Showing posts with label jahat. Show all posts

SAKIT HATI TENGOK DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

SAKIT HATI TENGOK DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP. Sekarang ni ada dua drama yang aku follow. Samudera rindu & Patahnya sebelah sayap. Bukan aku jer.. laki aku pun layan jugak. Kira dua drama tu memang menepati selera tontonan kami la walau masa episod2 awal drama patahnya sebelah sayap tu aku macam tak berapa follow sangat. Masa tu babak - babak yang lebih menyakitkan hati belum muncul.. Kira ni baru nak warm up la.


Tapi memang sakit hati sungguh aku tengok drama tu. Apsal kalau kisah orang teraniaya ni.. Yang kena aniaya macam asyik redha & pasrah je tak buat apa - apa untuk membela diri dia. Atau usaha nak membela diri tu macam nak tak nak jer.. Asyik pasrah.. pasrah.. pasrah.. Normally dalam drama atau filem watak orang teraniaya memang akan macam tu seolah2 orang yang teraniaya ni spesis yang memang tak melawan atau tak berusaha mempertahankan diri. Agak tipikal la watak orang teraniaya dalam drama atau filem melayu. Rasanya kena buat perubahan sikit.. Lepas ni watak orang teraniaya buat yang jenis berjuang mempertahankan diri. Baru nampak perempuan melayu bukan senang di buli, ye dak?? hehehehehe

Watak heroin tu serius aku puji lakonan Ummi Nazeera sekarang berbanding lakonan dia dalam filem penanggal. Masa dalam filem penanggal aku rasa nak carut je tengok. Kira time tu level2 tiang letrik baca skrip lagi la. sangat amatur & aku rasa time tu dia masih belum layak pegang watak utama. Tapi dalam drama patahnya sebelah sayap ni serius watak yang di bawa memberi kesan jugak la kepada aku yang menonton & aku rasa pilihan dia sebagai watak utama dalam drama tu memang pilihan tepat. Dengan air muka dia yang muka minta kesian & muka kena buli tu.. Merealisasikan lagi watak yang di bawa dalam drama tu.

Baru aku rasa sekarang zaman kebangkitan drama melayu bila kat TV meriah tayang drama macam Samudera Rindu & patahnya sebelah sayap walau ada yang dok kondem katanya drama patahnya sebelah sayap copy paste drama korea ntah hapa tajuknya. Aku tak layan drama korea so aku tak tau la apa cerita jadi aku malas nak compare hahahaha. Yang penting bagi aku sekarang drama patahnya sebelah sayap memang best.  Pelakon2 dia pun bagi aku semua membawa watak masing2 dengan jayanya. Watak Jahat Izzue Islam dengan muka dia yang minta penyepak tu.. Serius memang menjadi. Watak lelaki muka kelat tapi romantik yang di lakokan Aeril Zafrel tu memang sesuai la dengan dia sebab dia memang biasa dengan watak watak macam tu. So, watak tu nampak senang dia nak bawa. Gabungan 3 pelakon muda & hebat dalam drama ni membuatkan drama ni hidup & memberi kesan kepada penonton. Baru orang tak judge pelakon jual muka jer.. Pakej pelakon macam ni la baru la orang akan support drama melayu, ye dak???

Korang tak payah kerut2 dahi sangat la bila aku cakap pasal drama melayu... Apa ingat peminat cerita seram tak layan ke drama2 berkisahkan kehidupan macam ni. Ingat peminat cerita seram layan cerita cerita macam ni je ke? >> Bila pelawat misteri datang ke sebuah perkampungan yang aman.. Satu persatu hilang nyawa. Ada berani tengok?? << Cerita seram tetap layan tapi bukan la hari hari.. Hari2 biasa kita layan drama jugak. Aku pun manusia. Aku bukan rare cuma kadang2 lain sikit je taste dari orang lain. hehehehe

Moral of the story.. Akhirnya di fasa2 trend drama adaptasi novel kisah cinta yang buat orang nak muntah tengok.. ada juga drama melayu yang boleh mengangkat maruah drama melayu yang di pijak2 sebelum ni. Tahniah untuk drama patahnya sebelah sayap & samudera rindu dari saya pengkritik filem & drama melayu paling tegar. hahaha.

CERITA SEBENAR KES BUDAK DARJAH DUA DI GUNTING LIDAH

CERITA SEBENAR KES BUDAK DARJAH DUA DI GUNTING LIDAH. Risau, marah,geram & macam macam rasa yang tak best ada bila baca kes buli yang melibatkan budak2 umur macam ni. Terlalu kecik tapi jahatnya.. Na'uzubillah. Apa yang depa buat bukan perkara kecik walau umur baru 9 tahun. Rasanya kalau anak aku yang jadi mangsa buli.. Rasa nak pijak jugak budak2 yang buat tu. Bukan takat nak pijak budak2 tu.. Rasa nak maki sekali mak bapak dia. yer yer tahu.. bukan mak bapak dia ajar anak dia jadi jahat cuma nak bagitau betapa marahnya aku kalau benda ni berlaku kat anak aku.


Kisahnya bukan lidah dia di gunting tapi di paksa gunting sendiri lidah dia. Bayangkan budak 9 tahun dah pandai membuli tahap extreme sampai paksa budak 8 tahun (darjah dua) gunting lidah sendiri. Siap ugut kalau tak buat depa nak belasah ramai ramai. Aku tak rasa budak2 macam ni patut berada di sekolah biasa. Mereka dah layak masuk ke sekolah juvana. Memang dalam usia macam tu mungkin mak bapak depa anggap depa perlu di beri peluang sebab masih budak tapi tetap aku tak rasa tahap kejahatan mereka ni masih berada di level kenakalan seorang budak. Jika di biar bercampur dengan budak2 yang lain mungkin mendatangkan masalah kepada anak orang lain.

Budak budak pembuli macam ni dah tahap bahaya.. Hope ada undang2 untuk menempatkan mereka bagi sesi pemulihan akhlak. Mungkin punca budak2 semakin jadi melampau jahat ni adalah di larang penggunaan rotan jugak. Sebab dulu memang benda2 macam ni tak ada berlaku. Rasanya penggunaan rotan kena di izinkan kembali untuk tujuan mendidik. Budak sekarang dah tak makan di ajar dengan mulut. Kena piap jugak sedas dua bagi serik.

Sumber Harian Metro

Bila baca kes2 macam ni, hati seorang ibu serius risau nak melepaskan anak ke sekolah. Dah la anak aku ni ada masalah dalam perkembangan. Moga Allah lindungilah anak aku dari budak2 jahat tahap syaiton Nirrojim ni.

Kita dulu sebaya depa.. Setakat menyakat kawan kawan dengan jadi hantu, sorok kasut masa balik mengaji. nakal macam tu jer. Tak terfikir atau terdetik pun rasa nak membuli budak budak lain tahap extreme macam ni. Mungkin faktor apa yang mereka tonton jugak mempengaruhi kelakuan budak2 ni. Kecik2 lagi dah tengok filem KL gangster, castello bagai. So, sebagai mak bapak kita kena control apa yang anak kita tonton. Budak2 sekarang bukan macam budak budak dulu. Semakin berani, kurang ajar & jahat.

Moral of the story.. Apa yang berlaku bukan nak salahkan mak bapak budak budak tu tapi kadang2 mak bapak je tahu kenapa anak anak dia jadi macam tu. Jadi kesimpulannya kat sini orang yang tahu punca saja lebih tahu cara mencari penyelesaian.

KISAH SERAM DI SEBALIK KRISMAS

KISAH SERAM DI SEBALIK KRISMAS. Bersempena krismas yang tak lama lagi, haruslah segmen seram serik lekatlekit pun bertemakan krismas jugak la. Apa ingat sale je ada tema2 ni. Cerita seram pun ada jugak tau! Maaf la pada mereka yang merayakan krismas. Bukan niat nak menakutkan korang sekadar berkongsi cerita je.


Nak raya pun susah katanya. Ada benda2 yang menakutkan menghantui perayaan mereka rupanya. tapi ni cuma cerita lagenda seram rakyat Australia jer.. Aku ingat benda ni cuma ada dalam filem yang sedang di tayangkan kat pawagam rupanya memang ada cerita ni di kalangan rakyat mereka pasal hantu atau syaitan Ke-Ram-Puss ni.

Lagenda seram Ke-Ram-Puss atau lebih senang di sebut sebagai Krampus terkenal dalam cerita lagenda seram rakyat Australia. Krampuss di katakan sangat membenci Krismas. Dia adalah spesis syaitan yang akan menangkap & menculik kanak kanak yang jahat & nakal.

Menurut lagenda, Krampus akan bermalam di setiap rumah menjelang krismas. Dia akan meninggalkan seikat kayu kepada kanak kanak yang nakal atau dia akan memukul mereka dengan kayu. Kemudian memasukkan kanak kanak tersebut dalam karung dan membuangnya ke dalam sungai. Atau ada yang percaya kanak kanak tersebut di bawa terus ke neraka.

Kejamnya hantu Krampus ni kan?? Dengan budak2 pun nak berkira.. budak biasa la kalau nakal. Apapun kat malaysia katanya selamat dari syaitan Krampus ni. Krampus takkan berani datang ke Malaysia.. Inilah sebabnya >> Krampus Takkan Ada Di Malaysia Kerana Kat Malaysia je Ada Perkara ni <<

Untung la mereka2 yang merayakan krismas di Malaysia kan.. Tak payah nak takut2 hantu krampus ni. Tu la hangpa tak percaya.. Malaysia masih aman. Jangankan orang jahat, hantu pun tak berani masuk malaysia. hahaha

KISAH ROH JAHAT YANG MERASUK GADIS YANG DAH MATI

KISAH ROH JAHAT YANG MERASUK GADIS YANG DAH MATI. Kalau barat selalu menggelarkan roh jahat tapi kalau ikut kepercayaan kita orang2 Islam ni.. Roh jahat yang mereka maksudkan adalah dari golongan Jin. Kisah ni adalah tentang satu Jin yang sangat Tua & mempunyai kekuatan & kuasa yang luar biasa & kuat. Dia menjadikan jasad seorang gadis untuk mencapai impian dia untuk menguasi kehidupan manusia.


Seorang gadis yang terlibat dalam kemalangan & koma. Terpaksa menggunakan alat bantuan hayat dan akhirnya meninggal dunia setelah alat bantuan hayat di hentikan. Setelah di sahkan meninggal tiba2 dia hidup kembali . Sebaik dia sedar dari koma & hidup kembali setelah mati.. Jasad dia di kuasi oleh satu roh jahat yang terlalu tua & berkuasa, membuatkan dia menjadi seorang yang sangat bahaya & akan mencederakan dan membunuh orang di sekelilingnya. Seorang paderi menyedari akan kepelikkan yang berlaku pada gadis tu cuba meminta bantuan dari seorang yang di gelar Vatikan untuk menghalau roh jahat tu dari tubuh gadis tu. Malangnya percubaan mereka gagal.. vatikan yang cuba melawan kuasa roh jahat tu akhirnya mati & seorang paderi yang terselamat. Roh tersebut terus menguasi jasad gadis yang sebenarnya dah mati sehingga ending cerita.

Pendek sungguh review aku kali ni... Sebabnya filem ni pun bagi aku simple sangat. Seram pun tak sangat. Almaklum la filem The Vatican Tapes ni klasifikasi P13 jer.. Belum menetapi piawaian seram aku la. Boleh layan tapi bukan taste aku sangat filem2 macam ni. Tapi takde la rasa bodoh sangat tonton filem ni. Aku layan filem ni lepas habis tengok filem Badi. Sebab malam tu bola takde rancangan best kat TV.. maraton la dua filem berturut.

Dah selesai!

Dah tak banyak filem seram yang best .. Filem seram Thailand yang baru pun tak nampak ada. So, episod minggu depan kita buru je la apa2 filem yang selama ni tak selera nak beli sangat. Manalah tau yang tajuk tak menaikkan nafsu tu cerita dia best kan? Ok la tu.. Dari takde koleksi baru.

Aku nak tengok wayang tak boleh sebab anak aku tak boleh nak duduk lama2 tengok movie yang bukan taste dia jadi aku beli dvd je la. Penting tengok trailer dulu sebelum beli tiket wayang. At Least kita dapat la bayangkan cerita tu macam mana nanti walau selalunya trailer ni tunjuk part yang best best jer.

INI SEBAB ORANG JUJUR BUKAN KAWAN YANG BAIK

INI SEBAB ORANG JUJUR BUKAN KAWAN YANG BAIK. Nak cari kawan carilah kawan yang tak jujur sangat. Boleh menipu sunat, menipu besar & kalau boleh cari yang paling Win menipu lagi bagus. Kalau yang jujur ni kebanyakkan menyakitkan hati. Tak reti bermulut manis langsung. Apa dia rasa dia cakap jer.. Tak reti langsung nak bodek atau kipas supaya kita rasa kembang semangkuk. Memang menyakitkan hati kawan yang terlampau jujur ni, kan?

Biasa la kawan baik je boleh gelakkan kawan sendiri kan.. Kalau kawan tak baik gelak mau jadi gaduh

Kalau yang pandai menipu.. Tak kira la kau makeup macam mak lampir sekalipun tetap dia puji kau sampai langit ke tujuh. Dia sanggup biarkan orang gelakkan muka kau yang macam hantu kak limah dari bagitau perkara yang sebenar. Apatah lagi kalau kau buat perkara yang tak betul.. Insya Allah akan betul semua pada mulut dia. Tapi pada akal & hati dia belum tentu dia setuju dengan hangpa. Silap2 belakang bukan takam tikam, cincang lumat terus. Dia kutuk kaw kaw punya. Tanpa belas kasihan terus. Tapi di sebabkan dia sentiasa gud gud depan hangpa.. Hangpa pun rasa dialah kawan paling memahami maka susah sikit la hangpa nak detect kecurangan seorang kawan di belakang hangpa. Depan apa hangpa buat semua takde salah.. Belakang 1 novel dia karang buruk hangpa.

Tapi hakikatnya.. Orang lebih selesa berkawan dengan orang yang sentiasa sependapat, sentiasa puji, sentiasa sokong dia jer.. Sekali kau tak sependapat dengan dia, selamanya dia isytihar musuh. Padahal.. dalam banyak2 perkara cuma 1 je dia bercanggah pendapat dengan hangpa. Terus label dia bukan kawan baik.

Kesimpulannya spesis yang tak boleh terima perbezaan pendapat ni kena kawan dengan orang2 yang suka menipu & tak jujur je. Kalau jujur sangat dia mudah sentap. Dia cuma nak dengar yang puji2 & sokong2 je dari kawan2 dia. Yang tak sependapat tu tak layak geng dengan dia walau kau dah berkawan dengan dia sejak kecil sejak dari zaman ni lagi >> 17 Perkara Yang Kanak Kanak Zaman 80an & 90an Pernah Buat << tetap dia boleh reject kau hanya sekali kau tak sependapat dengan dia.

Moral of the story.. Aku kawan dengan sesiapa pun kat alam maya ni kalau nak bagi komen & pendapat jarang sangat la komen yang jenis menjaga hati ni. Komen aku tak kira sokong ke tak sokong, aku komen berdasarkan pendapat aku sendiri. Atau kalau aku rasa orang tu macam jenis otak jenis terkongkong sikit, aku malas nak komen atau tengok langsung dah post dia. Sebab kalau aku nampak, takut terkomen yang tak sependapat tacing sampai ke tulang rusuk pulak.

AWAS! INI TAKTIK ORANG NAK AJAK KITA MAKAN DENGAN DIA

AWAS! INI TAKTIK ORANG NAK AJAK KITA MAKAN DENGAN DIA. Dalam kehidupan kita seharian memang di kelilingi orang yang ada macam macam taktik. Ada yang gunakan taktik untuk tujuan kebaikan & ada jugak guna taktik untuk kepentingan peribadi. Bukan semua taktik tu kotor bergantung pada cara & niat kita melakukan.

Sumber Google. Sekadar hiasan

Ada jugak terpaksa guna taktik jahat sebab terdesak. Bila dalam keadaan macam tu perbuatan dia salah tapi niat dia baik tetap la salah. Sebab kita semua sedia maklum niat tidak menghalalkan cara. Contoh macam taktik berdakwah sekarang. Dakwah sentap katanya... Lagi orang sentap lagi bagus konon cara tu buat orang sedar akan kesilapan yang depa sedang buat atau pernah buat cuma aku rasa taktik menyentapkan orang dalam dakwah ni tak berapa bagus sebab orang sekarang kalau sentap terus dia banned. tengah marah dia tak fikir dah apa yang orang cuba sampaikan tu intipati dia kearah kebaikkan. Tapi tu la... berdakwah tak perlu kot nak sakitkan hati orang. Sebab hati orang yang sakit susah nak terima kebaikkan yang ada di sebaliknya.

Tu salah satu contoh taktik.. Tapi taktik ni paling kita kena hati hati. Bukan apa kadang2 kita tak perasan pun ia cuma salah satu taktik orang nak gunakan kita untuk kepentingan dia bukan ikhlas sangat pun dia ajak. Sebab dia takde kawan nak temankan dia akan guna taktik2 ni untuk jadikan kita mangsa. Nak tahu apa taktik yang selalu orang guna untuk cari mangsa untuk temankan dia pergi makan meh baca kat sini >> Awas! Inilah 10 taktik Yang Selalu di gunakan Untuk Ajak Kita Temankan dia Makan <<

Manusia & taktik memang tak dapat di pisahkan malah kita pun memang gunakan taktik dalam kehidupan seharian kita. Cuma apa yang perlu kita kena pandai membezakan niat baik & taktik orang nak buat jahat kat kita. Kadang2 taktik orang jahat ni guna kebaikkan supaya niat jahat dia tercapai. Sebab tu kita tak boleh bersangka baik dengan semua orang & semua perkara. Contoh macam taktik penculik kanak kanak kat kajang haritu yang jadi viral kat media sosial. taktik dia tanya jalan.. kemudian culik budak yang bersama dengan ibu dia. Sapa pun tak jangka mereka adalah penculik tapi lepas ni rasanya aku sendiri pun malas nak beramah mesra dengan orang tak kenal tanya jalan ni.

Moral of the story.. Berhati hati dimana juga & apa juga kita nak buat. Sebab dalam dunia ni orang jahat ada seribu satu taktik yang kadang2 kita sendiri tak dapat ramal atau jangka.

SUARA MISTERI SEMAKIN KEJAM DAN SERAM

SUARA MISTERI SEMAKIN KEJAM DAN SERAM. Awal sungguh segmen seram serik bersiaran hari ni yer. Pepagi lagi dah muncul di kaca skrin anda. erk... dah masuk zon tengahari. Hari ni lambat sikit lepak depan pc. Ofis lambat buka. Almaklum la semalam Ahad hari berjimbaraya makan Isnin hari bekerjayaraya la. Ok.. ok.. aku tahu korang tak berminat nak tau kisah rutih harian aku yang korang nak cuma menyibuk pasal kisah2 misteri kat blog aku je kan. Aku sedar aku bukan retis, kisah hidup aku takde value hahahaha. Jadi marilah kita mulakan..

Sumber Google. Sekadar Hiasan

Sekarang rasanya negara paling seram adalah negara Malaysia kerana banyak suara misteri yang menyebabkan jenayah berlaku. Terbaru di sebabkan suara misteri seorang lelaki warganegara india (kashmir) menampar Iman Masjid negara atas alasan suara misteri suruh dia buat macam tu. Kalau di imbas balik banyak jugak kes2 berkaitan suara misteri yang menyebabkan seseorang individu melakukan jenayah membunuh atau mencederakan orang lain termasuk ahli keluarga sendiri. Kalau korang masih ingat kes pemuda yang menikam adik perempuan dia & memenggal kepala bapak. Pun dengan alasan ada suara misteri yang suruh dia buat macam tu. Tu salah satu contoh tapi banyak lagi kejadian bunuh yang di kaitkan dengan suara misteri.

Masalahnya milik siapakah suara misteri tu? Of course la syaitan Nirrojim. Kalau bisikan2 jahat ni memang takde dari makhluk lain dah selain iblis,jin & syaitan. Kenapa suara tu boleh mempengaruhi manusia sehingga melakukan perkara salah. Kita semua tau sebab dalam hati seorang manusia sangat kurang imannya. Taknak la bercakap dari sudut agama.. sebab tak pandai cuma kenapa berlaku gangguan suara2 misteri ni. Banyak faktor.. mungkin dia belajar ilmu salah, mungkin kerana sihir, pengaruh dadah atau ubat2 terlarang & tak mustahil masalah gangguan mental.

Bila banyak kes berlaku sebab gangguan misteri ni seram pulak aku. Yelah.. kadang2 bukan sebab orang tu ada masalah moral ke hapa tapi sebab tekanan di sekeliling dia mungkin jugak menyebabkan dia berhalusinasi & seterusnya mendorong dia melakukan perkara yang kejam terhadap orang lain. Bahaya bila gagal mengawal tekanan ni. Sebab tu aku selalu cuba happykan diri aku & cuba sehabis baik untuk tidak mempedulikan benda2 remeh dalam hidup aku. Setakat orang nak sindir & mengumpat belakang aku.. lantak pi la. Taknak ambil port sangat sebab taknak benda2 remeh macam tu bagi tekanan dalam hidup aku. Nak2 lagi lagi pasal kawan.. rasa ingat aku carilah. Kalau rasa dah lupa tu kau punya hal! Bagi aku hidup memang ada fasa perubahan. Bila masing2 ada kehidupan sendiri kita tak boleh harap untuk seorang kawan sentiasa ada dengan kita sedangkan kita sendiri pun tak mampu nak ada dengan kawan setiap masa bila status kita dah berubah.

Kalau rasa macam stress atau tension sangat tapi takde tempat nak luahkan perasaan. Untuk mengelakkan anda jadi hilang kawalan & berhalusinasi cuba cari perkara yang boleh buat anda tenangkan fikiran macam minum kopi ke? Minum kopi pun antara perkara yang boleh buat kita tenang jugak. Kadang2 minum kopi macam tu je tak mampu buat kita rasa cool down. Kena ada cara jugak nak nikmati kopi tu. Ada orang kena minum kopi sambil tengok permandangan yang indah baru dia rasa tenang. Jadi kalau korang rasa tak tau nak nikmati secawan kopi macam mana meh tengok lelaki lelaki seksi, hot & spicy ni nikmati kopi dengan cara mereka sendiri untuk cari ketenangan. Ada yang sanggup panjat atas bumbung untuk cari ketenangan sambil minum kopi. Penting sangat kita pujuk diri sendiri bila kita rasa tertekan sangat sebab kita tak boleh harap orang sentiasa ada di sisi kita setiap masa untuk pujuk kita setiap waktu.

Moral of the story.. Misteri suara kejam akan terus jadi misteri yang menyeramkan kerana ia hadir dengan berbagai sebab & punca cuma suara misteri tak mampu jadi suspek walau ia mendorong seseorang melakukan jenayah. Jadi kawal emosi, kawal perasaan.. jangan ambil benda terlarang atau jangan amalkan sesuatu yang salah, Insya Allah suara misteri takkan muncul di telinga anda.

BAWA GARAM KASAR PERGI BERCUTI ELAK DI GANGGU JIN

BAWA GARAM KASAR PERGI BERCUTI ELAK DI GANGGU JIN. Garam kasar memang salah satu yang di gunakan untuk rawatan berkaitan sihir & jin ni. Tu aku tak nafikan la. Sebab apa yang aku baca jin memang tak suka dengan garam ni. garam salah satu benda yang boleh menakutkan & mencederakan jin Jadi tak berapa pelik jika garam kasar di jadikan "pemagar" untuk menghalang dari di ganggu makhluk halus @ jin ni.

Macam ni rupa garam kasar yer.. Sumber Google

Tapi ada juga yang aku baca cara ni tidak di gunakan dalam rawatan Islam hanya di gunakan dalam rawatan alternatif yang di warisi dari zaman dahulu kala. Tapi dalam blog Pusat rawatan Islam Al Qayyum mereka juga ada menggunakan garam kasar untuk rawatan memagar dari gangguan jin. Pusat Rawatan Al Qayyum ni aku pernah pergi memang cara dia merawat tak meragukan. Perawat juga terdiri dari kalangan mereka bergelar Ustaz. Bacaan ayat2 Al Quran & cara merawat jugak takde pulak pelik. Sama je macam aku tengok ustaz2 dari Darussyifa merawat. Tak tau la satu blog ni aku baca cakap kaedah guna garam kasar tu cara yang di ajar jin. Jadi untuk lebih kepastian maka korang pergi la merujuk kepada mereka2 yang lebih arif. Kita tidak layak membuat kesimpulan apa yang betul & salah.. ye dak??

Tapi kita jarang sangat nak bawa garam kasar atas tujuan untuk mengelak dari gangguan jin @ orang putih suka gelarkan mereka roh jahat padahal jin ni bukan dari jelmaan roh siapa2 kot. Depa memang wujud sebagai makhluk ghaib bernama Jin. Anak aku pun pernah kena gangguan masa pergi bercuti kat Melaka dulu. Takkan nak ulang cerita yang sama kot. Kalau hangpa nak tau alkisah pasal anak aku kena gangguan dari sebuah hotel kat Melaka ni boleh baca kat sini >> PENGALAMAN SERAM DI SEBUAH HOTEL MELAKA<<

Pun macam tu.. Tak pulak aku rasa akan bawa garam kasar masa pergi bercuti walau ada pengalaman macam tu berlaku pada aku. Tapi jangan tak tahu masih ada orang yang amalkan bawa garam kasar ni sebagai pelindung dari gangguan makhluk halus. Macam lawak jugak aku baca. Sampai gitu dia takut dengan makhluk halus ni kan. mat saleh yang kita rasa macam moden dengan kehidupan barat style pun ada jugak amalkan benda ni. Tapi berbaik sangka je la. Dia cuma ambil langkah keselamatan dari awal. Yelah.. Jalan jauh tak tau mana tempat kita singgah tidur. Tak tau tempat tu entah2 ada penghuni yang kita tak nampak kan.. Benda tak mustahil boleh berlaku. Apapun sebagai umat Islam kita haruslah memohon perlindungan dari Allah.

Tapi tu bagi aku tak rare sangat la. Ada orang pergi bercuti bawa sekali dvd player Uolls. Aku yang suka tengok dvd cerita seram pun rasanya tak obses nak tengok dvd sampai macam tu sekali. Bukan bawa dvd player je.. Kalau korang nak tahu apa lagi benda yang kadang2 kita tak jangka orang akan bawa bila pergi bercuti korang baca sendiri kat sini >> Inilah barang2 yang kita takkan sangka ada orang bawa dalam Luggage Bags ketika pergi bercuti <<

Moral of the story.. Aku kalau nak pergi bercuti benda paling banyak aku suka bawa pakaian jer kadang2 terlebih pun ada. Macam tak confident je kalau bawa cukup cukup. Hahahaha

AWAS! QARIN MODEN YANG BERDAMPING DENGAN KITA BUKAN LAGI JIN

AWAS! QARIN MODEN YANG BERDAMPING DENGAN KITA BUKAN LAGI JIN. Qarin.. hangpa tau ka apa tu Qarin? Ok ok.. bagi yang masih tak tau apa tu qarin meh la aku bagi info sikit tentang Qarin. Qarin adalah jin yang berdamping dengan manusia macam kembar. Setiap manusia yang lahir ke dunia ada qarin sendiri. Qarin ni ada kafir & Islam.. Yang kafir macam biasa la akan mendorong kita buat benda2 tak baik & Islam mengajak kita membuat kebaikkan.


Tapi Qarin versi digital yang aku nak cerita ni Qarin Zaman moden. Dia tak lahir bersama manusia tapi kebanyakkan generasi baru sekarang lahir2 je memang dah kenal Qarin ni. Budak sekarang seawal 1 hari pun dah di dedahkan dengan Qarin berteknologi tinggi ni. Jadi dia membesar pun bersama Qarin versi digital ni. Qarin ni pun membawa 2 perkara jugak. Kalau salah guna jadi keburukkan.. kalau di gunakan dengan betul dapat la manafaat. Qarin ni jugak sekarang ni banyak menjadi punca penceraian. Bukan punca penceraian je malah melalui Qarin jugak melahirkan ramai penipu,penyamar & pemfitnah. Besar impak Qarin versi digital ni.. Pendek kata Qarin ni jugak banyak merosakkan hubungan antara manusia.

Qarin versi digital ni ada macam jenis.. samsung.. iPhone.. lenovo..bla.. bla.. dot com. Banyak sangat bangsa dia tak tertulis aku dalam entri ni. Bukan je banyak jenama tak kurang jugak dalam pelbagai bentuk & rupa paras begitu jugak dengan harga. Ni bukan jenis Qarin yang include masa lahir ok! Ni Qarin yang di jual di kedai2 gadget elektronik. Qarin buatan manusia. hahahhaha

Itulah Qarin versi digital yang buat manusia tak boleh berenggang dengannya. Dari celik mata sampai tutup mata melekat je kat tangan macam kembar siam. 24/7 tak pernah berpisah.

Beli mahal kadang2 kita rasa sakit hati jugak dengan kewujudan dia dalam hidup kita. Rasa macam nak musnahkan tapi sayang. Cuma bukan semua orang jenis sayang Gadget Qarin ni.. Ada jugak yang lebih sayangkan hubungan yang terjalin jadi depa ambil keputusan memusnahkan Qarin Smartphone dengan cara yang kita sendiri tak sanggup nak buat. Inilah cara paling kejam pernah aku tengok. Kalau korang nak tau caranya meh tengok kat sini >> 10 cara memusnahkan telefon anda tanpa ada rasa menyesal kemudian hari <<

Moral of the story.. Memang tak banyak beza antara Qarin & gadget2 sekarang. sebab tu aku gelarkan dia sebagai Qarin. Apapun tak semua Qarin tu membawa kejahatan macam tu jugak dengan smartphone kita cuma yang menentukan baik atau buruk cara kita gunakannya.

VIDEO SERAM ONLINE YANG MEMBUNUH PENONTON UNTUK HIDUPKAN SYAITAN

Hari ni segmen seram serik lekat lekit bersiaran awal sikit. Kesian jugak asyik malam jer baru nak post cerita seram. Ingat semua peminat cerita seram ni berani2 sangat ke? Ada orang minat tapi penakut maka dia pilih time2 yang tak berapa seram untuk baca @ tonton cerita seram. Bukan semua orang macam aku yang kalau boleh bila tengok @ baca cerita seram nak feel seram tu.. tu sebab aku pilih malam. Tapi Malangnya deria seram tu tak jugak sampai.


Hari ni nak cerita satu kisah berkenaan seorang perempuan sihir yang mati di bunuh oleh penduduk setempat kerana membunuh ramai orang dengan sihirnya. Mayatnya di buang dalam sebuah perigi. Biarpun jasad dia dah mati namun Roh dia seolah olah masih hidup. Ada seorang lelaki yang suka menyendiri & mengkritik di laman sosial cuba menghidupkan kembali perempuan sihir ni bagi tujuan membalas dendam pada haters yang mengkritiknya. Dia perlu cari satu jasad yang sesuai untuk Roh jahat ni bagi menghidupkan kembali perempuan yang ada ilmu sihir ni. Banyak yang di bunuh tapi tak ada seorang pun yang sesuai untuk roh jahat ni.

Dia telah mengupload satu video seram di internet bagi memerangkap orang yang menontonnya. Semua yang menonton akan mati selepas tu. Dia buat bagi tujuan mencari jasad yang sesuai untuk menghidupkan semula Roh jahat ni. Sehinggalah seorang guru wanita yang mempunyai kuasa mistik dari kecil.. Dimana dia boleh mengalahkan sesiapa sahaja yang menjadi ancaman kepada dia dengan hanya menjerit. Dan itulah jasad yang di cari Roh jahat tersebut. Dalam pada yang sama ada seorang polis yang menyiasat kes2 kematian misteri yang melibatkan mereka2 yang menonton video tu dapat membongkar misteri tersebut & berjaya menemui tempat semua mayat2 yang di bunuh bagi tujuan mencari jasad untuk Roh jahat ni. Semua yang di bunuh di buang ke dalam sebuah perigi. Tapi polis ni akhirnya terkorban bila di serang hantu kaki panjang yang jalan merangkak. Rupa dah macam belalang pulak aku tengok.

Roh perempuan jahat ni terus berusaha untuk dapatkan jasad cikgu wanita ni akhirnya tewas bila video sumpahan tersebut di musnahkan oleh teman lelaki cikgu perempuan ni pada mulanya jugak di culik untuk memerangkap cikgu perempuan ni. Akhirnya.. Roh jahat tersebut dapat di musnah.

Tu la review filem Sadako cara melekat lekit. Filem ni hantu dia lebih kurang macam hantu filem the Ring cuma beza hantu the ring adalah dari video tape & keluar dari skrin TV tapi hantu sadako dari video yang tersebar di Internet & keluar dari skrin pc @ smartphone untuk membunuh mangsa yang menonton.Tapi dua2 keluar dari perigi jugak. Standard rambut panjang. Yang bosan filem Jepun ni starting dia..  sementara nak tunggu datang babak2 yang best tu Ya Allah bosan tahap kritikal. Majoriti filem seram jepun macam tu. Kena sabar jugak untuk sampai ke part yang best & mendebarkan.

Untuk koleksi peribadi. Doakan sampai aku boleh buka kedai sewa dvd seram hahaha

Kesimpulannya.. Filem ni kategori boleh tonton. Bukan baru sangat tapi sebab tak berapa lama dalam filem 2012 so dvd dia pun senang nak cari. Kalau korang jenis belasah movie kat online jer melambak boleh cari yang full movie.

Moral of the story stok dvd seram untuk tengok dah habis.. next week kena bertapa memburu hantu baru gamaknya. hehehehe

MELAYU WAJIB MAKAN DAGING KALAU TAK JADI HINDU

Amboi tajuk entri berbunyi racist tak racist.. Petik2 agama orang lain pulak tu. Berani sungguh la lekatlekit ni... Nak melekat dalam jail ke hapa? Apa nak tajuk kita nak cerita pasal benda betul.. bukan benda rekaan semata mata untuk menganggu sensitiviti agama orang lain, kan?

Sumber google

Kisah ni sebenarnya dah lama berlaku. Dalam bulan march haritu.. Lokasi kat sebuah gerai Sup Meletop area Sri Gombak. Kalau korang rajin merayap kat situ rasanya kalau tak pernah singgah pun mesti pernah nampak gerai dia tepi jalan. Kat situ ada carwash. Tempat dia banyak tikus besar2.. maybe sebab kawasan dia semak sikit di tambah ada gerai makan. Aku pun tak tau sampai aku singgah & duduk makan baru aku nampak tikus berlari lari dekat2 dengan carwash tu.

Alkisahnya hari tu kami laki bini singgah makan. Aku makan bihun sup.. asben makan nasi ayam. Nasi ayam tu biasa la dia akan sertakan dengan sup kosong sekali. Asben aku ni tak makan daging.. jangan kan daging, air rebusan daging buat sup ke hapa ke memang dia tak makan. Pendek kata apa jer ada berkaitan dengan daging dia tak makan. Bila dia bau kuah sup bau daging maka dia tak makan.. so dia panggil la pekedai tu tanya kot2 ada sup ayam. Minta satu mangkuk.. dah la gerai kot tu seciput je besarnya.. antara meja aku dengan dapur ko pun sekangkang kera je jaraknya.. boleh la sampai dapur dia.. dia boleh mengomel dengan kawan dia kat situ dengan ayat.. "Hindu ke hapa tak makan daging".

Amboi.. kau fikir tak makan daging tu hindu jer.. Kalau orang melayu Islam wajib kena makan daging ker? Dah orang tak makan.. kau sakit kenapa? Kalau takde cakap takde! Kalau boleh cakap tak boleh! takde orang nak hadap makan kat gerai ko yang bukan cantik sangat pun.. makin buruk dengan ko yang bermulut longkang tu. Hagak2 la nak mengata pun biar la pelanggan tu jauh dari pandangan mata. Ni macam kau saja je nak sakitkan hati orang. Maka dengan rasminya itulah kali pertama & terakhir. Kalau dia bagi layanan 1st class pun tak rasa kami akan datang lagi sebab makanan kat situ pun biasa2 jer.. inikan pulak dia menghamburkan kata2 puaka tertutup terus niat nak datang lagi.

Moral of the story.. Nak meniaga mulut kena jugak jaga. Jangan main sembur tak baca bismilillah dah. Soal taste pelanggan ni bukan hak peniaga nak tentukan. Orang makan @ tak makan sesuatu ada sebab2 tertentu bukan sebab agama jer. Jangan suka2 nak menghindukan orang tak makan daging. Tu namanya bebal.


ALASAN DARI SUDUT AGAMA MUNGKIN BUAT NAMA ANAK SCHA & AWAL JADI KONTROVERSI

Kecoh bila Awal Ashaari & Scha Al Yahya umumkan nak Letak nama anak depa Lara. Ramai peminat depa tak setuju dengan alasan yang logik la jugak kan. Tapi ada jugak la yang sokong katanya Nama tak membentuk atau mempengaruhi keperibadian, perwatakkan atau perangai dia bila besar nanti. Erkk... Betul ke nama tak mainkan peranan penting dalam kehidupan hanya sekadar untuk jadi panggilan & identiti je? Siapa kata.. meh kita study sikit..

Kenapa Islam menuntut kita meletakkan nama anak yang membawa maksud yang baik? Islam tak menyuruh umatnya berbuat sesuatu yang sia sia, ok! Jadi sama kita belajar kenapa dalam Islam di tuntut meletakkan nama yang baik kepada anak..

Info penuh & Sumber rujukan sila clik Shafiqolbu

Aku ada kawan masa belajar kat kolej dulu. Nama dia ni mak bapak dia tersilap letak.. Nama dia tu tak silap aku salah satu nama neraka. Aku tak tau la dia dah tukar ke tak nama tu sekarang tapi masa belajar dulu dalam IC dia still nama yang tu cuma tak di panggil dengan nama yang di beri masa lahir. Nama panggilan dia lain.. Dalam kes tu nak salahkan mak bapak dia tak boleh.. mungkin kurang info & pengetahuan dalam memilih nama buat mereka tersilap bagi nama.

Kesimpulan.. lara nama kepada anak pasangan selebriti scha al yahya & awal ashaari tu kita biasa dengar perkataan tu mengambarkan derita kan, jadi mungkin peminat depa rasa namakan anak dengan nama Lara seolah2 mendoakan kehidupan anak tu nanti derita la kot walau kat barat nama Lara tu dah biasa orang guna. Aku pun tak sure maksud nama lara ni cuma mungkin peminat depa rasa nama Lara tu membawa maksud tak baik even lara tu perkataan bahasa melayu & aku sendiri tak sure samada perkataan tu ada dalam bahasa arab atau tak.

Jadi jangan yang anggap nama tu tak mainkan peranan dalam kehidupan seorang manusia. Yer betul.. didikan yang baik tu memainkan peranan penting untuk membentuk seorang manusia menjadi baik tapi nama yang baik juga umpama satu doa yang baik setiap kali orang menyebutnya. Sebab tu penting pilih nama yang baik & ringkas senang orang sebut nama penuh, kan? kekekeke

P/S : tapi kita dah biasa suka pendekkan nama even dah ringkas. Bunyi manja sikit katanya.


INILAH BLOGGER YANG PALING TAK DI SUKAI RAMAI

Dua tiga hari lepas cerita pasal blogger paling bahaya, ni cerita pasal blogger tak di sukai ramai pulak. Aduhai.. siapa gamaknya? Jangan risau blogger malaysia jugak. Tak popular mana pun. Bukan semua orang kenal pun.. tapi tak sangka pulak yer menjadi blogger paling tak di sukai ramai...

Semua orang mesti nak tahu kan siapa blogger tu kan?? Korang memang kiah propa la.. suka sangat isu yang krik.. krik.. krik.. gitu. Hahahahahaha.. ni kira macam kesinambungan entri berhati hati dengan blogger ni.. (malas nak link kalau nak baca search sendiri yer). Kalau haritu katanya orang lain kata.. tapi kali ni dia sendiri akui di sokong dengan kata2 orang lain.. katanya.

Muka blogger yang katanya tidak di sukai ramai.. maybe kurang lemak berkrim kot. hahahaha

Katanya daku ni mulut dajal & celupar buat orang tak suka.. Mula2 aku tak perasan status tu untuk aku. Aku ni memang la malas nak hadam sangat bila baca status orang yang tengah beremosi.. sebab lalu kat news feed kita baca jer la.. tapi dia sambung meluahkan rasa kat komen status tu sorang2 & bagi hint2 yang benda tu tuju kat aku, maka aku tahu la aku. haritu sang adik ni cakap ada orang suruh dia berhati2 dengan aku & bagi 5 star kat dia sebab berani berdebat dengan aku (inilah benda dia hint kat status dia tu. confirm la untuk aku kan?? hahahahaha). Tapi dia kata dia tak kisah pun.. bagi pandangan dia kat aku masa tu ok sebab kononnya aku ni terus terang bukan jenis baling batu sorok tangan. Katanya pada masa itu.. Katanya hari ni & semalam dah berbeza.. sebab aku tengok dia sangat beremosi dengan status2 aku ni.. maka aku pm la dia. cakap elok2.. kalau rasa tak tahan baca status aku, simple jauhkan diri. Buat la apa yang patut supaya dia tak nampak lagi status aku, tetiba jer dia up status kata aku saiko suruh dia unfriend aku. Tak semestinya kena unfriend, kecualikan dari muncul kat news feed pun boleh kalau dia ada niat nak stalk wall aku sekali sekala kan. Aku kalau rimas baca status orang, aku memang buat camtu. Tak perlu unfriend.. nanti dah reda isu aku tak suka baca tu, aku follow la balik. Niat aku bukan nak putus kawan ke hapa, just taknak bagi timbul rasa benci bila isu yang aku tak suka tu aku dok baca hari2. Lagipun bukan aku pun yang add dia dalam friendlist aku.. aku terima je seadanya. Tapi dia pilih nak balas apa aku cakap kat wall dia dari bincang secara privacy so aku rasa, biarlah. Dia kata tak berkudis pun dengan apa yang aku cakap.. bagus la dik kudis ni parut tak cantik tapi tak bahaya sangat berbanding makan dalam. Nampak awak macam makan dalam jer.. kekekekeke

Bagi aku guna point yang orang lain pun tak suka sipolan ni sebab sipolan ni memang camni.. camtu bagai.. point yang biasa untuk orang buktikan bahawa seseorang yang dia pandang buruk tu sememangnya di akui buruk oleh orang lain. Normal la tulis blog atau aktif di laman sosial ada orang suka & tak. Ben Ashaari yang banyak cerita pasal anak dia pun ada orang tak suka nak2 lagi aku yang jenis cakap pasal isu2 semasa & sekeliling aku ni kan.. Aku tak rasa terkejut pun kalau ada orang tak suka kat aku.. Tapi yang pasti aku takde list sapa2 sebagai musuh aku jadi aku tak boleh teka siapa yang budak tu cakap yang tak suka aku tu. Tapi benda2 remeh.. sapa suka.. sapa tak suka tak perlu nak siasat sangat. Kita sendiri tahu, kita takkan mampu buat semua orang suka kita even kita dok diam tak buat apa2 pun. Itu kenyataannya. Apatah lagi bila kita buat sesuatu.. so, benda normal. Nak tak nak itu yang kita perlu hadap.. hadap kenyataan ada orang suka & ada orang tak suka kat kita.

Kepada adik itu.. even sang akak ini perasaan dua watak si adik itu sejak dari dulu lagi, tetap sang akak tak unfriend sebab sang akak rasa benda ni tak bagi side effect pada sang akak sebab sang akak tak pernah letak kepercayaan pada sapa2 yang sang akak kenal kat alam maya. Jadi nak jadi berapa watak sekalipun.. sang akak tak rasa tergugat cuma dulu tak berapa jelas dua watak tu  tapi bila dah emosi baru clear. Jadi.. macam akak nasihat la.. kalau rasa hidup di selebungi sakit hati sangat dengan status akak, cari penyelesaiannya. Untuk apa hadap benda yang menyakitkan sedangkan hati kita tak boleh nak terima..Peace!

P/S : Beza bila orang dewasa bercakap dengan orang dewasa & orang dewasa cakap dengan orang tak berapa dewasa perangainya memang ada perbezaan. Jadi.. kena banyak sabar, tak paham kena explain sampai paham atau buat tak tahu jer kalau rasa dia buat2 tak paham.. kan... kekekekeke

P/S : Tak perlu rasa down sangat kalau ada orang kata dia tak suka kita sebab orang yang tak suka kita tu pun ada orang lain yang tak suka dia.


JOM BACA ENTRI LUCAH KAT BLOG NI RAMAI RAMAI

Sapa nak baca entri lucah mai sini cepat2! Sapa baca tajuk jer confirm rugi sebab tak boleh baca & tengok benda2 lucah yang terdapat dalam blog melekit ni. Yang kaki2 porno tu harus clik lelaju sebab blog ni memang sedang berusaha menyumbang cerita2 lucah.. kalau boleh video lucah pun nak attach sekali bagi gempak sikit. Biar dapat traffic juta2... Ha.. tudia! Kali ni baru puas hati kalau nak kena sembur tak usul periksa pun. Apa kes ni sang lekatlekit?? Ni nak cerita la kes dia...

Ini adalah kejadian pertama sejak 4 tahun den berblog. Sesungguhnya sepanjang den berblog tak pernah terfikir pun nak buat entri lucah ataupun ada unsur lucah tak kira dari susunan ayat, bahasa ataupun perkataan. Tapi bila ada manusia yang suka menilai dari tajuk entri jer.. maka terjadilah perkara ni.

Perkara apa?? Perkara di mana satu entri di blog den yang den ping kan di salah satu group kat Facebook telah di reported sebagai entri lucah. Terkejut jugak la.. sebelum den di beritahu entri den kena reported macam tu ada la sebelum tu sorang minah ni budget suci murni sangat sound den kat salah satu group blogger kat FB.. katanya den menyebar fitnah sedang dia tak baca pun entri tu. Daku pun tak berapa paham fitnah apa yang di maksudkan. Yelah fitnah bermaksud cerita yang tak wujud tapi di reka2 untuk menjatuhkan seseorang tapi entri tu just kisah yang di ambil dari akhbar sekadar untuk di ulas di blog melekit. Takde pulak den attach nama penuh atau muka orang tu kat blog. Tak sentuh pun maklumat peribadi cuma yang den tulis dalam entri tu pandangan den terhadap isu tu & kesan untuk budak2 di masa depan. Fitnah ke kalau camtu? Korang nak tahu isi kandungan entri baca & nilai sendiri kat SINI


Bila di luahkan kat FB ada jugak yang kata tajuk entri tu menyumbang pulak pada orang untuk mencari benda2 yang tak senonoh sebab katanya dia pun bila baca tajuk entri tu terus search video yang berkenaan. Kalau otak kau dah otak blue jangan salahkan orang & jangan nak cari salah orang sangat la kan.. Dah bangka pun nak kata orang pengaruh dia buat benda2 jahat awat akai takdak ka nak pikiaq. Jangan jadi macam lagu bangau oh bangau sangat la. Semua silap nak letak atas bahu orang. Nak2 lagi video tu memang kau google pun takkan dapat. Mungkin tersebar di kalangan orang2 terdekat je kot.



Ye betul! kritikan daripada orang yang hanya baca tajuk hanya sampah semata mata, hokay!

Kalau betul la tajuk entri Bila video seks ustazah tersebar mampu memberi impak negatif pada orang yang hanya baca tajuk jer betapa berpengaruhnya la den kan?? Kalau den nak bagi gempak tak payah letak perkataan BILA tu.. sebab bila tu bermaksud kesan bila benda tu tersebar. Bila tersebar.. maka ada kesan negatif kat situ. Kalau nak traffic juta2 lemon baik den letak je tajuk VIDEO SEKS USTAZAH. Kan lagi gempak, betul tak??

Di pendekkan cerita la.. jangan menghukum sebelum selidik apa benda yang kita nak jatuhkan hukum tu. Hanya baca tajuk terus judge benda tu fitnah.. benda tu lucah.. benda tu tak senonoh.. tu bukan perangai orang yang cerdik kot. Kalau manusia boleh scan semua cerita hanya dengan baca tajuk.. maka kita dulu sekolah tak payah hafal nota. Baca tajuk pun dah cukup la. Kalau nak kondem ke komen ke kutuk ke keji ke hapa ambil la sikit masa baca dulu. Bukan apa takut apa yang kau kata tu kena kat batang hidung kau balik. Yelah kau tuduh orang sebar fitnah dalam pada masa yang sama kau yang menfitnah orang yang kau tuduh tu. Sendiri mau ingat la kan..

Pada yang baik hati report entri den sebagai entri lucah tu terima kasih la. Hanya Allah je mampu membalas jasa kau tu. Siapalah den nak membalas segala apa yang kau buat pada den tanpa usul periksa.

P/S : Bila den nak leave group tu tetiba je kena sound nak jadi blogger kena kental. ni bukan soal kental ke kenyal.. ni soal menjaga hak sendiri dari di sabotaj orang lain. dah tau ahli group tu jenis yang suka hukum orang tak tentu pasal harus la clik leave kan?? Nak tadah kepala suruh orang pijak lagi buat apa. Banyak lagi group blogger kat FB tu tak payah gigih sangat la pada group yang ada ahli yg suka khianat orang tu.

P/S : Pada yang beranggapan tajuk entri tu boleh mempegaruhi orang untuk melakukan perkara negatif dengan hanya baca tajuk & anggap kebanyakkan orang hanya baca tajuk entri je.. untuk pengetahuan korang entri tu dah cecah dekat 2k++ views.. yang berbunyi sumbang umpama langau yang mempertikaikan tajuk entri tu cuma sorang dua je, hokay! Jadi kesimpulannya orang bila baca tajuk entri yang hot kebanyakkan akan clik link ke blog tu untuk membaca kisahnya.. sekerat dua jer yang baca tajuk terus buat judgement. Setakat ni orang yang baca entri tu takde la kata entri tu ada unsur fitnah atau menyebarkan perkara lucah.

P/S : Apapun terima kasih kepada yang memberi pandangan tak kira la cuma baca tajuk atau baca keseluruhan cerita tu. Dan terima kasih juga pada yang bagi info pasal reported tu.

p/s : Entri ni berkisah kejadian sebelum raya aidiladha. Nak post hari raya macam tak best pulak. Boleh spoil mood raya jadi draft dulu ler..

SIFAT HANTU YANG BOLEH DI CONTOHI

Hantu?? Menakutkan! Jahat! Kejam! Seram! Buruk! semua tu kita gambarkan pasal hantu tapi kita tak pernah tahu & tak pernah fikir ada sifat2 hantu yang sepatutnya kita contohi. Tak semua yang buruk itu jahat, kan??

Mesti korang tertanya tanya sifat hantu apa menda la yang boleh di jadikan contoh ni. Hantu tu kan setan.. setan mana ada baik.. Op's nanti dulu. Jom tengok ni ada sifat2 hantu yang boleh kita jadikan teladan & kita patut malu kat hantu kalau kita tak mampu adakan sifat ni dalam diri kita..

Sumber Facebook

hahahahaha.. Jangan marah ok! sekali sekala kita kena ada jugak entri ringan2. Tak boleh manjang entri serius je kan?? Tapi dalam lawak2 pun ada jugak moral of the story, kan?? Salam Jumaat buat semua. Peace

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com