KERANDA TERBANG TERHEMPAS LAGI DI KEDAH
Bagi yang tak tau apa tu keranda terbang jangan skip bacaan entri ni sampai ke noktah terakhir sebab korang akan tau sebentar saja lagi. Adakah keranda terbang tu berkait rapat dengan kejadian mistik & misteri yang melibatkan hantu, pontianak,jin, syaitan & iblis?? Bagi yang tahu.. tahu la. bagi yang tak tahu jom kita terus membaca.Alah.. istilah keranda terbang tu tak payah korang nak pelik sangat atau kaitkan dengan kejadian mistik.. Keranda terbang tu gelaran yang di beri kepada Helikopter Nuri yang bukan sekali dua dah terhempas rasanya banyak kali & banyak jugak nyawa terkorban. Tapi entah kenapa ia masih di gunakan.. Maybe orang2 tu berpendapat Ajal Maut Allah dah tentukan.. kalau terhempas & menyebabkan kematian pun sekadar alasan dia untuk mati jer.. Yelah.. apo nak di kato, den cuma somut meroh, ekau gajah kan?? Ajal memang kerja Tuhan tapi kecuaian kerja manusia
Kejadian terbaru pesawat nuri terhempas di Pulau Perak, kedah pagi tadi. Menurut dari sumber yang mencanang cerita ni tiada kematian setakat. 3 crew helikopter tu pun katanya tak cedera parah tang mana2 pun. Alhamdulillah.. masih panjang umur maka khidmat pesawat nuri akan terus digunakan walau macam tak berapa relevan sangat dah besi tua tu untuk terbang tinggi. Manusia pun ada umur pencen inikan pula barang2 buatan manusia kan??
Sumber gambar & berita dari blog Relevan sokmo walau dia ambil dari sumber lain jugak tapi den dapat dari blog dia je berita ni.
Jom kita mengimbau kembali kenangan nuri terhempas selama berkhidmat di Malaysia..
Sumber Wikipedia
P/s : Kenapa ia di gelar keranda terbang? Umpama membawa jenazah jer.. Sebab sudah tak selamat untuk benda tu terbang tinggi kalau di nilai dari berapa kali dia terhempas & berapa banyak nyawa terkorban
** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE