KISAH RAYA GENG NAGA LILIT RUMAH BELAH BAWAH
6 hari lagi nak raya. Orang lain dah sibuk buat persiapan nak raya tapi kami anak beranak rilex jer.. Setiap tahun pun macam tu jugak. Rilex sudah... biar orang lain kelam kabut dulu, bila orang lain rilex baru kami kelam kabut. hahahahaha. Duduk sorang2 kat rumah ni tetiba teringat kenangan raya aku masa kecik kecik dulu..Sumber google |
Lepas orang abis solat sunat hari raya... Masanya duit raya di agihkan lepas dapat duit raya plan nak raya pulak. Kami akan habiskan rumah2 yang ada berdekatan masjid dulu, lepas tu baru panjangkan langkah ke rumah2 yang lebih jauh sampai tengahari semua balik mandi.. (kadang2 tak mandi & tukar baju pun) tukar baju. Standard raya dulu mesti ada 2 pasang baju.. 1 baju kurung 1 lagi baju fesyen moden la. Zaman baju kembang la katakan. Sambung collect duit raya sampai kampung2 jiran. Sampai petang sebelum maghrib lepas balik rumah rehat. Raya kedua duduk umah tunggu sedara mara datang boleh kumpul earning lagi.
Ya Allah betapa beza raya kanak kanak dulu dengan sekarang. Kesian anak aku tak sempat nak rasai raya yang best macam aku dulu. Budak2 sekarang pun tak ramai yang rajin nak berarak pergi raya rumah orang even kat kampung aku masih lagi di amalkan oleh budak2. Tapi kebanyakkan datang depan pintu nak collect duit raya.. dah tak macam aku dengan kawan2 aku dulu. Even perut macam nak pecah kenyang still jugak masuk bila di jemput. minum jugak bila di hidang kecuali tuan rumah tanya.. nak masuk ke tak nak? Tu tahu tuan rumah malas nak basuh gelas dah. Ok.. kami pun malas nak minum jadi kami amik duit raya jer. Tapi budak2 sekarang.. Awal2 dah mention tak nak masuk beraya just nak duit raya je.
Siapa kata beruntung jadi kanak kanak zaman gadget ni? Sebenarnya banyak perkara best yang mereka terlepas untuk nikmati. Beruntunglah kita hidup zaman kanak kanak yang penuh aktiviti walau hidup kita waktu tu serba kekurangan tapi keseronokkan kita nikmati takde harga boleh membelinya macam beli gadget cuma zaman sahaja mampu merealisasikannya. Jadi bersyukur kita dulu susah tapi kita tetap enjoy di zaman kanak kanak.
P/S : Rindu nak jumpa geng naga lilit rumah belah bawah...