Showing posts with label pengasas produk. Show all posts

RAMAI PENIAGA ONLINE BUAT BENDA HARAM NI TAPI TAK RASA BERDOSA

RAMAI PENIAGA ONLINE BUAT BENDA HARAM NI TAPI TAK RASA BERDOSA. Zaman sekarang sesiapa saja boleh berniaga tak kira la dengan mengeluarkan produk sendiri atau sekadar menjadi agent, seller & buat dropship. Kemudahan teknologi sekarang secara tak langsung memudahkan urusan perniagaan di jalankan tak kira dimana saja semudah hujung jari. tak perlu ada modal pun boleh berniaga. Yang penting ada smartphone katanya.. Itulah trend sekarang. Berniaga secara maya @ online.


Di sebabkan ramai yang berniaga maka semakin banyak la persaingan dalam perniagaan ni. Masing masing berlumba lumba nak apa yang mereka jual laku & dapat sambutan. So muncul la macam macam strategik marketing yang kadang2 menjelikkan, mengelikan & memualkan. Tak kurang juga yang selitkan penipuan dalam marketing depa. Ada yang menipu besar contoh jual produk kosmetik beracun claim produk organik la.. natural la.. dari herba semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya padahal 3 - 4 kali dah tu kena banned dengan KKM sebab di kesan ada bahan terlarang. Ada yang menipu yang konon tipu sunat.. Jadahnya tipu sunat. Produk bawa pengkelasan makanan yang sebenarnya tak ada apa2 khasiat merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah. Cuma produk makanan atau minuman biasa yang maybe sekadar nak bagi tenaga atau nak sedapkan tekak jer.. Tapi dia punya claim.. Nyawa pun boleh topup.. apatah lagi setakat penyakit kencing manis, kencing kawan, kencing berdiri mahupun kencing malam.. Tu pun dalam kategori menipu dalam marketing juga. Sebab dia nak orang produk dia.. setakat bagitau produk minuman berperisa sapa la nak beli kalau harga Tel Aviv kan? Baik minum milo je.. sama je fungsi dia.

Apakah hukum menipu dalam marketing ni? Kalau dah menipu tu.. Memang bukan benda baik la. Kalau dah tujuan buat dengan niat tak baik of couse la berdosa kan. Tapi tipu dalam marketing ni pulak macam mana? Nak nak alasan depa cari makan.. Cukuplah sekadar boleh buat banglo 10 tingkat.. setiap tahun holiday oversea.. boleh tayang barang branded, kereta mewah bagai. Takkan nak tayang naik myvi je kan.. Nampak low class katanya.

Rujukan ni saya baca di website rasmi pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Untuk tidak mengundang salah faham kepada pembaca blog ni saya copy semua kenyataan dalam lama web rasmi tersebut lah yer.

Soalan

Bolehkah menipu untuk tujuan marketing dalam perniagaan atau mempromosikan sesuatu?

Jawapan

Pengenalan kepada Marketing

Marketing atau pemasaran ialah aktiviti manusia dalam memenuhi keperluan dan kehendak melalui proses pertukaran.

Antara tujuan pemasaran ialah sebagai cara untuk memperkenalkan suatu perniagaan kepada masyarakat, melalui produk yang dibuat oleh perniagaan tersebut. Maka di atas tujuan inilah, para peniaga melakukan aktiviti pemasaran untuk memperkenalkan produk atau barang jualan kepada masyarakat. Pemasaran juga dilakukan bagi melonjakkan hasil pendapatan daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan.

Atas tujuan ini beberapa penipuan dilakukan bagi mencapai tujuan di atas. Penipuan ini sama ada dilakukan secara lisan, atau melalui penulisan di sosial media. Antara kaedah yang digunakan ialah menulis kisah-kisah rekaan di media sosial tentang sesuatu perkara, sama ada kisah rumah tangga, atau kemalangan yang direka-reka. Terdapat juga kaedah mempamerkan bahawa perniagaannya di kunjungi ramai orang, dengan mengupah orang untuk melakukan fake review dan pelbagai lagi bentuk penipuan.

Berdasarkan permasalahan di atas, kami akan mengupas bagaimana Islam memandang isu ini.

Hukum Marketing (Secara Umum)

Islam menghalalkan segala urusan jual beli secara umumnya yang tidak berkait dengan riba. Firman Allah SWT:

وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Maksudnya: Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba

(Surah al-Baqarah: 275)

Berdasarkan nas Al-Quran di atas, hukum melakukan aktiviti marketing adalah harus berdasarkan kaedah fiqh:

الوَسَائِل لَها أَحْكَام المَقَاصِد

Maksudnya: Wasilah (medium untuk mencapai sesuatu tujuan)akan mengambil hukum maqasid (tujuan)

Hukum Najsh

Ada sejenis amalan dalam urusan jual beli yang diharamkan oleh Nabi SAW iaitu najsh[3]. Najshialah orang yang sengaja menawarkan harga belian yang tinggi sedangkan dia tidak berniat membelinya. Tujuannya supaya orang lain merasakan barangan tersebut bernilai tinggi dan mereka akan membelinya dengan harga yang lebih mahal. Najsh pada asalnya bermaksud menyembunyi kerana perbuatan orang ini menyembunyikan niatnya.

Perbuatan ini adalah haram berpandukan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar R.Anhuma katanya:

نَهَى النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّجْشِ

Maksudnya: “Nabi SAW melarang najsh.” (Jika jual beli tersebut berlangsung, ia tetap sah).

Riwayat al-Bukhari (2035) dan Muslim (1516)

Jika terdapat bukti perbuatan tersebut adalah hasil perancangan penjual dan najsh (orang yang sengaja menawarkan harga belian yang tinggi sedangkan dia tidak berniat membelinya), mereka berdua telah melakukan perkara yang haram.

Penjual dianggap telah menipu pembeli dan dengan itu pembeli berhak menuntut khiyar. Jika tiada bukti penjual dan penjuak merancang perbuatan tersebut, pembeli tidak berhak menuntut khiyar kerana dia sendiri cuai membuat penelitian. Lihat al-Fiqh al-Manhaji, (4/15-16)

Selain itu, Islam mengangkat nilai kejujuran secara khusus kepada para peniaga dengan mengangkat martabat mereka. Hal ini jelas apabila disebut di dalam hadis yang diriwayat daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ

Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama dengan para nabi, siddiqin dan para syahid.”

Riwayat al-Tirmizi (1208)

Kedudukan Peniaga yang Melakukan Penipuan Menurut Islam

Islam sangat tegas dalam hal penipuan. Hal ini boleh kita lihat dengan jelas bagaimana kemurkaan Allah hingga adanya sebuah surah khusus di dalam Al-Quran yang mencela dan mencelakakan golongan melakukan penipuan. Firman Allah SWT pada awal surah berbunyi:

وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ

Maksudnya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang berlaku curang.

Kemudian di dalam surah yang sama Allah berfirman dengan menyebut secara jelas:

وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ

Maksudnya: Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Selain itu, amaran yang keras dalam hal ini ini boleh dilihat melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi bersabda:

مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاَحَ فَلَيْسَ مِنَّا وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا

Maksudnya: “Siapa yang mengangkat senjata ke atas kami, bukanlah daripada golongan kami, dan siapa yang menipu kami, bukan daripada golongan kami”

Para fuqaha’ bersepakat bahawa hadis ini tidak diambil maknanya secara zahir iaitu pada frasa “bukan daripada golongan kami”. Frasa ini tidak membawa maksud terkeluar daripada Islam. Mereka bersepakat bahawa maksud frasa “bukan daripada golongan kami” ialah bukan cara seorang muslim untuk melakukan penipuan. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/544)

Kesimpulan

Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan beberapa perkara:
Marketing hukumnya adalah harus jika bebas daripada perkara yang diharamkan.
Kejujuran dalam perniagaan adalah satu perkara yang tinggi akhlaknya dalam Islam hingga disebutkan secara khusus kedudukan para peniaga di dalam syurga.

Penipuan adalah satu perkara yang ditegah di sisi Islam dalam sebarang urusan khususnya perniagaan.

Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada perkara-perkara yang dilarang serta memberi kefahaman dalam mengamalkan syariat-Nya. Amin.

Anda boleh baca artikel penuh di sini : http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2718-irsyad-al-fatwa-siri-ke-263-hukum-menipu-untuk-tujuan-marketing

Sebenarnya dok dok guna copywritting yang berunsur Islamik pun banyak guna taktik menipu dalam marketing ni. Atau Istilah social media di sebut penunggang agama. Dia petik hadis.. dia petik ayat Al Quran dia petik butang agama.. Alih alih jual produk overclaim & menipu. Imej tak payah cakap la.. Yang bersarban pun ada.. Yang berniqab @ purdah pun ada. Sebab tu zaman sekarang ni kadang2 den lebih percaya golongan outspoken dari golongan berimej islamik ni. Depa bukan orang alim.. Tapi menggunakan agama untuk kepentingan peribadi atau keuntungan berbentuk material & duniawi. Golongan scammer pun banyak dah guna taktik macam ni.

Moral of the story... Nak dapat rezeki yang halal lagi di berkati ni memang susah. Kadang2 kita tak sengaja menipu dalam urusan mencari rezeki contoh kita tak tahu apa kandungan sesuatu produk kita jual. Kita cuma percaya pada founder/leader yang guide kita untuk jual produk tu. Tapi kalau dah tahu.. Jangan la buat buat tak tahu sebab ia memberi sumber pendapatan pada kita pulak. Tak tahu tu maybe boleh di maafkan tapi kalau buat buat tak tahu.. Tak mau cakap apa itu urusan anda dengan Tuhan.

APA YANG BERLAKU DAH PUN BERLAKU, MISI MENCARI BANTUAN DI TERUSKAN

APA YANG BERLAKU DAH PUN BERLAKU, MISI MENCARI BANTUAN DI TERUSKAN. Curi masa jugak nak update blog.. Walau dalam keadaan tak berapa sihat hari ni tapi rasa blog dah on off update harus jugak ada something kena bebel. Mesti ada nak tanya pasal kes saman tu kan? Apa progress sekarang? Tak dak progress apa - apa lagi. Misi mencari bantuan masih di teruskan.. Almaklum blogger semekin ni banyak keterbatasan dia. Terutama faktor kewangan la. Tapi tak pa.. Usaha, Doa, Tawakal & Insya Allah.. Allah lorongkan jalan penyelesaian yang terbaik.


Macam mana keadaan Suria Lekatlekit sekarang? Mesti ada yang nak tanya kan.. Almaklum la kena saman ni hidup masih bahagia ke? Alhamdulillah.. takde la mengalami 360 darjah perubahan dalam hidup even ada juga la perubahan. Selain struggle cari duit, Tak boleh nak shopping dah. Nak beli shawl RM7 pun sampai hilang nombor kat calculator tu tekan buat kira kira katanya hahahaha. Menipu sangat la kan. Takde la.. Berjimat la. Simpan mana tau duit cukup untuk menampung kos mahkamah nanti.

Sepanjang terima surat saman ni.. Tak tau la banyak juga Allah tolong. Benda yang aku tak terbayang boleh berlaku dalam keadaan aku yang tak berduit kepok kepok.. tak ada pengalaman dengan kes kes mahkamah.. Tapi sebab usaha cari solution, tebalkan muka minta tolong sana sini, tanya orang tu ni.. Akhirnya ada juga jalan yang boleh di usahakan agar tak terus kalah tanpa perbicaraan setakat ni. Akan datang tak tau samada masih mampu atau tak, Wallhualam. Tapi selagi ada masa & peluang tu memang aku akan terus cari sesuatu yang boleh membantu la.

Sepanjang misi mencari bantuan ni.. hampir kena tipu la.. hampir tak di kenakan perlaksanaan ingkar sebab tak dapat hadir ke mahkamah.. Banyak perkara yang hampir hampir buat aku kalah tanpa perbicaraan. Tapi tu la.. Kuasa Allah, dalam kemampuan yang sangat terbatas tetap ada bantuan di saat akhir tiba. Yang aku sendiri rasa macam satu keajaiban sangat. Kat situ aku belajar.. Tiada apa yang mustahil dengan izin Allah. Perkara yang kita tak pernah terfikir boleh berlaku pun boleh terjadi. Sebab tu Allah suruh kita usaha sebab dengan cara tu je boleh mengubah nasib. Biar la orang nak hina ke hapa sebab mengemis bantuan.. Tu salah satu jalan kita berusaha.

Ramai yang anggap bila aku minta bantuan harap orang taja peguam untuk aku bagai.. Tu yang sampai ada sanggup hina & sindir aku kat facebook.. Padahal, bantuan ni banyak cabang. Bantuan khidmat nasihat, bantuan bagi aku job secara online, bantuan kenalkan saluran yang boleh aku mohon bantuan.. Banyak sebenarnya. Tapi ada juga la menyumbang berbentuk kewangan so boleh la tampung kos untuk first step ni. Untuk next step kena struggle lagi kumpul modal.

Ada yang anggap aku ni tak padan dengan poket nak berlawan dengan orang yang dah sah sah mampu dari segala sudut.. Apa aku nak kata lagi kan. Yang dah berlaku dah pun berlaku.. Yang mana rasa nak tolong sangat aku harapkan. Yang mana rasa tak nak tolong tak ada paksaan. Aku izinkan je la yang mana2 rasa nak mengumpat ke, menyindir ke, mengecam ke. Biasa la dunia media sosial.. perkara yang mesti kita hadap hahahaha.

Bagi blogger yang support tanpa prejudis tu aku ucap terima kasih. At least sokongan tu buat aku rasa kuat. Dan terima kasih buat 2 insan yang aku nak rahsiakan dulu nama dia. Sebab aku akan buat satu entri penghargaan khas untuk depa nanti. Yang banyak membantu aku dari sejak awal sampai sekarang. Tak pernah menolak dari kali pertama aku cuba minta bantuan. Takde nak sindir atau nak kutuk aku dengan apa yang berlaku walau imej dorang di media sosial nampak agak lantang & mempunyai ramai followers & haters. Dorang bagi aku seorang pejuang.. Berani! Sebab tu bila aku minta tolong dorang tak de alasan untuk tak cuba tolong berbanding yang berimejkan setaz setazah ni.. Time tu juga la dia nak sebut kejahatan kita selama ni tapi menolongnya haram. Seolah olah nak bagitau orang ni la balasan untuk orang macam aku.  Pun ada jugak spesis macam tu. Padahal selama ni jarang sangat bertegur sapa dengan aku. hehehehe. Tapi yang bagus sikit dia pm.. tegur. Aku ok jer.

Bukan nak berlawan tapi misi aku mencari penyelesaian.. Bukan nak menang tapi juga tak harap terus kalah cuma berjuang selagi mampu. Aku tak nak berhenti berusaha selagi ada jalan yang boleh aku guna. Kecualilah aku betul betul tak mampu... Maka aku pasrah & redha dengan ketentuan Ilahi. Aku percaya apa yang Allah aturkan untuk aku tu adalah yang terbaik.

Apapun aku masih mencari bantuan.. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai goreng garing dalam kuali ye dak. Alang2 dah sampai stage ni tak boleh nak konar dah.. teruskan je la. Apa yang berlaku akan datang.. aku redha je. Redha bukan bermaksud tak buat apa apa.. Redha aku adalah dengan usaha dulu. Kalau dah di luar kemampuan kena redha la. Ikhlaskan semua yang berlaku & teruskan hidup dengan mencari misi kebahagian pulak. hehehehe

Apa aku harap adalah Doa dari semua.. Sebab aku masih percaya doa akan menjadi senjata & perisai untuk aku. #prayforsurialekatlekit hehehehe


DUGAAN DATO ALIFF SYUKRI TERPAKSA DUDUK RUMAH KECIL 8 BILIK

DUGAAN DATO ALIFF SYUKRI TERPAKSA DUDUK RUMAH KECIL 8 BILIK. Tu dia.. berat betul ujian buat seorang yang bergelar jutawan ni kan? Tak terbayang aku kesusahan dia yang terpaksa duduk di rumah kecil katanya.. Rumah kecil tu cuma ada 8 bilik & lokasi rumah tu katanya sunyi & suasananya agak sejuk. Alahai.. Sedihnya baca cerita Dato Aliff Syukri terlajak laris ni tau... Bercucuran airmata aku membasahi pipi. Syukur aku masih mampu menyewa rumah 3 bilik. Berbanding dato aliff syukri yang dah biasa hidup dalam banglo mewah tetiba terpaksa duduk sementara di rumah kecil yang mempunyai 8 bilik sementara nak tunggu rumah baru dia siap..


Hangpa tak sedih ka? Hangpa tak sedih sebab baca balik cerita tu dari penulisan aku.. Kalau hangpa baca direct terus dari penulisan yang di kongsikan Dato Aliff Syukri kat page dia confirm 7 hari 7 malam hangpa menangis tak henti henti. Confirm hangpa akan bersyukur dengan kehidupan hangpa sekarang yang lebih baik katanya dari Dato Aliff Syukri tu..


Bukan apa 3 bilik je terpaksa guna untuk simpan baju bajan. Kat situ jugak la orang gaji & tukang kebun dia nak tidur pun. Bersyukur kita tak yang mampu pakai orang gaji ni.. Takde la derita sangat kan sebab tak cukup space dalam rumah nak letak orang gaji. Itulah ujian orang kaya katanya.. Ujian yang kita sendiri tak dapat nak bayangkan macam mana depa rasa susah tu kan. Sebab kita2 orang semekin ni.. Definisi susah tu lain.. Orang kaya persepsi dia tentang kesusahan ni lain. Sungguh la darjat membezakan segalanya. Yang selesa bagi kita belum tentu selesa bagi orang2 kaya.

Yelah.. maybe dato aliff syukri lahir2 je tidur bertilamkan emas dalam rumah banglo 3 tingkat. Cerita2 pasal kesusahan dia sebelum berjaya maybe kisah dogeng je tu.. Sebab duduk rumah ada 8 bilik pun dia rasa tersiksa sangat. Kat situ nampak maybe dia tak biasa kot tinggal rumah ada cuma ada 3 bilik macam kita. Apatah lagi rumah beratapkan zink tak ada siling. Hujan je bunyi air hujan jatuh macam nak pecah bumbung. hehehehehe

Apapun semoga Dato Aliff Syukri Bertabah dengan Ujian yang seketika terpaksa tinggal kat rumah kecil 8 bilik tu. Tak dapat aku bayangkan mereka berhimpit himpit dalam rumah tu sampai terpaksa berlanggar bontot sesama sendiri. Allahu.. kesiannya. Jadi aku syukur masih mampu bayar sewa untuk apartment lama 3 bilik ni.. Kalau rumah macam ni dia rasa dugaan dah.. Gamaknya kalau Tuhan tu nak tarik balik semua kekayaan dia sampai terpaksa tinggal di flat 2 bilik gamaknya macam mana la dia rasa kan? tak terbayang aku perasaan dia ketika itu.

Moral of the story.. Orang kaya & terkenal pun masih suka publisiti murahan.. So berlakulah apa yang berlaku. Attention seeker berada di mana mana saja. Peace Yo!

MAKAN DURIAN DI KLIA, DATO ALIFF SYUKRI TAK HORMAT PERATURAN & ORANG AWAM

MAKAN DURIAN DI KLIA, DATO ALIFF SYUKRI TAK HORMAT PERATURAN & ORANG AWAM.  Ni bukan la dengki dengan orang kaya. Sebab kalau kritik orang kaya atau public figure memang akan di tuduh dengki. Bermakna golongan macam ni kita kena angguk2 je tak kira la depa salah atau betul. Tapi zaman sekarang Perdana menteri Malaysia pun selamba je kena hentam, apalah sangat pengasas produk popular bergelar jutawan. Asalkan kritikan tu berasas & ada bukti. Alah.. bukan nak maki hamun pun. Kritik je takkan tacing kot sampai ke court kot..


Alkisahnya tadi tengok Dato Aliff Upload gambar dia sedang bersila atas lantai KLIA bersama beberapa individu lain menikmati durian musang king tanpa rasa bersalah terfikir jugak aku. Tak beragak langsung dia ni punya nak tunjuk betapa kehidupan dia walaupun bergelar jutawan sangat low profile. Bagus la.. Walaupun jutawan tak demand nak makan kat tempat high class.. Tu patut di puji. Cuma yang tak bagusnya dia makan durian tak kena pada tempatnya. Tak kisah nak makan apa2 kat mana2 pun tapi kena tengok jugak sesuai ke tidak dengan keadaan sekeliling tu.

Low profile sampai hilang rasa hormat pada peraturan & orang lain pun tak boleh jugak. Aku bukan tak pernah ke KLIA cuma aku tak sure boleh ke tidak makan kat ruangan menunggu. Tapi setahu aku memang tak boleh la. Cuma yang aku tau ramai yang buat macam tu. Bersila atas lantai sambil makan. Setakat makan nasi,roti & lauk pauk yang tak berbau kuat & bau dia cepat hilang.. Mungkin pengawal kat situ boleh tolak ansur tapi kalau makan durian. Kita sedia maklum la.. Durian tu jenis buah dia berbau kuat. Dan kita kena tahu bukan semua orang suka makan durian & suka bau durian. Jadi kalau kat tempat2 macam tu.. Tak berapa sesuai sangat la kau nak buat perangai amazon makan durian dengan bangga konon nampak kau sangat Melayu & low profile walau nak pergi bercuti ke negara omputih.


Tolong la.. Kalaupun pengawal kat situ bagi muka kat kau, hormati jugak hidung orang lain. Kesian orang yang memang tak suka bau durian ni. Saya pun orang kampung malah adik beradik saya pun orang kampung tapi kebanyakkan adik beradik saya tak makan durian apatah lagi bau durian. Bukan semua orang kampung yang berperangai selekeh macam tu. Saya faham dato nak tunjuk kat orang lain yang kehidupan dato sangat low profile tapi please la Dato.. Durian kot.

Ni kalau pengawal kat situ tegah pun boleh jadi isu jugak. Almaklum la orang terkenal ni. Silap sepatah perkataan pun boleh jadi masalah negara katanya. Serba salah jugak la kan.. Ni bukan sebab dengki dato boleh holiday kat oversea.. Tapi Dato Sebagai orang ada ada jagalah imej tu sikit.

Moral of the story.. low profile sampai sama level dengan tanah sekalipun tak semestinya kita kena bersikap selekeh tak kira tempat. Cara dato aliff syukri tu bagi aku tak nampak low profile tapi nampak dia tidak menghormati orang sekeliling & peraturan yang di tetapkan.

INILAH RUPA DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS YANG TEMBAM KETIKA KALI PERTAMA MUNCUL DI KACA TV

INILAH RUPA DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS YANG TEMBAM KETIKA KALI PERTAMA MUNCUL DI KACA TV. Ramai orang mula mengenali Dato Aliff Syukri yang terkenal dengan tagline dia Terlajak laris bila selalu keluar kat TV3 tapi rasanya tak ramai yang pernah tengok macam mana rupa & fizikal ketika kali pertama muncul di kaca tv. Memang berbeza jugak la dulu & sekarang. Kalau sekarang tengok dia kurus & tinggi tapi dulu.. Lain sangat size badan dia.


Almaklum la dia pun jual produk kesihatan kan.. Mungkin sebab tu dia berusaha kot slim kan badan dia agar nampak kacak menawan. Baru sesuai dengan title pengasas produk kesihatan & kecantikkan. Kadang2 bukan nak kutuk.. Orang jual produk slimming pun tak slim.. Orang jual produk skincare pun kulit tak berapa nak cantik jadi orang nak beli pun rasa was was. Kalau produk tu berkesan seperti yang di canang mesti yang menjual tu kena jadi model testimoni, ye dak? Kalau kat diri sendiri pun orang tak nampak keberkesanannya.. Susah sikit orang nak yakin.

Jadi tak terkejut la bila nampak perubahan sangat ketara dato aliff syukri dulu & sekarang. Mungkin dia selalu jadikan diri dia model & testimoni macam iklan.. dulu kulit saya berparut akibat kemalangan.. selepas guna gel parut. Terkejut.. ok Bye! Tu sebab dia jaga diri dia sebaik mungkin. Dari berat badan sampai la pada kesihatan & kecantikkan kulit. Mesti korang tak sabar kan nak tengok macam mana Dato aliff Syukri ketika kali pertama muncul kat tv. Ok la meh tengok kat bawah ni..

Dato Aliff Syukri Terlajak Laris Satu Ketika Dulu

Moga gambar ni menjadi motivasi sesapa yang kurus. hahahaha... Dato Aliff syukri sekarang dah slim bak tiang elektrik katanya. Maybe size S dah sekarang. hahahaha

Ni Dato Aliff syukri punya size sekarang

Apapun nak berjaya macam Dato Aliff Syukri tak kira berjaya kuruskan badan atau berjaya jadi jutawan kosmetik korang kena baca ni >>5 kisah Selebriti Terkenal Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Tahu Apa yang Mereka Buat Di sebalik Kejayaan Mereka<< Di sebalik kejayaan mereka ada sesuatu yang korang takkan sangka pa yang mereka buat. Kalau membaca pun malas memang susah la nak berjaya apatah lagi kaya kan? jadi baca la bukan panjang sangat pun kisah 5 manusia ni.

Moral of the story.. Mungkin tak semua orang ada peluang jadi kaya tapi setiap orang ada peluang untuk berjaya. Tak kira la berjaya dalam apapun termasuk berjaya kuruskan badan kalau ada usaha yang bersungguh. Tapi kalau bukan berjaya lariskan diri & produk dengan kontroversi murahan yer.. Walaupun tu pun kategori berjaya jugak tapi berjaya memalukan & memperbodohkan diri sendiri.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com