Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts

INI RUPANYA NAMA SEBENAR PELAKON AaRON AZIZ

Serius aku tak pernah terfikir nama sebenar Aaron Aziz seklasik ni.. Aku pun tak pernah terfikir yang Aaron Aziz tu bukan nama sebenar dia. Tu la kan bila terjun ke dalam dunia glemer nama pun kena glamer jugak tapi bukan semua retis pilih untuk guna nama glamour. Ada yang tak kisah guna nama sendiri even nama tu agak klasik. Nama je kot kan.. Asalkan membawa maksud yang baik, ok la tu.

Sumber Google

Mesti Ramai nak tengok Identiti card (Singapore) Aaron Aziz & nak tahu nama sebenar dia kan? Meh aku share dengan korang nama sebenar pelakon kegilaan ramai gadis & perempuan ni..

Sumber Ladylista

Abang Mat Haron Mustapha rupanya... Jadi Abang Aaron. Takpe la bang Haron.. Nama Haron pun ok what? Harun Salim Bachik ok je nama Harun kan? Takde memalukan kat memana pun nama Haron tu. Cuma tu la.. even tak jauh bunyinya dengan Aaron tapi Aaron bunyi macam western sangat tapi Haron bunyi Melayu sangat. kekekekeke

Tapi setelah di siasat rupanya Memang nama Abang Mat Haron adalah Aaron Aziz... ID card sapa gamaknya depa guna untuk buat lawak yer. hahahahaha

 Sumber Beautifulnara

Hope Abang Mat Haron... Terus success dalam bidang seni yer. Jangan marah yer.. Usik2 hari Khamis katanya.

P/S :Tu yang best portal Ladylista ni... Macam macam ada. Sekarang tengah berlangsung contest teka perbezaan gambar. Contest simple tak payah buat entri tapi hadiah gempak beb! Kalau free2 jenguk la Ladylista Contest.


BINTANG PALING POPULAR VS BINATANG PALING POPULAR

Semalam berlansungnya anugerah penuh gilang gemilang ABPBH yang nampaknya banyak makhluk ghaib yang datang dari manusia. Yelah.. banyak nampak kerusi kosong ye. Aku tengok la kejab.. lepas tu macam boring jer... aku dah tak continue. Aku bukan kesah sangat retis mana menang atau retis mana kalah.

Sebab aku tengok masa starting jer.. lepas tu aku mula tak tengok, aku pun terlepas tengok anugerah Bintang paling popular tapi buka FB jer jangan risau.. semua info ada. Yeahhh... abang Aaron aziz menang lagi. Tahniah la...  nak kutuk pun takde sebab. Yelah.. dia pun memang popular ye dak??

Bintang paling popular Aaron Aziz

Pun begitu walau Aaron Aziz di angkat sebagai Bintang paling popular tetap tak boleh lawan binatang paling popular sepanjang zaman iatu babi @ khinzir.hahahahaha... erkk.. ni bukan sindiran ke hapa memang kenyataan. Kalau kat negara2 bukan Islam memang babi takde la jadi binatang paling popular tapi kalau kat negara2 Islam macam Malaysia isu babi ko jangan nak buat2 lawak ok. Jangankan daging babi.. bulu babi pun kalau kau cuba menipu pengguna & kalau kantoi siap kau di kecam hingga ke urat saraf paling halus.

Bila keluar isu babi ni.. Akan muncul la status sarcasm yang konon kata Umat Islam malaysia sensitif isu babi jer.. Isu2 yang lain yang jugak hukumnya haram orang buat pejam mata. Ada yang kaitkan dengan aurat.. kaitan dengan riba... kaitan dengan macam2 perkara haram yang bagi mereka kebanyakkan orang pandang remeh. Takpe la kalau orang lain pandang remeh.. yang bercakap tu ambil berat sekadar nak sindir orang je ke? Kadang2 aku tengok yang cakap pun dalam pada masa yang sama pun buat jugak. Tapi takpe la.. sama2 ingat mengingati diri sendiri dan juga orang lain. Sekarang ni apa isu haram pun nampak semakin di pandang berat cuma tindakkan je ada yang berat & ada yang ringan. Kalau ada yang rasa orang ambil berat isu babi je gamaknya dia jarang online la kot... kalau selalu online takde dia rasa isu babi jer orang anggap haram, ye dak??

Kesimpulannya biarpun Aaron Aziz mampu meraih anugerah bintang paling popular namun populariti Aaron Aziz masih tak mampu tandingi Binatang paling popular iatu babi. Sungguh babi tak pernah kenal kita tapi kita sangat kenal babi namun apa yang berlaku bukan salah babi. Babi adalah makhluk ciptaan Allah & kejadiannya di muka bumi ni bukan takde peranan apa2 langsung even dia di pandang hina berbanding haiwan haiwan lain.

 Binatang paling popular babi


INI PENDAPAT AKU PASAL AaRON AZIZ MENANG

Kecoh pasal Abang Aa.. menang ABPBH. Kalau dia tak menang rasanya tak kecoh. Tapi kenapa lepas menang je kecoh. Ni sang lekit nak berhujah sikit.

Orang kata rumah siap pahat masih berbunyi.. Itulah perumpamaan yang paling sesuai & memang dah biasa di gunakan selepas apa2 majlis anugerah industri seni malaysia ni. Mesti ada yang tak puas hati dengan keputusan. Macam kes Abang Aa kita yang menang bintang paling popular tu. Masa tercalon takde sapa nak pertikaikan pun. Bila dah menang ada pulak orang pertikaikan.

Kalau rasa dia memang tak layak untuk menang sebab dia bukan warganegara Malaysia kenapa masa dia di calonkan takde sapa cakap apapun. Patutnya kalau betul dia tak layak sebab bukan warganegara, pencalonan dia pun harus la di pertikaikan. Sebab dia menang je ada mulut mula bising.

Dalam kes ni bukanla sang lekit sokong bakat luar.. (padahal aku bukan kesah sangat sapapun menang) tapi majoriti yang memilih dia sebagai paling popular. Kita bayangkan Aa.. tak menang rasanya ada tak orang pertikaikan kenapa dia tercalon?? Takkan kan?? Jadi bila tengok kontroversi ni jadi selepas dia menang apa yang sang lekit dapat simpulkan yang bersuara tu bukan pasal nak menyangkat sangat pejuang seni tempatan yang berasal dari Malaysia tapi lebih kepada 'Cemburu' pada kemenangan Aa.. Orang lebih suka dia dari yang lain, lumrah la mesti ada yang jeles sebab bukan dia yang dipilih rakyat Malaysia.

Carian Google

Sang Lekit komen pasal ni bukan la sebab sang lekit ni Fanatik dengan Aaron Aziz.. Nak kata minat tu takde sangat pun & Bukan juga Hater pada Zed Zaidi.. Kadang2 enjoy juga dengan lakonan Zed Zaidi tapi cuma bagi pendapat sang lekit pertikaian macam ni kalau betul la berniat menjaga martabat pejuang seni tempapatan & status kelayakkan seseorang artis tu untuk menang sesuatu anugerah harus di persoalkan sebelum keputusan di umumkan. Bermakna masa tahu orang calon dia.. Pertikaikan masa tu. Bukan jadi pertikaian setelah ada keputusan. Nampak sangat la ada rasa 'Cemburu' kat situ. Kan??


P/S : Dari awal lagi sang lekit memang pelik pasal kontroversi ni. Sebabnya keputusan berdasarkan undian peminat. Kalau dia tak tercalon orang tak undi. Sapa suruh calonkan dia kalau dia tak layak sebab status kewarganegaraan & kenapa masa pencalonan di umumkan takde sapa cakap apa2 pun?? Fikirlah dengan akal bukan dengan hati.

P/S : Ke memang dia hanya layak tercalon tapi tak layak menang?? Yang hanya layak menang ada MyKad, yang takde boleh tumpang tayang muka je dalam pencalonan?? Pelik pula kalau macam tu sistemnya. 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com