DUGAAN DATO ALIFF SYUKRI TERPAKSA DUDUK RUMAH KECIL 8 BILIK
Hangpa tak sedih ka? Hangpa tak sedih sebab baca balik cerita tu dari penulisan aku.. Kalau hangpa baca direct terus dari penulisan yang di kongsikan Dato Aliff Syukri kat page dia confirm 7 hari 7 malam hangpa menangis tak henti henti. Confirm hangpa akan bersyukur dengan kehidupan hangpa sekarang yang lebih baik katanya dari Dato Aliff Syukri tu..
Bukan apa 3 bilik je terpaksa guna untuk simpan baju bajan. Kat situ jugak la orang gaji & tukang kebun dia nak tidur pun. Bersyukur kita tak yang mampu pakai orang gaji ni.. Takde la derita sangat kan sebab tak cukup space dalam rumah nak letak orang gaji. Itulah ujian orang kaya katanya.. Ujian yang kita sendiri tak dapat nak bayangkan macam mana depa rasa susah tu kan. Sebab kita2 orang semekin ni.. Definisi susah tu lain.. Orang kaya persepsi dia tentang kesusahan ni lain. Sungguh la darjat membezakan segalanya. Yang selesa bagi kita belum tentu selesa bagi orang2 kaya.
Yelah.. maybe dato aliff syukri lahir2 je tidur bertilamkan emas dalam rumah banglo 3 tingkat. Cerita2 pasal kesusahan dia sebelum berjaya maybe kisah dogeng je tu.. Sebab duduk rumah ada 8 bilik pun dia rasa tersiksa sangat. Kat situ nampak maybe dia tak biasa kot tinggal rumah ada cuma ada 3 bilik macam kita. Apatah lagi rumah beratapkan zink tak ada siling. Hujan je bunyi air hujan jatuh macam nak pecah bumbung. hehehehehe
Apapun semoga Dato Aliff Syukri Bertabah dengan Ujian yang seketika terpaksa tinggal kat rumah kecil 8 bilik tu. Tak dapat aku bayangkan mereka berhimpit himpit dalam rumah tu sampai terpaksa berlanggar bontot sesama sendiri. Allahu.. kesiannya. Jadi aku syukur masih mampu bayar sewa untuk apartment lama 3 bilik ni.. Kalau rumah macam ni dia rasa dugaan dah.. Gamaknya kalau Tuhan tu nak tarik balik semua kekayaan dia sampai terpaksa tinggal di flat 2 bilik gamaknya macam mana la dia rasa kan? tak terbayang aku perasaan dia ketika itu.
Moral of the story.. Orang kaya & terkenal pun masih suka publisiti murahan.. So berlakulah apa yang berlaku. Attention seeker berada di mana mana saja. Peace Yo!
Besarnya dugaan beliau. Semoga beliau terus tabah sementara menunggu rumah baru..
ReplyDeleteDUGAAN HIDUP KITA HANYA MAMPU MERANCANG
ReplyDeletehaha.. semoga kita semua diberi kekuatan dalam menjalani dugaan hidup yang pelbagai ni.
ReplyDeleteHmm.. 8 bilik pun kecik.
ReplyDeleteJOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
dugaan buat dia.. semoga dato tabah la ya..
ReplyDelete