Showing posts with label booth. Show all posts

TOLONG JANGAN JUAL MAINAN KANAK KANAK DI HOSPITAL KERAJAAN

TOLONG JANGAN JUAL MAINAN KANAK KANAK DI HOSPITAL KERAJAAN. Dah lama aku rasa benda ni pihak kerajaan & pihak hospital kerajaan kena alert. Menyewakan tapak jualan di hospital. Aku tak kisah sangat kalau booth tu jual makanan, pakaian jer.. Tapi aku rasa jual mainan kanak kanak ni sangat tak perlu ada kat situ nak nak lagi hospital kerajaan. Nak tau sebab apa aku rasa tak perlu ada? Teruskan membaca

Kita sedia maklum yang banyak menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan ni dari golongan miskin & sederhana sebab tak mampu nak bayar mahal. Jadi memang hospital swasta ni untuk golongan orang ada ada atau golongan yang ada medical card dari company bagai.. Walaupun masih ada orang kaya guna khidmat hospital kerajaan tapi tetap yang banyak golongan susah & golongan sederhana macam aku ni. Yelah jumpa pakar hospital kerajaan bayar RM5 jer.. kalau swasta siap beratus  la sekadar nak check up perkembangan anak je. Aku tak kisah sangat kena tunggu lama..  Sebab kita sedia maklum hospital kerajaan ni ramai.

Ada yang datang hospital kadang2 cukup duit tambang jer.. Mungkin anak dia perlu rawatan atau pemeriksaan. Mungkin jugak dia sendiri yang nak buat rawatan atau pemeriksaan kesihatan. Sebab tak ada orang jaga anak dia.. mungkin terpaksa bawa sekali. Anak pulak kecik lagi belum cukup akal. Bukan dia paham mak bapak dia ada duit ke tidak.. Lalu nak masuk ke tempat pendaftaran sampai 2 ke 3 booth jual mainan kanak kanak kalau kat hospital sungai buloh tu.. Anak merengek nak beli. Mak bapak tak cukup duit. Meraung la anak sepanjang dok tunggu nak jumpa doktor.

Kisah tu memang ada berlaku. Aku pernah tengok satu family ni anak ramai datang hospital pergi makan kat kafe. Depa cuma ambil pinggan jer.. Makanan bawa sendiri. Makanan pun nampak sekadar lauk goreng & sayur. Dari penampilan & cara memang nampak susah. Anak kecik kecik lagi.. Bayangkan la budak2 sekecil tu nampak orang jual mainan meraung nak beli.. Allah sedihnya. Kat situ membuktikan ada orang makanan pun tak mampu nak beli dari kafeteria hospital apatah lagi mainan untuk anak anak dia.

Aku rasa tak perlu pun pihak hospital nak sewakan tapak jualan untuk peniaga yang jual mainan ni. Aku rasa kejam sangat la booth mainan yang di letak strategik kat laluan orang nak menuju ke kaunter pendaftaran macam kat hospital sungai buloh. Nak2 pulak nak ke bahagian pediatric pun guna laluan yang sama. Pediatric ni pepaham je memang pakar kanak kanak kan. Maka yang guna laluan tu parents yang bawa anak anak la ramai. Kau lalu ikut mana pun tetap nampak booth jualan yang meriah dengan mainan kanak kanak. Anak aku pun setiap kali check up mesti nak singgah tapi aku dah ajar dia.. Tak payah setiap kali nampak nak beli. So sebab umur dah  semakin besar.. dia dah boleh terima. Tapi sebelum ni memang merengek jugak kalau tak dapat. Dia bukan tau mak dia bawa cash rm5 je nak bayar servis pakar tu.. hahahaha (ok! aku tipu. Selalu aku bawa cash RM10 sebab nak beli roti & air mineral hahaha). Jadi atas sebab tu memang tak cukup cash la kalau anak aku nak beli mainan. Kalau aku ni.. kategori memang la masih mampu nak beli setakat mainan RM5 macam tu.. Tapi belum tentu semua orang lain pun mampu. Hidup ni belajar untuk fikir tentang orang lain.. Jangan ingat kita mampu.. orang lain lantak la. Sampai satu ketika Allah nak uji kita jatuh susah.. jangankan mainan RM5.. nak bayar air kosong 30sen pun tak mampu.. waktu tu baru kita harap orang faham situasi kita.

Salah satu booth yang jual mainan kanak kanak.. Ni sebab gambar jauh aku candid.. banyak tau mainan yang boleh tahan harga dia jual. Tu satu.. jalan terus sikit berdepan dengan pintu nak masuk ke kaunter pendaftaran ada 2 lagi booth tak silap jual mainan. Matilamak kalau setiap booth anak nak singgah & beli

Jadi booth2 jual mainan kanak kanak ni aku rasa kalau pun nak ada letak la jauh sikit. Pi la letak dekat cafe ke hapa... Jangan la letak kat laluan betul2 jalan nak masuk ke tempat orang nak daftar & jumpa doktor. Menyusahkan mak bapak yang bawa anak anak.. Mana nak pujuk anak tantrum tak dapat membeli belah.. mana nak menunggu berejam nak daftar.. pastu berejam lagi nak jumpa doktor. Bab menunggu tu aku enjoy lagi tapi kalau bab anak tantrum sebab nampak booth2 jual mainan.. nak2 lagi mainan mahal mahal dia dok tayang. Rasa macam nak maki orang yang jual tu tau tak??

Yer.. orang yang jual tu pun cari rezeki.. Cuma aku rasa tak patut kat tempat tu dia berdagang benda2 macam tu. Sebab menyusahkan orang balik. Hope pihak hospital kalau terbaca entri ni sila bawa ke tengah isu ni. Tolong kesian kepada golongan miskin. Setakat nak letak orang jual kerepek ke.. kek ke.. kain pasang ke hapa.. Aku rasa ok lagi. Benda tu tak berapa attract kanak kanak kecil yang tak cukup akal. Tapi kalau mainan.. Memang kejam ok!

Moral of the story..Kalau nak hidup selesa zaman sekarang memang perlu pratikkan 5 perkara ni >> 5 Cara untuk pastikan Kewangan Anda Stabil setiap masa << Kos sara hidup dah tinggi tak kira keperluan atau kehendak. Duduk dalam rumah pun macam2 kos dah kita kena bayar.. apatah lagi keluar rumah. Bukan apa bila ada kewangan yang stabil takde la terdera sangat perasaan anak & keluarga kita.. Kita mungkin boleh mengeluh tapi keluhan kita bukan semua orang peduli... Tak caya kau pergi mengeluh kat gerai2 jualan orang jualan mainan kanak kanak tu.. Ada dia kesah?? Yang dia tau kalau anak kau meraung nak mainan sila la beli.. Takde duit pandai pandai la kau pujuk anak kau.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com