TERCIPTA UNTUKKU
Hari ni nak kata takde kelapangan langsung.. ada la sikit kelapangan tapi tak banyak. Yang buat lapang sikit tu dah tentu sebab Lala tak meragam & nak tido hari ni walau tengahari tadi dia buat juga perangai taknak tido. Bukan la lala tido sepanjang siang.. Selalunya dia akan tidur kejab - kejab jer.. Tapi hari ni mungkin sebab cuaca sejuk & mood dia yang baik maka tidur dia panjang la sikit. Bangun sekejab2 berbanding hari2 lain tidur sekejab2.Nak Update entri hari ni hari takde idea. Nak salahkan cuaca hujan & sejuk pun tak boleh sebab ilham ni nak datang & rehat bukan boleh di set. Otak dah blur, jadi sang lekit tak suka nak paksa2 demi nak penuhkan tuntutan blog yang mesti update sekurang2nya 1 entri. Blog ni kan umpama hobi & mengisi masa lapang.. Jadi ia akan di belai saat ada ilham & masa terluang.
Di sebabkan takde idea hari ni maka terciptalah untuk mu sekalian video ni (sebenar di cipta untuk shahila). Simple je video ni. masa pun tak lama nak buat. Guna pun perisian yang biasa jer.. Movie maker. Untuk kenang kenangan di hari tua & untuk tatapan lala bila dah besar nanti. Biar video ni takde la gempak tapi mungkin 1 hari nanti ia mampu menyentuh perasaan si lala.. kan?? Tu pun kalau video ni wujud sampai lala dah pandai tengok & feel. kekekekeke.. Kalau rasa2 korang nak sama2 berjiwang, jom la tengok hasil kayap sang lekit hari ni...
Buat anak mummy.. Mungkin ini bukan sesuatu yang mampu menzahirkan kasih sayang mummy pada lala, namun ini adalah luahan hati mummy untuk lala... permata hati mummy selamanya.