Showing posts with label isteri. Show all posts

SUAMI MEWAHKAN ANAK ISTERI DI SINDIR ADIK BERADIK

SUAMI MEWAHKAN ANAK ISTERI DI SINDIR ADIK BERADIK. Pepagi jumaat terbaca orang dok viral kat facebook satu posting yang mempertikaikan konon saudara kandung dia mewahkan anak isteri dengan pakaikan emas tapi adik beradik tak pula di mewahkan macam tu. Kita orang perempuan sebagai isteri ni baca rasa berbunyi cengkerik (krik krik krik) pula. Dah kenapa kau? Dah anak bini dia.. Di mana salahnya dia nak mewahkan? kenapa pula dia nak kena mewahkan kau walaupun kau adik beradik kandung dia?


Habis tu takkan dia mewahkan anak beranak kau pulak?Mestilah di mewahkan anak bini dia.

Bila dah dewasa, masing masing dah ada keluarga dan kehidupan sendiri sudah semestinya keutamaan di beri kepada anak isteri bukan lagi adik beradik. Adik beradik ni bukan la kita kata lepas kahwin kena buang.. Tak! Tetap silaturrahim tu kena jaga. Yang susah kena bantu cuma tak ada kewajiban pun saudara kandung kita kena bagi semua kemewahan dia pada kita. Melainkan adik beradik kau tu kaya macam chef wan. Boleh angkut kakak kakak dia pergi shopping kat kedai emas gelang besar besar & mahal mahal. Lagipun chef wan tu duda. Bekas bini dia dulu pun dia sara sampai akhir hayat. Duit dia melimpah ruah. Boleh la dia buat macam tu. Kalau adik kau ni setakat setahun sekali dapat bonus belikan anak bini rantai gelang emas mana mampunya dia nak mewahkan adik beradik dia yang lain. Masing masing dah besar panjang pandai pandai la cari sendiri. Takkan la nak beli gelang emas pun minta kat abang & adik lelaki yang dah ada keluarga sendiri. Lain la beras kat rumah kau tak ada.. Duit pun tak ada nak minta tolong adik beradik yang tu munasabah juga la.

Seorang lelaki bila dah berkahwin keutamaan adalah anak dan isteri tapi bukan la sampai tak perlu ambil tahu atau tolong keluarga dia kalau ada yang susah cuma kena faham dalam apapun perkara perlu di utamakan nafkah anak dan bini dulu. Dalam turutan nafkah pun Isteri dan anak lebih utama berbanding ibu dan ayahnya tapi bukan lah Islam tu kejam sehingga membenarkan pengabaian terhadap ibu bapa. Ramai yang tak faham perkara ni terutama bab turutan nafkah. Bagi mereka ibu tetap perlu di beri keutamaan berbanding orang lain. Sebab ibu yang melahirkan dan membesarkan katanya.Contoh Senang faham macam ni beb.. Mak kau tu pun isteri orang. Kalau ikut pendapat kau ibu tetap di beri keutamaan dalam semua perkara jadi bapak kau bagi keutamaan pada mak dia (iatu nenek sebelah bapa kau) mak kau ni kalau ada lebih dan kau adik beradik pun sama dia bagi kalau ada baki dari selepas bagi nenek kau semua baru dia bagi kat mak & hangpa sebagai anak. Apa perasaan hangpa? Contoh ikan seekor.. dia bagi nenek kau makan dulu.. Saki baki tu kalau ada baru dia bagi kat mak & kau adik beradik. Kalau ada.. Kalau tak ada, berpuasa la hangpa sehingga ada lebihan dari nenek kau. Jadi macam mana? Tak ke ada yang teraniaya. Sedangkan nenek kau atuk kau masih mampu bagi makan pakai. Sebab tu Islam tu dah bagi hukum yang cukup cantik. Mentaati ibu bapa tu wajib tapi nafkah pada isteri dan anak tu pun wajib juga.

Kenapa nafkah keutamaan di beri kepada isteri dan anak anak dulu. Mak kita ada suami jadi suami dia kena tanggung nafkah dia. Sistem memang dah baik. Bapak kau nafkahkan mak kau.. kau nafkah anak isteri kau. Kalau bapak kau dah tak mampu, hangpa adik beradik boleh ja sama sama bantu tapi selepas anak dan isteri. Kalau semua keutamaan di beri pada si ibu maka percayalah ramai isteri dan anak anak akan teraniaya. Islam suruh taat pada ibu bapa bukan sehingga mengabaikan anak isteri. 

Percayalah kalau termasuk ke dalam keluarga jenis macam ni memang macam selangkah ke satu episod kehidupan yang menyakitkan bagi seorang wanita bergelar isteri. Serba tak kena jadinya. Semua salah di mata ipar duai. Sebab tu lelaki kalau nak kahwin pastikan sekurang kurangnya kau ada sebuah rumah kalau tak mampu beli, sewa untuk kau mulakan hidup dengan isteri kau. Selagi tiada keperluan mendesak, jangan bawa isteri tinggal dengan mak ayah terutama yang ada adik beradik lain masih tinggal bersama. Kebanyakan akan jadi masalah. Bukan kata semua pasti bermasalah tapi kebanyakan. Mula mula baik lama lama jadi  tahi bak kata orang tua tua. 

Aku ni tak ada pengalaman tinggal dengan keluarga sendiri atau mertua selepas kahwin. Aku memang tinggal sendiri. Masalah dengan ipar duai pun tak ada sangat sebab suami aku dua adik beradik je. Adik dia pun lelaki juga. Biasa lelaki ni dia tak banyak masalah. Yang selalu bermasalah kebanyakan ipar perempuan. Tapi adik beradik aku semua perempuan cuma tak ada masalah apa apa sangat dengan suami aku. Biasa lelaki dengan keluarga mertua tak ada masalah sangat kecuali malas kerja atau yang jenis bermasalah la. 

Bila adik beradik dah berkahwin tak semua perkara kita boleh masuk campur dan mempertikaikan. Walaupun kita seibu dan sebapa dengan dia. Tak semestinya kita berhak keatas dia sepenuhnya selepas dia berkahwin. Ramai yang berkahwin dari tiada apa apa dan mengumpul kesenangan atau keselesaan hidup tu bersama pasangan masing masing. Jadi tiada sebab adik beradik nak cemburu jika dia nak bagi kemewahan kepada pasangannya. Sememangnya pasangan dia berhak.


CUMA BERGELUT BEREBUT TELEFON, ALIFF TIDAK MEMUKUL SEPERTI YANG DI VIRALKAN

CUMA BERGELUT BEREBUT TELEFON, ALIFF TIDAK MEMUKUL SEPERTI YANG DI VIRALKAN. Mesti ada yang cakap dalam dok sibuk dengan kes dia yang tak selesai sempat lagi nak menyibuk pasal gosip retis bagai. Takde la menyibuk, kami ni pengamal media sosial. Kerja kerja kami memang melibatkan media sosial. Kami penyampai jadi secara tak langsung kami akan ikuti setiap isu yang menjadi viral tu. Semenjak jadi viral isu Aliff Aziz & isteri dia Bella yang masih berpantang bersalin tersebar kami cuma baca je tak mengulas apa - apa.


Yelah.. Biarlah kita lambat mengulas tentang sesuatu isu asalkan kita tidak menulis fitnah even orang anggap kami ni blogger yang tak baik kan. Kami tak mau la terlibat menulis fitnah ni. Hari ni kami memang tak pi mana2.. Rasanya dah dekat 3 minggu kami tak keluaq kemana mana. Salah satu sebab anak kami kan kena chicken pox. tak mau la dok bawa pi tempat public satgi berjangkit pulak dengan anak orang lain. Dan sebenarnya kami tak keluaq sebab banyak kerja kat blog kami nak buat. Serius memang struggle sekarang ni cari duit nak menampung kos guaman untuk membolehkan kami membela diri kat mahkamah nanti. Kita tak boleh harap orang menyumbang je.. Kena ada usaha mencari jugak. Memang ramai menyumbang. Ada yang menderma seikhlas hati & ada yang membantu denga cara mengambil review & iklan di blog kami. Semua bantuan tak kira dengan cara apapun kami ucapkan ribuan terima kasih yer... Yang nak membantu boleh yer email kami lekatlekitgurl@yahoo.com atau PM kat di FB Suria Lekatlekit.

Ops... tu dia. Kalau tak konar baring cecah lutut memang tak sah. Tadi rasanya nak cerita pasal kontroversi penyanyi & pelakon kelahiran singapore si Aliff Aziz kan. Tetiba kisah dok struggle cari duit pulak yang keluar. Berbalik pada isu tersebut. Sebelum ni tersebar viral pasal Aliff aziz yang katanya pukul bini dalam pantang bila kantoi keluar ke pusat karaoke dengan seorang pelakon baru, adik kepada seorang pelakon terkenal juga.

Dari awal terfikir mungkin bukan dia pukul cuba tak sengaja mencederakan. yelah.. bila bergaduh ni kadang2 banyak berlaku perkara tidak sengaja tu. Hari ni tertengok melodi kat tv3, Bella isteri kepada Aliff Aziz bagi penjelasan semasa temubual yang di buat melalui panggilan telefon dengan seorang wartawan melodi. Katanya Aliff tidak memukul seperti yang di viral kat media sosial.. Cuma mereka bergelut berebut telefon yang maybe membuat Bella tercedera secara tak sengaja. Point dia kat sini tak ada adegan pukul memukul cuma mereka bergelut sesama sendiri.

Dari sumber lain yang cheq baca, Bella pun ada bagitau sepanjang depa berkahwin Aliff tidak pernah naik tangan pada dia. Jadi Aliff Bukan jenis kaki pukul bini. Dia pun tak merelakan tuduhan kaki pukul tu kepada suami dia. Malah bella mengakui Aliff seoarang bapa yang baik kepada anak mereka. Bagi dia apa yang berlaku adalah kerana di sebabkan orang ketiga dalam rumahtangga mereka.

Tapi bukan la cheq backing Aliff Aziz.. Satgi ada dok mai hentam cheq sampai lunyai pulak. Cuma cheq nak menyampaikan apa yang berlaku sebenarnya. Cheq tak membetulkan mana2 tindakkan yang salah di lakukan oleh mana2 pihak yer... Cheq pun bukan orang yang layak nak menjatuhkan hukum pada sesiapa. Tapi apa yang menjadi salah faham tak salah kita cuba betulkan.. Tu salah satu kerja khidmat masyarakat yang blogger boleh buat jugak kan? Bukan mengaibkan mana2 pihak cuma membetulkan fakta yang salah sahaja.

Moral of the story.. Apa yang berlaku pada mereka moga kita jadikan pengajaran. Masalah rumahtangga ni memang tak sesuai untuk di ceritakan pada umum tak kira salah tu dari pihak mana sekalipun. Kalau boleh di selesaikan secara tertutup, buat la secara privacy. Kerana itulah yang terbaik. Hati manusia ni boleh berubah.. hari ni dia marah tak mustahil esok dia kembali sayang. Jadi jangan kita menyesal dengan tindakkan kita yang mengikut emosi sudah.

BINI MENGANDUNG MENGIDAM NAIK UFO, APA YANG SUAMI DIA BUAT MEMANG TERBAIK

BINI MENGANDUNG MENGIDAM NAIK UFO, APA YANG SUAMI DIA BUAT MEMANG TERBAIK. Wah.. mesti ada pihak yang akan cakap.. Ada mood lagi minah ni nak hapdet blog bagai kan? Blog kan dunia ku.. Mesti la bagi komitmen. Jangan risau yer pihak **tet** tu. Buat la apa yang anda suka terhadap saya.. Saya takde duit saya cuma ada Allah. Perjalanan hidup saya memang Allah dah tulis.. Selepas berusaha kita hanya perlu tawakal & berdoa sahaja. Insya Allah.. Ada hikmah di masa akan datang. Jadi hari ni meh la membaca kisah seorang suami yang mencari penyelesaian bila bini dia mengidam nak naik UFO.


Ni bukan benda lawak ok.. Serius bini dia ni mengidam nak naik UFO. Mula2 laki dia ingat sesaja je bini dia bergurau tapi sampai touching sebab kena gelak bila dia cakap nak naik UFO & asyik cakap permintaan yang sama. Dari rasa lawak, laki dia pun mula rasa stress jugak. Kalau nak naik helikopter ke.. naik jetski ke hapa boleh la di usahakan. Ni nak naik UFO.. kapal angkasa yang selalu ada dalam filem2 Alien tu. Mana nak cari Nak Ooi.. Kena cari Aziz M. Osman kot2 dia simpan lagi UFO dalam filem Senario X dulu tu gamaknya hahahaha.

Pelik sungguh kan penangan orang mengidam ni.. Yang bukan bukan je dia nak. Dulu sepupu asben aku bini dia mengidam nak motor pink masa pregnant. Nasib baik la motor pink je kan. Takde la susah nak adakan.. Kalau dia minta UFO pink rasa bukan dia yang terberanak.. laki dia yang terberak. hahahahaa

Bila si bini ni asyik minta nak naik UFO sampai laki dia pening kepala tak tau nak penuhi hayat orang mengidam ni macam mana.. Dia tanya mak dia macam mana nak buat bini dia asyik minta nak naik UFO siap buat ayat kesian.. katanya kalau dia mati masa beranak tak kesian ke tak tercapai hajat nak naik UFO.. Nak tau apa mak laki ni suggest & apa laki ni buat untuk penuhi permintaan mengidam ibu mengandung.. Nak tau hangpa baca sendiri kat bawah ni kisah dia...


Ambil kau naik UFO kat tesco guna token. Tebalkan je la muka katanya demi isteri tercinta. Apadahal.. Malu sekejab je kan dari nak hadap cerita sedih bini yang tak dapat naik UFO hari hari. Biar la dia puaskan hati dia naik UFO. hahahaha

Nasib baik la dapat laki rajin melayan mengidam hangpa wei! Dapat laki yang malas nak layan permintaan pelik pelik tak masuk akal sampai beranak la makan hati gamaknya. Sebenarnya mengidam ni boleh control. Dia cuma perasaan jer bukan sebab apa2 pun. Berdoa la kita orang perempuan ni masa mengandung tak ada nak mengidam benda bukan bukan.. Insya Allah.. Allah permudahkan sepanjang kehamilan kita tu nanti.

Moral of the story.. Pada lelaki yang bakal jadi suami salah satu perkara yang hangpa kena bersedia hadapi adalah perkara perkara macam ni. Jangan ingat benda ni remeh.. Sebab memang mencabar emosi & kesabaran ok! Orang mengandung bila dia nak sesuatu dia akan sentiasa minta sampai dia dapat. hehehehe

INILAH KEHIDUPAN PENYANYI LANN A TO Z SEKARANG

INILAH KEHIDUPAN PENYANYI LANN A TO Z SEKARANG. Kumpulan A to Z kalau budak - budak tahun 90an memang kenal. Antara kumpulan yang memang terkenal waktu tu. Antara lagu popular kumpulan A to Z ni adalah lagu Itik Gembo Gembo. Lagu tu memang catchy sangat.. Lagu dalam loghat negeri kelantan. Kumpulan A To Z antara kumpulan yang terkenal dengan lagu loghat negeri2 kat Malaysia ni. Kalau kenal kumpulan A To Z mesti kenal dengan penyanyi utama dia Lan.. Pernah membintangi Filem Gemerlapan & pegang watak hero lagi tu. Tapi masa tu nampak dia macam agak kaku berlakon. Macam malu - malu gitu.. Rasanya memang orangnya secara peribadi agak pemalu kot hehehee...

Jeff, Chap & Lann A To Z

Sedikit sejarah tentang kumpulan A to Z ni.. Kumpulan A To Z ni popular sekitar tahun 1995 - 2000. Meraka bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music Entertainment (M) Sdn Bhd. Di anggota 3 orang anak muda, Lan, Fendi & Jeff.. Selepas Fendi menarik diri dari kumpulan tersebut di gantikan dengan Chap, anak kepada pelakon Shaharudin Tamby. Salah seorang bekas Ahli kumpulan A To Z, Allahyarham Fendi ni telah pun meninggal dunia pada  23 April 2008. Antara Album pernah di hasilkan kumpulan A to Z adalah

1. Comel (1995)
2. Iyo ko (1996)
3. A to Z 3 (1998)
4. Eklusif 98 (1998)
5. Bang Bang Boom (2000)

Allahyarham Fendi (tengah) semasa bersama A To Z

Aku antara peminat kumpulan A to Z ni dulu.. Almaklum la zaman rap tengah In Trend Masa tu.. Pakai baju besar, seluar besar yang boleh muat 2 - 3 orang. Zaman tu zaman oversize.. zaman sekarang zaman skinny katanya. Walaupun A To Z dah semakin hilang di persada seni hiburan Malaysia.. Sebab masing2 pun dah ada haluan berbeza. Ada keluarga & komitmen.. Biasa la. Dunia Artis memang ada pasang surut. Sampai masa.. Akan hilang populariti tu. Tapi sebab minat aku ada jugak ikut perkembangan Penyanyi Utama Lan A To Z ni. Nak tulis entri pasal dia pun aku siap minta izin dulu.. Dia kata tulis la. Takde apa pun kontroversi pasal dia.. Sekadar nak tulis tentang kehidupan dia sekarang jer.


Abang Lan kita ni sekarang tinggal kat kampung dia di rawang.. Bahagia bersama isteri & anak anak hasil perkahwinan kedua dia. Yang pertama tu jodoh tak panjang katanya. Selalu dia kongsi gambar2 dia buat aktiviti kat kampung.. berkebun, memancing ikan, bertukang bagai. Banyak la kerja2 kampung dia buat sekarang. Katanya lama dah dok hidup cara orang bandar.. so nak asah balik skill buat kerja - kerja kampung ni


Ada hasilkan Album solo.. Kalau peminat suara Lan A to Z ni boleh dapatkan Album tersebut dengan direct terus di Facebook beliau : Norazlan Abdul Aziz


Selain tu beliau pun ada buat perniagaan secara online & menjadi duta produk. Walaupun tak aktif di screen tapi masih aktif di belakang tabir & masih menyanyi lagi ok! Yang rindu dengan suara Lan A To Z tu boleh la dapatkan Album beliau yer.. Kata minat kan? heheheheh


Isteri & anak anak abang Lan kita ni pun comel2 belaka.. Yang ni mesti ramai nak tengok kan? Meh la tunjuk sikit Isteri & anak anak Lan A To Z..


Macam tu kehidupan Penyanyi utama kumpulan A To Z, Lann.. Dia baik & bahagia jer. Bila gamaknya A To Z nak buat reunion konsert kan? Teringat zaman2 kegemilangan depa dulu.. Budak2 sekarang mungkin ada yang tak kenal kumpulan A To Z. Nak2 yang lahir tahun 2000an ni kan. Yang membesar tahun 90an kalau tak kenal dengan kumpulan A to Z ni memang jenis yang tak minat hiburan la kot... kekekeke

NI SEBAB ANDA PERLU PELUK & CIUM PASANGAN DEPAN ANAK ANAK

INI SEBAB ANDA PERLU PELUK & CIUM PASANGAN DEPAN ANAK ANAK. Yang biasa kita dengar nak bermesra dengan pasangan ni jangan depan anak anak.. Sila ber 'romen' tik bila berdua duaan sahaja. Orang melayu la katakan.. Penuh adab & sopannya. Depan budak2 dok peluk cium pasangan satgi anak anak kecik tengok dok pratikkan dengan kawan2 sebaya pulak. Budak2 sekarang ni bukan macam budak2 zaman dulu dah.. Darjah 1 pun dah reti comolot laki pompuan ok. Jadi makin berbatas la kemesraan mak bapak ni depan anak anak.

Gambar sekadar hiasan. hehehe

Tapi sebenarnya perbuatan bermesra depan anak anak ni perlu jugak di buat. Cuma jangan la sampai beromen depan anak anak pulak kan. Satgi orang kata perlu tunjuk kemesraan suami isteri tu depan anak anak hangpa sampai tak reti nak cover dah.. Semua benda buat depan anak anak.. Tu bukan sahaja bahaya malah boleh hilang sifat ke'malu'an & hormat kepada anak. Jangan ingat anak kita tak perlu ada respect hanya kerana kita seorang ibu atau ayah, Ok! Parents pun kena respect anak anak.. baru anak anak respect kita sebagai mak ayah..

Apa yang di maksudkan tunjuk kemesraan depan anak - anak sekadar peluk & cium pipi atau dahi pasangan dah la. Jangan hangpa nak buat macam budaya orang barat selamba jer comolot tak kira depan sapapun. Depa lain.. bukan laki bini pun depa memang suka comolot. Kita nak comolot ni bukan dengan orang sebarangan ok.

Kenapa perlu peluk cium pasangan depan anak - anak? Benda ni katanya dapat memupuk & mendidik anak anak tu sifat penyayang & saling mengasihi bila mereka dewasa nanti. Bila benda tu depa selalu nampak mak ayah depa buat.. Insya Allah bila depa dah berkahwin nanti depa akan mempratikkan perkara tu dengan pasangan mereka jugak. Salah satu perkara yang baik untuk di contohi jugak la.

Sebenarnya banyak lagi cara untuk kita jadikan diri kita sebagai contoh untuk anak anak bagi memupuk sikap & sifat yang baik dalam diri mereka. Kadang2 benda - benda macam ni kita anggap perkara remeh sangat tapi besar kesannya dalam kehidupan anak anak kita. Contoh macam 5 perkara yang selalu kita rasa tak perlu buat ni >> Tahu tak 5 benda ni boleh beri impak besar pada anak anda bila mereka dewasa? << tapi sebenarnya penting sangat kita selalu buat nak2 lagi di depan anak anak. Jangan pandang 5 perkara ni sebagai perkara remeh & tak perlu buat ok!

Moral of the story.. Biarpun pengaruh di sekeliling kadang2 membentuk anak2 kita jadi seseorang yang mungkin tak baik.. Tapi kita kena ingat pengaruh terbesar anak anak adalah ibubapanya. Sebab permulaan hidup mereka hanya mengenal kita. Semoga perkongsian ni memberi manafaat kepada semua ibu bapa di luar sana. peace yo!

BAGI SUAMI MAKAN DARAH HAID & AIR MANI, ISTERI DI AZAB KEMALUAN BERNANAH & BUSUK

BAGI SUAMI MAKAN DARAH HAID & AIR MANI, ISTERI DI AZAB KEMALUAN BERNANAH & BUSUK. Sampai tahun 2017 sihir masih di amalkan.. Rasanya sampai kiamat pun benda2 syirik & khurafat ni tetap ada yang akan buat. Golongan yang percaya dengan benda2 macam ni kadang2 bukan dari golongan orang tak berpelajaran malah yang educated pun ramai. Contoh macam cerita yang aku share semalam.. Pasal sipolan yang terlampau taksub dengan bomoh sanggup derhaka pada mak sendiri. Tu pun salah satu contoh orang yang aku kenal yang berpelajaran tinggi tapi bab2 bomoh dia jadi kuno tahap zaman jahiliah. Nak kata jahil agama pun tak juga tapi tak tau la kenapa dia tak yakin dengan rawatan Islam yang guna ayat2 Al Quran. Dia lebih yakin dengan bomoh jampi serapah tu..


Terbaca satu kisah yang aku rasa patut kita jadikan pengajaran.. Nak2 lagi kita2 yang dah jadi bini orang ni. Biasa la perempuan kan dia paling takut laki dia ada perempuan lain. Aku pun sama jugak.. Tapi apa yang di luar kemampuan kita tu kita serah kepada Allah jer. Macam aku kadang2 setan dok hasut rasa curiga kat laki sendiri.. Apa aku buat Isytifar & aku fikir apa yang di luar mata aku untuk melihat, Biar Allah je tolong jaga & lihat sebab Allah tu lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Sampai nak bomohkan atau sihirkan laki aku.. Bagi makan benda2 kotor tak terlintas langsung. Tak berani aku nak buat benda2 macam tu hanya sebab nak control laki sendiri. Benda2 macam tu bersifat sementara jer.. Akhir nanti akan makan diri kita balik

Macam kisah seorang perempuan ni.. Dia sanggup bagi laki dia makan benda yang di campur darah haid & air mani semata mata tak nak bagi laki dia cari perempuan lain & ikut je cakap dia. Akhir sekali sebelum mati dalam usia yang masih muda.. Dalam 30an macam tu dia di azab agak teruk. Dia di jangkiti penyakit misteri yang doktor pun tak dapat merawat. Berhabis duit laki dia cuba merawat penyakit misteri dia.. segala perubatan moden.. alternatif.. bomoh semua tak berjaya. Penyakit dia mula2 badan dia jadi melepuh.. Lepas melepuh naik bintik2 macam katak puru. Kemaluan dia keluar lendir & nanah yang busuk. Sampai la satu hari.. Lepas suami dia meminta bantuan dari seorang ustaz..Dia mula mengaku apa yang dia buat pada laki dia selama ni. Dia sihirkan suami dia.. kemudian curang dengan lelaki lain sampai tahap berzina. Selepas suami dia ampunkan dia barulah dia boleh pergi dengan tenang. Tu baru kat dunia kena azab kat sana tak tau la macam mana... Na'uzubillah..

Tapi ada juga kisah di kalangan orang aku kenal.. Buat lebih kurang macam tu kat laki dia. Bagi makan benda2 kotor dengan niat nak tundukkan suami dia. Tapi nampak macam tak ada pun kesan.. Kena juga azab dari dok sihat tetiba jatuh & terus jadi lumpuh separuh badan. Nak di jadikan kisah masa dia sakit still dok nak menipu tu ni.. Anak dia sendiri bongkarkan segala apa dia pernah buat dulu sebab terlampau marah dengan sikap mak dia yang tak berubah ubah. Anak membesar dengan melihat perbuatan mak dia macam tu bagi kesan trauma.. Bila anak dia dah besar & kahwin benda tu bagi kesan juga sebab dia rasa tak percaya takut apa yang mak dia buat pada ayah dia.. Bini dia buat benda yang sama. Benda jahat ni memang bukan orang yang kita jahati je terkesan.. Malah boleh memberi kesan tekanan & trauma kepada orang2 sekeliling jugak. Kita ada Allah.. Mohon kepada Allah bukan tunduk pada jin & syaitan semata mata nak puas kan hati sendiri.

Nikmat dunia ni sesungguhnya terlalu sementara. Azab yang kita bakal terima kadang2 tak sempat tunggu mati kat dunia lagi Allah dah bagi rasa. Moga kisah2 macam ni kita jadikan pengajaran selama kita hidup.. Suami pun salah satu bentuk pinjaman tak perlu kita nak buat hak sampai macam tu sekali. Banyak doa2 kita boleh amalkan untuk lembutkan hati suami.. tak perlu nak guna sihir & bagi makan benda2 kotor. Kita bukan nak tongkat langit selamanya.. Sampai masa kita.. Innalillahhiwainnalillahhirojiun jugak..

Moral of the story.. Tak ada seorang perempuan sanggup berkongsi suami tanpa sebab musabab tapi bukan bermakna kita boleh buat apa sahaja sehingga mensyirikkan Allah semata mata nak ikat suami supaya setia dengan kita.  Ingat Azab Allah tu kita akan terima juga.. samada lambat atau cepat je.

MERTUA! JANGAN SUKA MASUK CAMPUR & JANGAN PULA TIDAK PEDULI LANGSUNG

MERTUA! JANGAN SUKA MASUK CAMPUR & JANGAN PULA TIDAK PEDULI LANGSUNG. Semalam terbaca update dari seorang bekas blogger.. Sebab rasanya sekarang dia dah tak tulis blog jugak seorang bekas peguam.. Lepas beranak dua dia memilih menjadi surirumah & membuat perniagaan secara online.. Suka juga aku baca pandangan dia terhadap sesuatu isu.. Dah banyak kali kot apa yang dia tulis tu jadi viral. Masuk blog OH!Bulan bagai..


Semalam dia cakap pasal mertua yang  suka campur dalam urusan rumahtangga anak menantu.. Ok aku sertakan jugak la coretan panjang lebar dia kat bawah ni.. Supaya yang baik boleh kita jadikan panduan & yang buruk kita jadikan peringatan..

Selalu org cakap dalam rumahtangga kalau ada masalah antara ibu dan menantu,orang akan cakap-ibu hanya ada satu,isteri boleh cari lain-
Tapi mkk saya pantang dengar ayat ni..mak cakap ibu hanya ada satu,isteri yg dinikahi sekarang pon hanya ada satu..kerana ibu jgn sampai buang isteri,kerana isteri jgn sampai buang ibu. Kite wajib taat pada ibu kite tapi berdosa kalu kita aniaya isteri kita.
Mak selalu pesan pada adik2 lelaki bahawa sebagai lelaki kena ada pendirian dan bersikap bijak.kena tahu balance kan antara dua..mak kata kalau ada masalah dgn isteri kena baiki bukan buang dan cari lain.jgn sesekali ada dalam fikiran bahawa bini boleh cari lain kalu terjadi apa2 pertelingkahan dlm keluarga walaupon hakikatnya mmg bini bleh diganti lain kerana tak ada seorang ibu dan ayah pon dalam dunia ini mahu anak perempuannya dijadikan kain buruk,masa baru pakai mase buruk buang. Repair dulu ,rosak repair lagi sampailah tak boleh guna langsung ibaratnya.
Tiada istilah aniaya isteri asalkan ibu tidak terluka..mak sy ramai ank lelaki so mak mmg tak campur urusan rumahtangga diorang sebab mak selalu pesan,sebagai mertua jgn masuk campur urusan ank menantu,sebagai ibu kite hanya perlu bg pendapat apabila diminta..campur tangan kite sebagai ibu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan..yg mok pegang-nak marah kene marah anak sendiri jgn marah anak org.bagi nasihat berkenaan hal rumahtangga anak hanya bila diminta .selalu ingatkan anak utk melayan isteri dgn baik .(saya sbgai anak perempuan pon mak pesan berpuluh kali supaya layan dan hormatkan suami biarkan anak menantu buat keputusan sendiri berkenaan hal rumahtangga.
Sy selalu tanya,kenapa mak sgt terbuka dlm hal mcm ni..sgt positif dan sgt bertolak ansur dgn anak menantu..dan kadang2 mak lagi sokong apa yg menantu buat berbanding apa yg anak buat..
Mak cakap apa yg mak fikir tentang anak menantu mak akan terbalikkan pada diri mak sebab mak pon seorang isteri dan ibu..apa yg mak nak cakap kat menantu mak akan terbalikkan ayat tu pada diri mak dulu. kena hati2 sebelum nak cakap apa2 kerana hidup bukan hanya utk diri mak sahaja,ianya berkait rapat dgn org sekeliling.
#panjangtaip #nasihatmakpadaanak

Tu kisah mertua yang suka masuk campur hal rumahtangga anak menantu. Yang jarang orang highlight pulak jenis mertua yang tak peduli langsung.. Bukan benci tapi entahlah.. Jenis mertua dia ada perasaan kesian ke sayang ke hapa kat anak menantu & cucu. Kira orang yang kawen dengan anak dia tu.. Hangpa tanggung la susah anak dia 100%. Tapi yang senang anak dia kalau boleh dia pun nak tumpang jugak. Cucu ke hapa.. lantak hangpa la. Nak datang tengok anak menantu & cucu pun jangan harap la. Kalau boleh yang susah2 tu jangan la bagitau dia.. Dia memang tak mau tau langsung. Anak dia sakit ke cucu dia sakit ke.. Tolong jangan bagitau dia. Apatah lagi menantu.. Bukan anak dia. Mereput la kau kat situ sorang sorang. Sebab dia tak nak bila dia tau dia kena datang jenguk & dia rasa benda tu menyusahkan dia. Even datang jenguk pun memang dia tak nak apatah lagi nak tolong jaga. Dia lebih selesa buat urusan sendiri. Tapi bila dia susah.. perlukan bantuan anak menantu.. Pandai pulak cakap harap anak menantu dapat jaga dia bagai. Masa sebelum ni dengan bongkak cakap.. Dia jaga diri sendiri.. hangpa jaga la diri sendiri jugak. Jangan bagitau dia apa2 pun masalah.. Sebab dia tak berminat pun nak tahu jauh sekali la nak rasa simpati. Dia tak tunjuk rasa benci ke.. rasa tak suka ke hapa. Layanan dia tetap baik bila anak menantu & cucu balik jenguk dia. Cuma baik mulut je la.. Dihati dia mungkin tak ada apa2 rasa kot. Dia macam tak ada rasa nak ambil berat langsung. Yang dia takut.. Anak menantu menyusahkan dia jer... Kesian kan kalau dapat keluarga mertua macam ni. Nak2 lagi kalau menantu tu memang yatim piatu pulak.. Tak dapat la menumpang kasih sayang mak ayah mertua. Nak tumpang pun orang tak sudi nak tumpangkan.. so how???

Memang pelik kalau dapat mertua macam ni.. Kau takkan ada peluang untuk rasa di sayangi atau untuk memupuk kasih sayang terhadap mertua macam ni. Bila dah orang tak pernah pedulikan hidup kau.. anak bini/laki kau.. Mustahil la kau mampu  nak sayang orang macam tu. Even mertua ni taraf dia sama macam mak bapak sendiri tapi tu la.. anak kandung pun kalau kau tak pernah belai, tak pernah sayang & tak pernah jaga.. Susah dia untuk sayang kau jugak. Perasaan tu nak ada kena ada connection antara dua pihak. Takkan wujud perasaan sayang tu bila dua pihak yang sebelum ni tak pernah saling mengenali tetiba terjalin hubungan kekeluargaan kerana perkahwinan tapi sepanjang perkahwinan keluarga mertua tak pernah tunjuk rasa sayang & ambil berat. 

Dari kisah tu.. Selalu aku fikir. Mungkin inilah sebab bila mak bapak dah tua & habiskan sisa hidup di jalanan atau di rumah orang orang tua. Kadang2 kesilapan tu adalah dari diri mereka sendiri. Mereka tak pernah pedulikan anak anak.. Masa sihat, masa kuat.. tak pedulikan anak menantu cucu. Anak pun banyak membesar sendiri. Habis sekolah pandai2 la kau nak hidup. Masa sekolah pun tak pernah peduli pasal masa depan anak. Bila kudrat di mamah usia.. Mengharapkan simpati & kasih sayang dari anak menantu & cucu.. sedangkan dulu mereka tak pernah peduli langsung. Perasaan manusia ni.. Bila satu ketika orang tak pernah peduli pasal kau nak2 lagi masa kau susah sangat.. tetiba bila dia susah harapkan pertolongan & simpati kau.. memang time tu la setan nak main peranan. Dia ayat2 sikit2 pun dah boleh tumbang.. Sebabnya dalam hati kita tu memang perasaan sayang & kasih dah tak kuat. Sebab kita cuba memberi tapi orang macam tak peduli. Lama2 kita pun bosan jugak la kan.. Iman kita pun senipis kulit bawang pulak. Lepas setan, iblis pulak cucuk. Maka semakin terpesong la hati kita ni dari landasan...

Yer.. betul! Apapun kesalahan ibu bapa.. Tidak habis tanggungjawab kita sebagai seorang anak atau menantu. Cuma tu la.. Anak membesar & terbentuk dari bagaimana acuan kita untuk mereka. Kita membentuk perasaan tidak peduli.. tidak simpati..& tidak bertanggungjawab.. Jangan salahkan anak - anak jika acuan kita tu suatu hari akan melukakan hati kita kembali.

Apapun sebagai anak.. Kalau dapat mak bapak atau mertua macam tu.. Belajar la memaafkan. Memang susah.. Tapi terpaksa cuba jugak. Kita tak ada pilihan selain kena juga berkhidmat untuk mereka takhkala mereka dah tak mampu untuk menguruskan kehidupan sendiri. Biarlah apa yang mereka buat.. Allah yang mengadilinya. Mohon pada Allah sentiasa lembutkan hati kita bila ia mula membatu dari sikap ibu bapa atau mertua kita yang tidak pernah peduli dengan hidup kita selama ini. sentiasa ingat ganjaran dari Allah pada setiap kebaikkan yang kita buat..

Moral of the story.. Hari ini mungkin kita anak, kita menantu & kita cucu.. suatu hari fasa tu akan berubah kita mungkin jadi mak,bapak,mertua, atuk & nenek. Jadi.. What you give, you get back. Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. hikhikhik

P/S : Kisah yang di kongsi ni bukan kisah sesiapa.. kisah ni di adaptasi dari drama TV slot akasial tv3suku. hahahaha

INI SEBAB VIDEO PENGANTIN PEREMPUAN NYANYI DI HARI PERSANDINGAN JADI VIRAL

INI SEBAB VIDEO PENGANTIN PEREMPUAN NYANYI DI HARI PERSANDINGAN JADI VIRAL. Jodoh tu orang kata rahsia Allah.. Kita takkan tahu siapa jodoh kita selagi jodoh tu tak sampai. Kita merancang jodoh kita tapi Allah yang memutuskan siapa jodoh kita. Memang kita boleh tulis ciri2 pasangan idaman kita tapi tak mustahil jodoh yang kita dapat tak semua memenuhi ciri yang kita mahukan..


Tadi tertengok Blogger cantik manis Namee Roslan share satu video nyanyian seorang pengantin perempuan kepada suaminya di hari persandingan mereka. Subahanallah.. suara dia memang sedap. Sampai ke hati feel sweet like kencing manis tu.. Nak2 lagi dia nyanyi lagu Ruth Sahanaya.. Kaulah segalanya. Lagu evergreen tu.. Antara lagu kegemaran aku jugak. Lagu tu pun dah memang romantik bangat katanya.. Di tambah la dengan kemantapan vokal orang yang bawa lagu tu.. Boleh terawang sampai langit ke tujuh.Tetiba je rindu laki sendiri ok hahaha.. Nasib baik laki sendiri kan? Kalau terindu laki si pengantin tu haru biru unggu kelabu jugak jadinya.. Jadi tak pelik la kenapa video tu jadi viral. Sebab.. suara dia memang betul2 menusuk hingga ke kelambu ok! Tak caya korang dengar sendiri kat video di bawah ni...

Boleh tonton video pengantin perempuan tu nyanyi kat sini

Walaupun orang kata tengok size badan pasangan tu sangat berbeza.. Mungkin ada yang terfikir  mungkin perempuan tu kaya sebab tu laki tu kawen dengan dia bla.. bla.. bla.. Tak semestinya jugak. Lelaki yang elok size badanya.. Pilih perempuan berbadan besar sebagai pasangan hidup tak semua kerana harta perempuan tu ada. Dulu aku ada kawan yang dia memang lebih tertarik dengan perempuan yang berbadan besar.. Tu yang cantik & menarik pada pandangan mata dia. Badan sekeping macam model memang dia tak terliur langsung.

Tu la kan.. cantik pada setiap mata orang tak sama. Mungkin bukan sebab rupa atau fizikal mahupun material.. Tapi ketulusan seseorang menerima diri kita seadanya.. Sanggup bersama masa susah & senang pun boleh jadi salah satu faktor kita nampak seseorang tu memilih pasangan yang pada pandangan mata orang lain mereka macam tak sepadan.

Tapi kan.. Serius.. terlentok jugak ok aku dengar pengantin perempuan ni nyanyi. Feel sampai ke tulang sumsum katanya. Alahainya sweet.. Hope sweet mereka berdua ni sampai ke jannah la.  Gemuk boleh kurus..yang tak cantik boleh cantik. Guna je benda Alah ni.. Namee Roslan pun pakai ok >> Ini Rahsia 4 Wanita Malaysia kelihatan Muda & cantik.. Termasuk Namee Roslan << Jadi tiada apa yang tak boleh di ubah kalau setakat gemuk atau tak cantik ni kan.. Even hati yang buruk pun boleh di ubah jadi baik kalau kita pandai mendidik. kekekeke

Moral of the story.. Cinta memang buta sebab kadang2 orang tak melihat dari pandangan mata kasar tapi melihat dari pandangan mata hati.

AWAS! INI SEBAB KENAPA TAK BOLEH SURUH SUAMI CUCI BAJU

AWAS! INI SEBAB KENAPA TAK BOLEH SURUH SUAMI CUCI BAJU. Zaman sekarang dah macam trend suami jadi househusband & si Isteri keluar bekerja. Bukan kata semua househusband tu tak bekerja..Ada yang bekerja dari rumah juga cuma bagi aku pendapat aku la.. Paling afdal lelaki la patut keluar bekerja & Isteri lebih baik di rumah atau bekerja dari rumah. Sebab perempuan kita sedia maklum terdedah dengan fitnah & lebih berisiko menjadi mangsa jenayah. Tu pendapat peribadi aku aku la.. Cuma kalau tak ada pilihan suami terpaksa bekerja dari rumah yang tu lain ceritanya. nanti kita kupas kupis dalam isu lain yer bab tu hahahaha


Yang house husband ni sememangnya dia la kena buat kerja kerja rumah.. Habis kau nak jadi surirumah tangga kan.. Takkan kau duduk usap perut je kan? So memang dia kena belajar atau patut tahu kerja2 rumah macam mengemas, memasak, jaga anak & cuci baju bagai. Tapi kalau lelaki yang bukan golongan house husband.. Memang jarang la nak buat kerja rumah. Melainkan sama2 bekerja. Mungkin ada yang membantu isteri meringankan kerja kerja rumahtangga sebab sama2 cari rezeki tanggung perbelanjaan rumah jan. Tak salah pun kita perempuan tolong ringankan beban suami dengan buat kerja kerja rumah kalau kita tak bekerja.. Tak payah la kau acah - acah nak tuntut hak sangat yang kononnya semua kerja rumah menjadi tanggungjawab laki. Kerja kau layan laki atas katil & beranak je. Kena ingat jika suami minta kita memasak, membasuh & mengemas so kita kena ikut juga. Sebab memang seorang isteri kena taat dengan suami selagi ia tidak melanggar hukum.

Kalau pun bukan sebab tuntutan agama.. Ada juga sebab kenapa rasa tak perlu suruh laki buat kerja kerja yang bukan kepakaran depa. Kadang2 bukan menyenangkan tapi menyusahkan balik. Tu antara sebab kadang2 aku rasa biar la selagi ada kudrat aku buat kerja2 rumah sendiri. Yang mana aku rasa laki aku boleh buat.. Baru aku suruh. Atau keadaan memerlukan aku minta tolong buat baru aku minta dia buat. Nak2 lagi bab basuh baju ni.. Memang bahaya jugak suruh suami buat. Nak tau kenapa.? Baca ni >> 14 Perkara Mungkin Berlaku Kalau Suami Yang Cuci Baju << Menangis ok kalau berlaku perkara perkara macam ni. Mesti korang menyesal seumur hidup lepas suruh laki korang cuci baju.

Moral of the story... Bak kata pepatah menyesal dulu pendapatan.. Menyesal kemudian tiada berguna. sebelum suruh laki korang cuci baju make sure bagi penerangan yang terperinci dulu kat dia sampai dia faham.

KISAH SEORANG SUAMI SANGGUP KE IPOH & KEMBALI KE PARIT UNTUK AMBIL GAMBAR ARWAH ISTERI DI BAWA KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAKNYA

KISAH SEORANG SUAMI SANGGUP KE IPOH & KEMBALI KE PARIT UNTUK AMBIL GAMBAR ARWAH ISTERI DI BAWA KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAKNYA. Pagi2 hati bagai di sentap membaca sebuah kisah cinta dari seorang lelaki teragung katanya.. Kau tetap tu nak guna ayat2 drama. Biasa la.. lebih dramatik lebih terkesan di hati katanya.. Tapi betul la kisah seorang pakcik ni memang buat aku rasa..'Alahai.. sedih campur terharunya. Yelah.. kebanyakkan lelaki lepas isteri meninggal je tak sempat kering tanah kubur dah sibuk nak cari penganti kan.. Tapi bukan semua lelaki yang cari penganti selepas isteri meninggal dunia tu cepat sangat lupakan isteri dia.. Mungkin kerana dia fikir perlu seseorang menggantikan ibu kepada anak anak & mengisi kekosongan dalam kehidupan..Tak salah pun dari yang bini tak sempat mati dah bawa lari perempuan lain kawen senyap2 kat negara jiran kan.


Walaupun ramai lelaki yang tak sempat tunggu bini mati dah nak cari penganti.. di celah celah tu masih ada lelaki teragung yang setia sepanjang hayat dengan isteri yang selama ini berkongsi hidup, susah & senang bersamanya. Di cerita oleh seorang photographer di media sosial tentang pakcik ni.. Dia sanggup balik kerumah dia di Ipoh semata mata nak ambil satu sampul berisi sekeping gambar isterinya untuk di abdikan semasa photoshoot majlis perkahwinan anaknya.. Katanya takut tak cukup korum (tak lengkap potret keluarga)


Menurut photographer yang menceritakan kisah pakcik tu katanya setiap hari sepanjang 4 tahun dia akan ke pusara isterinya membawa bunga.. Sweetnya. Semoga pakcik ni bertemu isterinya di syurga nanti. Ya Allah semoga pasangan kita nanti pun akan terus meletakkan kita di hatinya walau mungkin jasad kita yang di liang lahat dulu kan...


Walaupun cerita2 macam ni selalu wujud dalam drama cinta atau novel cinta.. kisah pakcik ni membuktikan masih wujud lelaki teragung bukan hanya dalam drama cinta. Alahai.. mungkin kat luar sana pun masih ramai lelaki lelaki macam tu cuma kisah mereka tak berpeluang jadi viral.. Mungkin jugak akan datang salah seorang dari lelaki lelaki teragung ni adalah pasangan hidup kita, kan? siapa tahu... hehehee

Moral of the story.. Kadang2 lelaki ni tak tunjuk kasih sayang dengan kata kata tapi perbuatan buat orang perempuan jadi wasangka bukan bukan macam kisah suami isteri ni >> Anda Akan Anggap Lelaki ini Suami Paling Teruk.. Tapi Yang Berlaku sebaliknya. So tengok sendiri << Sebab kaum lelaki ni kadang2 susah nak di jangka kan.. Jadi untuk keharmonian rumah tangga perlu saling percaya antara satu sama lain.

ANTARA SEBAB TETAMU DIRUMAH ANDA TAK MINUM AIR YANG DI HIDANGKAN

ANTARA SEBAB TETAMU DIRUMAH ANDA TAK MINUM AIR YANG DI HIDANGKAN. Kita dah biasa dengan cara hidup yang di ajar Islam iatu meraikan tetamu sebab tetamu adalah pembawa rezeki tak kira tetamu tu kawan, adik beradik, ipar duai, mertua ke sapa.. Tapi selagi mereka datang menziarah kita tu di kira tetamu la walau jiran sebelah rumah yang tiap2 hari kita bersidang dengan dia tepi pagar.

Sumber gambar Google

Rasanya tak kira apa bangsa sekalipun memang meraikan tetamu.. paling tidak menghidangkan minuman. Benda tu kira kebiasaan yang kita buat bila menerima tetamu. Pernah tak berlaku walau tetamu tu lama jugak bertandang kat rumah kita tapi dia tak sentuh atau rasa pun minuman kita hidang? Aku tak pasti la tetamu aku ada tak macam tu tapi aku memang pernah menjadi tetamu yang macam tu di mana aku tak minum langsung air yang di hidang. Ada la sebabnya aku buat macam tu...

Kira kejadian ni baru lagi la.. Rumah siapa aku bertandang tu tak payah aku nak detail sangat bagitau bagi menjaga aib orang2 yang terlibat tapi perkongsian ni sekadar pengajaran & peringatan untuk kita semua.. Memang aku tak minum sampai balik. Even selalu aku minum je apa di hidang.. sebabnya masa nak buat air depan aku laki bini bergaduh pasal nak buat air je. Yang si laki injured sikit so pergerakkan jadi terbatas di tambah lagi menahan sakit ni nak buat apapun rasa tak berdaya. Yang si isteri ni sebab dah biasa laki dok buat semua tu macam tak boleh bertolak ansur langsung. Nak buat air pun sampai bertekak & bermasam muka. Kita yang kat depan ni terpinga pinga pulak.. tak tau nak lari keluar ke nak tunggu. Tak sedap jugak dok mengadap laki bini bergaduh walau gaduh anak anak je kan..

Timbul rasa tak best & rasa macam menyusahkan orang pulak kan.. Aku bukan nak minum sangat pun. Lagipun memang time baru sangat lepas makan laksa & sirap bandung kat restoran Selera D Klasik. Cuma dahaga tu ada jugak. Tapi ku tahan dahaga sampai balik.. Aku tak minum. Lagipun air tu tak siap tuang dalam gelas.. konsep nak minum baru tuang dari jug jadi tak rasa bersalah sangat la kalau tak minum.

Bukan apa.. Aku ni jenis imaginasi memang liar ok! Orang tengah marah buat air ntah dia ludah ker kan.. hahahaha. Tapi alasan paling tepat sebenarnya tak tertelan pulak air orang buat tak ikhlas ni. Nanti ada pulak pertikai yang dok minum kat kedai tu kau tau ke dia ikhlas ke tidak buat air kat kau!! hello yang tu kena bayar.. Dia punya pasal la tak ikhlas. Tu antara dia dengan Allah tak ikhlas melakukan kerja dia yang di bayar gaji. Ni bila bertamu mana ada orang bayar lepas minum beb!! So, lain situasinya.

Kat sini tolong la.. even kau marah laki atau bini kau jangan bergaduh depan orang. Masing2 dah bangka tolong la jangan berperangai seperti kanak kanak rebina. Even kau tak marah tetamu tapi tetamu akan terasa jugak. Nak bertekak tunggu la tetamu balik. Bukan setahun pun dia nak melukut dalam rumah kau tu.. Kalau dah setahun bukan tetamu lagi tu dah namanya menghuni. So, bersabar sikit sementara tetamu nak balik yer.

Tapi kalau nak buat tetamu suka kena tahu jugak taste tetamu kan. Kadang2 tak kena taste pun tetamu tak minum atau jamah apa yang kita hidang. Jadi kalau nak tau taste orang sekarang meh try tengok kat sini >> 8 Pilihan Hipster Malaysia Yang Akan Membongkar rasa ribena sebenar << Asyik hidang minuman berkafien je kan.. sesekali kena try jugak hidang menu hipster di rumah hehehee

Moral of the story.. Kita dari kecik mak bapak pesan jangan buat perangai depan tetamu walau kita still buat dah besar jangan tunjuk contoh tu kat anak pulak nanti anak ikut kau jangan nak marahkan anak. Ingat tetamu itu datangnya membawa rezeki kalau dia bertamu dengan niat baik la.. Kalau dia bertamu sebab niat di sebaliknya mungkin dia membawa malapetaka jugak hehehehe. Manalah tau dia bertamu sambil bawa bunjut kuning kemudian dia senyap2 selit celah sofa rumah kita tetiba malam2 kita tidur di hantui gangguan seram.

RAMAI BLOGGER TERKESAN DENGAN KRITIKAN ALIA HAYATI

RAMAI BLOGGER TERKESAN DENGAN KRITIKAN ALIA HAYATI. Kat wall aku tengok ada antara blogger yang mendapat jemputan menonton premier screening filem upin ipin jeng jeng jeng mula panas hati,panas jari,panas bontot bagai dengan kritikan salah seorang ibu yang mempunyai seorang anak berusia 2 tahun. Rasanya ramai tahu isu tu. Alah pasal dia kritik filem upin ipin jeng jeng jeng yang katanya tidak menepati citarasa kanak2 & menyifatkan filem tu macam sampah.


Dari awal aku dok baca respond dari news feed fb aku,kadang - kadang aku sampai tergelak. marah sangat depa bila orang kata filem yang depa war war kan best tu tak best & sampah. sampai mempertikai hak orang tu bagi komen sebab katanya dia dah 2 tahun tak tengok wayang jadi dia tak layak nak komen. 10 tahun sekali orang pergi tengok wayang pun,dia berhak memberi pendapat dari apa yang dia bayar untuk menonton. dia nak cakap best ke tak best ke itu hak dia. kenapa perlu pertikai hak dia hanya kerana dia tak tengok wayang selama 2 tahun.

Status yang menjadi viral tapi tadi aku check dia dah delete atau private status tu. Mungkin ramai yang serang dia kot. Kesian kan sapa yang tak boleh terima perbezaan pendapat ni. Lepas ni tengok filem tempatan wajib puji walau filem tahap jamban pun

lagi satu kenapa cuak sangat dengan kritikan Alia Hayati tu? kalau filem tu memang terbaik & mampu buat penonton terutama kanak kanak terhibur setakat kritikan Alia Hayati tu tak jejas pun penjualan tiket.malah sebab status dia tulis mungkin menjadi satu publisiti untuk filem tu. Tapi bila ramai tunjuk macam cuak, aku pun syak maybe betul la filem tu tak best. Aku pun ada niat nak bawa anak aku pergi tengok tapi biasa la minggu pertama di tayangkan mesti ramai orang tengok. Pengalaman sebelum ni nak tengok Boboiboy the movie 3 kali ke pawagam tiket habis. Sebab kami jenis mengamalkan 'walk in' malas nak book online. Sebab bagi kami.. lambat atau cepat tengok filem tu takde apa terjejas pun. Dah hujung2 tayangan nanti confirm dah tak ramai menonton. Lagi senang nak beli tiket. hehehe

Berbalik pada isu kritikan Alia haryati yang bukan sesiapa.. hanya seorang isteri & ibu kepada anak berusia 2 tahun.. Pun macam tu ramai yang cuak dengan kritikan dia terhadap filem upin ipin jeng jeng jeng terutama blogger yang dapat tiket free tengok premier screening tu la. Komen pada post dia pun ada yang bersetuju & tidak dengan pendapat dia.. Biasa la tu. Citarasa manusia berbeza.. ada yang rasa anak2 mereka enjoy & ada yang nampak reaksi anak mereka kurang terhibur dengan filem tu. Masing - masing memberi persepsi & pendapat sendiri.. Bagi aku normal la tu. Yang rasa best tak salah.. Yang rasa tak best pun tak salah. Tak perlu kot nak rasa marah bila filem yang kau dapat tiket free pergi menonton orang yang kena beli tiket cakap tak best.

Bukan soal support atau tak sesama blogger.. cuma aku rasa mentaliti blogger yang cepat melatah macam ni mengambarkan blogger tu jenis pemikiran bawah tempurung. Cuba positif sikit.. Sebab zaman sekarang kritikan juga boleh jadi satu publisiti pada sesuatu perkara tu sebab tu ada yang sanggup buat video konon kutuk produk dia jual semata mata nak viral untuk memperkenalkan produk tu. See.. kritikan tak semua membunuh ok!

Tak perlu risau karya atau produk yang bagus tak terkesan hanya dengan komen negatif seorang dua. Yang terbaik akan kekal terbaik & Insya Allah akan di iktiraf kehebatannya. Terima je perbezaan pendapat tu... Tak semestinya kau tonton best orang lain pun rasa best. Terima hakikat kau tak boleh paksa orang lain suka apa yang kau suka. Please la.. Aku faham blogger yang di jemput menonton tayangan perdana upin ipin jeng jeng jeng tu kerja depa menyampaikan informasi & mempromosikan filem tu. Tapi tak perlu terlalu taksub kot.. Biarlah orang yang rasa tak best nak bagi pendapat. Kau boleh bagi pendapat kau sendiri kenapa nak sekat orang lain bagi pendapat hanya kerana berbeza pendapat dengan kau, kan?

Moral of the story.. aku tau aku bakal di benci oleh segelintir blogger sebab entri ni tapi macam biasa la.. Aku akan menulis apa yang aku rasa betul. Takut rezeki berblog tak ada sebab kena boikot dengan blogger.. Ingatlah rezeki tu Allah yang bagi tak perlu takut sangat sesama manusia sampai kau takut untuk menyampaikan kebenaran. Peace Yo!

YANG NAK KAHWIN TU KENA TAHU MACAM MANA RUPA 'PECAH MINYAK'

YANG NAK KAHWIN TU KENA TAHU MACAM MANA RUPA 'PECAH MINYAK'. Tu dia point kat orang yang nak kahwin jugak. Habis yang tak ada plan nak mendirikan rumahtangga tak payah ambil tahu ke pasal 'pecah minyak' ni?? Boleh je nak ambil tahu tak kira peringkat usia & status. Selalunya orang yang dekat2 nak kawen baru depa terhegeh2 nak ambil tahu pasal ni.. Sebab nak jadi isteri mithali & menantu perfect katanya.. hehehe

Korang jangan la bayangkan pelik pelik & bukan bukan sangat yer.. Pecah minyak bukan pecah dara teruna bagai. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku tau.. ada orang yang tak faham istilah pecah minyak dok bayang bukan bukan. Benda ni bukan berkaitan perkara dalam kelambu tapi perkara kat dapur, ok!

Ramai yang baru belajar masak terutama yang baru kawen ni ada masalah nak masak sesuatu macam cili kisar & rempah sampai pecah minyak. Ada kawan aku katanya sampai fedup nak masak sambal tumis walau dah anak dua sekarang. Dia kata cili dia tak pecah minyak. Faktor cili atau rempah yang di tumis tak pecah minyak ni ada dua jer.. samada tak cukup minyak masak atau cili/rempah tu tak cukup masak. Kalau cukup dua perkara tu Insya Allah 'pecah minyak' jadinya... hehehehe

Bagi yang suka berfikiran songsang pasal pecah minyak & tak tau sebenarnya pecah minyak tu apa & macam mana rupa..meh la sini ahkak nak tunjuk contoh gambar cili & rempah yang dah pecah minyak.. Tengok la gambar kat bawah ni..


Nampak tak berminyak2 tu.. Apapun jangan terlebih minyak pulak. Kang nak makan pun rasa oily jadi muak pulak. Nak2 lagi minyak sekarang dah mahal.. pandai pandai berjimat. Nak menumis sambal atau rempah bukan perlu minyak berlebihan tapi minyak yang mencukupi jer. Jadi pada adik2 terutama pasangan yang bakal bergelar suami isteri tu, faham je macam mana di katakan pecah minyak tu.. Kang mertua cakap masak sampai pecah minyak kau menangis tepi tong gas sebab tak tahu.. Nak tanya malu katanya. hehehehe

Moral of the story kalau yang suka makan berlemak, berminyak ni kena rajin bersenama ok supaya tak berlaku lemak berlebihan dalam badan. Tapi tu la.. Ramai orang tak rajin bersenam.

VIRAL! VIDEO PERTANDINGAN ISTERI SUSUKAN SUAMI DI KELANTAN

VIRAL! VIDEO PERTANDINGAN ISTERI SUSUKAN SUAMI DI KELANTAN. Tu dia.. semua terbeliak biji mata baca tajuk entri kan. Masing masing tak sabar nak tengok macam mana peserta pertandingan tu menyusukan suami masing masing di khalayak ramai. Mesti ramai dah terbayang keghairahan sang suami di susukan isteri sendiri, kan? hangpa kalau berimaginasi memang level 'kuning' ja kan.


Tak tau nak kategorikan pertandingan ni acara sukaneka ke acara sukandewasa.. Tapi peserta semua terdiri dari golongan dewasa la. Cuma nak klasifikasikan dia je tak tau nak letak 18++ atau umum katanya. hahahaha... Macam macam la orang kelantan ni kan. Sapa la punya idea dok cetuskan pertandingan macam ni.

Bila tertengok Video ni tak tau la gelak ke menangis. Kemain kuat cik abang tu menghisap susu sambil si isteri menepuk nepuk bahu macam dodoikan anak pulak. Pulun la yang laki tu pun isap susu tak lepas lepas nak menang katanya. Sebelum hangpa dok berimaginasi bukan bukan.. better hangpa tengok dulu video kat bawah ni.. hahahaha

Video para bapak di susukan oleh para ibu. hahahaha

Susu botol je bukan susu badan ok! Takkan la tak senonoh sangat orang kelantan nak anjurkan pertandingan menyusu badan di khalayak ramai kot. Mentang2 la nak piliharaya dah tak lama lagi.. Dok cari point je nak hentam negeri2 yang di bawah pemerintahan pembangkang. Tak payah jadi TV3 sangat la kan.. Asal dekat nak piliharaya jer.. penuh berita2 tak baik di negeri2 bawah jajahan pembangkang seolah2 parti kerajaan pemerintah sekarang perfect sangat. Op's tercakap pasal politik pulak.

Apapun aktiviti macam ni bukan je boleh mengurangkan stress malah boleh mengeratkan ikatan kasih sayang antara suami & isteri.. selain mengeratkan silaturrahim penduduk setempat. Bagus jugak sekali sekala adakan aktiviti macam ni sweet jugak. Asyik dok sweet dengan ayat pickuplines macam ni je pun jemu jugak >> 10 Pick Up Line Yang Memang Paling Win Sampai Berdekah Je Baca. Especially #6! << Tapi agak mencabar jugak la kan kalau pertandingan mencipta ayat pickuplines tu cuma tu la.. Dok guna modal air liur je pun kurang menyihatkan badan. Sekali sekala kena buat aktiviti luar yang sweet macam ni sambil mengeluarkan peluh baru la suami isteri sihat sejahtera & bahagia selalu. Tapi Mufti kata boleh tapi bukan di khalayak ramai... Makanya perbuatan atau aktiviti macam ni mungkin boleh mengaibkan jugak la kan..

Sumber Siakap Keli

Moral of the story.. Gamaknya sapa yang menang dalam pertandingan tu? Takde ke kesinambungan video ni. Kalau ada sila la viralkan lagi hehehehe

12 RESEPI MUDAH UNTUK GOLONGAN 20AN YANG MASIH TAK TAHU MASAK

12 RESEPI MUDAH UNTUK GOLONGAN 20AN YANG MASIH TAK TAHU MASAK. Aku dulu zaman anak dara bukan la tak reti masak langsung tapi malas yarabbi nak masuk dapur. Nak2 masa tinggal kat kampung & jadi penganggur terhormat. Hobi aku ni dulu suka dengar radio sampai subuh. Lepas subuh baru terhegeh2 nak tidur maka memang jarang bangun pagi. hahaha... Hari2 kena bebel dengan mak. Tapi selepas berhijrah jauh dari family kehidupan tu berubah 360 darjah katanya. Orang pemalas wajib kena hidup berdikari baru dia jadi rajin sebab semua perkara kena buat sendiri.hehehehe


Dari belasan tahun memang aku dah tahu masak sikit2. Berkat kawan baik aku si Siti ajar aku masak masa aku tinggal dengan makcik munah kesayangan aku dunia akhirat tu. Yer aku di jaga makcik munah dari aku budak budak tapi bukan dari baby. Makcik munah tu kakak arwah ayah.. dia ibu tunggal ada seorang je anak, abang aku. Keluarga aku dengan makcik munah memang sangat la rapat. Abang aku tu dah macam abang kandung... dia pun tak ada adik beradik yang seibu.. Kalau se ayah tu ramai. Cuma kami je paling dekat & rapat dengan makcik & abang.

Ops.. tercerita pasal hal keluarga pulak. Berbalik kisah aku seorang anak dara pemalas dulu.. Masa duduk dengan makcik tu aku rajin jugak memasak. Masa tu makcik aku kerja. Umur aku time tu belasan tahun lagi. Tapi lepas abang aku kahwin masa tu aku tingkatan 3.. aku pulang ke pangkal jalan. Tinggal dengan mak bapak aku balik yang rumah cuma seberang jalan je dengan rumah makcik. Kalau dari rumah aku tu jerit panggil makcik aku pun dia dengar. Habis sekolah & jadi penganggur terhormat sebelum sambung belajar sikit kat kolej cap ayam..  Bermulalah rutin malas & suka tidur lewat. Sampai la aku ambil keputusan membawa diri mengubah nasib kat sini.. Masa bujang tak la rajin masak sangat. Tapi tetap la jugak masak sebab masa tu aku tinggal dengan adik aku. Boleh kata tiap2 hari balik kerja aku masak sebab aku tau ada orang makan. hahaha. Sampai la dah kahwin.. jadi surirumah maka rutin memasak tu dah jadi benda wajib. Makin hari makin banyak la resepi aku tahu masak sampai sekarang kalau balik kampung pun aku la tukang masak walau mak aku still membantu. hehehe

Dah masuk umur 20an ni.. Memang dah patut belajar memasak. Memasak ni sebenarnya bukan susah cuma yang susah kalau malas & tak ada keinginan nak memasak je. Walaupun dalam Islam bukan satu kewajiban wanita untuk memasak tapi air tangan seorang wanita bergelar isteri & ibu ni sebenarnya menjadi pengikat kasih sayang dalam keluarga. Kita pun kalau duduk berjauhan dengan mak.. salah satu benda paling kita rindu adalah masakan mak. Bayangkan kalau kita jadi mak yang tak pandai masak.. Takde la anak2 kita nak rindu masakan kita nanti. Jadi pada mereka yang dah masuk umur 20an ni mula la belajar masak. Kalau tak reti nak masak mulakan dengan belajar 12 resepi mudah ni dulu. Boleh tengok kat sini >> 12 Resepi Mudah Untuk Golongan 20an Belajar Masak <<

Moral of the story.. Air tangan seorang wanita itu sangat istimewa walau apa yang di masak cuma telur goreng & nasi putih jadi rajin2 la kedapur yer para wanita. Tak payah la nak guna hujah Islam pun tak kata masak tu tugas seorang isteri jadi kita pun rasa tak perlu la nak memasak. Kena ingat.. kita inginkan kehidupan yang bahagia.. Ikatlah hati suami & anak anak dengan masakan kita supaya sejauh manapun mereka pergi di hati mereka tak pernah lupa kita., Insya Allah.

YANG ADA HATI NAK JADI ISTERI NOMBOR 3 ADI PUTRA KENA TAHU PASAL NI

YANG ADA HATI NAK JADI ISTERI NOMBOR 3 ADI PUTRA KENA TAHU PASAL NI. Kecoh la dua tiga hari ni pasal tersebar gambar pernikahkan pelakon Adi putra bersama isteri kedua walau kedua dua masih tak mahu bagi apa2 komen terhadap gambar & gosip yang tersebar tu. Kalau dah kahwin tu, Tahniah je la. Apa nak di kata.. Dah jodoh. Di sebalik apa yang berlaku tu, Biarlah Allah sahaja yang menentukan.

Pelakon yang menjadi kegilaan ramai masakini Adi Putra

Aku macam biasa la.. Baca jer semua cerita,berita, gosip,kontroversi & viral tapi bukan semua berita & cerita sensasi tu aku berminat nak ulas. Mula2 kes adi putra kahwin ni memang rasa tak ada apa yang aku rasa best nak tulis.. Tapi bila tengok gambar isteri kedua dia kemudian compare dengan yang pertama boleh nampak banyak persamaan antara kedua dua isteri Adi putra ni. Baru la aku rasa macam best je nak buat entri hahahaha

Walaupun Adi putra ni Tinggi, slim & gelap tapi taste dia tetap perempuan yang berkulit putih, ber muka bulat & berbadan sedikit chubby @ tembam. Korang perasan tak persamaan fizikal kedua dua isteri dia? Memang taste Adi Putra kot.. Sapa kata perempuan muka bulat & badan chubby takde value. Hero drama & filem yang romantik macam tu pun tergila gila tau perempuan macam ni. Jadi wanita2 yang lansing muka V shape kalau ada hati nak jadi nombor 3 & 4 dalam hidup Adi putra, sila la la bulatkan apa yang perlu. Sebabnya mungkin Adi Putra tak tertarik pun badan size s korang tu hahahaha. kadang2 pandangan mata lelaki memang tengok perempuan langsing macam tiang katanya. Sebab dulu aku ada kawan yang memang taste dia perempuan berbadan besar. Mula2 pelik jugak.. sebab dia kategori lelaki ada rupa jugak tapi citarasa orang mana sama ye dak. Tak salah pun nak suka perempuan berbadan besar sebab mereka pun ada kecantikkan mereka tersendiri.

Isteri pertama & kedua Adi Putra. Persamaan mereka berkulit putih berpipi pau & berbadan chubby.

Sebab tu kita tak boleh kaitkan fizikal seseorang dengan perjalanan jodoh dia. Ada orang yang cantik badan ramping bak kerengga kalau karate boleh senang patah dua katanya.. Mungkin bukan citarasa lelaki yang dia suka sebab yang ramping tu belum tentu menarik pada pandangan mata semua orang. Sebab kecantikkan dari pandangan mata setiap manusia tu berbeza.

Kadang2 bukan size badan atau paras rupa yang membuatkan seseorang tu suka pada pasangan dia, mungkin faktor kematangan juga buat orang jatuh cinta walau kalau dari fizikal tu kurang menepati ciri pasangan idaman. Bersikap matang jugak perlu untuk mendapat pasangan di luar jangkaan, Jadi kalau korang nak tau perangai korang dah matang bersama usia atau belum boleh test kat sini >> Nak tahu tahap Kematangan & mentaliti Anda, Meh Test Disini <<

Jadi yang mana badan tak dapat cutting S, muka tak mampu jadi V shape jangan sesedih.. Manalah tau ada hero2 filem sedang mendambakan anda sebagai pasangan hidup siapa tahu. Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki... tuah manusia mungkin pada potongan badannya. hehehehe

PANAS! 7 TIPS PALING EXTREME PIKAT SUAMI

PANAS! 7 TIPS PALING EXTREME PIKAT SUAMI. Orang perempuan ni memang antara makhluk yang nak kalau boleh pasangan dia hanya nampak dia paling terbaik, dia paling cantik, dia paling hebat.. Tu tak termasuk lagi bab perasaan. Dia nak jadi dia paling di sayangi, dia paling di cintai & di paling no 1 dalam hati. Sebab tu orang perempuan ni kebanyakkan cukup alert dengan tip & petua. Walaupun pasangan dia bukan hotstuff tetap dia akan berusaha menjadikan diri dia paling istimewa. Lelaki ni muka pecah pun kadang2 ada value.. Janji aset kau berkepok2. Apa ingat bontot montok macam dok viral perempuan heran sangat kalau wallet kau penuh resit bayar hutang je. Belum tentu ok!


Perempuan walau orang pandang sentiasa nak di pujuk, di belai, di manja tapi di sebalik tu sebenarnya perempuanlah paling ramai yang berusaha & bekerja keras memastikan hubungan suami isteri tu bertahan lama. Perempuan lebih banyak berkorban berbanding lelaki. Tapi bukan la aku kata semua lelaki ni asyik nak harap pengorbanan perempuan padahal dia tak berusaha pun untuk pastikan pasangan dia bahagia cuma bila tengok fenomena sekarang banyak perempuan terutama yang bekerja bagi membantu suami mencari pendapatan.. Pengorbanan dorang memang nampak lebih besar berbanding suami. Balik kerja ambil anak, sampai rumah, berkemas, memasak, layan anak. Sedangkan kebanyakkan lelaki balik kerja duduk depan tv tunggu nak makan je. Pun bukan semua macam tu tapi kebanyakkan macam tu. Tak payah cerita la laki korang bukan tergolong dalam golongan macam tu. Yang tu di kecuali. Tak payah nak compare laki dia dengan laki hangpa.

Faktor perempuan lebih ramai berbanding lelaki maka berlaku persaingan agak sengit la. Semua menuntut perempuan berusaha lebih untuk memikat hati sang suami. Sampai la sanggup buat perkara perkara yang konon extreme sangat la demi menambat hati pasangan macam ni >> 7 Tips Paling Extreme Pikat Hati Suami << Yelah.. nak memastikan suami dia sentiasa enjoy & bahagia dengan dia. Taknak la nanti cari perempuan lain dengan alasan isteri dia ni spesis boring. Tak ada apa2 kenikmatan ketika bersama sebagai suami isteri. Semua tipikal & biasa jer.

Apapun dalam hubungan suami isteri kalau sebelah pihak jer berusaha untuk pastikan hubungan tu sentiasa cerita, enjoy, happening tapi sebelah pihak lagi macam tak ada usaha untuk membahagiakan pasangannya pun tak best jugak. Masing2 main peranan untuk memastikan kebahagian dalam rumahtangga. Jadi masing2 ada komitmen & tanggungjawab yang perlu di pikul.

Moral of the story.. perkahwinan adalah penyatuan dua hati maka dua hati kalau nak bersatu kena ada give & take. Kalau asyik beri jer.. tak pernah menerima pun rasa annoying jugak kan. Jadi masing2 ada peranan untuk pastikan dua hati sentiasa bersatu.

AWAL PERKAHWINAN RAMAI YANG TIDUR TAK BERTILAM

AWAL PERKAHWINAN RAMAI YANG TIDUR TAK BERTILAM. Kalau nak di cerita kisah di awal perkahwinan setiap orang tak sama pengalaman dia. majoriti dari zaman mak bapak kita dulu takde dari hari pertama kahwin terus hidup senang lenang kecuali mereka2 yang berkahwin dengan pasangan yang berada & kaya raya atau time tu memang kewangan & kehidupan dia memang dah stabil. Tu rezeki masing masing la kan... Tapi Jodoh tu bukan untuk orang yang dah stabil je. Sebab Allah nak kita belajar dari susah baru kita boleh menghargai nikmat senang. Kalau dah celik2 mata tak pernah ada masalah hidup.. memang hilang nikmat hidup.

Sekadar Hiasan. Sumber Google

Walaupun ada yang kahwin tak pernah rasa hidup susah, naik perlahan lahan tapi sebenarnya ramai yang bermula dengan nothing to something. Bagi aku kalau mula2 kahwin &  hidup sendiri.. tidur tak bertilam tu perkara biasa sangat. Tak ada benda yang rare pun. Aku dulu masa mula2 kahwin pun tak berkatil bagai. Malah masa mula2 kahwin bukan hidup senang lenang cuma aku syukur la tak perlu berlapar atau tidur bawah jambatan. Masih ada rumah sewa yang boleh tinggal & masih ada makan minum untuk alas perut kalaupun masih tak mampu beli katil. Tilam pun tilam nipis ala2 toto jugak la. Bila fikir balik setakat baru2 kahwin tidur tak bertilam tu apalah sangat. ada orang sampai beranak pinak pun tidur atas tikar lagi. Pun dia tak rasa dia dah benar benar di uji.

Ada orang lebih hebat di uji di awal perkahwinan. Mungkin ada yang terpaksa ikat perut.. ada yang terpaksa meredah hujan panas sebab waktu tu hanya mampu pakai motor atau guna transport awam jer.. Sebenarnya banyak lagi dugaan orang lain yang lebih hebat berbanding kita cuma kita mungkin terlepas pandang & rasa ujian untuk kita dah cukup mencabar berbanding orang lain sebelum mengecapi apa yang kita ada sekarang.

Setakat tidur tak bertilam.. Aku tak rasa benda benda macam tu bukan satu kisah hebat sangat la. Perkara yang normal ramai orang hadapi. Setakat baru kahwin rumah kosong, takde katil tilam, rumah sewa pun kecik.. Tu perkara biasa je. malah aku rasa kisah awal perkahwinan aku di uji lebih dari tidur tak bertilam. Aku di uji fizikal & mental yang aku sendiri tak mahu ingat & ceritakan pada sesiapa. Tapi aku syukur berkat kesabaran & ketabahan yang aku ada.. aku mampu bertahan & bahagia bersama suami. Segalanya banyak berubah selepas lahirnya shahila, anak aku. Dari segi kewangan, kehidupan, kebahagian,ketenangan.. semuanya aku dapat lepas lahirnya shahila. Alhamdulillah.. Rezeki yang Allah janjikan.

Masa awal awal kahwin tu memang kewangan agak terbatas. jangankan nak bermewah2 hoenymoon & shopping kat tempat macam ni >> Inilah 6 Tempat Syurga Shopping Buat Kaum Wanita Di Korea <<  Duit pun time tu cukup cukup makan, bayar sewa rumah, duit tol & minyak pergi balik kerja. Nak shopping pun tak meriah macam sekarang la shoppingnya. Pendek kata cukup la tapi tak boleh mewah sangat.

Perkahwinan aku baru je berusia 6 tahun & aku masih tak berani nak bercerita perjalanan perkahwinan aku untuk di jadikan motivasi pada orang lain sebabnya aku tak rasa aku dah cukup di uji. Masih jauh perjalanan & entah apa yang bakal aku hadap. Tak tentu lagi aku kuat untuk hadapi. Jadi aku belum cukup hebat & layak nak berkongsi perjalanan kisah perkahwinan aku. Tunggu la sampai 20 - 30 tahun lagi. Kalau masa tu aku masih bergelar isteri pada orang yang sama.. Barulah aku rasa aku layak berkongsi kisah perjalanan perkahwinan aku yang penuh siku liku tu. Setakat setahun dua kahwin.. memang fasa yang semuanya masih manis walau hidup susah. Tunggu la 10 & 20 tahun lagi kalau Allah masih uji dengan kesusahan time tu la nak tengok kau hebat atau tak mempertahankan rumahtangga kau.

Bagi aku.. usia 6 tahun perkahwinan ni baru je melepasi fasa pertama.. Banyak lagi fasa fasa yang lebih menguji kesabaran & kesetian seorang isteri. Tak berani mendabik dada cakap aku boleh tepis semua ujian tu cuma sentiasa berdoa Allah sentiasa berikan aku kekuatan, kesabaran & kesetian dalam hati untuk pastikan rumahtangga yang kami bina sekarang kekal hingga akhir hayat.

Moral of the story.. kalau kita rasa kita susah ada orang lain lebih susah jadi sentiasa ingat kalau kita rasa kita melalui perjalanan hidup yang sukar masih ada orang yang lebih berliku perjalanan hidup dia. dari situ kita akan sentiasa rasa kita masih belum cukup hebat & bersyukur sebab ujian kita masih kecil berbanding orang lain.

P/S : Sebab tu masa wedding jangan membazir sangat. Mana yang tak penting budget tu simpan buat beli tilam katanya. Jangan majlis je grand lepas kahwin kena tidur atas tikar mengkuang. Macam aku lain la.. kawen pun semua budget. hehehe

VIRAL! SCREENSHOT PRANK PALING BIADAP SEORANG ISTERI KEPADA SUAMI

VIRAL! SCREENSHOT PRANK PALING BIADAP SEORANG ISTERI KEPADA SUAMI. Pagi tadi terbaca satu screenshot yang tengah viral. Screenshot tu pada asalnya di kongsi dalam satu group rumahtangga. Nak tunjuk kat orang kononnya betapa baik & sweetnya laki dia la tapi penerimaan yang dia terima jadi sebaliknya. Takde orang nak puji perbuatan melampau dia kenakan laki dia macam tu. Semua mengeji tindakkan perempuan tu walau tak tahu siapa. Nasib baik orang tak tahu account media sosial kau kalau tak confirm bukan kau je dapat malu.. sekali laki kau pun kena jugak tau.


Niat mungkin saja nak menyakat suami dia tapi cara dia tu agak melampau. Silap haribulan boleh jadi janda kau! Rasanya gurauan macam ni tak perlu ada dalam rumahtangga. Laki mana tak menyirap kalau tetiba bini dia mengaku mengandung anak lelaki lain. 




Alkisahnya cik kak ni nak prank laki dia cerita la konon kenal sorang lelaki ni dalam 2 bulan. kemudian keluar pergi rumah jantan tu then terlanjur & mengandung. Konon nak bagitau orang walau dia bergurau macam tu sekalipun laki dia tetap boleh sabar & takde keluarkan kata kata kesat. Kononnya laki ni memang jenis laki yang baik tak pernah maki hamun dia walaupun kadang2 dia termaki laki sendiri. Laki kau memang baik cik kak tapi kesian dapat bini macam kau.



Aku pun jenis gurau kasar dengan laki aku tapi ada batasan. Bergurau dengan petik nama laki atau perempuan lain memang takkan ada dalam gurauan kami laki bini. Apatah lagi nak buat prank bodoh macam perempuan tu buat. Dalam rumahtangga tak patut ada lawak lawak jahanam macam tu cik Kak ooi. Sangat bahaya. Silap langkah talak 3 kau dapat. Kesabaran orang jangan uji sangat sebab sabar manusia ni ada limit.


Lawak2 macam tu memang tak sesuai. Benda ni berkaitan maruah seorang lelaki. Lelaki mana tak rasa tercabar kalau bini dia dok tidur dengan lelaki lain belakang dia. Ingat suami kita manusia bukan malaikat so jangan nak uji melampau lampau sangat. Banyak lagi cara untuk korang buat mengeratkan hubungan tu contoh macam buat benda ni >> Korang dah pernah buat benda ni dengan pasangan masing masing? << Bukan je mengeratkan hubungan malah boleh menyihatkan badan lagi. Lagi sweet dari dok prank laki mengandung anak orang lain. 

Moral of the story.. Bila orang rasa dia terlampau urban & open minded so apa yang depa buat dah tak fikir panjang. Mungkin depa rasa dengan tidur dengan lelaki lain even bersuami satu trend kot, so tak salah la benda tu boleh di jadikan bahan bergurau. Mohon pergi kursus pra perkahwinan sekali lagi la cik kak Ooi!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com