VIDEO! SEDAP SUNGGUH SHILA AMZAH NYANYI LAGU TAMIL
VIDEO! SEDAP SUNGGUH SHILA AMZAH NYANYI LAGU TAMIL. Orang kata kalau dah memang suara tu sedap.. meletop kebabom.. nyanyi lagu apapun sedap. Ni baru kategori penyanyi serba boleh. Apa2 irama pun dia boleh lagukan dengan baik. Memang shila Amzah di lahirkan dengan bakat semulajadi. Sebab suara sedap ni bukan boleh dapat kat mana2.. Yang boleh belajar cuma teknik nak menyanyi dengan betul & baik je.Kalau nak tengok video tu boleh clik kat gambar ni |
Bukan la nak merendahkan bakat Najwa Latif.. Tapi Najwa latif salah satu contoh penyanyi yang boleh bawa lagu dia je. Lagu yang di compose sendiri sebab semua lagu dia buat memang nada & melodi yang lebih kurang sama. Kebanyakkan semua mendatar jer. Pernah dengar dia nyanyi lagu orang memang agak kelautan hindi. Berbanding shila Amzah yang kita tahu bakat nyanyian dia. Kalau tak takkan sampai ke china menyanyi ye dak.
Bagus jugak budak shila ni.. Nyanyi lagu melayu sedap. Nyanyi lagu omputih sedap.. nyanyi lagu tamil pun sedap. Gamaknya lagu apa Shila Amzah kalau nyanyi bunyi sumbang yer. Semua irama dia boleh bawak. Tapi satu jer Shila Amzah mungkin tak reti walau dia pandai nyanyi lagu tamil. Pakai saree... hahaha. Bukan semua orang reti pakai saree
Moral of the story kalau nak jadi penyanyi biar pakej macam shila Amzah. Orang tak boleh pertikai apa2.. Dari segi bakat sampai la ke rupa paras semua cantik elok terletak je. Untunglah.. Ni kalau suruh mengaji pun confirm suara boleh buat ustaz2 pesbuk terlentok liuk tepi skrin. hehehe