Akibat dari ketidaksabaran wanita tu untuk tunggu 1 hari lagi sebelum berakhir pantang, mukanya menjadi buruk dan dia pergi menemui kembali guru yang di pelajari ilmu tu. Kata Tok gurunya dia hanya akan kembali cantik setelah menyapu darah dari vagina gadis yang masih perawan (dara).
Dan sebab tu wanita mengenakan jibab dan merayau - rayau mengetuk pintu rumah orang untuk mencari mangsa sambil menyebut kum-kum.
Itulah secebis cerita dogeng masyarakat melayu di era 70an berkenaan hantu kum - kum ni dari hasil pembacaan sang lekit. Apapun korang jangan la ambil kisah ni sebagai kisah benar pula. Nama pun cerita karut, maka kesahihan & kebenarannya memang takde langsung. Seperti kita sedia maklum orang tua - tua menghasilkan cerita karut, cerita dogeng ni mesti ada motif di sebaliknya. Cuma perlu penilitian kita sahaja untuk mencari misteri di sebalik alasan sebenar cerita dogeng atau karut ni di cipta.
Rujukan : Hantu Kum Kum
P/s : kalau dari versi filem pula jauh sangat dari versi sebenar cerita hantu kum - kum ni kan??