Showing posts with label bermalam. Show all posts

GANGGUAN BUNYI MISTERI WAD 9 HOSPITAL SELAYANG

GANGGUAN BUNYI MISTERI WAD 9 HOSPITAL SELAYANG. Dah dua hari mak mertua aku masuk wad di hospital selayang. Setakat nak kata stabil.. tekanan darah masih tinggi. Menurut doktor dia bukan dalam keadaan yang stabil lagi tapi cuma better dari sebelum ni & Condition dia masih statik.. bermakna tak bertambah teruk atau bertambah baik. Masih tak boleh makan & minum.. Minum susu melalui tiub jer.. Hope nanti mak mertua akan bertambah pulih.. Kesian jugak dok minta nak makan & minum tapi doktor masih tak benarkan takut dia tersedak. Maka 2 hari jugak la lepas anak aku balik sekolah berdesup kami ke hospital. Semalam pukul 9 malam baru sampai rumah. Kesian la si kecik aku tu.. Pagi dah nak kena bangun pergi sekolah. Menangis jugak la masa paksa bangun. Penat gamaknya..

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Bila banyak habiskan masa kat ward pantau mak mertua.. Sebab aku dengan asben aku ni kami ni memang di lahirkan dengan kelebihan yang suka bertanya & ramah tamah kot.. So, kebanyakkan untuk tahu perkembangan tentang keadaan In law tu.. samada aku yang akan pergi merujuk kepada doktor atau suami aku.. FIL aku ni kalau tanya info semua ok.. So, kurang boleh di gunakan pakai. hahahaha. Di samping tugas seorang anak & menantu bagi sokongan moral kepada mak & mak mertua. Yelah.. pertama kali mak mertua aku tu jatuh sakit. Takut dia tak boleh terima dia kena strok.. sebelah kaki & tangan dia sekarang paralyzed tapi doktor kata dengan bantuan fisio & usaha dari pesakit tu sendiri.. Insya Allah mungkin boleh bergerak balik cuma maybe ambil masa jugak. Jadi kami cuba pelan2 untuk bagitau dia pasal keadaan dia lepas ni.. Alhamdulillah setakat ni nampak dia boleh terima lagi.

Petang semalam.. sampai je kat ward.. mak mertua mengadu tak boleh tidur sebab dengar macam macam bunyi.. Aku cuma fikir orang sakit kadang2 fikiran dia terganggu. Just pujuk je la.. takpe.. nanti mak dah biasa mak boleh tidur. Sebelah katil mak mertua ada satu Untie cina ni.. Semalam dia dah discharge.. Masa dia baru lepas mandi tu dia lalu depan aku. Tetiba dia berhenti tanya aku.. 'Nampak muka dia ok ke?".. Aku cakap je ok sebab aku tak nampak apa2 yang pelik. Lepas tu dia mengadu 4 hari dia tak boleh tidur kat ward tu. Macam2 bunyi.. erkk.. bunyi jugak. Lepas tu dia kata nak balik sembahyang.

Bunyi apa la gamaknya yang makcik2 kat situ dengar yer.. Almaklum la hospital. Tempat orang sakit. Orang sakit ni lemah mental & fizikal.. Jadi benda2 macam tu senang sangat nak menganggu. Sebab jin & syaitan ada di mana mana.. So, kena sentiasa mengamalkan bacaan ayat2 suci al Quran sebagai pendinding.

Hari ni tak pasti samada pergi atau tak jenguk mak mertua kat hospital. Nak bagi budak shahila rehat jugak. Aku tengok sampai dah nampak eyebag kat mata dia.. Letih seharian kat hospital tu dah 2 hari. Tapi kalau pergi melawat lagi hope ada cerita2 mistik lagi orang share hahahaha.. aku suka dengar tapi nak kata taksub atau percaya sangat tu tidak la.. Cuma rasa menarik untuk dengar & share kat blog.

PERMINTAAN PEMINAT UMIE AIDA YANG TAK BERAGAK LANGSUNG

Kalau baca dari permintaan dia bunyi macam simple jer.. Macam tak besar je apa yang dia minta. Tapi bagi seorang artis permintaan macam tu dari seorang peminat memang boleh mengundang serba salah. Yelah.. kalau sedara, kalau kawan baik atau kenalan rapat memang permintaan macam tu tak jadi masalah sangat tapi ini peminat..

Yang pelik peminat ni takde pulak rasa malu nak minta. Tak fikir ke sebelum minta. Dia tu artis.. Di zaman yang jenayah berleluasa macam cendawan tumbuh lepas hujan ni memang la permintaan macam tu dari orang yang kita tak kenali tapi atas nama peminat boleh buat seorang artis tu jadi serba salah & dalam dilema. Kang tak bagi habis keluar kat paper ruangan gosip.. keluar melodi.. kiah propa mula mengkrik krik dalam galaksi.. kata retis ni berlagak.. Peminat nak tumpang bermalam kat rumah pun tak bagi. Masa nak meraih undi untuk menang apa2 awards boleh pulak merayu2 peminat.. bila dah menang awards buat ucapan kekonon semua ni jasa peminat. Tapi tu la.. Rumah kan tempat privacy tak kira la kau retis ke tidak.. Nak2 lagi retis dah la kat luar takde privacy takkan sampai dalam umah nak bawak peminat.


Dalam kes umie Aida ni den faham kenapa dia jadi serba salah. Kata tak boleh.. nanti keluar pulak macam2 cerita tak best kat ruangan gosip.. nak bagi dia sendiri pun rasanya tak kenal sapa peminat tu. Yelah.. yang seribu memang boleh ingat & kenal seorang.. Yang seorang tak pelik la kalau tak boleh ingat yang beribu. Kang bagi tumpang bermalam yang datang tu penjenayah mengaku peminat.. pun susah jugak. Taktik penjenayah sekarang macam macam. bukan tuduh peminat yang minta tumpang rumah Umie Aida tu penjenayah.. Tapi tak mustahil kalau senang2 bagi peminat tumpang bermalam penjenayah pun boleh ambil kesempatan.

Kita sebagai peminat ni kena faham jugak masalah artis yang kita minati. Jangan hanya kita die hard fan dia kita tanpa segan silu nak minta tumpang bermalam.. tumpang tu.. tumpang ni.. walau tak retis pun kita kalau tak berapa kenal dengan seseorang tu pun malu jugak kalau tetiba nak minta tumpang bermalam rumah orang kan?? Jadi nak minta sesuatu pada seseorang tu fikirkanlah dulu.. Tak semua benda remeh yang kita minta tu remeh juga bagi orang yang nak memberi. Permintaan tu bunyi je remeh tapi nak tunaikan berat & banyak risiko yang terpaksa dia hadapi. Jadi kalau Umie Aida tak izinkan peminat tu tumpang pun bagi den.. Bukan sebab dia sombong tapi sebab soal privacy & keselamatan dia & ahli keluarga dia jugak.

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com