Showing posts with label rumah. Show all posts

KALAU DAH TAU ANAK TU TAK RETI DIAM, DUDUK JE KAT RUMAH TAK PAYAH BERAYA RUMAH ORANG

KALAU DAH TAU ANAK TU TAK RETI DIAM, DUDUK JE KAT RUMAH TAK PAYAH BERAYA RUMAH ORANG. Tiap kali raya isu ni mesti jadi viral nak nak lagi keluar dari mulut selebriti kan.. Kesahnya budak budak yang tak reti behave bila bertandang kat rumah orang. Sepahkan makanan... berlari sana sini, main tu ni.. Pecahkan pinggan mangkuk tuan rumah bagai. Akan keluar la rungutan & kecaman dari netizen yang akan menyalahkan mak bapak budak budak yang katanya tak reti nak ajar anak. Yelah anak depa tertib lentik katanya. Suruh duduk.. dia duduk.. suruh makan dia makan.. seinci pun tak bergerak kalau kat rumah orang. Anak hang pulak macam lipas kudung.. seminit pun tak boleh diam. Confirm la hang tak reti ajar anak katanya...

Gambar sekadar hiasan

Aku ni rasa raya tahun ni selain rumah mertua aku.. ada sebuah rumah je kawan kepada suami aku level pakcik2 dah aku pergi masa raya pertama. Anak aku takde la ramas2 kuih, pecahkan gelas orang atau lari sana sini. Sebab rumah pakcik tu ada kucing2.. dia dok mengadap kucing tu jer sampai balik. Tak pulak dia sepak2 atau pukul2 kucing tu. Dia cuma tengok usap2 & mengomel sorang2 dengan kucing tu.. Even anak aku mild autisme + Add.. tapi dia tak hyper atau agresif cuma kalau not in mood memang dia meragam jugak.

Tuan rumah pun takde la urut dada sangat kan even aku dah mention awal2 anak aku ni macam mana tapi sebab sepanjang kat rumah kawan suami aku tu dia sangat behave senang sikit mak bapak dia nak menyembang sambil makan makan. Tapi tengok budak lain yang normal pulak tak behave tumpahkan air bagai. See.. tak semua special kids ni bermasalah ok! Nak2 lagi ada anak pakcik tu dok melayan dia.. selfie bagai. Elok pulak dia bagi kerjasama dengan anak dara tu.. Autisme ni kalau di terapi, dididik & di asuh dengan baik.. makin besar ciri ciri dia semakin hilang. Macam anak aku pun banyak ciri2 autisme dia yang dah hilang sebab tu orang yang pertama kali jumpa bila aku cakap autisme masing2 macam tak percaya. Tapi still ada la masalah behavior kadang2. Bergantung pada mood tapi di sebabkan aku ni mak yang garang maka boleh la control juga.

Pun macam tu memang aku tak suka bertandang rumah orang. Sebab anak aku pun macam anak orang lain tak kira normal ke tidak.. Nak2 jumpa budak2 lain yang tengah dok melasak. Dia pun akan naik tocang dua juga la. Sebab aku taknak kalau anak aku terbuat perangai yang orang tak suka.. orang bercakap belakang. Zaman viral media sosial ni satgi dok up pulak anak aku buat tu ni padahal orang tak tahu masalah dia. Nampak normal tapi tidak tipikal. Orang ni kadang2 depan kita je dia manis mulut.. konon takpe budak budak je katanya. Belakang kita mulut muncung sedepa punya nak mengumpat. Status FB boleh buat novel dia punya karang.. Jadi berhati hati la. Memang ramai spesis bermuka muka macam ni.

Dulu.. Nak beraya kat rumah orang ni maybe tak jadi masalah even anak lasak tahap gaban tapi zaman sekarang ni.. Rasanya tak lama lagi budaya kunjung mengunjung ni akan hilang. Hanya di pratikkan oleh golongan tua yang anak2 dah besar panjang jer.Yang anak2 kecik tengah membesar maybe rasa duduk rumah layan TV lagi bagus dari bertandang rumah orang. dari kena umpat & jadi viral.. Kalau aku memang sakit hati orang mengata anak aku beb. Biar umpat aku jangan anak aku.. Kalau anak hangpa macam budak2 ni ok la kan bawa pi beraya rumah orang >> [VIDEO] Keluarga Dilawat 'Tetamu Special' Di Pagi Raya. Nampak Seram, Tapi Sebenarnya..<<

Kadang2 bukan salah didikan.. Ada budak2 yang jenis tak makan saman. Macam status blogger diana rashid tulis.. Takkan kat rumah orang kita mak bapak nak tunjuk perangai singa kita depan orang. Budak2 ni kadang2 bila kat rumah orang, jumpa pulak geng.. dia lupa dah cubit tampar mak dia. Jadi Bukan semua salah didikan. Budak.. fitrah dia bermain. Bersyukur la dapat anak yang dengar cakap.. Tapi kalau dapat anak tak makan saman ni, hangpa duduk je kat rumah tunggu orang datang. Biarlah orang nak kata apapun.. kalau angkut anak beranak pi beraya rumah orang anak buat perangai pun orang mengata jugak. So, memang tak ada cara nak elak dari tutup mulut orang mengata. Macam aku senang.. mampuih pi la nak mengata janji aku tak mau menyusahkan orang & aku tak mau menyusahkan anak aku jugak. Nak jaga hati orang takkan sampai nak menyakitkan anak sendiri. Dah tau ada memang tak boleh behave.. tak payah pulun sangat la kan.

Nak2 lagi yang ada anak ADHD @ hyperactive, autisme bagai ni.. Budak2 macam ni orang nampak je macam normal sebab tu ramai yang salah faham. Jadi.. bagi aku la yang ada special kids nak nak lagi yang memang tahu dia tak boleh nak duduk statik 1 tempat.. korbankan la keinginan kita nak bertandang rumah orang terutama hari raya. lebih lebih lagi rumah manusia yang tak faham masalah anak kita. Tak payah sesedih sangat la.. Banyak cara kita boleh buat untuk cari keseronokkan & kebahagian sendiri.

Moral of the story.. Kalau rasa anak kita memang jenis tak reti diam.. duduk je kat rumah atau berkunjung kerumah orang yang kita tahu boleh terima anak kita. Selalunya keluarga terdekat je la kan.. Buat apa kita nak pergi rumah orang yang kita tahu banyak rules kalau nak beraya kat rumah dia & salah sikit asyik nak viral je. Takut orang kata tak bermasyarakat atau tak reti bersosial? Sematkan dalam hati.. Ada ku kesah apa orang nak kata. Tu je cara paling berkesan. Orang tak boleh faham masalah kita so kita tak perlu terhegeh hegeh sangat nak bertandang rumah depa. Alah setakat jamu air oren dengan ketupat rendang tu.. apa la sangat.

DUGAAN DATO ALIFF SYUKRI TERPAKSA DUDUK RUMAH KECIL 8 BILIK

DUGAAN DATO ALIFF SYUKRI TERPAKSA DUDUK RUMAH KECIL 8 BILIK. Tu dia.. berat betul ujian buat seorang yang bergelar jutawan ni kan? Tak terbayang aku kesusahan dia yang terpaksa duduk di rumah kecil katanya.. Rumah kecil tu cuma ada 8 bilik & lokasi rumah tu katanya sunyi & suasananya agak sejuk. Alahai.. Sedihnya baca cerita Dato Aliff Syukri terlajak laris ni tau... Bercucuran airmata aku membasahi pipi. Syukur aku masih mampu menyewa rumah 3 bilik. Berbanding dato aliff syukri yang dah biasa hidup dalam banglo mewah tetiba terpaksa duduk sementara di rumah kecil yang mempunyai 8 bilik sementara nak tunggu rumah baru dia siap..


Hangpa tak sedih ka? Hangpa tak sedih sebab baca balik cerita tu dari penulisan aku.. Kalau hangpa baca direct terus dari penulisan yang di kongsikan Dato Aliff Syukri kat page dia confirm 7 hari 7 malam hangpa menangis tak henti henti. Confirm hangpa akan bersyukur dengan kehidupan hangpa sekarang yang lebih baik katanya dari Dato Aliff Syukri tu..


Bukan apa 3 bilik je terpaksa guna untuk simpan baju bajan. Kat situ jugak la orang gaji & tukang kebun dia nak tidur pun. Bersyukur kita tak yang mampu pakai orang gaji ni.. Takde la derita sangat kan sebab tak cukup space dalam rumah nak letak orang gaji. Itulah ujian orang kaya katanya.. Ujian yang kita sendiri tak dapat nak bayangkan macam mana depa rasa susah tu kan. Sebab kita2 orang semekin ni.. Definisi susah tu lain.. Orang kaya persepsi dia tentang kesusahan ni lain. Sungguh la darjat membezakan segalanya. Yang selesa bagi kita belum tentu selesa bagi orang2 kaya.

Yelah.. maybe dato aliff syukri lahir2 je tidur bertilamkan emas dalam rumah banglo 3 tingkat. Cerita2 pasal kesusahan dia sebelum berjaya maybe kisah dogeng je tu.. Sebab duduk rumah ada 8 bilik pun dia rasa tersiksa sangat. Kat situ nampak maybe dia tak biasa kot tinggal rumah ada cuma ada 3 bilik macam kita. Apatah lagi rumah beratapkan zink tak ada siling. Hujan je bunyi air hujan jatuh macam nak pecah bumbung. hehehehehe

Apapun semoga Dato Aliff Syukri Bertabah dengan Ujian yang seketika terpaksa tinggal kat rumah kecil 8 bilik tu. Tak dapat aku bayangkan mereka berhimpit himpit dalam rumah tu sampai terpaksa berlanggar bontot sesama sendiri. Allahu.. kesiannya. Jadi aku syukur masih mampu bayar sewa untuk apartment lama 3 bilik ni.. Kalau rumah macam ni dia rasa dugaan dah.. Gamaknya kalau Tuhan tu nak tarik balik semua kekayaan dia sampai terpaksa tinggal di flat 2 bilik gamaknya macam mana la dia rasa kan? tak terbayang aku perasaan dia ketika itu.

Moral of the story.. Orang kaya & terkenal pun masih suka publisiti murahan.. So berlakulah apa yang berlaku. Attention seeker berada di mana mana saja. Peace Yo!

PENGALAMAN SERAM MENYEWA BILIK SEBUAH APARTMENT DI PUCHONG. DI HANTUI PASANGAN GAY MATI BUNUH DIRI

PENGALAMAN SERAM MENYEWA BILIK SEBUAH APARTMENT DI PUCHONG. DI HANTUI PASANGAN GAY MATI BUNUH DIRI. Sepanjang aku menjadi pemburu cerita seram untuk di isi dalam segment seram serik lekatlekit di blog aku... Nampak kisah seram yang paling banyak aku jumpa di kongsikan oleh golongan lelaki.. Serius! Biasanya kita tahu perempuan golongan yang agak lemah & selalu menjadi mangsa gangguan makhluk halus ni.. Tapi sebenarnya lelaki pun tak kurang jugak. Sekuat kuat lelaki.. bulu roma kat kaki macam hutan tetap jugak benda tu nak test ok..


Malam ni ada rezeki terbaca satu pengalaman seram yang di kongsikan seorang hamba Allah ni.. Yer lelaki ok! Bukan pondan.. Pengalaman dia ni berlaku masa di baru2 sampai KL. Dia ni asal dari perlis.. Dapat kerja kat KL of course kena menyewa kan... Mula2 tu dia dapat duduk rumah yang di sediakan pihak majikan bersama 6 lagi rakan sekerja yang lain. Di sebabkan rakan serumah dia ni semua jenis tak semegah.. pengotor.. kaki clubbing mabuk2 muntah dalam rumah.. suka buat maksiat dalam rumah.. Rumah pun katanya bau tak ada beza dengan tandas awam dah.. So, agak menganggu keselesaan dia nak terus tinggal kat situ. Terpaksa la dia cari bilik sewa lain untuk keselesaan dia nak balik rehat & tidur lepas penat bekerja.

Melalui mudahdotmy dia cari la bilik sewa.. Terjumpa satu bilik sewa yang harga berpatutan.. condition yang bagus, rumah pun lengkap semua.. Tinggal bawa kain baju & diri dia jer.. Orang bujang la katakan.. Memang sesuai cari rumah sewa yang macam tu. Bilik yang dia nak sewa tu kat sebuah Apartment kat puchong... Lepas nampak iklan tu kat mudah terus dia call owner & time tu jugak dia pergi jumpa tuan rumah & tengok bilik yang nak di sewa. So far di puas hati tanpa fikir panjang atau tanya apa2 sejarah rumah & bilik tu terus dia bayar deposit untuk masuk.

Dah settle bayar dia balik ke kondo yang di sediakan majikan dia sebelum ni.. packing semua barang & pindah terus ke bilik sewa baru dia. Nampak sangat dia memang tak sabar nak keluar dari rumah yang penuh kemaksiatan tu kan.. Mesti budak baik ni..hehehehe.

Rumah yang dia sewa bilik tu ada 3 bilik. Biasa la Apartment kan.. standard la 3 bilik. Bosan mengadap TV.. dia pun mula meninjau rumah baru dia. Ternampak kat depan pintu ada satu rak kasut tersusun rapi kasut2 yang nampak semua berjenama mahal. Dia agak housemate dia ni kaya raya la kot.. Rumah pun kemas & bersih so dia anggap setiap bilik tu ada penyewa tapi bukan di sewa ramai - ramai. Dah bosan meninjau rumah dia online sekejab lepas tu dia terlelap kat ruang tamu.

Dia terbangun dalam pukul 11 malam.. Rumah dia masih sunyi basi. Tak ada tanda2 macam housemate dia dah balik. Malas nak fikir dia masuk bilik sambung tidur. Kau menyibuk sangat tu dah kenapa kan? hahahahaha. Maka bermulah di situ satu pengalaman seram... Siapakah housemate beliau? Apa yang berlaku.. Kita sambung minggu depan....

Ok ok.. gurau yer.. hehehehe. Ok ok.. aku habiskan cerita ni. Tengah sedap mamat tu tidur.. Mimpi dah sampai ke langit tujuh gamaknya tetiba dia terjaga bila terdengar bunyi bising orang bergaduh bagai nak rak kat luar. Tapi sebab malas nak campur hal orang dia biarkan jer depa memekak.. Jangan tumbuk pintu bilik dia sudah. Tapi sebab terlampau bising sampai dia sendiri tak boleh tidur terpaksa jugak dalam mamai tu dia bangun buka pintu bilik dalam keadaan mata yang tak berapa nak buka.. Dia tegur la housemate dia yang dok bergaduh tu. Bukan apa risau jiran jiran marah. Tapi teguran dia tak ada respond.. Masing senyap sunyi... Dia pun mula pelik. Mata yang tadi berat nak buka.. tetiba rasa segar terbuka luas.. Bila mata terbuka luas.. baru dia nampak..... Jeng jeng jeng... Ok la panjang sangat sambung esok je la ye. kekekekeke

Ok ok.. gurau kali kedua. Yang dia nampak tak ada sesiapa pun kat ruang tamu. Yang tadi bising macam nak terkeluar anak tekak tadi tu sapa. Dah sudah..  Sebab tak puas hati dia pergi ketuk bilik depa. Satu pun tak jawab apatah lagi buka pintu. Walaupun dia mula pelik tapi sebab malas nak fikir dia masuk bilik sambung tidur. Mujur lepas tu dia boleh tidur tanpa gangguan dah.

Esoknya dia bangun pagi nak pergi kerja. Dia tengok rumah still sunyi tak macam ada tanda2 orang lain dalam rumah tu tapi usya rak kasut masih sama macam semalam dia tengok. Malas nak fikir banyak dia terus pergi kerja. Di sebabkan banyak kerja hari tu dia balik lewat sikit dalam pukul 10 malam macam tu. Sebab penat sangat sampai rumah buka baju semua.. sampai seurat benang pun tak ada kat badan terus dia tidur atas tilam. Buruknya perangai.. Huduh giler. hahahaha..

Tengah best dok layan tidur tu tetiba tidur dia di ganggu lagi. Maka dia pun terjaga & sedikit terbatuk batuk sebab terhidu bau yang sangat busuk macam bangkai tapi dia tak sure bau bangkai apa. Memang nak muntah jugak bau dia.. sampai terpaksa kepit hidung guna jari kuat kuat. Time tu katanya pukul 3 pagi. Sebab terlampau busuk dia keluar dari bilik cari benda yang busuk tu. cari punya cari dia dapat kesan bau tu datang dari master bedroom dalam rumah tu. So dia ketuk pintu bilik tapi tak ada respond. Sebab risau takut ada benda buruk berlaku dia pergi pulak ke bilik satu lagi & ketuk pintu. Pun sama jugak tak berjawab. Pekak gamaknya housemate dia ni... Sebab dia mula rasa tak sedap hati dia pergi balik ke master bedroom tu tendang pintu bilik sampai terbuka. Bila pintu bilik terbuka... Jeng jeng jeng...

Apa yang dia nampak memang buat rasa nak luruh habis bulu2 roma sebab tercabut akar. Dia nampak seorang manusia yang leher terjerut sambil tergantung dengan tali. Memang nampak macam orang mati bunuh diri la... Apa lagi dia capai kunci rumah, kunci motor, telefon & wallet terus lari keluar. Gila kau nak tunggu lagi.. Bila dah kat luar baru dia call polis report apa yang berlaku dalam rumah dia lepas tu call tuan rumah bagitau. Tuan rumah pun datang.. suruh dia tunggu depan pintu rumah. Sampai je tuan rumah depa terus masuk dalam rumah pergi ke master bedroom. Sekali lagi dia terkejut.. Nak tau pasai pa? 

Orang yang mati bunuh diri tadi yang dia nampak dah tak ada kau! Takkan orang mati lari ke kubur tanam diri sendiri pulak kan.. Darah yang dia nampak dalam bilik tu pun dah takde. Sempat pulak mayat lap darah sendiri.. Tu dia.. dia jadi keliru sekejab dengan apa yang berlaku.

Baru dia tahu selama ni dia mana ada housemate. Cuma dia sorang je menyewa kat situ.. Tuan rumah tu masih cari penyewa untuk 2 bilik kosong tu. Maka terbongkar kisah di sebaliknya.. Sebelum ni ada pasangan gay sewa rumah tu. Pada satu hari depa bergaduh teruk menyebabkan pembunuhan berlaku kepada salah seorang dari mereka.. Bila seorang dah terbunuh seorang lain turut membunuh diri dengan gantung diri dalam master bedroom tu.. Jadi suara bergaduh yang dia dengar & mayat mati terjerut tali dalam bilik tu........??? Maka sejak tu dia terus tak menyewa kat situ lagi

Begitulah kisahnya pengalaman seram seorang mamat yang tersewa bilik kat apartment yang pernah berlaku kejadian pembunuhan & bunuh diri. Orang kalau tahu rumah yang pernah berlaku kejadian macam ni memang orang taknak sewa atau beli.. Sebenarnya rumah tu boleh di bersihkan dari gangguan jin yang cuba menyesatkan manusia dengan menjelma seperti orang yang dah mati.. Cuma tu la kan.. Rumah pernah berlaku kejadian bunuh & bunuh diri ni.. aku sendiri tak confident nak duduk. hehehehehe

PENGALAMAN SERAM BERJIRAN DENGAN KELUARGA MISTERI KAWASAN RUMAH TERES DI PERAK

PENGALAMAN SERAM BERJIRAN DENGAN KELUARGA MISTERI KAWASAN RUMAH TERES DI PERAK. Dimana ada cerita seram, misteri & mistik di situ juga ada blogger puaka lekatlekit. Aku pun mistik & misteri jugak. Boleh menjelma macam2.. kejab macam wartawan, kejab jadi chef kejab macam ahli paranormal katanya.. Di sebab tu blog lekat lekit ni banyak segmen.. Sekarang kita di segmen seram serik lekatlekit yer.. Dimana hari ni aku nak share satu kisah seram. Yang berlaku pada seorang surirumah yang tinggal di kawasan rumah teres dekat perak.


Alkisahnya seorang perempuan ni.. Merangkap seorang isteri & ibu yang tidak bekerja. Macam aku juga la surirumah cuma beza aku  bekerja juga melalui blog ni.. dia tak tau ada tak buat kerja2 sampingan tambah pendapatan di rumah.. Tak kenal pulak aku nak interview lebih2 pasal dia kan. Semua tu tak penting.. Yang penting dia ada kisah seram yang boleh di isi dalam segmen seram serik lekatlekit ni..

Dia ni takde masalah apa apa cuma masalah dia dengan jiran misteri yang menyeramkan je. Dia tinggal di kawasan rumah teres kat perak. Taman perumahan apa jangan tanya ok! Cheq tak tau.. Laki dia ni kerja pagi balik malam. Almaklum la zaman Ah Nang Jib kena kerja kuat kalau tak memang tak cukup nak menampung apa2 yang bocor.

Tapi yang buat dia rasa seram, takut, gigil & kawasan sewaktu dengan dia adalah jiran sebelah rumah dia. Jiran dia ni laki bini tak kerja secara apa yang dia nampak dengan mata kasar la. Kot2 depa kerja secara online & beroperasi dalam rumah je pun tak tau la kan. Wallahualam. Tapi yang misterinya depa ni jarang keluar rumah. Memasing bertapa dalam rumah 24 jam sehari. Erk... aku pun sama suka terperap dalam rumah. gamaknya jiran2 aku rasa aku pun misteri & menakutkan tak? hahahaha.. Jangan judge sesuatu yang kita tak tahu.. Boleh jadi yang berlaku tak sama apa yang kita fikirkan. Macam aku.. orang memang rasa aku terperap dalam rumah tapi sebenarnya aku bekerja dari rumah. Opis dalam rumah katanya.. Jadi waktu Office hour takkan nak merayap kot. hehehehe. Tapi jiran dia ni memang lain macam...

Pernah sekali perempuan ni tegur isteri jiran dia tapi bukan di balas teguran tu malah dia memberi reaksi yang menakutkan pulak. Dia cuma beliakkan mata & jalan terus masuk rumah. Sampai dah masuk dalam rumah.. depan pintu still mata dia tak lepas pandang perempuan yang tegur dia tu. Berdiri habis bulu2 yang ada bila di pandang macam tu. Memang kalau aku pun rasa pelik, seram,misteri & mistik jugak

Lepas dari kejadian tu dia memang tak berani lagi tegur jiran dia.. Tapi nak di jadikan kisah seram pada satu petang yang dah dekat nak masuk maghrib. Dia nak angkat kain kat jemuran tetiba dia nampak jiran dia (suami isteri) macam sedang bercakap dengan seseorang dekat buaian rumah depa. Bila dia tengok atas buaian tu tak ada sesapa dia jadi pelik. Tapi dia cuba juga berbaik sangka.. Maybe cakap guna hand free yang letak kat telinga tu.. Dalam berbaik sangka tetap ada rasa buruk sangka. Sebab jiran dia tu pun perangai pelik. So cepat2 dia masuk rumah

Lepas dah siap uruskan anak dia pun ambil wuduk & solat maghrib. Lepas solat tu tetiba rasa nak jenguk keluar dari tingkap. Dia selak la langsir tengok rumah jiran sebelah. Alangkah terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh.. bila secara tak sengaja dia ternampak ada satu lembaga berdiri tegak tanpa gerak walau seinci. Fizikal & rupa dia katanya sama macam pontinak yang selalu dia tengok dalam filem seram. Dengan Pakaian dia putih lusuh, rambut panjang smpai lutut. Lembaga tu memerhatikan dia macam tau tau je orang tengok tengok dia. Habis longgar semua skru kepala,bahu,lutut kaki.. lutut kaki. Ops.. sorry ternyanyi lagu didi & friends pulak. Gigil baqhang! Gila kau tak seram kalau dah nampak dengan mata kasar macam tu... Boleh kena strok ok! hehehehe

Dalam keadaam menggigil & terketar dia cari phone nak call suami dia suruh balik cepat. Apa lagi malam tu meracau tak ingat la perempuan tu jadinya. Semenjak kejadian tu rumah dia selalu sangat terbau bangkai yang terlalu busuk selepas suami dia pergi kerja. Tiap kali tidur dia akan terkejut. Anak dia pun kerap menangis. Suami dia jadi panas baran. Katanya sebelum dia nampak lembaga tu.. pagi sebelum tu dia nampak jiran dia macam sedang berzikir dengan kepala tersengguk sengguk belakang rumah. Dia sempat rakam guna phone bila dia tunjuk kat suami dia.. lepas tengok muka suami dia jadi pucat & suruh dia padam video tu. Suami dia taknak jadi bukan2 kalau dia simpan video tu. Apa yang suami dia nampak dalam video tu? jeng jeng jeng.. aku pun tak tau. Mungkin something yang menyeramkan...

Tiap2 malam katanya dia dengar bunyi ketawa yang bukan ketawa manusia dekat dengan tingkap bilik tidur dia. Suara dia sayup sayup jer... tapi bila dia kejutkan suami dia minta tolong tengok tengokkan siapa yang ketawa.. bunyi ketawa tu hilang. Bila suami dia tidur, bunyi ketawa tu kembali. lepas puas ketawa dia ketuk tingkap guna kuku pulak. Serius seram katanya..

Yang paling tak boleh blah.. Lepas semua kejadian tu tetiba isteri jiran dia datang rumah bagi bubur kacang sambil melemparkan sebuah senyuman yang sangat menakutkan. Mengucap panjang la cik akak tu. Nak jamah bubur kacang tu? Kirim salam la.. kalau aku pun tak makan. Entah apa yang di hembus & letak dalam tu.. Bab ni kalau aku pun susah nak berbaik sangka dah.

Gila beb kalau dapat jiran penuh misteri & mistik macam ni.. Nak tuduh membela saka ke hapa tak boleh sebab kita tak ada bukti. Boleh jadi dia pun terkena gangguan & sedang berusaha menghalau gangguan tersebut.. tu dia punya baik sangka kan aku. hahahaha. Kalau duduk rumah sewa boleh la cari rumah lain kalau rumah sendiri takkan nak jual rumah tu beli rumah lain. Nak2 rumah yang ada pun belum habis bayar. Rumah sekarang mahal nak mampus katanya. Nak2 lagi area lembah klang ni..

Apapun.. semua yang berlaku dengan izin Allah.. Maka kepada Allah juga kita perlu memohon pertolongan. Tiada apa yang lebih berkuasa di dunia ini melainkan Allah yang maha besar.

Sumber asal cerita

KISAH COMFORTER MISTERI BERLUKISAN KARTUN FROZEN & JIRAN PUAKA

KISAH COMFORTER MISTERI BERLUKISAN KARTUN FROZEN & JIRAN PUAKA. 10 tahun hidup berjiran dengan jiran puaka. Dari dia berlaki sampai la dia menjanda. Dari dia asyik menganggu hidup aku dengan setiap hari dok ketuk pintu rumah minta tolong tu ni sampai la dia tak berani ketuk pintu rumah aku sebab pernah kena sound mengumpat aku dulu. Terus sejak tu kami tak pernah bertegur sapa. Jiran macam tu kau baik ke kau tak baik ke dia tetap akan mengumpat kau. So, terbaik kau buat macam tak kenal jer pun dia akan mengumpat kau sampai akhir hayat. Akhir hayat sapa dulu tak tau.. kalau hayat dia berakhir dulu, syukur Alhamdulillah.. Kalau hayat aku yang dulu belum tentu habis dia mengumpat aku selagi dia ada hayat di kandung badan.


Sebelum ni ada juga beberapa entri aku up pasal jiran puaka niyang rapik aku nan sorang ni. Tapi malas nak cari link. Sebelum ni ada juga aku cerita pasal dia report kat JMB tuduh aku bela kucing & kucing aku berak merata rata kat koridor.. padahal selama tinggal kat sini jangankan bela kucing.. bela bulu kucing pun tak ada. Cuma aku suka bermesra dengan kucing jalanan jer... Dapat la warning letter dari JMB. Time tu memang aku dah sabar lama dengan dia.. aku ketuk pintu rumah dia pakai kaki tapi sampai sudah dia tak mau keluar. Lepas tu.. terus diam macam tu.

Yang terbaru pasal comforter misteri bercorak frozen jiran selekeh mana ntah jemur kat tembok rumah aku dah dekat sebulan. Aku syak jiran baru pindah tahun lepas kat sebelah kanan rumah aku ni kot.. Sebab takkan la jiran selang 2 3 rumah nak mai jemur comforter kat tembok rumah orang. Sebab tembok tu memang tembok kat rumah aku maka.. si jiran tua kutuk janda kusut sorang yang memang terkenal dengan kaki mengumpat secara bergerak ke serata alam ni.. Ada la point nak mengata aku. Akak yang bagitau aku dah explain kat dia.. Aku memang jenis jarang keluar rumah & tak pernah dia nampak jemur apa2 luar rumah. Memang 10 tahun aku tinggal kain buruk pun aku tak pernah jemur kat luar. Semua aku jemur dalam rumah. Kasut pun selipar buruk pun aku tak pernah tinggal kat depan pintu. Semua simpan dalam rumah. Bukan macam dia.. siap ada rak kasut dekat koridor. Yang dia tu dok buat langsir kat tembok rumah dia bertahun2 tak pulak orang bising. Kat rumah orang dia sibuk je nak mengata. Macam kacau dalam kain dia jer..

Bertahun dah aku tengok dia gantung kain buruk ni kat tembok rumah dia. Tapi rumah dia.. lantak la. Tapi kat rumah aku apasal dia nak menyibuk sangat pun tak tau

Maka sebab kalau nak bersemuka memang tua kutuk tu takkan nak bersemuka dengan aku. Solution nya hantar memo lekat depan pintu. Mengumpat orang pandai confirm pandai membaca jugak kan. Walaupun dia perempuan berbangsa singh tapi dia memang banyak bergaul dengan orang melayu & boleh berbahasa melayu walau first language dia dalam rumah dengan anak anak english. So tulis bahasa melayu sudah. Kalau dia tak paham pepandai la anak2 dia translate kat dia nanti.


Tu memo untuk si tua kutuk tak sadar diri jiran sebelah kiri.. Untuk jiran selekeh sebelah kanan yang tak reti2 nak angkat comforter berbulan bulan pun kena jugak memo. Kalau rasa dah tak mau guna sila buang dalam tong sampah besar kat bawah. Jangan menyemak tembok kat rumah aku. Orang asyik dok pandang serong kat aku jer.. Tak pasal2 aku kena fitnah & kena umpat sebab perangai selekeh hangpa anak beranak.


Aku memang jarang sangat nak ganggu hidup orang malah aku rasa aku tak pernah ganggu hidup sesiapa dari aku bujang sampai aku dah beranak sorang. Rutin harian aku dulu masa bujang pergi kerja balik kerja duduk dalam rumah. Kalau tak aku keluar jauh dari rumah aku. Dah kawen pun sama jugak. Kalau tak ada hal yang memerlukan aku keluar memang aku tak keluar. Selalunya weekday aku keluar tak pergi kedai, pergi hantar & ambil anak aku sekolah je. Weekend biasa keluar terus berjimbaraya. Takde nak tersadai depan pintu rumah orang atau kat G floor menyembang tak tentu pasal dengan sesapa. Tegur sepatah dua kata tu ada la.. tapi nak menyembang berejam - jam tu bukan aku. Ada masa aku lebih suka online & buat kerja2 kat blog atau layan anak aku kat rumah.

Memang dah lama sangat aku sabar dengan jiran nan sorang. Sampai satu tahap macam aku nak candid gambar dia & share kat media sosial. Tahap sakit hati ni tak payah cakap. Tak tau macam mana nak bagi dia berhenti ganggu hidup aku. Yang aku rasa cara paling senang tunggu sampai dia mati je tapi tu la nampak nyawa macam liat jugak. Almaklum la kalau dalam filem tamil ni orang jahat memang susah nak mati.. Kalau tak mati jugak terpaksa la aku kena cari rumah baru. Nak pindah rumah baru nak2 baru kawen tu perlu tahu juga perkara ni supaya bila masuk rumah baru dah tak ada apa2 masalah mungkin jadi punca pergaduhan. Nak tahu boleh baca kat sini >> Adakah Anda Ingin Berpindah Kerumah Baru. Jadi korang perlu tahu perkara ni sebelum berpindah <<

lepas sejam macam tu aku lekat memo kat semua yang berkenaan.. jenguk kat pintu rumah sebelah memo dah tak ada.. Tengok comforter misteri tu pun dah hilang. Selesai masalah. Lepas ni biji mata situa kutuk tu takde la semak sangat nak cari salah aku je. Yang jiran selekeh sorang lagi hope jadi pengajaran. Tak payah buat perangai amazon sangat hidup di bandar ni. Belajar respect orang lain sama.

Moral of the story.. aku bukan sombong atau berlagak tak tentu pasal cuma bila aku rasa kalau orang terlalu menganggu hidup aku sampai masa memang aku bertindak juga. Almaklum la.. aku pun manusia limit sabar tu tetap ada.

ANTARA SEBAB TETAMU DIRUMAH ANDA TAK MINUM AIR YANG DI HIDANGKAN

ANTARA SEBAB TETAMU DIRUMAH ANDA TAK MINUM AIR YANG DI HIDANGKAN. Kita dah biasa dengan cara hidup yang di ajar Islam iatu meraikan tetamu sebab tetamu adalah pembawa rezeki tak kira tetamu tu kawan, adik beradik, ipar duai, mertua ke sapa.. Tapi selagi mereka datang menziarah kita tu di kira tetamu la walau jiran sebelah rumah yang tiap2 hari kita bersidang dengan dia tepi pagar.

Sumber gambar Google

Rasanya tak kira apa bangsa sekalipun memang meraikan tetamu.. paling tidak menghidangkan minuman. Benda tu kira kebiasaan yang kita buat bila menerima tetamu. Pernah tak berlaku walau tetamu tu lama jugak bertandang kat rumah kita tapi dia tak sentuh atau rasa pun minuman kita hidang? Aku tak pasti la tetamu aku ada tak macam tu tapi aku memang pernah menjadi tetamu yang macam tu di mana aku tak minum langsung air yang di hidang. Ada la sebabnya aku buat macam tu...

Kira kejadian ni baru lagi la.. Rumah siapa aku bertandang tu tak payah aku nak detail sangat bagitau bagi menjaga aib orang2 yang terlibat tapi perkongsian ni sekadar pengajaran & peringatan untuk kita semua.. Memang aku tak minum sampai balik. Even selalu aku minum je apa di hidang.. sebabnya masa nak buat air depan aku laki bini bergaduh pasal nak buat air je. Yang si laki injured sikit so pergerakkan jadi terbatas di tambah lagi menahan sakit ni nak buat apapun rasa tak berdaya. Yang si isteri ni sebab dah biasa laki dok buat semua tu macam tak boleh bertolak ansur langsung. Nak buat air pun sampai bertekak & bermasam muka. Kita yang kat depan ni terpinga pinga pulak.. tak tau nak lari keluar ke nak tunggu. Tak sedap jugak dok mengadap laki bini bergaduh walau gaduh anak anak je kan..

Timbul rasa tak best & rasa macam menyusahkan orang pulak kan.. Aku bukan nak minum sangat pun. Lagipun memang time baru sangat lepas makan laksa & sirap bandung kat restoran Selera D Klasik. Cuma dahaga tu ada jugak. Tapi ku tahan dahaga sampai balik.. Aku tak minum. Lagipun air tu tak siap tuang dalam gelas.. konsep nak minum baru tuang dari jug jadi tak rasa bersalah sangat la kalau tak minum.

Bukan apa.. Aku ni jenis imaginasi memang liar ok! Orang tengah marah buat air ntah dia ludah ker kan.. hahahaha. Tapi alasan paling tepat sebenarnya tak tertelan pulak air orang buat tak ikhlas ni. Nanti ada pulak pertikai yang dok minum kat kedai tu kau tau ke dia ikhlas ke tidak buat air kat kau!! hello yang tu kena bayar.. Dia punya pasal la tak ikhlas. Tu antara dia dengan Allah tak ikhlas melakukan kerja dia yang di bayar gaji. Ni bila bertamu mana ada orang bayar lepas minum beb!! So, lain situasinya.

Kat sini tolong la.. even kau marah laki atau bini kau jangan bergaduh depan orang. Masing2 dah bangka tolong la jangan berperangai seperti kanak kanak rebina. Even kau tak marah tetamu tapi tetamu akan terasa jugak. Nak bertekak tunggu la tetamu balik. Bukan setahun pun dia nak melukut dalam rumah kau tu.. Kalau dah setahun bukan tetamu lagi tu dah namanya menghuni. So, bersabar sikit sementara tetamu nak balik yer.

Tapi kalau nak buat tetamu suka kena tahu jugak taste tetamu kan. Kadang2 tak kena taste pun tetamu tak minum atau jamah apa yang kita hidang. Jadi kalau nak tau taste orang sekarang meh try tengok kat sini >> 8 Pilihan Hipster Malaysia Yang Akan Membongkar rasa ribena sebenar << Asyik hidang minuman berkafien je kan.. sesekali kena try jugak hidang menu hipster di rumah hehehee

Moral of the story.. Kita dari kecik mak bapak pesan jangan buat perangai depan tetamu walau kita still buat dah besar jangan tunjuk contoh tu kat anak pulak nanti anak ikut kau jangan nak marahkan anak. Ingat tetamu itu datangnya membawa rezeki kalau dia bertamu dengan niat baik la.. Kalau dia bertamu sebab niat di sebaliknya mungkin dia membawa malapetaka jugak hehehehe. Manalah tau dia bertamu sambil bawa bunjut kuning kemudian dia senyap2 selit celah sofa rumah kita tetiba malam2 kita tidur di hantui gangguan seram.

TAKZIAH.. RUMAH BLOGGER LIYLIZ YUSOF HANGUS TERBAKAR

TAKZIAH.. RUMAH BLOGGER LIYLIZ YUSOF HANGUS TERBAKAR. Sejak semalam terbaca berita duka mengenai seorang blogger cantik Liyliz Yusof yang di khabarkan rumahnya hangus terbakar. Habis semua isi rumah termasuk dokumen penting untuk pernikahan dia nanti terbakar. Tapi Alhamdullillah mereka sekeluarga selamat cuma hanya berjaya menyelamatkan diri sehelai sepinggang.


Berat ujian untuk Liyliz Yusof & family.. Nak2 lagi dia tengah menghitung hari untuk melangsungkan perkahwinan & semua persiapan perkahwinan dia musnah dalam kebakaran tersebut. Sesungguhnya Allah lebih tahu.. Dia takkan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. Semoga Liyliz & Keluarga tabah menghadapi ujian berat ni & semoga Allah permudahkan segalanya untuk mereka.


Menurut status yang di muat turun kat Facebook beliau.. Sekarang di memerlukan rumah jadi sesiapa yang tahu dimana agensi atau badan2 yang boleh dia memohon bantuan rumah sila la membantu. Sekarang katanya mereka menumpang di rumah saudara...

Boleh rujuk di post Liyliz Yusof

Atas perikemanusiaan Denaihati Network jugak menganjurkan kutipan derma untuk di salurkan kepada Liyliz & keluarga bagi meringankan beban mereka. Sekiranya anda ingin menyalurkan sebarang bantuan tak kira la berbentuk kewangan atau apa saja boleh merujuk post ni di Facebook denaihati..


Sama sama kita membantu walau hanya dengan sepotong doa. Moga Allah melimpah kurniakan rezeki buat mereka untuk membina kembali kediaman yang musnah terbakar.

DIY! CARA NAK BUAT RUMAH NAMPAK BERHANTU KETIKA DI TINGGALKAN UNTUK ELAK DARI DI MASUKI PENCURI

DIY! CARA NAK BUAT RUMAH NAMPAK BERHANTU KETIKA DI TINGGALKAN UNTUK ELAK DARI DI MASUKI PENCURI. Zaman sekarang ni memang kita kena jadi manusia yang kreatif untuk protect diri & harta benda. Sebab zaman sekarang penjenayah ada kat mana mana.. Nak2 lagi kategori pecah rumah ni.. Bukan je penyamun dari dalam negara luar negara pun dah ramai buat aktiviti tu kat Malaysia. Almaklum la Malaysia sekarang bukan setakat berbilang kaum malah berbilang warganegara katanya...

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Zaman sekarang rumah yang berkembar dinding dengan jiran pun penyamun berani pecah masuk.. Apatah lagi rumah yang jenis duduk hujung2 alam.. Almaklum la nak privacy katanya. Tak mau duduk dekat2 dengan orang maka dia buat la satu rumah kat hujung dunia.. Rumah2 macam ni memang target penyamun la.. Zaman sekarang pasang cctv pun tetap kena masuk pencuri jugak. Depa dah tak heran nak merompak di rumah atau kedai2 yang ber cctv sekarang. Jadi kalau menggunakan teknologi ni kurang berjaya.. Kita guna cara yang ala2 mistik & menyeramkan gitu.

Bagi mereka yang nak protect rumah dari di masukkan pencuri aku rasa ok jugak kot try cara ni. Cara ni lebih murah & mudah.. Nak bagi jaminan 100% berkesan tu tidak la.. Tapi mungkin boleh membantu membantutkan penyamun dari memecah masuk rumah anda nak2 lagi ketika anda tiada di rumah. Almaklum la.. Geng pecah rumah ni suka buat aktiviti mereka waktu malam kan.. Jadi cara ni mungkin berkesan.

Nak tau macam mana cara nak takutkan geng pecah rumah.. Meh tengok tutorial bergambar di bawah..

Pertama kau cari la gambar2 muka & tangan yang menyeramkan macam ni
Gunting & Gamkan macam ni
Lekatkan pada langsir sebab kat situ akan nampak macam effect kelibat menyeramkan
Kalau korang nampak macam ni dari jauh ada berani dekat rumah tu kalau korang tau rumah tu time tu tak ada orang??

Jangan hangpa yang lupa hangpa buat macam tu untuk takutkan pencuri hangpa pulak balik rumah kena heart attach sebab terkejut. Pastikan anda tak lupa lepas meletakkan benda2 ni kat langsir rumah anda yer...  hehehehe

Tak tau la sapa punya idea tapi aku rasa agak kreatif jugak la. Almaklum la orang sekarang memang lebih takut hantu berbanding takut Tuhan kan.. Sebab tu orang yang masuk rumah hantu pun sampai jadi macam ni >> Pernah Masuk Rumah Hantu? Mesti 18 Benda ni Pernah Berlaku pada anda yang ada pengalaman masuk rumah hantu << Confirm punya ada adegan ni kan? erkk.. walaupun aku peminat cerita seram serius seumur hidup tak pernah masuk rumah hantu hahahaha

Moral of the story.. main main hantu tak salah tapi jangan main dengan hantu takut anda di hantui rasa penyesalan seumur hidup.

PASTIKAN ANDA IKUT 5 TIP NI SEBELUM MEMBELI RUMAH SUPAYA TIDAK MENYESAL

PASTIKAN ANDA IKUT 5 TIP NI SEBELUM MEMBELI RUMAH SUPAYA TIDAK MENYESAL. Terlebih dahulu nak minta maaf.. Saya bukan nak gantikan abang ensem blogger yang menulis tentang hartanah. Masih belum berniat nak tukar nama jadi kakak ensem. Lagipun belum layak cuma saya nak berkongsi sesuatu yang saya baca dengan orang lain. Almaklum la saya ni kan memang jenis tak boleh simpan sorang sorang. Apa yang best semua saya nak share. Ok hari ni saya acah2 jadi kakak ensem sekejab yer..


Membeli hartanah ni macam membeli unit rumah atau pejabat la. Tak kisah korang nak membeli yang mana satu tapi tips dia lebih kurang sama jer. Almaklum kita nak beli aset yang mahal lagi berharga ni. Aset2 macam rumah ni bukan jenis aset susut harga. Aset yang setiap tahun harga dia melambung tinggi ke awan biru. Tak macam kereta.. Tahun ni kau pakai.. tahun depan kereta kau pakai tu dah tak dapat harga kau beli jauh sekali kau boleh up harga lebih tinggi. 

Jadi bila nak membeli aset macam rumah ni.. Pastikan anda buat 5 perkara ni supaya anda dapat memilih yang terbaik. Antara perkara yang korang mesti buat sebelum membeli rumah atau ruang pejabat adalah...

1. Tetapkan keutamaan Anda
Anda mesti tahu apa yang anda mahu dari unit rumah yang anda ingin beli. Senarai semua yang anda mahu ada pada rumah yang anda mahu beli. Minta pandangan orang2 terdekat. Kemudian pastikan rumah yang anda ingin miliki ada sekurang kurangnya 5 ciri yang anda mahu.

2. Kaji sebelum Beli
Beli rumah sama jugak macam pilih jodoh. Silap pilih mungkin kena tanggung penyesalan seumur hidup jadi jangan percaya sangat dengan cinta pandangan pertama sebelum mengkaji dulu unit rumah yang anda hendak beli. Siasat latar belakang rumah & pemaju yang anda ingin berurusan dalam pembelian rumah. Takut dapat pemaju yang ada rekod yang buruk, risiko jugak rumah yang anda beli cuma siap pacak tiang je. Kalau beli rumah dari pemilik rumah sebelum ni siasat jugak tentang pemilik atau penyewa sebelum ni. Check rumah samada selamat atau tidak di diami. Mana tau kat celah2 yang kita tak nampak ada dah kena makan anai anai ke. Atau ada apa2 yang bocor dalam rumah tu. Jangan dah beli kita terpaksa tanggung kos membaik pulih yang banyak. 

Yang ketiga, keempat & kelima sangat penting korang kena buat untuk memastikan anda membeli unit rumah yang tepat & tidak bermasalah. Tapi sebab ia artikel orang tak elok la aku cedok semua info masuk blog aku, ye dak? Jadi untuk tips yang ke 3, ke 4 & ke 5 korang baca sendiri kat sini >> 5 Tips penting anda kena tahu sebelum membeli hartanah @ rumah <<

Ingat membeli rumah bukan seperti beli gadget2 elektronik yang sekejab je mahal lepas tu dia dah jadi tak ada harga. Kita guna pun dalam tempoh masa tertentu lepas tu mungkin dia jadi barangan terbuang. Membeli hartanah macam rumah ni ada pelaburan seumur hidup. Mungkin kita akan tinggal seumur hidup kat rumah tu. Jadi penting kita memilih rumah yang betul. Banyak perkara kita kena titiiberatkan sebelum mengambil keputusan membeli sesebuah unit rumah seperti lokasi rumah tersebut. Lebih2 lagi yang nak jadikan ia sebagai pelaburan jangka masa panjang. Kalau rumah kita beli kat kawasan tak strategi mungkin rumah tu tak mampu beri apa2 keuntungan pada kita di masa akan datang.

Sekian tips dari kakak ensem. Semoga tips ni memberi manafaat kepada anda yang memang tengah merancangan nak beli rumah. Kakak ensem bukan pakar hartanah macam abang ensem jer.. kakak ensem cuma acah2 pakar jadian sekali sekala je. hahahaha

KISAH RUMAH SEWA BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM PART II

KISAH RUMAH SEWA BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM PART II. Seperti yang di janjikan dari entri kisah seram yang lepas pasal rumah berpuaka di seksyen 17 shah alam tu.. Malam ni aku sambung la kisah tu. Maka malam ni pakat2 duduk dalam selimut siap2 sambil baca entri cerita seram pasal rumah sewa berpuaka kat seksyen 17 tu. Kisah dia memang lebih menyeramkan dari episod pertama. Ni kira final kisah ni.. Bagaimana dia menggangu budak2 student IPT yang menyewa kat situ & kenapa rumah tu jadi berpuaka.

Gambar sekadar hiasan

Kalau episod pertama haritu kisah Ustaz Zul kena sakat.. kisah kedua pasal ustaz suhaimi salah seorang penyewa kat situ di sakat tapi kisah ustaz suhaimi di sakat tak extreme sangat. Cuma masa dia nak naik tangga ke tingkat atas... dalam samar samar dia ternampak satu lembaga yang macam manusia berambut panjang sedang mencangkung atas tangga memandang kearah dia. Sempat jugak mereka bertentang mata dalam 2 - 5 saat macam tu sebelum lembaga tu hilang. Kira tak sempat jatuh cinta tapi sempat jugak buat ustaz suhaimi berdesup lari keluar dari rumah tanpa tutup pintu, start kereta pergi rumah kawan dia yang tak jauh dari tempat tu. Tu dia penangan puaka rumah sewa seksyen 17.. Ustaz pun bertukar jadi watson nyambek katanya. memecut melebihi had laju sebab terkejut & takut.

Tu pasal kisah ustaz suahaimi.. Ni kisah bebudak student IPT yang menyewa kat situ. Dalam episod pertama memula cuma seorang je student IPT yang sewa kat situ tumpang abang angkat dia ustaz suhaimi (boleh baca episod pertama tu kat sini >>PENGALAMAN SERAM TINGGAL DIRUMAH BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM << ). Selepas masuk sem ke 2 tu ramai student yang turut menyewa kat situ. Dalam episod pertama si pencerita (student pertama yang sewa kat situ) memang tak kena sebarang gangguan tapi lepas tu... Dia pun tak terkecuali dah. Setakat bunyi orang ketuk pintu tengah malam, bayang-bayang kat cermin tingkap, suara-suara halus.. suara anjing tengah malam (walaupun kawasan kejiranan kat situ tak bela anjing sebab majoriti melayu islam) tetapi tetap berlaku lolongan anjing menyeramkan di waktu malam.

Kejadian paling seram & extreme ni berlaku pada waktu tengah malam. Kira2 dekat pukul 12 tengah malam la.Almaklum la time tu la jin & syaitan sangat aktif melakukan aktiviti tak bermoral dok kacau anak cucu cicit adam katanya. Tapi biasa budak2 student ni mana ada jenis tidur awal. Kalau jenis tidur awal confirm la jadi bahan. Tapi malam tu tetiba dia rasa mengantuk sangat walaupun kebiasaanya dia tidur macam kawan2 dia yang lain jugak antara pukul 1 atau dua pagi. So dia masuk la bilik.Dia kongsi bilik dengan ustaz suhaimi. duduk master bedroom. Ada la satu katil queen size. Tapi ustaz tak ada malam tu. So dia tidur sorang2 je tu yang tak sedar dia tidur dalam keadaan terbalik. Kepala dekat hujung katil, kaki mengadap kepala katil

Sedang enak di buai mimpi tetiba dia rasa bahagian kaki dia macam sejuk lain macam jer. tetiba teringat pulak mak mertua kakak dia cakap kalau bahagian kaki sejuk konon roh orang mati sedang pegang tubuh kita. Di kukuhkan lagi kisah dogeng & mitos konon roh orang mati pegang badan kita akan rasa sejuk bila teringat pulak kisah kawan abang ipar dia yang mati lemas & mayat di jumpai selepas 3 hari hilang. Konon lepas mayat tu di jumpai roh kawan abang ipar dia berkeliaran la cari kawan kawan & berlaku benda yang sama pada abang ipar dia yang di percayai di datangi roh kawan dia yang mati lemas tu. Tapi kakak dia yang kena sentuh bukan abang ipar dia. roh orang mati mana boleh balik kedunia dah dik Ooi.. Yang kau percaya sangat tu dah kenapa. hahahaha. Aku tulis balik sebab dia share kisah tu macam tu. So dia percaya yang sentuh kaki dia pada malam tu adalah roh orang yang dah mati. Awas! Dalam Islam yang menganggu manusia bukan roh orang mati tapi hanya jin & syaitan yang mungkin menjelma seperti simati untuk menyesatkan & merosakkan akidah manusia.

Lepas dia rasa kaki dia sejuk & di sentuh sesuatu tu.. tiba2 rasa badan dia di himpit pulak. Tapi di sebabkan dia dah biasa kena himpit macam tu so dia semakin tahu la cara nak handle. Konon sebelum ni kena himpit siap boleh berunding lagi dengan makhluk yang di himpit. Tak tau la betul ke tidak.. Sebab dah ada pengalaman so dia tak panik sangat la. Dia guna kaedah2 yang dia tahu untuk melepaskan diri. Tapi tak share pulak macam mana caranya. Cuma dia mention ikut sunnah nabi je.

Dalam dia dok meronta ronta tu, sempat dia tengok semua keadaan sekekeling yang masih terang sebab tak sempat tutup lampu sebelum dia tidur. Walaupun tubuh dia kaku tak dapat bergerak tapi jelas dia nampak barang2 dalam bilik tu termasuk almari & jam dinding katanya. Tak semena mena tiba dia terasa macam ada pergerakkan berlaku. Katil queen size tu seolah2 bergerak & terangkat. Tiba2 sahaja dia rasa katil terapung bila dia nampak paras tilam dia dah sama level dengan paras almari plastik dalam bilik tu. Dalam 3 kali katil naik turun macam tu.. Dia cuba meronta2 nak lepaskan diri tapi tak berjaya. Mula la dia rasa marah walau still takut jugak. Nak jerit suara tak keluar tapi sempat dia cabar melalui suara hati suruh makhluk tu tunjukkan diri kalau berani sangat. Apa barang buat serangan hendap macam tu kan? Selepas banyak kali dok cabar jugak makhluk tu tunjuk rupa dia.. tetiba dia terdengar suara macam bunyi babi beserta bau yang memang tak best langsung la. Dia pandang ke arah dinding bahagian kepala katil. Tak lama lepas tu muncul asap hitam dekat kepala katil & membentuk satu rupa yang sangat hodoh. Time tu dia dah tak tau nak cerita macam mana perasaan takutnya dia. Katanya perasaan takut tu melebihi takut masa nak jumpa cikgu disiplin masa sekolah dulu.Masa cabar tu kau macam berani je kan? Itulah peristiwa yang paling menakutkan dalam hidup dia. Dengan izin Allah katanya.. dia berjaya menjerit & terlepas dia dari gangguan makhluk tersebut

Lepas dia bangkit dari katil.. badan dia berpeluh, nafas kencang macam baru berlari naik tangga. Selepas tenang sikit baru dia keluar dari bilik tanpa pandang belakang lagi. Dalam keadaan pening & keliru.. tak tahu nak kata mimpi ke real tapi dia boleh rasa memang semua tu bukan mimpi. So dia pergi ke bilik kawan kawan dia tapi dia tak cerita apa yang berlaku. Tengok kawan2 dia rilex je dok menyembang seolah2 tak ada siapa dengar apa2 bunyi pelik masa kejadian tu berlaku kat dia tadi tapi ada jugak salah seorang housemate dia yang perasan apa yang berlaku malam tu. Kesudahnya malam tu dia join kawan2 lain tidur kat ruang tamu beramai ramai.

Walaupun dia tak share kisah seram penuh misteri & mistik yang berlaku pada dia sebab takut kawan2 dia lari cari rumah sewa lain akhirnya semua membuka rahsia bila satu mensyuarat kecil depa buat ketika berada di luar rumah. Masing2 ada kisah seram di ganggu puaka dalam rumah tu. Akhirnya misteri kenapa rumah tu jadi berpuaka terungkai bila ada jiran membongkar satu kejadian yang pernah berlaku kat rumah tu.

Katanya jiran depa tu salah seorang wartawan TV swasta. Dia dah lama berjiran dengan rumah puaka tu. Menurut cerita dia sebelum ada yang menyewa rumah puaka tu, dia & keluarga dia la jadi mangsa puaka2 dalam rumah tu. Tapi sebelum tu katanya ada orang tinggal. Lelaki.. kadang2 sorang kadang2 berdua & kadang2 berkumpulan. Kira rumah bujang la. Di pendekkan cerita once upon the time.. sorry ter speaking pulak.. Polis menyerbu ke rumah tersebut. Rupanya2 yang duduk kat situ adalah penjenayah yang paling di kehendaki polis. Masa serbuan tu, berlaku tembak menembak sebab masing2 taknak kalah. Penjenayah tu tekad nak serang polis guna parang. Baru sampai depan pagar rumah penjenayah tu di tembak & mati di tempat kejadian. Penuh la darah kat lantai depan pintu pagar tu. Lepas tu rumah tu kena sita selama 3 tahun sebelum tuan rumah tu menuntut semula untuk di sewakan.

Lepas bebudak tu habis belajar masing2 balik ke kampung halaman sendiri & rumah tu katanya di sewakan dari kawan kepada kawan2 yang seterusnya. Paling last depa dengar cerita pasal rumah tu katanya di sewa oleh seseorang dari kelantan yang agak alim. Tapi dengar kata keluarga tu pun berpindah ke tempat lain jugak. Rumah berpuaka tu menurut sumber cerita di katakan berada kat seksyen 17 & kat kawasan rumah tu ada pokok mangga besar.

Sapa yang dapat teka dari clue yang di berikan maka tahu la rumah yang mana. Aku jangan tanya la.. Memang confirm tak tahu. Kalau aku lalu depan rumah tu pun memang aku tak perasan sebab kadang2 aku sendiri tak tahu aku kat mana bila keluar dengan asben aku. Tahu2 sampai tempat yang di tuju je. hahahaha

Moral of the story..Sememangnya ada rumah2 tertentu yang di sukai jin & syaitan termasuklah rumah yang pernah berlaku pembunuhan. Jadi tak mustahil lepas berlaku penjenayah di tembak mati kat rumah tu.. sejak dari tu bermulalah kisah seram dalam rumah tu. nak2 lagi dia pernah disita & kosong selama 3 tahun kan.. 3 hari pun rumah kita tinggal dah ada jin buat hak milik inikan pula 3 tahun.  Tapi sekali aku nak ingatkan apa yang menganggu dalam rumah tu bukan dari roh orang yang dah mati. Orang yang dah mati takkan kembali ke dunia dalam apa bentuk jelmaan atau cara sekalipun sebab dia dah terpisah dari dunia manusia. Yang ada hanya jin & syaitan untuk menyesatkan manusia.

SERIUS! HANYA LELAKI SAJA BOLEH TAHAN HIDUP DENGAN BAU NI

SERIUS! HANYA LELAKI  SAJA BOLEH TAHAN HIDUP DENGAN BAU NI. Cakap pasal lelaki ni.. Lelaki ni kadang2 hidup terlampau simple & asal boleh je. Busuk ke wangi ke dia tak kisah. Walau bau macam tandas awam pun dia masih rasa ok.. Asalkan dia ada tempat nak tidur, mandi & makan secara privacy. Tapi bukan semua lelaki la.. Segelintir sahaja.

 

Di sebabkan majoriti kaum lelaki ni hidup depa terlampau simple & tak kisah sangat.. Maka kadang2 di luar kotak pemikiran kita macam mana depa boleh hadap perkara yang bagi kita nak tahan satu jam pun boleh sempuT apatah lagi nak hadap benda tu bertahun tahun. Yang namanya lelaki ni depa memang tak suka nak merumitkan keadaan atau banyak perkara yang depa anggap benda tu.. benda remeh tak perlu nak jadikan isu atau masalah besar.

 Sebab tu la Allah ciptakan manusia hidup berpasangan agar kehidupan seseorang manusia bernama lelaki ni lebih terurus. Bayangkan manusia dalam dunia ni memang tak di ciptakan nafsu untuk mengasihi/mencintai./minat pada manusia lain.. Gamaknya.. lelaki terus hidup dengan cara lelaki & perempuan dengan cara perempuan.

Allah maha bijaksana.. Sebab tu dia ciptakan lelaki & wanita dengan kekurangan & kelebihan masing masing agar bila mereka bersatu bawah satu bumbung mereka boleh saling melengkapi kekurangan & kelebihan masing masing. Sebab lelaki ni ada perangai yang hurmm.. macam mana nak cakap sebab bukan semua lelaki macam tu tapi masih ramai lelaki yang macam ni >> Perempuan Takkan Faham Kenapa Lelaki Boleh Tahan Hidup Dengan Bau Benda Benda ni. Muntah hijau beb! <<

Jadi para lelaki yang masih hidup macam tu bawak2 la berubah. Takut deria bau hilang hilang nikmat hidup pulak. Yelah.. terlampau lama dok sedut bau macam tu, lama2 deria hidung pun dah tak sensitif.

KERJA RUMAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SUAMI CUMA PROVOKASI

KERJA RUMAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SUAMI CUMA PROVOKASI. Bila orang masih mood bulan madu budget berlagak pandai macam dia ada pengalaman berkahwin dah berpuluh tahun bagi pendapat maka yang kedengaran memang agak menyakitkan hati la bagi mereka2 yang dah berkahwin berpuluh tahun & beranak pinak berderet2 macam gerabak keretapi. Begitulah yang berlaku kepada seorang manusia berwajah cantik ni. Aku pun tak kenal tapi orang kata dia ada di kenali di media sosial. Menurut kengkawan online katanya baru kawen...


Muka cantik, akal cetek pun kadang2 nampak tak ada fungsi jugak. Yang aku tahu tanggungjawab membuat kerja2 rumah macam masak,cuci baju, kemas rumah asalnya menjadi tanggungjawab seorang suami. Sebab dalam Islam pun dah ajar menyediakan tempat tinggal, makan minum & pakaian adalah tugas & tanggungjawab seorang suami. Ia termasuk la.. memasak, mengemas rumah & cuci pakaian. Ada pulak setazah moden kata ia cuma provakasi.. Mungkin dia salah faham.. amalan turun temurun yang selama ni kita warisi tok nenek kita dulu kala cuma sekadar meringankan tugas suami. Bukan tanggungjawab hakiki seorang isteri. Kesian kan.. asalnya budak pandai tapi sebab confident terlebih terus nampak bodoh.


Katanya.. Rasa bersalah tengok laki pegang penyapu. Kau mood honeymoon lagi boleh la kau rasa semua benda kau boleh settle sendiri. Kau rasa setakat kerja menyapu tu small matter. Tunggu kau beranak pinak dulu dik Ooi.. Masa tu takut2 makan minum laki kau pun bibik yang buat kot. Yelah.. kau pun nampak macam orang kaya kan? Mesti dah ramai anak nanti kau pasang bibik. Masa tu baru kau tahu apa rasa bila sekali sekala laki kau pegang penyapu. Samada kau still rasa bersalah atau kau rasa bersyukur yang amat sangat.

Tunggu kau kat Fasa ni dulu cik atenn Ooi.. baru kau cakap rasa bersalah ke tidak tengok laki kau pegang penyapu.

Tak payah nak sebarkan fakta sesat sangat la dik.. Bukan soal ego ke hapa. Aku pun kat rumah kerja rumahtangga ni memang aku yang buat. Tak tunggu laki balik kerja nak buat semua sebab aku pun ada perikemanusiaan. Tapi takde la sampai nak cakap guna hukum akal sendiri. Dah memang itu termaktub sebagai tanggungjawab seorang suami.. kau nak labelkan dia provokasi dah kenapa. Betul la kita sebagai bini jangan jadi pemalas sangat. Kalau kau cakap jangan gunakan alasan kerja rumah tu tanggungjawab suami sebagai alasan 24 jam kau terkangkang online FB jer sampai rumah pun dah macam rumah tinggal aku accept la jugak. Ni macam kau nak cakap kalau suami pegang penyapu pun mengambarkan betapa berdosanya seorang isteri tu. memang pun suami kena tolong isteri meringankan kerja2 rumahtangga sebab sepatutnya tu tanggungjawab mereka tapi sebab belas ihsan & kasih sayang seorang isteri mereka rela ambil tugas tu. Tak pernah aku dengar satu dosa isteri tak buat kerja rumahtangga.. Yang berdosa kalau derhaka kat suami je.

Sumber e-fatwa (Portal Rasmi JAKIM) Sila baca yer Cik Atenn.. Maybe Cik Atenn tak tahu lagi sebelum ni
Kalau nak jadi supermom sangat tak payah nak buat status kurang bijak sebelum kau beranak pinak. Sekarang Tak payah nak cakap besar sangat rasa bersalah tengok laki pegang penyapu bagai. Kau lalui dulu rutin2 seorang isteri bergelar ibu.. Time tu baru kau cakap rasa bersalah ke tidak.

Apapun simpati aku kat minah ni.. Mula2 dia rasa macam seorang isteri muda yang paling bijak dah la masa tulis & post status ni alih2 penerimaan orang sangat menyedihkan sebab status kau ni memang macam minta kena tunjal dahi.

DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS MENGAMUK BANGLO 7 JUTA BOCOR

DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS MENGAMUK BANGLO 7 JUTA BOCOR. Rumah juta2 pun kalau bocor sana sini.. Pun tak guna jugak kan? Yelah sapa tak geram beli rumah mahal mahal.. alih2 banjir dalam rumah. Lain la aku menyewa rumah kos rendah katanya.. Kadang2 hujan lebat kalau angin kuat menghala ke rumah tempias jugak la tapi takde la bocor sebab rumah aku tak ada bumbung. Almaklum la duduk rumah mangkuk tingkat ni kan. Syiling rumah aku, atas lantai rumah orang.


Dari semalam lagi dok tengok Dato Aliff syukri membebel kat FB dia pasal rumah dia yang bocor. Dok marah kat kontraktor buat kerja tak betul. Dah banyak kali repair pun dok bocor jugak. Apakata try tampal pad kot2 tak bocor.. hehehehe...


Sapa tak marah ye dak.. Beli rumah juta2 alih2 dok kena tadah besen dalam rumah. Dah macam orang duduk rumah pondok atap berlubang sana sini. Jangankan 7 juta kalau kita beli rumah 70 ribu pun kalau bocor kita rasa nak menyumpah jugak kan. Yelah.. bukan beli pakai daun yang berguguran di pusara.. Beli pakai kertas ada gambar muka Agung gitu.


Sabarlah Dato terlajak laris Ooi.. Kalau dah rasa rumah 7 juta pun bocor try pindah apartment murah macam rumah den ni. Insya Allah tak bocor... Ni depan rumah den pun ada 2 lagi kosong. Nak ke? Boleh den rekemen kat owner dia.. Dapat jugak komisyen katanya. Hahahaha

Ha kau! Minta jutawan menyewa rumah buruk.. kau hado? hahaha.. Yelah.. dari kena tadah besen kan. adalah lebih baik duduk rumah murah tapi bila hujan boleh guling2 tanpa risau rumah banjir.

Orang kaya kaya ni sembang semua benda juta juta jer.. nak kongsi cerita happy pun pasal juta juta.. Nak marah pun kes juta juta.. Kita yang baca hanya terlopong je dengar harga banglo dia.

Takpe la Dato Aliff syukri mungkin Allah nak sentiasa ingatkan Dato begitulah orang2 susah yang rumah pun atap bocor bila musim hujan. Nak2 lagi yang rumah kecik.. situ la makan & situ jugak la tidur. Bertabahlah sambil cari penyelesaian terbaik.

BANGUNAN BERHANTU PALING MENYERAMKAN DI KOREA

BANGUNAN BERHANTU PALING MENYERAMKAN DI KOREA. Mentang mentang la Air Asia tengah offer tiket penerbangan ke korea dengan harga tak masuk akal sekarang ni tetiba je malam ni segmen seram serik lekat lekit yang dah lama tak bersiaran secara live di kaca skrin hangpa  terbang pi sana memburu tempat berhantu katanya. Yelah.. time macam ni la nak pi korea sebab tiket kapal terbang tengah murah tahap tak masuk akal macam ni >> Biar Betul Tiket Flight Ke Korea semurah ni << Jadi mana2 yang berhajat nak ber kpop ke ber popcorn ke atau ber ice pop di korea elok la intai2 tiket murah yang tengah offer bagai nak rak tu.


Tapi memburu hantu tak payah naik flight.. guna ilmu google je maka sampai la ke destinasi berhantu seluruh dunia. Maka destinasi berhantu malam ni adalah korea.. Jadi tak payah mukadimah panjang lebar sangat la. Orang pun sebenarnya meluat nak baca mukadimah panjang panjang. Hahahaha

Alkisah ada satu tempat ni memang terkenal dengan kisah mistik & aktiviti paranormal di korea. Ia terletak di korea selatan. Ada sebuah rumah bernama Yeongdeok yang katanya selalu berlaku perkara2 mistik yang melibatkan makhluk ghaib ni. Dah nama pun mistik.. Takkan melibatkan ahli sains pulak kan? Mesti la berkaitan makhluk ghaib sebab memang kepakaran depa la kalau nak buat benda menyeramkan ni. Keadaan rumah tu pun memang kalau tak ada hantu pun memang dah nampak macam rumah hantu. Memang usang & buruk la.. Almaklum la geng2 hantu memang suka tempat2 nampak klasik & antik ni.

Tempat tersebut pada asalnya dibina dan di jadikan sebagai restoran oleh salah satu keluarga sekitar tahun 1980an. Lepas depa jatuh bankrup silih berganti la pemilik bangunan tu. Semua yang beli tempat tu memang tak mampu nak majukan tempat tu. Semua berakhir dengan kegagalan. Padahal rumah Yeongdeok berada di lokasi strategik. Berada di atas bukit, para pengunjung boleh menikmati pemandangan pantai timur Korea Selatan yang indah. Aktiviti para nelayan di tepi pantai juga menambah keindahan pemandangan bagi para pengunjung sambil menikmati makanan. tetap tak mampu untuk menjadikan tempat tu tempat menjadi pilihan pengunjung.

Dari hasil siasatan, terbongkar satu rahsia rupanya rumah Yengdeok merupakan lokasi pengebumian ratusan pelajar tentera. Mereka di bunuh oleh tentera sekutu yang berusaha mengalihkan perhatian pasukan lawan mereka, Korea Utara. Upacara pengebumian mereka pun katanya asal tanam jer.. Tak buat betul betul ikut ritual yang sepatutnya. Tapi sekarang katanya jasad2 mereka dah di pindahkan ke makam pahlawan.

Katanya yang jadi punca tempat tu orang tak suka datang sehingga menyebabkan pemilik dia mengalami kerugian ada kaitan dengan roh2 tentera pelajar tersebut. Kononnya roh depa ni tak tenang & sering muncul menampakkan diri mereka pada orang. Mengikut cerita pengalaman seorang aktivis paranormal kat sana, dia pun pernah nampak hantu berpakaian tentera masa melakukan aktiviti paranormal kat situ.

Tempat orang mati di bunuh memang la jadi pusat jin lepak2 buat komuniti katanya jadi tak mustahil tempat tu jadi berhantu. Cuma tu la kesian orang yang pernah mati kat situ.. tak pasal2 kena tuduh jadi hantu menakutkan orang seterusnya menyebabkan orang lain mengalami kerugian besar. Mesti sampai kiamat depa touching dengan fitnah tu. hehehe

Tapi kalau nak pergi tempat bebas hantu kat korea korang boleh pergi kat sini >> Busan di jamin Tak Bosan << Bukan je tak ada hantu malah tempat2 kat sana cantik & banyak makanan sedap sedap.

RAMBUT KUSUT & KEMBANG PUNCA JADI KURANG BIJAK

RAMBUT KUSUT & KEMBANG PUNCA JADI KURANG BIJAK. Tu dia kajian mana pulak ni cakap rambut kusut & kembang punca orang jadi kurang bijak. Nak cakap bodoh macam biadap sangat je kan.. jadi lebih sweet like kencing manis kita gunakan istilah kurang bijak. Mesti lepas ni ramai yang pakat2 nak buat rebonding untuk pastikan rambut tak jadi kembang & kusut. yelah.. sapa yang nak jadi kurang bijak walau tak mampu jadi orang pandai kan...

Makcik Noor Farida

Tapi ni betul ke ada kajian membuktikan orang rambut kembang & kusut ni kurang bijak?? Hahahaha... Jangan percaya hokay! Tiada kajian dari mana2 pakar yang di iktiraf tapi aku rasa la kan punca seorang makcik ni mengeluarkan usul bodoh sebab rambut dia kusut menganggu sistem otak dia untuk berfikir secara waras. Mungkin jugak rambut dia mengambarkan betapa kusutnya fikiran dia sampai terlepas cakap benda benda camni. Jadi mungkin salah satu punca rambut dia la kot. Aku cuma nak bersangka baik jer.. Mungkin lepas dia sikat rambut dia dengan rapi otak dia akan kembali berfungsi dengan betul & dia tak akan cakap macam orang yang jahil lagi.

makcik.. sekurang kurangnya jika ada saksi perlakuan khalwat tu berlaku walau dalam rumah sendiri & di laporkan pada pihak yang sepatutnya. Dengan pergi mengetuk pintu & menangkap pasangan berkhalwat tu mengurangkan sedikit perbuatan maksiat berlaku. Makcik nak tolong kutip je anak2 luar nikah yang di buang merata rata tu nanti. Sumber Sinar Harian

Takpe la kalau kau tak nak ikut apa yang agama suruh & nak buat apa yang agama larang.. Tapi janganlah kau nak ajak orang lain pun derhaka pada Allah jugak. Nak menghalalkan apa yang haram.. Nak membenarkan perkara yang salah.. Nak tak nak ikut tu dia punya pasal tapi kalau nak mengalakkan orang lain buat maksiat tu namanya cari pasal la.


Pada makcik.. Den ni pun bukan alim.. bertutup litup bagai sampai nampak mata je. Tak sampai level tu lagi malah masih banyak kekurangan tapi cadangan makcik tu bukan je memalukan warga makcik2 kat Malaysia malah dunia. Bukan je memalukan warga makcik malah makcik jugak turut memalukan ibu bapa,  ustazah2 atau ustaz2 yang pernah mengajar makcik kat sekolah dulu. Level2 makcik ni rasanya tak berapa makcik dah ni. dah masuk zon warga emas bergelar nenek.. Patut dok rumah & pratikkan semula gaya hidup nenek2 zaman dulu dengan cucu yang dah makin pupus.

Moral of the story pada makcik2 semua.. Yang baik jadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Jadilah makcik yang sel2 otak matang bersama usia bukan sel2 otak bersimpul ikat tepi. Sekian terima kasih.

NAJIS BEKU DARI ANGKASA JATUH ATAS BUMBUNG RUMAH

NAJIS BEKU DARI ANGKASA JATUH ATAS BUMBUNG RUMAH. Terbaca berita najis jatuh dari angkasa ni nak tergelak pun ada. Nak kesian pun ye jugak. Aduhai.. kadang2 sebab tahi je boleh berlaku kerosakkan harta benda orang lain. Nak2 lagi kalau benda tu jatuh dari tempat tinggi dalam keadaan beku. Sapa punya kerja la ni melepaskan najis beku dari atas sana. hahahaha


Kesian sepasang suami isteri ni akibat najis beku yang di syaki di lepaskan oleh pesawat tak bertanggungjawab jatuh atas bumbung rumah mereka & menyebabkan kerosakkan. Yang depa pening ni macam mana nak claim insuran. Takkan nak cakap bumbung rosak sebab di timpa najis. Macam pelik je kan. hahahaha

Sumber Harian Metro

Nak tuduh mana2 pesawat tak tau pesawat mana ye dak? bak kata pepatah sapa nak mengaku tahi dia ye dak? Orang berak kat tandas awam tak flush pun tak mengaku tahi dia.. apatah lagi taik yang jatuh dari ribuan kaki atas sana.

tak baik buat orang tua2 macam tu.. kesian depa. Nak menjawab dengan pihak insuran pun jadi serba salah.

BENARKAH SEMUA STESEN MINYAK SHELL BUAT PERKARA NI?

BENARKAH SEMUA STESEN MINYAK SHELL BUAT PERKARA NI? Siapa kat sini pengguna yang suka isi minyak kat shell. Husband aku pun suka isi minyak kat shell sebab katanya lebih kilometer berbanding kat stesen minyak lain. Aku tak tahu la.. yang aku tahu duduk sebelah sambil mula berpidato sepanjang perjalanan katanya. Almaklum la.. apalah guna jadi seorang bini kalau diam macam batu. Hahahaha


Shell bagi aku cuma singgah isi minyak. Lain2 sebab memang jarang nak singgah walau nak kencing sekalipun. Entah kenapa kalau nak membuang sisa ni kurang memilih shell lebih suka petronas. Nak mengisi je kat shell katanya.. nak membuang ke petronas. Gamaknya Petronas service dia lebih baik dalam menerima sisa kumuhan katanya. Kojaq sangat kau lekat lekit terhadap petronas katanya. Hahahaha. Jangan marah yer petronas. Sekurang kurang kat situ hangpa lebih baik kot walau bukan semua tempat menepati standard kebersihan. At least petronas boleh la jugak di puji tempat pembuangan dia. hehehehe

Selama dok isi minyak kat shell bagi aku takde la pengalaman yang menyakitkan hati atau menyentuh perasaan sangat. Biasa jer. Tapi tak sangka pulak ada cerita pasal stesen minyak shell ni. Cerita dia gambarkan tu rasanya macam tak nampak pun kejadian tu berlaku kat semua stesen minyak shell. tak tau stesen minyak shell yang mana buat benda macam ni kan? Mungkin la ada cuma bukan semua kat stesen minyak shell. Yang pasti aku tak pernah tempuh pengalaman yang menyentuh sanubari macam ni kat stesen minyak shell. Nak tau apa benda yang aku merepek pasal stesen minyak shell ni tengok la sendiri kat sini. Aku nak cerita lebih2 kang jadi cerita dogeng pulak. Cerita dogeng ok la.. tetiba jadi cerita seram langsung orang tak isi minyak kat shell katanya. hahahaha >> Video! Kisah Benar tentang Shell <<

Apapun bukan stesen minyak tu yang mempengaruhi perasaan pengguna & pelanggan tapi atitute staff & petugas tu memainkan peranan penting. Manusia ni almaklum la.. Bukan suka ikut peraturan sangat kan? Walau apa kerja sekalipun tetap ada etika tapi yang bekerja tu belum tentu ikut etika. Yang pasti etika kerja kat mana2 tempat kerja yang berurusan dengan pelanggan tetap mengutamakan layanan mesra kepada pelanggan cuma tak semua pekerja dia ikut.

Moral of the story.. tak kira yang baik atau buruk kedua duanya akan jadi sebutan. Jadi pilih lah anda nak di kenang sebagai orang yang baik atau buruk.

PENYANYI ZAMANI LARI DARI RUMAH PENGASIH TANPA BAWA MYKAD

PENYANYI ZAMANI LARI DARI RUMAH PENGASIH TANPA BAWA MYKAD. Dah kenapa pulak  zamani ni melarikan diri dari rumah pengasih sehelai sepinggang sampai mykad pun tak bawa ni? Apa masalahnya pulak dah elok2 jalani pemulihan kat situ. Ada masalah dalaman ke? Terkejut juga baca berita tentang ni. Yelah.. semua peminat harap zamani pulih dari ketagihan dadah ni tak habis sesi pemulihan dah larikan diri.

Sumber harian Metro

Tapi mungkin juga Zamani ada alasan lain kenapa dia berbuat demikian cuma harap tak ada apa apa yang buruk berlaku keatas zamani. Sebab cara dia melarikan diri tu pelik sampai mykad pun tak bawa. Tergopoh gapah sangat tu. Menurut harian metro zamani melarikan diri dengan menaiki kereta putih. Laporan polis dah di buat oleh pengetua rumah pengasih katanya risau kalau2 dia di culik ke hapa.

Hope kalau zamani sendiri yang melarikan diri balik la kerumah pengasih. ramai mungkin risaukan keselamatan zamani. Apapun masalah yang berlaku harap dapat di selesaikan dengan cara baik. Yelah kita tak tahu apa masalah dia kat situ kan?



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com