Showing posts with label sabar. Show all posts

NASI LEMAK ANAK DARA UBAT KUAT UNTUK PARA LELAKI

NASI LEMAK ANAK DARA UBAT KUAT UNTUK PARA LELAKI. Untunglah sapa2 masih anak dara.. Nak tambah pakej lagi yang cantik. Buka meja tepi jalan, jual nasi lemak berbaris abang abang setia menanti menunggu giliran merasa nasi lemak anak dara cantik katanya. Gamaknya kalau mak dara cantik macam aku berniaga ada tak orang berbaris panjang macam tu. hehehehe


Bila dah jadi viral.. Yang meniaga macam tu memang dapat benefit. Yang tu kita tak payah pertikai la.. dah rezeki dia. Walau ada jugak yang para wanita macam sinis bila nasi lemak anak dara laku keras & pembeli pula di kalangan abang abang. Risau pulak depa kalau yang berbaris tu cik abang depa. Aku? Tak risau apa2 pun.. Kalau laki aku kemaruk sangat nak makan nasi lemak anak dara jangan lupa bungkuskan sekali untuk aku. Nak rasa jugak sedap sangat ke nasi lemak anak dara tu. Ada ke sesedap nasi lemak sambal petai yang sri damansara yang selalu aku makan tu. Kalau lebih sedap dari tu tak heran la laku.. Kalau rasa ala ala jer.. Memang pelaris dia cuma muka cantik je. hahaha


Penangan nasi lemak anak dara.. Bagaikan ubat kuat untuk lelaki. Jarang nak tengok fenomena lelaki sanggup berbaris macam ni kecuali nak beli tiket perlawan bola jer.. Kerana nasi lemak anak dara abang abang semua jadi kuat, sabar, tabah & sangat setia menanti giliran. Semua sopan santun jer.. Takde pun yang potong Q atau bertumbuk sebab nak beli nasi lemak anak dara katanya. Baru la nampak ciri2 idaman dara.. manalah tau sambil membeli sambil mencuri.. Bukan mencuri duit jualan nasi lemak anak dara.. mencuri hati anak dara katanya. Selagi belum di ijabkabul selagi tu ada peluang.. ye dak??


Para2 isteri korang tak payah cuak sangat la dengan fenomena macam tu..Depa nak beli nasi lemak je pun. Kalau rasa tergugat sila belajar masak nasi lemak paling sedap.. Insya Allah asal makan nasi lemak tak kira anak dara ka, mak dara ke.. mesti ingat bini dia kat rumah. hehehehe

Pada abang abang tu tak payah poyo sangat la kot macam mamat mamat ni >> [VIDEO] Pernah tak jumpa orang yang poyo macam 4 budak ni? << Nasi lemak je kot. Setakat ni yang viral sebab anak dara cantik je yang jual. Selain dari anak dara & cantik.. lain2 kelebihan nasi lemak tu tak dengar lagi la jadi viral. hahahaha

Moral of the story.. Tu la orang kata rezeki. Sebab kena saman dia jadi viral kemudian semua orang tahu ada anak dara cantik jual nasi lemak. Berpusu2 orang datang beli yang majoriti lelaki. Peliknya.. kenapa takde pelanggan di kalangan akak2 lepas viral. Akak2 semua menangis bawah tudung saji ke camna? hikhikhik

ADA KE ORANG BELI KALAU REVIEW DI BLOG?

ADA KE ORANG BELI KALAU REVIEW DI BLOG? Soalan tu antara soalan biasa blogger akan dapat dari sesetengah client yang merisik untuk menggunakan khidmat blogger. Ramai blogger macam tak puas hati bila di tanya soalan macam tu.. Aku pun mula2 rasa macam tu. Sebab kita budget macam semua orang faham fungsi blog. Yang dok review kat blog tu bukan semua blogger... Kebanyakkan memang bukan blogger malah ada yang masih baru kenal dunia online & baru berjinak jinak dalam aktiviti perniagaan secara online maka target depa apapun budget depa nak keluar pasti depa nak ada pulangan keuntungan.


Jangan marah wahai blogger bila di tanya soalan macam tu. Kita kadang2 kena duduk dalam situasi orang yang berniaga jugak. Orang berniaga bukan semua faham fungsi blog macam aku cakap awal tadi la. Depa cuma faham apa yang depa sedang buat jer... Memang agak annoying soalan macam tu bagi kita. Seolah olah depa anggap blogger ni macam jurujual online produk atau jurunding perkhidmatan depa je. Takpe kalau ada yang tanya macam tu.. Tarik nafas, senyum, lapangkan hati & jawab.

Nak jawab macam mana.. Aku bagi tips secara santai je la yer. Sebab aku ni bukan reti sangat nak formal2 dalam penulisan ni. Jawab je.. blog adalah salah satu sumber rujukan orang zaman sekarang. Sebab orang zaman sekarang dah tak berpandukan iklan TV, radio, suratkhabar sangat bila nak mencuba sesuatu produk atau perkhidmatan. Orang sekarang lebih selesa google baca review & pengalaman seseorang guna produk atau perkhidmatan tu. Sebab orang sekarang memang hidup dengan smartphone,gadget elektronik & internet kat mana2 saja. Apa je depa nak cari semua kat internet. Jadi dengan menjadikan blog sebagai medium memperkenalkan & mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka boleh jadi satu kelebihan bila orang lain google. Sebab bila ada yang review produk & perkhidmatan anda, maka ia dah tersenarai dalam carian google. Lagi banyak blogger review tentang sesuatu produk & perkhidmatan tu lagi menambah keyakinan kepada pelanggan untuk mencuba jadi membuka peluang anda menjana keuntungan. Tapi blogger bukan menjanjikan selepas produk atau perkhidmatan anda sudah berada di sesatu blog sales anda akan melonjak sampai juta juta lemon. Ia bergantung kepada kebaikkan, keberkesanan & keperluan sesuatu produk atau perkhidmatan tu. Bergantung dengan budget korang jugak la.. kalau nak jadi viral ambil la ramai blogger untuk tulis pasal produk & perkhidmatan korang tu. Bila ramai blogger bercerita pasal sesuatu produk & perkhidmatan ia boleh menarik minat orang untuk mengenali seterusnya mungkin mencuba.

Sebab tu penting kalau nak minta blogger review terutama produk.. bagi free produk untuk blogger cuba sebab nanti dalam review blogger akan bagi sekali testimoni & pengalaman menggunakan produk tu. Kalau memang berkesan.. Ia menjadi salah satu bukti untuk menyakinkan pembeli. Tapi blogger ni memang kebanyakkan tak letak syarat wajib bagi free produk. Yang wajib bayar upah dia menulis review jer. Yelah.. kami pun bekerja. Ingat kerja menulis blog ni tak perlu modal hanya perlu kreativiti je ke? Modal masa, tenaga, bil eletrik, internet bagai semua bukan free. Lain la kerajaan sponsor semua tu kat blogger. hehehe

Moral of the story.. Buat blogger semua terutama yang berjiwa muda, cepat sentap & marah tu. Kadang2 memang ada client yang sangat annoying tanya soalan bukan2. Biasa la manusia ada macam macam perangai. Dalam family kita sendiri pun ada yang perangai annoying. Inikan pulak client/customer.. Selagi kita rasa boleh jawab, jawab je. Kalau tak boleh matikan perbincangan & bagitahu setakat tu je kita mampu beri penjelasan. Kita chill sudah katanya. hahaha... konon macam aku ni sentiasa cool sangat kan? wakakakaka

P/S : Sepanjang aku membuat review berbayar ni, Alhamdulillah ada jugak feedback dari client yang kata ada jualan selepas aku review. Kebanyakkan pelanggan dia dapat tahu dari review blog aku. Kalau nak try test boleh la email lekatlekitgurl@yahoo.com

VIRAL! SCREENSHOT PRANK PALING BIADAP SEORANG ISTERI KEPADA SUAMI

VIRAL! SCREENSHOT PRANK PALING BIADAP SEORANG ISTERI KEPADA SUAMI. Pagi tadi terbaca satu screenshot yang tengah viral. Screenshot tu pada asalnya di kongsi dalam satu group rumahtangga. Nak tunjuk kat orang kononnya betapa baik & sweetnya laki dia la tapi penerimaan yang dia terima jadi sebaliknya. Takde orang nak puji perbuatan melampau dia kenakan laki dia macam tu. Semua mengeji tindakkan perempuan tu walau tak tahu siapa. Nasib baik orang tak tahu account media sosial kau kalau tak confirm bukan kau je dapat malu.. sekali laki kau pun kena jugak tau.


Niat mungkin saja nak menyakat suami dia tapi cara dia tu agak melampau. Silap haribulan boleh jadi janda kau! Rasanya gurauan macam ni tak perlu ada dalam rumahtangga. Laki mana tak menyirap kalau tetiba bini dia mengaku mengandung anak lelaki lain. 




Alkisahnya cik kak ni nak prank laki dia cerita la konon kenal sorang lelaki ni dalam 2 bulan. kemudian keluar pergi rumah jantan tu then terlanjur & mengandung. Konon nak bagitau orang walau dia bergurau macam tu sekalipun laki dia tetap boleh sabar & takde keluarkan kata kata kesat. Kononnya laki ni memang jenis laki yang baik tak pernah maki hamun dia walaupun kadang2 dia termaki laki sendiri. Laki kau memang baik cik kak tapi kesian dapat bini macam kau.



Aku pun jenis gurau kasar dengan laki aku tapi ada batasan. Bergurau dengan petik nama laki atau perempuan lain memang takkan ada dalam gurauan kami laki bini. Apatah lagi nak buat prank bodoh macam perempuan tu buat. Dalam rumahtangga tak patut ada lawak lawak jahanam macam tu cik Kak ooi. Sangat bahaya. Silap langkah talak 3 kau dapat. Kesabaran orang jangan uji sangat sebab sabar manusia ni ada limit.


Lawak2 macam tu memang tak sesuai. Benda ni berkaitan maruah seorang lelaki. Lelaki mana tak rasa tercabar kalau bini dia dok tidur dengan lelaki lain belakang dia. Ingat suami kita manusia bukan malaikat so jangan nak uji melampau lampau sangat. Banyak lagi cara untuk korang buat mengeratkan hubungan tu contoh macam buat benda ni >> Korang dah pernah buat benda ni dengan pasangan masing masing? << Bukan je mengeratkan hubungan malah boleh menyihatkan badan lagi. Lagi sweet dari dok prank laki mengandung anak orang lain. 

Moral of the story.. Bila orang rasa dia terlampau urban & open minded so apa yang depa buat dah tak fikir panjang. Mungkin depa rasa dengan tidur dengan lelaki lain even bersuami satu trend kot, so tak salah la benda tu boleh di jadikan bahan bergurau. Mohon pergi kursus pra perkahwinan sekali lagi la cik kak Ooi!

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA. Jadi cikgu sekolah kebangsaan, cikgu sekolah menengah atau pensyarah di universiti aku rasa cabaran dia tak sebesar jadi cikgu tadika ni walau cikgu tadika ni gaji pun tak seberapa sangat. Tapi aku tak cakap la jadi cikgu ni kerja dia senang. Jadi cikgu apapun zaman sekarang memang mencabar. Cuma aku rasa cabaran tu tak sama berbanding cabaran jadi cikgu tadika ni. Sejak 3 hari anak aku di tadika.. Memang aku nampak cabaran jadi cikgu tadika ni hanya orang2 tertentu je mampu galas tanggungjawab dengan gaji tak seberapa tu. erkk.. aku pun sebenarnya tak pasti gaji cikgu tadika tu berapa yang aku agak mungkin lebih rendah dari cikgu sekolah kebangsaan la.


Bayangkan la.. hari ketiga persekolahan pun still ramai yang datang sekolah menangis,mengamuk tak nak masuk sekolah terpaksa cikgu dukung budak yang meronta2, pujuk.. Bukan sorang dua.. malah ber orang2 macam tu. Mujur anak aku takde la tahap macam tu. Nak masuk tu je kena pujuk dah masuk kelas.. tengok ramai kawan & banyak mainan dia dah ok sampai la pukul 4.30 kejab lagi tengok muka mak bapak dia terus Uwaaa... macam setahun kena tinggal. Rindu gamaknya. Tak pernah kena tinggal sepanjang hidup dia. Tapi sekejab je macam meluahkan perasaan. Nak cakap tak berapa pandai.. dia luahkan cara macam tu la.

Tapi sepanjang sesi persekolahan setakat ni cikgu cakap memang dia tak ada masalah menangis ke, merengek ke,kacau kawan2 ke cuma anak aku dia ada masalah fokus dengan attention je. So, dia memang jenis tak boleh duduk statik lama2 satu tempat dengan masalah makan. Tapi anak aku memang tak ada masalah hyperactive tau. Dia cuma ada masalah attention je. Dia tak hyper. Walaupun dia suka bergerak tapi takde la sampai tak duduk diam langsung. So cikgu dia pun rasa tak susah nak handle dia selain masalah nak pujuk dia makan je. Almaklum budak2 ni makan nak yang sedap kat mulut depa je macam budak2 ni >> Terkejut Ibu bapa bila lihat melalui video apa yang anak mereka makan <<

aku dah inform kat cikgu awal awal. 3 bulan pertama pun therapist dia dah bagitau kat aku memang masalah attention tu ada. Tapi Alhamdulillah.. cikgu dia sentiasa positif & sudi membantu kekurangan anak aku tu. Aku risau cikgu tak dapat handle tapi cikgu pulak bagi semangat kat aku jangan risau.. Insya Allah nanti ok katanya. Sekarang dia baru nak sesuaikan diri dengan suasana sekolah.

Nak jadi cikgu tadika, nak hadap budak yang mungkin pertama kali melangkah ke alam persekolahan atau pertama kali berpisah dengan mak bapak macam anak aku yang 1 jam pun tak pernah berjauhan dengan aku selama ni bukan mudah. Cuma mungkin anak aku dia excited ramai kawan je so dia boleh serasi dengan cepat. Aku tengok gelagat budak2 tadika datang sekolah pun aku rasa aku tak mampu nak jadi cikgu tadika. Tu yang mengamuk tak nak masuk kelas.. ada yang melasak tak ingat dunia sampai nak pecah anak tekak cikgu jerit pun satu hal jugak. mau kena sedut inhaler gamaknya kalau aku jadi cikgu tadika. hahaha.

Nak jadi cikgu tadika.. Tahap kesabaran & keikhlasan memang kena tinggi. Kalau jenis jadi cikgu tadika sekadar untuk dapat gaji aku rasa memang tak mampu bertahan. Baik la fikir dulu sebelum pilih kerjaya sebagai cikgu tadika ni. Bukan semua orang mampu pikul tanggungjawab. Jadi cikgu tadika ni bukan je sebagai seorang cikgu malah cikgu tadika ni ambil tanggungjawab macam pengasuh budak jugak la. kalau rasa tak tahan dengan kerenah budak2 Baik tak payah. Kang anak murid menangis.. dengan cikgu2 sekali ikut menangis. hahahaha Budak 5 & 6 tahun la katakan..

Moral of the story.. Cikgu pertama kebanyakkan dari kita semua adalah cikgu tadika bagi yang pergi tadika la tapi cikgu pertama ni kadang2 jarang kita raikan sedangkan merekalah orang pertama yang memperkenalkan kita dengan alam persekolahan. Yang paling sabar mendidik kita sebelum tanggungjawab tu di ambil alih cikgu di sekolah rendah. Alhamdulillah aku masih ingat nama cikgu tadika aku dulu.. Cikgu Rohana yang sangat baik.

MISTERI TERUNGKAI APABILA MALAM MENJELMA

MISTERI TERUNGKAI APABILA MALAM MENJELMA. amboi tajuk entri macam tajuk novel seram jer kan.. Padahal penulisan blog aku ni cukup tak formal. Ala2 mesyuarat makcik2 bawah pokok membincangkan isu anak si Tijah nak berkahwin tiba2 jer.. hahahaha. Biasa la tajuk blog melekit kena berkonsepkan ala2 seram gitu. Walau cerita atau review filem seram bercuti buat seketika waktu. Tunggu Lazada hantar DVD player jab yer.. Nanti kita pergi memancing hantu.


Ingat entri semalam Misteri kehilangan tanpa tanda, Ghaib Di alam Nyata.. Kalau terlepas baca satgi hangpa pi la baca. Tak sampai 24jam.. Misteri tu terungkai apabila malam menjelma ketika aku mengangkat bantal2 untuk mempersiapkan diri tidur... Bertaburan organ dalaman dia atas lantai. Ku kutip satu persatu lalu ku cantum semula menjadi sempurna. Ku cucuk wayar menyambung nyawa yang mati seketika siang tadi.. Ku cuba CPR sehingga dia hidup semula. Maka berkhidmat semulalah Galaxy Y untuk tuannya...

Kempunan la nak merasa enpon baru. Baru dok bincang2 dengan asben aku semalam nak pergi ambil simcard kat Maxis center.. Ada rezeki nak cari enpon baru bagai.. Dah dia pulang kepangkal jalan. Betul la kan.. kejadian ni betul2 macam aku dok cakap dalam entri2 sebelum ni. Kadang2 Allah hilangkan sesuatu.. Bila kita dah tak mencari lagi tetiba dia muncul semula. Sama je macam kes2 ni >> Kejadian Yang Tak Di Sangka Yang Benar Benar Buat Orang Rasa Syukur Sangat. Mesti Korang Pernah Alami Perkara ni  <<

Memang awal2 aku sedar hilang tu aku cari jugak. Aku dah cari bawah katil, atas katil semua tak jumpa. Tak tau terselit celah bantal. Lepas dah tak jumpa aku redha jer la.. Anggap bukan rezeki aku la. So, aku tak cari lagi. Just fikir nak ambil balik simcard je. Bila kita tenang jer... senang je benda tu muncul semula tak payah cari cari lagi. hahahaha

Lepas ni kalau hilang buat rilex sudah.. enpon aku ni zaman pra sejarah maybe ada saka yang jaga. Hilang kang pandai2 dia cari Tuan dia balik. hahahaha. Apapun.. Alhamdulillah. Budget yang konon nak beli enpon baru boleh la di manafaatkan kat Guardian ker.. The store ke.. hahaha.

BEZA BERGURAU DENGAN MERAPU

BEZA BERGURAU DENGAN MERAPU. Aku ni bukan la spesis tak boleh bawak bergurau langsung sedangkan aku memang suka bergurau. Kat rumah ni dengan laki aku hari2 bergurau apatah lagi dengan anak.. Gurauan dengan kehidupan kita memang perlu. Takkan 24 jam nak keras kejung jer kan? Nak serius manjang.. Sampai nak senyum pun dah tak reti. Walaupun aku memang jenis ada sensor of humor & kategori suka berlawak jugak di kalangan kawan2 yang kenal & rapat dengan aku tapi aku ni seorang yang garang jugak. Bagi aku bergurau biar kena pada tempat,masa,isu & perkara.


Tapi ada spesis yang dia tak tahu bila masa dia perlu bergurau.. setakat mana dia perlu bergurau & apa perkara dia tak boleh buat bahan gurauan. Hidup dia asyik nak bergurau jer... Sepatutnya orang suka bergurau ni di sukai ramai tapi sebab terlalu suka bergurau orang jadi meluat jugak. Contoh.. sipolan ada masalah cuba minta pandangan. So, dia cerita masalah dia.. maybe ada lawak sikit dalam point dia tu. So, yang si kawan ni usik la.. ok la. Usik sikit2.. tapi kalau dah sepanjang jalan cerita dok jadi bahan gurau je masalah orang solution tak jumpa, korang rasa lawak lagi tak?? Tu bukan namanya bergurau tu dah merapu. Tak lawak sangat la beb! Kalau lepak mamak tak gelas melayang, meja pun boleh terbang.

Bergurau.. Biar orang enjoy bukan annoying. bergurau biar kena pada tempatnya. Bergurau pun kena ada limit. Aktifkan mood bergurau pada situasi betul kalau rasa tak nak kena maki. Hidup ni perlukan gurauan tapi bukan pada semua perkara atau setiap masa. Orang yang happy go lucky pun boleh jadi kaki maki kalau kita bergurau dengan dia tak kena pada tempat & caranya.

Macam dalam video #Taknakseludup Bell Ngasri ni.. even dalam lawak tetap ada point & moral of the story. Bukan merapu je tak tentu pasal. Nak tengok meh tengok kat sini >> Bell Ngasri Kongsi Pengalaman Pahit Guna Minyak Seludup <<

Moral of the story... Bergurau dengan suka merapu adalah dua perkara berbeza. Orang suka bergurau akan buat orang rasa enjoy & orang suka merapu memang minta kepala dia benjol. So hati hati... takut lawak hangpa dapat maki.

WANITA BERKAHWIN BANYAK KALI ADALAH WANITA KUAT

WANITA BERKAHWIN BANYAK KALI ADALAH WANITA KUAT. Tu dia.. sesuatu sangat tau tajuk entri. Mesti ada yang mula fikir ehem hem dah ni.. Yelah asal sebut pasal kahwin & Kuat mula la fikir kuat dari segi tenaga batin kan? Alah jangan tipu la hangpa tak pikiaq lagu tu.. cheq nujum mak belalang. Sekilas senyuman hangpa tu cheq boleh tau, hokay! So, dont play play noh... hehehehe

Kenapa aku klasifikasikan wanita yang berkahwin banyak kali ni wanita yang kuat? Kuat apa? Kuat nafsu ke? Kuat melawan suami ke? Kuat membebel ke? Kuat dari segi apa tu gamaknya yer... Dia kuat sebab dia minum milo ke? Sebab lagu iklan milo selalu sebut minum milo anda jadi sihat dan kuat! Untuk mengupas kupis & kopek isu ni.. marilah kita sama sama membaca sambil belajar..


Bila terbaca artikel pasal perkahwinan bekas retis Abby Abadi yang ke empat.. Yang jarak perkahwinan dia dengan perkahwinan yang gagal sebelum ni tak la jauh sangat buat aku kagum jugak dengan Abby abadi ni. Sebelum ada yang tanya.. Erkk bukan perkahwinan dia yang ke 3 ke? aku pun mula2 ingat yang ke 3 tapi rupanya yang ke 4 sebab dia pernah berkahwin dengan someone tapi tak di gembar gemburkan di media so ramai tak tahu. Kagum sebab bagi aku dia wanita yang sangat kuat biarpun di uji dengan jodoh2 yang tak berkekalan sebelum ni tapi dia tidak pernah serik untuk berkahwin & mencuba cari bahagia dalam sebuah perkahwinan. Berbanding dengan sesetengah orang baru sekali putus cinta terus tukar jadi pengkid, lesbian bagai.. apa barang kan?? Gamaknya orang camtu kalau gagal dalam perkahwinan terus tukar jantina. hahaha

Bukan bermakna semua wanita yang banyak kali gagal & tetap masih nak berkahwin lagi tu gatal.. Siapa yang taknak bahagia bersama seorang lelaki bernama suami, ye dak?? Kalau ko pun ada keinginan nak kawen jangan nak muncung2 mulut tu mengata orang gatal bagai tu sebab tak serik serik nak kawen lagi. Sekurang kurangnya dia tak pernah takut dengan kegagalan biarpun berkali kali gagal. Dia berani mencuba walau pun percubaan yang sama gagal berkali kali. Kau hado??

Moral of the story.. Banyak sebab orang berkahwin banyak kali.. Ada yang maybe sebab dia memang jenis cepat jemu dengan pasangan dia.. tak di nafikan & ada yang bukan kehendak dia apa yang berlaku. Cuma maybe jodoh2 dia sebelum ni bukan pilihan yang terbaik. Jadi kita tak boleh judge semua wanita yang tak serik berkahwin banyak kali tu GATAL hokay! Kadang2 sebab mereka lebih kuat dari kita sebab tu Allah pilih untuk bagi ujian tu pada mereka.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com