Selepas Vokalisnya Ujang tidak aktif lagi menyanyi beliau bekerja di sebuah kilang sawit di Felda Palong Timur, Segamat sehingga beliau di temui meninggal dunia di kediamannya selepas 6 hari tidak datang bekerja.
Sebab risau salah seorang rakan sekerja Arwah Ujang atau nama sebenarnya Sarfen Husin berkunjung kerumahnya di FELDA Palong Timur, Segamat dan menemui mayatnya dalam keadaan yang agak menyedihkan sebab menurut jiran arwah berkemungkinan meninggal dunia sejak tiga hari lalu. Tapi tak payah kita buat spekulasi macam mana keadaan mayat Arwah... Cuma kita doakan moga roh beliau di ampuni segala dosa dosanya & di tempatkan di kalangan orang orang beriman.
Mungkin arwah meninggal dunia sendirian di rumah.. Wallahualam. Kematian di klasifikasikan sebagai mati mengejut bermakna tiada unsur2 jenayah ke hapa. Mungkin dah sampai masanya.. Takkan terlewat atau cepat walau sesaat.
Apapun.. semoga di permudahkan segala urusan terakhir arwah di dunia ni.. Moga di beri kebahagian di alam abadi sana. Al Fatihah untuk Allahyarham Sarfen Husin.