Showing posts with label kitten. Show all posts

APA RASA BUANG ANAK MAKHLUK LAIN?

Sungguh aku tak paham.. sungguh aku memang tak boleh cuba paham apatah lagi cuba merasai apa yang mereka tu fikir  & rasa. Sungguh aku tak mampu nak letakkan diri kat tempat orang - orang macam tu sebab aku tak memiliki sekeping hati yang kejam.. Sebab tu aku tak boleh langsung nak menjiwai perasaan spesis manusia macam tu..

Spesis manusia macam mana sang lekit?? Ni ha.. spesis manusia yang takde perikemanusiaan. Mentang2 dia manusia.. Dia rasa bumi ni dia la yang punya. Manusia yang suka buang kucing.. OK.. kucing yang dah boleh berdikari mungkin walau susah nak survive hidup di jalanan at least dia boleh jugak mengelak dari sebarang ancaman.. Ni anak kucing.. mata pun tak berapa celik lagi.. jangankan nak lari dari ancaman.. nak makan pun tak reti. Yang dia tau minum susu mak dia jer.. Pun ada manusia yang berhati syaiton sanggup buang. Sama la macam kau nak bunuh budak kucing tu kan??

Akai letak mana pun tak tau. Bagi sang lekit la kan.. spesis macam ni tak mustahil kalau dia terberanak anak luar nikah @ couple dia terberanak sebelum nikah sanggup buang anak jugak. Tahap simpati & kasih sayang yang ada dalam diri dia terlalu la tipis & nipis. Perikemanusiaan dia pun rasanya.. tak berapa nak manusia sangat dah. Nak kata kebinatangan pun.. binatang takde lak buang anak dia apatah lagi anak makhluk lain. Jadi layaklah kita gelarkan dia perikesyaitanan..

Kalau spesis minah ni anak dia sendiri pun dia gamak campak dari tingkat 3 apatah lagi kalau anak kucing.. kan??

Bila sang lekit dok tengok status berunsur advertiser untuk cari adopter kepada anak2 kucing yang masih bergantung pada susu ibu kat fanpage2 haiwan2 kat FB tu.. tersentuh sangat hati ni. Kalau yang dah makan senang.. boleh bagi makan je.. yang menyusu ni aduhai sementara nak carikan dorang ibu angkat, bayangkan la anak2 kucing ni menahan lapar. Apa agaknya rasa di hati manusia yang berhati syaitan ni bila tergamak membuang anak2 kucing yang masih menyusu?? Apa rasanya yer.. tak paham sungguh aku!


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com