Lama giler kot mati baru orang jumpa. Gamaknya takde waris kot. Kurang bersosial dengan jiran buat orang tak tahu dia dah mati. Tapi pelik jugak jiran tetangga tak bau busuk ke? bau mayat kan bau dia busuk lain macam sikit.. erkkk.. aku tak pernah bau mayat manusia tapi baca dari penceritaan orang lain la.
Ni kisah seorang wanita yang hanya di temui selepas 42 tahun meninggal dunia dalam keadaan duduk atas sofa di depan tv sambil disisinya ada cawan teh. Tu pun selepas polis memecah masuk untuk mengenalpasti siapa pemilik rumah flat tu. Katanya semasa masuk.. suasana rumah tu sejuk. Yang peliknya semua barang2 dalam rumah tu masih berada dalam keadaan baik & tidak rosak. Cuma bersawang jer..
4 dekat mati... even tinggal tengkorak tapi masih dalam keadaan duduk. Kuat sungguh kan tulang dia. Moral of the story.. jaga kesihatan tulang dengan mengambil kalsium secukupnya untuk mengelakkan Osteoporosis. hehehehe
Sekadar hiasan. Sumber google
Wanita yang dilaporkan hilang ditemui di kerusi ruang tamu berhadapan TV
setelah 42 tahun menghilang. Hedviga Golik, dilahirkan pada tahun 1924,
merupakan rakyat Croatia dikatakan membancuh segelas teh sebelum duduk
di kerusi pilihannya dengan TV yang masih lagi menggunakan teknologi
hitam putih. Polis Croatia berkata kali terakhir melihat mangsa adalah pada 1966 oleh seorang jiran.


huih.seram gak tengok..memang tulang dia kuat betul tu :)
ReplyDeleteEh... Lamanya hilang orang tak perasan kan?
ReplyDeletePeliknya takkan takda bau langsung ya! Kalau sehari dua okeylah, ni dah lebih empat dekad baru jumpa. Memang ohsem jiran tetangga termasuk si mati juga. Moral of the story tu yang tak tahan. Nak pi cari susulah, nak kuatkan tulang temulang ni!
ReplyDelete