Showing posts with label zarul umbrella. Show all posts

JOM KENAL DENGAN ARTIS MESRA BLOGGER NI?

Wah sang lekit kau pun jenis gedik pancing traffic dengan up entri pasal artis ke? Bukan pancing ke jala ke bom traffic ke apa ke ni nak cerita pasal sorang artis ni yang sang lekit rasa dia agak mesra dengan blogger2 tepian longkang macam sang lekit ni. Sang lekit nak kata tak pernah baca & komen blog artis ni.. tak jugak. Dari dulu ada la jugak blog artis, blog2 mereka2 yang ada pautan dengan seni hiburan tanah air. Ada la jugak berkomen kat blog dorang tapi nak harap dorang datang balik berkomen, jauh sekali la nak follow blog tepian longkang ni amat la jarang berlaku.

Memandang Retis M'sia yang budget dorang hot sangat or orang2 yang kononnya terlibat dalam bidang seni hiburan tanah air yang susah sangat nak mencemar duli kat blog2 tepian longkang macam sang lekit ni, sang lekit buat tak kisah je. Kalau best isu dia tulis, daku komen tanpa berharap apa2 kunjungan balas jauh sekali la nak menyimpan harapan setinggi KLCC dorang akan follow blog melekit ni. Komen @ kunjungan sang lekit kat blog retis ni bukan pasal traffic ke hapa.. blog sapa2 pun kalau daku suka daku baca & daku komen dengan rela. Kau retis ke, mak retis ke, awek/pakwe retis ke,laki/bini retis ke.. Malas nak amik pot sapa di kau itu.

Tapi ada sorang Retis ni sang lekit rasa dia agak mesra blogger la sebab sang lekit baru je berkenalan dengan blog dia.. daku ada la follow & komen. Macam biasa takde la simpan harapan setinggi KLCC hatta harapan tu tinggi tesco 2 tingkat pun tidak sebab untuk si retis tu datang ke blog melekit untuk jenguk apatah lagi nak komen jauh sekali nak follow kan.. sang lekit sedar siapa blog melekit ni, kan?? Tapi yang berlaku sebaliknya la..

Beliau sudi mencemar duli kat blog sang lekit.. Bukan takat follow (kerja yang mudah untuk sapa2 buat) sudi komen 2 3 entri sang lekit yang terbaru. Kiranya kalau sang lekit ziarah blog dia mesti ada kunjungan balas balik la dari beliau. Artis peti sejuk kot sang lekit sebab tu dia mesra blogger kalau artis ketuhar gelombang micro ni tak pandang punya blog ko tu?? Takde la artis peti sejuk sangat.. Artis ni pernah popular tau. Cuma dia menyepikan diri seketika dari dunia seni kemudian kembali meramal.. Artis tok nujum ke pandai meramal ni?? Tu klu dari lagu beliau yang pernah popular. Kalau ingat lagu Ramalan ku benar belaka maka korang ingat akan Zarul selaku vokalis kumpulan Umbrella. Mesra blogger betul abg zarul ni, sudi dia singgah blog melekit. Ada artis yang dulu hot & sekarang dah beku pun susah nak buat macam tu kat blog melekit. Almaklum la blog ni bukan blog macam hanis zalikha, ben ashaari mahupun Ujang, kan?? jadi siapa nak pandang.

Ni Umbrella zaman 90an

Umbrellla baru record lagu baru yang memerlukan sokongan anda jadi marilah kita sama2 menjengah ke blog abg zarul ni then dengar2 la lagu baru dari Umbrella yang berjudul sayang bersebab. Jom le terjah ke blog Zarul Umbrella

Ni Umbrella yang terkini.. ada sikit penambahan daging2 di badan je tapi maintain ensem kan?? kekekeke

P/s : Bagi mereka yang membesar (bukan baru lahir yer) dalam tahun 90an mesti kenal dengan kumpulan Umbrella yang vokalisnya putih gebu tu. kekekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com