KERJA RUMAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SUAMI CUMA PROVOKASI
Katanya.. Rasa bersalah tengok laki pegang penyapu. Kau mood honeymoon lagi boleh la kau rasa semua benda kau boleh settle sendiri. Kau rasa setakat kerja menyapu tu small matter. Tunggu kau beranak pinak dulu dik Ooi.. Masa tu takut2 makan minum laki kau pun bibik yang buat kot. Yelah.. kau pun nampak macam orang kaya kan? Mesti dah ramai anak nanti kau pasang bibik. Masa tu baru kau tahu apa rasa bila sekali sekala laki kau pegang penyapu. Samada kau still rasa bersalah atau kau rasa bersyukur yang amat sangat.
Tunggu kau kat Fasa ni dulu cik atenn Ooi.. baru kau cakap rasa bersalah ke tidak tengok laki kau pegang penyapu. |
Tak payah nak sebarkan fakta sesat sangat la dik.. Bukan soal ego ke hapa. Aku pun kat rumah kerja rumahtangga ni memang aku yang buat. Tak tunggu laki balik kerja nak buat semua sebab aku pun ada perikemanusiaan. Tapi takde la sampai nak cakap guna hukum akal sendiri. Dah memang itu termaktub sebagai tanggungjawab seorang suami.. kau nak labelkan dia provokasi dah kenapa. Betul la kita sebagai bini jangan jadi pemalas sangat. Kalau kau cakap jangan gunakan alasan kerja rumah tu tanggungjawab suami sebagai alasan 24 jam kau terkangkang online FB jer sampai rumah pun dah macam rumah tinggal aku accept la jugak. Ni macam kau nak cakap kalau suami pegang penyapu pun mengambarkan betapa berdosanya seorang isteri tu. memang pun suami kena tolong isteri meringankan kerja2 rumahtangga sebab sepatutnya tu tanggungjawab mereka tapi sebab belas ihsan & kasih sayang seorang isteri mereka rela ambil tugas tu. Tak pernah aku dengar satu dosa isteri tak buat kerja rumahtangga.. Yang berdosa kalau derhaka kat suami je.
Sumber e-fatwa (Portal Rasmi JAKIM) Sila baca yer Cik Atenn.. Maybe Cik Atenn tak tahu lagi sebelum ni |
Apapun simpati aku kat minah ni.. Mula2 dia rasa macam seorang isteri muda yang paling bijak dah la masa tulis & post status ni alih2 penerimaan orang sangat menyedihkan sebab status kau ni memang macam minta kena tunjal dahi.
Takpe.. Kita doakan yang baik-baik je untuk dia... Moga dia mengetahui suatu ketika nanti...
ReplyDeleteeemm.. dia masih mentah dalam alam perkahwinan. Mungkin bila usia makin meningkat, pemikiran pun akan lebih konsisten.. harapnya statement dia tu tak memamah diri dia balik..
ReplyDeleteEmm nape skrg nak bangkit isu tanggungjwb suami atau isteri? Aku suami anak 5 bahagi kerja dgn isteri tp bab dapur lebih baik bagi isteri..yg isteri moden skrg nak kami buat semua bagai tu apehal? Just pendapat
ReplyDeleteSebab itu tanggungjawab suami juga , suami pun kena memasak juga . Read the ifo very clearly please. Suami sekarang oun memasak untuk isteri, dapur bukan isteri sahaja sebenarnya suami juga
Delete