Showing posts with label sokongan. Show all posts

GADIS GELANDANGAN NAK UBAH NASIB DATANG UJIBAKAT MENTOR MILENIA

GADIS GELANDANGAN NAK UBAH NASIB DATANG UJIBAKAT MENTOR MILENIA. Aku memang suka tengok ujibakat yang di tayangkan kat TV kalau ada apa2 rancangan realiti TV. Tapi untuk siaran tv free je. Yang berbayar memang tak dapek la den nak nengoknya. Tapi aku punya perangai aku tengok yang sesi ujibakat je dah masuk stage memang aku tak layan dah. Cemuih.. sebab dah banyak sangat rancangan realiti tv hilang selera dah nak layan. hehehe


Tapi setiap ujibakat untuk rancangan realiti TV bukan je mentor milenia,  yang akan ada drama sedih dari peserta ujibakat.. Nak2 lagi yang tak dapat. Suara level2 karaoke jamban lepas tu tak dapat mula meraih simpati dengan kisah sedih.. orang susah nak ubah nasib keluarga bla.. bla.. bagai. Satu je Milah nak cakap.. sudah sudah la tu nak meraih simpati dengan cara tu.

Malam ni pun ada dua cerita meraih simpati.. sorang dari ibu tunggal alasan dia nak ubah nasib.. & sorang dari seorang gadis yang katanya gelandangan bersama ibu dia. Yang budak perempuan ni konon nak buat untuk mak dia..Nak ubah nasib. Nak datang ujibakat katanya pinjam duit orang RM20. Nak bagi lebih dramatik dia pun buat ayat.. Susah dia nak dapat RM20. Kalau kau pergi kerja kedai makan cuci pinggan pun boleh dapat lebih dari RM20 sehari dik.. Ni kau berangan nak jadi senang ekspres dengan jadi retis memang la jadi susah kau nak dapat RM20 tu. Konon apa dia buat untuk mak dia. Nak buktikan kat mak dia katanya.. Tu alasan biasa la nak meraih vote simpati dari juri katanya. Aku tengok rambut dia kemain berkarat.. rasa macam krik krik je

Nak ubah nasib pi la buat kerja lain tak payah berangan nak jadi retis & membayangkan kau boleh jadi kaya. Ingat semua orang bernasib baik ke dalam bidang seni hiburan ni even berjaya jadi retis sekalipun. Berhenti la membayangkan yang indah2 seolah2 kalau jadi retis korang confirm berjaya macam Dato Siti Nurhaliza. Siku liku dalam dunia seni ni tak seindah bayangan.. erkk.. macam aku pernah jadi retis pulak kan? hahahaha...

Dan berhenti guna cara 'cerita sedih' untuk meraih sokongan dari juri. Tak sedar lagi ke selama ujibakat untuk apa2 rancangan TV ni cerita sedih belum pernah buat juri jadi kesian & pilih kau jadi peserta untuk rancangan tu. Paling2 depa bagi moral support je kat situ. So, berhenti jadikan benda tu amalan setiap kali ada ujibakat untuk rancangan realiti tv. Aku sampai naik cemuih nak hadap. Serius.. Aku kalau ada drama2 macam tu dalam ujibakat rancangan realiti TV hilang terus rasa simpati.

Moral of the story.. Sebelum datang ujibakat sila minta orang tak pekak dengar korang nyanyi dulu supaya tak menyusahkan juri. Dan berhenti menangis depan juri. hahahaha

BLOGGER BIASA SEBENARNYA LUAR BIASA

BLOGGER BIASA SEBENARNYA LUAR BIASA. Blogger sekarang memang dah ada kasta. Ada blogger kasta tinggi.. blogger tahap retis. Popular. Muka terpampang dalam majalah,akhbar,tv. Media sosial tak payah cakap la. Ada blogger tetap ada adalam arena blog tapi ada yang hanya menyerlah dalam dunia maya. Ada yang tak menyerlah cuma di kenali di kalangan blogger sahaja. Aku? Aku kategori blogger paling di benci la kot. hahahaha..


Aku sebab kategori biasa je maka di sekeliling aku blogger yang macam aku jugak la. Seronok berkawan dengan mereka. Sebabnya kita tahu kita takde nama besar dalam blog jadi orang berkawan dengan kita bukan untuk kepentingan apa2. Cuma menyokong sesama sendiri tanpa ada niat tersembunyi. Berkawan dengan blogger biasa ni buat aku rasa sebenarnya mereka sangat luar biasa. Pengalaman bergaul dengan blogger biasa & dengan blogger terkenal serius blogger biasa lebih luar biasa semangat setiakawannya.

Bila di hentam kiri kanan.. mereka ada tetap bagi sokongan. Sokongan mereka hanya aku yang tahu. Orang lain tak nampak. Orang nampak semua orang macam tak menyokong aku padahal ramai je kawan2 blogger yang masih bersama aku. Terima buruk & baiknya aku. Aku selesa berkawan dengan blogger2 biasa. Bukan untuk nampak hebat di kalangan mereka tapi sememangnya bila bersama orang2 yang sama level dengan kita, lebih banyak keikhlasan dari kepalsuan. Secara logiknya kalau depa harap sesuatu dari menyokong aku.. aku bukan ada apa2 kepentingan pun. Nak bagi job.. aku sendiri pun bukan selalu dapat job. Rezeki dari blog banyak dari iklan2 nuffnang, chrup2, 8share, ads jer.. Bukan aku banyak dapat job yang boleh di kongsikan dengan orang lain pun. Popular.. lagi la takde. Pernah nampak blogger lekatlekit keluar tv? Majalah? suratkhabar bagai?

Terima kasih kawan2 blogger alam maya yang sentiasa menyokong jatuh & bangunnya saya yang tiada apa2 mampu menyumbang untuk anda. Walau kita tidak pernah berniat untuk memanjangkan hubungan ni sehingga di luar alam maya tapi kita tetap kawan. Tetap ada ikatan silaturrahim antara kita walau hanya dalam alam maya. Berbanggalah kita hanya blogger biasa sebab kerana kita blogger biasalah kita keikhlasan kita berkawan itu sangat luar biasa. Sama sama kita menaikkan sesama sendiri dalam dunia blog ni. Biarlah kita berada di level biasa asalkan kita sentiasa ada walau tak menyerlah jauh dari yang biasa. Kita masing2 ada komitmen lebih penting dari blog.. Jadi utamakan apa yang perlu di utamakan. Takpelah orang tak kenal muka kita at least blog kita masih ada dalam google search. hehehe

CARA BLOGGER PICISAN MENAGIH SOKONGAN

Blogger biasa ni paham paham je la.. Tak terkenal.. blog pun biasa - biasa jer. Kalau join apa2 contest yang memerlukan vote atau clik agak sesuatu yang susah kalau kita takde hubungan rapat dengan mana2 blogger popular kan. Orang nak tolong kita pun dia tengok jugak apa yang kita boleh bagi sebagai balasan.. Kalau kita takde apa2.. maka pepaham je la... TAPI..

Sumber google

blogger picisan atau blogger kecik kena ingat Allah dah janjikan siapa berusaha pasti berjaya. Man Jadda Wajadda.. Tu dia kau keluar tajuk rancangan TV alhijrah katanya. Sebab aku sentiasa yakin rezeki tu dari Allah.. kita perlu usaha, doa & tawakal jer.. Kalau tu milik & terbaik untuk kita, Insya Allah ada bahagiannya untuk kita. Atas kata2 motivasi tu jugak aku join contest yang memerlukan sokongan dari clik korang semua. Takde paksaan.. korang clik ke tak memang aku tak tahu. Cuma mana yang sudi support aku untuk contest ni sila la clik link ni

1. Samsung Galaxy Note 4
2. Jusco Gift Card

Pada yang sudi clik.. Semoga Allah membalas budi korang dengan berlipat kali ganda. Pada yang bagi sokongan moral pun semoga Allah sentiasa memberi ketenangan kepada kamu semua.

Apapun blogger kecil.. Jangan anggap kita blogger yang lemah sebab takde sokongan besar. Cuba & terus cuba apa saja kita nak buat. Jangan rasa rendah diri sampai di pijak ok! Kita kecil tapi bukan lemah! Ok mari angkat sepanduk semua. kekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com