Showing posts with label besi. Show all posts
Showing posts with label besi. Show all posts
22 June 2025 0 Komen Melekat

MASAK GUNA KUALI & PERIUK STAINLESS STEEL

MASAK GUNA KUALI & PERIUK STAINLESS STEEL. Zaman 90an kebawah peralatan memasak material stainless steel ni memang perkara biasa. Semua orang guna tak kira masak dapur gas atau dapur kayu. Dah masuk era 2000an perlahan lahan trend bertukar ramai memilih non stick & ceramic material sebab cantik & tidak melekat. Cuma bila guna non stick atau ceramic ni penjagaan dia pun rumit. Sudip atau senduk tak boleh guna yang besi. Kena guna kayu atau plastic. 

Dulu mungkin periuk atau kuali non stick ni mahal tapi bila dah banyak di pasaran banyak pilihan harga yang murah boleh dapat jadi trend penggunaan peralatan memasak jenis non stick coating ni pun berleluasa. Hampir setiap rumah sekarang guna peralatan memasak jenis non stick termasuk la aku. 

Tapi aku masih ada & guna juga periuk atau kuali stainless steel. Tak buang la semua. Yang rosak je buang. Sebab ada beza tau rasa masakan guna stainless steel dengan non stick ni. Guna stainless steel dia ada rasa authentic sebab kita membesar dengan masakan guna peralatan stainless steel tu jadi ada rasa penuh nostalgia. Dan semestinya sedap kalau pandai masak la. 

Hari ni tiba tiba rasa nak masak guna semua peralatan stainless steel. Kecuali nasi malas nak masak manual. Rice cooker je periuk dia jenis non stick bukan stainless steel. Rasa macam kembali zaman 90an walaupun bukan tak guna langsung periuk Stainless ni tapi biasa hari guna periuk ceramic atau non stick coating. 

Sesekali buang tebiat macam ni rasa best juga kan. Tapi sekarang nampak design design periuk stainless steel pun dah cantik cantik. Rasa macam nak kembali kumpul koleksi stainless steel. 

27 March 2015 5 Komen Melekat

CARA SENANG & CEPAT BAIKI BESI BRA YANG TERKELUAR

Lelaki normal tak pakai bra jadi tips & trick ni adalah untuk kaum wanita sahaja la. Tapi kalau lelaki yang rajin jugak nak baca.. lantak la. Maybe berguna suatu hari nanti. Manalah tau tengah2 dok beriadah tetiba bini mengadu tercucuk besi bra yang terkeluar dari jahitan.. boleh la try tip & trick mudah & cepat ni.

Carian Google

Tak semua bra ada besi sebagai penyokong.. ada yang takde. Tapi kebanyakkan perempuan suka pakai yang ada penyokong besi sebab nak jaga kecantikkan aset dia la. Jangan dok tanya aku pakai jenis ada besi ke tak.. Malas nak bagitau hahahaha..

Tips & trick ni sangat berguna masa kecemasan. Sebab ini adalah penyelesaian sementara paling cepat & senang nak buat kalau tetiba besi bra terkeluar dari jahitan. Caranya senang jer.. Kalau aku bagi dalam bentu bertulis satgi ada yang tak faham pulak jadi meh tengok versi bergambar sudah...


Ok senang & cepat kan solutionnya? So, kalau berlaku emergency macam tu boleh try. Dari dok tahan azab kena cucuk dengan besi bra kan... kekekekke.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;