INI PENDAPAT AKU PASAL AaRON AZIZ MENANG
Kecoh pasal Abang Aa.. menang ABPBH. Kalau dia tak menang rasanya tak kecoh. Tapi kenapa lepas menang je kecoh. Ni sang lekit nak berhujah sikit.Orang kata rumah siap pahat masih berbunyi.. Itulah perumpamaan yang paling sesuai & memang dah biasa di gunakan selepas apa2 majlis anugerah industri seni malaysia ni. Mesti ada yang tak puas hati dengan keputusan. Macam kes Abang Aa kita yang menang bintang paling popular tu. Masa tercalon takde sapa nak pertikaikan pun. Bila dah menang ada pulak orang pertikaikan.
Kalau rasa dia memang tak layak untuk menang sebab dia bukan warganegara Malaysia kenapa masa dia di calonkan takde sapa cakap apapun. Patutnya kalau betul dia tak layak sebab bukan warganegara, pencalonan dia pun harus la di pertikaikan. Sebab dia menang je ada mulut mula bising.
Dalam kes ni bukanla sang lekit sokong bakat luar.. (padahal aku bukan kesah sangat sapapun menang) tapi majoriti yang memilih dia sebagai paling popular. Kita bayangkan Aa.. tak menang rasanya ada tak orang pertikaikan kenapa dia tercalon?? Takkan kan?? Jadi bila tengok kontroversi ni jadi selepas dia menang apa yang sang lekit dapat simpulkan yang bersuara tu bukan pasal nak menyangkat sangat pejuang seni tempatan yang berasal dari Malaysia tapi lebih kepada 'Cemburu' pada kemenangan Aa.. Orang lebih suka dia dari yang lain, lumrah la mesti ada yang jeles sebab bukan dia yang dipilih rakyat Malaysia.
Carian Google
P/S : Dari awal lagi sang lekit memang pelik pasal kontroversi ni. Sebabnya keputusan berdasarkan undian peminat. Kalau dia tak tercalon orang tak undi. Sapa suruh calonkan dia kalau dia tak layak sebab status kewarganegaraan & kenapa masa pencalonan di umumkan takde sapa cakap apa2 pun?? Fikirlah dengan akal bukan dengan hati.
P/S : Ke memang dia hanya layak tercalon tapi tak layak menang?? Yang hanya layak menang ada MyKad, yang takde boleh tumpang tayang muka je dalam pencalonan?? Pelik pula kalau macam tu sistemnya.