Showing posts with label pure fresh. Show all posts

KENA TAHU PASAL SILKY GIRL GEL MAKE UP REMOVER

Bukan semua make up remover tu semua elok & sesuai untuk kulit. Ada yang bagi kesan buruk pada kulit jugak. Ada pernah aku beli make up remover yang bila pakai kulit jadi gatal2.. aku tak nak ambil risiko menghodohkan muka aku yang tak secantik lavender mummy ni maka aku buat keputusan drastik stop dari menggunakannya. hehehehee

 Maaf la aku sekarang memang gigih dok main camera. Ni siap ber prop bagai pulak hahaha

Beli dah lama tapi kesian aku selalu anak tiri kan dia. Tak pernah nak cerita pasal dia. Seolah2 dia tak penting padahal dia jugak salah satu penyumbang pada kecantikkan kulit. Tak boleh pandang remeh jugak. Dulu sebelum aku terjebak dalam mencuci make up dengan pencuci khas aku guna baby oil jer.. lepas tu cuci dengan cleanser. Tapi sebab sekarang aku berangan nak comel macam Amy Mastura aku mula ambil berat pasal pencuci make up ni.

Aku dah lupa berapa lama aku guna silky girl gel make up remover ni tapi sepanjang aku guna sememangnya tahap penyucian dia amat memuaskan. Boleh cuci muka, mata & bibir. Jangan risau tak memudaratkan kulit. Takde menyebabkan jerawat, gatal,kulit jadi merah ke hapa. Soap free katanya. Bukan percuma sabun yer.. Kang ada yang lurus bendul ingat beli make up remover percuma sabun pulak.

walau girl lanjut usia tak berdosa untuk guna produk silky girl.Silky girl bukan hanya untuk girl. Peace!

Macam aku ni nak tenyeh2 muka dengan makeup masa keluar jer.. kat rumah aku lebih suka tenyeh cream bio essence tanpa makeup. Time duduk rumah la nak rehat & rawat kulit kan. Kang dok tersumbat dengan make up, kulit pun boleh jadi sesak nafas katanya. Tu yang muncul tumbuh tumbuhan kat muka. So, make up remover juga sangat penting sebab kalau harap cleanser jer kadang2 tak mampu nak menanggalkan kesan make up nak2 lagi yang jenis waterproof tu. Dia punya melekat macam gam. Jadi Make up remover penting untuk yang rajin menconteng arang ke muka katanya... hahahaha

Nak kena ajar cara pakai jugak ke? Ok la.. cara nak guna senang ambil cotton face, tuang gel make up remover kemudian gosok2 la kat kesan makeup yang nak di cuci. lepas tu pergi la cuci dengan cleanser. Susah ke? takkan? makeup remover even dah berbulan pakai pun still tak luak. Tak sampai separuh pun lagi. Kandungan dia 150ml. Harga aku dah lupa tapi dalam belas2 ringgit je.

Jadi sesapa yang tengah cari make up remover boleh try Silky Girl Pure fresh All in One Gel Make up remover ni. Panjang sikit nama penuh dia. hahahaha


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com