan cakap.. Ye ke? eh.. eh.. Betul la. Serius ada perkara yang aku sendiri baru tau rupanya orang Malaysia yang duduk luar negara macam ni sebab selama ni aku tak tau. Tapi lepas baca artikel banyak info yang aku dapat Tentang Malaysia yang selama ni kita tak pernah tahu terutama tentang pasport Malaysia ni. Nak tau apa yang anda tak pernah tahu tentang Malaysia meh baca sini >> Terbongkar Tentang Orang Malaysia Yang Berada di luar negara <<

Moral of the story.. Walau pun pepatah ada kata di mana bumi di pijak di situ langit di junjung tapi tetap cara hidup yang biasa kita pratikkan susah nak hilang. Kau tak payah berlagak western macam mana la.. hari2 makan steak tetap sesekali kau rindu sambal petai, gulai tempoyak, sambal belacan, nasi lemak,roti canai bagai. hahahaha

INI SEBAB AIR ASIA JADI TRENDING KAT MEDIA SOSIAL

INI SEBAB AIR ASIA JADI TRENDING KAT MEDIA SOSIAL. Dah kenapa pulak Air Asia jadi trending sejak semalam katanya. Ada pesawat tergolek kat memana lagi ke? Na'uzubillah.. Minta simpang la perkara tu berlaku lagi. Dah 2 pesawat Air Asia terhempas & 1 pesawat MAS di tembak & 1 lagi masih status hilang jangan ada lagi kejadian kejadian yang menyayat hati macam tu berlaku. Tak tahan nak menangis bawah bantal lagi katanya.


Dah tu kenapa pulak jadi trending. Ada isu tak senonoh berlaku dalam pesawat Air Asia ke? Amboi.. sampai kesitu perginya korang fikir yer. Takde apa yang tak senonoh selain skirt pendek pramugari Air Asia je nampak kurang senonoh. Dari segi perbuatan & kelakuan takde kontroversi tak senonoh lagi berlaku. Abis tu apa yang trending sangat lekat lekit Ooi.. Mukadimah panjang berjela tak cerita lagi apa yang trending tu.

Apa lagi Air Asia kalau trending takde pasal lain dah.. Kalau tak pasal Free Seat la. Apa lagi Air Asia boleh buat selain bagi free seat yang buat orang jadi gila tak tahan nak flight. Kalau korang pun nak rebut peluang dapat free seat dari Air Asia ni tengok promosinya kat sini >> FREE SEATS from AirAsia happening now! <<

Musim ringgit Malaysia jadi tak bermaruah di negara luar.. Jerebu makin serius walau duduk dalam rumah pun tetap terkesan. Sakit tekak, sakit kepala.. anak batuk.. Nak kemana mana pun rasa tak berapa ada mood. Fikir takut anak sakit. Tapi yelah tawaran free seat ni bukan datang selalu ye dak?? alah duduk dalam kapal terbang bukan perlu buka tingkap pun. Jerebu tak masuk. hahahahaha

TENTANG QATAR AIRWAYS YANG ORANG MISKIN TAK TAHU

TENTANG QATAR AIRWAYS YANG ORANG MISKIN TAK TAHU. Tu dia tajuk mengundang bala katanya. Kalau orang judge dari tajuk boleh jadi viral ni. Aku pun kategori orang miskin jugak so sebelum ni aku pun memang tak tahu sangat pasal Syarikat penerbangan Qatar Airways ni. Tak pernah guna perkhidmatan mereka tak semestinya kita takkan dapat info tentang apa yang ada dalam pesawat Qatar Airways ni kan?? Yang penting kau rajin membaca Insya Allah.. kau akan dapat info.


kalau la dapat tajaan terbang dengan penerbangan bertaraf 5 bintang ni.. Wah rasa VVIP satu hari kot. Yelah.. setakat ni mampu terbang bersama Air Asia je. Tu pun syukur Alhamdulillah mampu rasa naik kapal terbang jugak. Ada orang yang sampai sekarang tak berpeluang merasa terbang di awan biru katanya. Insya Allah.. setiap orang ada bahagian rezeki masing2. Jangan risau. Kapal terbang sekarang bukan semua untuk orang2 kaya je. Ada je penerbangan tambang murah macam Air Asia & firefly. Merasa jugak golongan semekin macam aku naik kapal terbang.

Terbaca tentang penerbangan taraf 5 bintang ni.. Qatar Airways adalah syarikat penerbangan utama negara Qatar yang berpangkalan di Doha dan melayani 81 destinasi antarabangsa. Merupakan penerbangan yang diiktiraf terbaik di dunia. Ditubuhkan pada 22 November 1993 & mula beroperasi pada 20 Januari 1994. Penerbangan pertama pada Mei 1994. Yang bestnya Qatar Airways ni semua pesawat penumpang tak kira apa kelas sekalipun mempunyai layar video di setiap tempat duduk. Siap ada siaran television satelit lagi untuk rancangan TV eropah & Arab. tapi ada 2 pesawat yang takde service ni. Untuk penumpang kelas pertama bukan setakat boleh baring, tapi seat dia di lengkapi fungsi mengurut & sistem hiburan. Kalau terbang berbelas jam takde la rasa sengal2 badan sangat kan.

kalaulah dapat terbang dengan Qatar Airways ni kan.. nak2 dapat seat kelas pertama tu. Mesti feeling orang kaya satu hari katanya. Manalah tau akan datang ada rezeki kan walau tak kaya. Sebab rezeki ni dari Allah & datang dalam pelbagai cara & sumber. Tapi kalau korang yang terbang dengan Qatar Airways ni sekarang pun ada promosi. Time promosi ni la tiket dia murah sikit. Boleh la merasa naik flight yang di iktiraf terbaik di dunia & ber kelas 5 bintang ni. Korang boleh tengok kat sini promosi >> Fly to your dream destination with this Qatar Airways promo now.<<

Moral of the story.. Orang miskin bukan semuanya selamanya miskin & orang kaya tak selamanya jugak kekal kaya. Nasib boleh berubah & di ubah cuma kita yang perlu berubah untuk mengubah nasib kita. Jadi hari ni mungkin kita mampu naik Air Asia tak mustahil satu hari kita di kelas pertama Qatar Airways katanya.

BAHAYA MENCANGKUNG SEMASA PAKAI SKINNY JEANS

Sapa kat sini peminat skinny jeans. Ramai.. Tak payah ngaku sorang2. Tengok gambar2 hangpa upload kat FB pun tau jenis seluar hangpa tu. Skinny ni jeans ni bukan golongan free hair je pakai golongan bertudung pun pakai jugak. So, skinny jeans memang ramai penggemarnya. Memang cantik tapi tahukah korang bahaya di sebalik pakai skinny jeans ni nak2 lagi semasa korang mencangkung.


Jangan bohong la korang tak mencangkung langsung masa pakai skinny jeans. Kadang2 korang perlu mencangkung jugak. Mencangkung ni bukan masa nak berak jer... hahahaha.. Tahukah anda mencangkung semasa memakai skinny jeans dalam jangka masa yang lama boleh merosakkan otot dan urat saraf di kaki. Hasil pemeriksaan terhadap 1 kes wanita di US yang dilaporkan terjatuh dan terbaring beberapa jam di lantai kerana tidak mampu bergerak sebelum dikejarkan ke hospital. Sebelum itu, wanita terbabit menghabiskan masa dengan membantu memindahkan barang ke rumah baru saudaranya dan banyak bercangkung untuk mengosongkan almari pakaian. Betis wanita berkenaan bengkak dan dia tak mampu untuk menggerakkan pergelangan kaki tumit. Doktor mendapati tisu otot wanita ini telah rosak kerana mencangkung terlalu lama dan percayai penyebabnya adalah seluar jeans yang ketat di pakainya.

jadi kalau korang nak melakukan aktiviti lasak macam mengemas ke, memunggah barang atau apa2 perbuatan yang memerlukan anda duduk, cangkuk,bongkok,tunduk bagai elakkan pakai skinny jeans. Setakat nak selfie tu boleh la... Tak sesuai untuk melakukan  aktiviti yang memerlukan banyak pergerakkan.

Moral of the story.. nak selesa & selamat pakai yang longgar sudah. Confirm selamat dari kecederaan fizikal si pemakai jugak mental yang melihat. hehehehe. Peace Yo!

SERAM.. GAMBAR MAYAT DI TEMUI SELEPAS 42 TAHUN MATI

Lama giler kot mati baru orang jumpa. Gamaknya takde waris kot. Kurang bersosial dengan jiran buat orang tak tahu dia dah mati. Tapi pelik jugak jiran tetangga tak bau busuk ke? bau mayat kan bau dia busuk lain macam sikit.. erkkk.. aku tak pernah bau mayat manusia tapi baca dari penceritaan orang lain la.

Sekadar hiasan. Sumber google

Ni kisah seorang wanita yang hanya di temui selepas 42 tahun meninggal dunia dalam keadaan duduk atas sofa di depan tv sambil disisinya ada cawan teh. Tu pun selepas polis memecah masuk untuk mengenalpasti siapa pemilik rumah flat tu. Katanya semasa masuk.. suasana rumah tu sejuk. Yang peliknya semua barang2 dalam rumah tu masih berada dalam keadaan baik & tidak rosak. Cuma bersawang jer..

Wanita yang dilaporkan hilang ditemui di kerusi ruang tamu berhadapan TV setelah 42 tahun menghilang. Hedviga Golik, dilahirkan pada tahun 1924, merupakan rakyat Croatia dikatakan membancuh segelas teh sebelum duduk di kerusi pilihannya dengan TV yang masih lagi menggunakan teknologi hitam putih. Polis Croatia berkata kali terakhir melihat mangsa adalah pada 1966 oleh seorang jiran.

4 dekat mati...  even tinggal tengkorak tapi masih dalam keadaan duduk. Kuat sungguh kan tulang dia. Moral of the story.. jaga kesihatan tulang dengan mengambil kalsium secukupnya untuk mengelakkan Osteoporosis. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com