Showing posts with label bangang. Show all posts

APA SALAH CAKAP AKU KAU DENGAN MAK BAPAK, DENGAN ALLAH OK JE

Kita bercakap dengan Allah pun aku kau, kenapa dengan mak bapak tak boleh. Depa pun sama je macam kita. Bawak najis dalam perut jugak. Kenapa mesti nak kena guna bahasa ganti diri yang lain.. Yang konon lebih mulia & sopan. Aku kau sudah la. Tak payah nak kasta2.. level2 sangat sesama manusia ni even siapapun dia.

Tu dia statement anak derhaka mana ni?? Tu sindiran yer pada geng KHK yang konon pandai sangat katanya. Semua nak di pertikai. Benda yang tak memudaratkan pun nak jadi pertikaian.. Selalu troll orang meh kita pulak viralkan depa kat blog. hahahahaha


Terbaca status kat Page KHK yang konon mempertikaikan kenapa kita perlu berprotokol sangat cakap dengan raja/sultan sedangkan dia manusia biasa macam kita jugak. Tu apa aku paham di sebalik ayat2 biadap dia yang penuh sarcasm tu. Bengong tahap KHK statement tu tau! Kalau kau kata raja/sultan pun bawak najis dalam perut.. mak bapak kau bawak emas ke dalam perut? Kenapa dengan mak bapak kau.. kau guna bahasa ganti diri yang sopan bila bercakap? Kenapa kau tak cakap aku kau je dengan mak bapak kau? Kenapa? cuba kau jawab? (ini tak termasuk orang sabah yer.. Orang sabah memang tak bunyi kurang ajar bahasakan diri aku kau dengan mak bapak. Tu dah dah sinonim dalam kehidupan mereka seharian tapi kita orang semenangjung ni kalau cakap macam tu.. Kurang ajar jugak la sebab tu bukan adat & adab kita)


Dalam agama kita pun ajar kita beradap bukan dalam adat jer.. Gunakan bahasa yang baik bila bercakap. Dalam hidup kita ni ada adat & adap. Tak semua adat tu merosakkan. Adab bercakap dengan orang tua, ada caranya.. cakap dengan guru.. ada caranya.. cakap dengan mak bapak ada cara & bercakap dengan Raja/Sultan pun macam tu jugak ada caranya. Ia Melambangkan bangsa.. Kalau dah jenis bangsa kurang ajar tak boleh buat apa la kan? benda2 macam ni pun dia nak pertikaikan. Bukan mati pun kalau kau panggil sultan Tuanku atau bahasakan diri kau patik bila bercakap. Kalau tetiba guna bahasa macam tu.. mulut kau terus jadi berulat bagai.. maybe la boleh kau pertikaikan.

Yer kita bercakap dengan Allah hanya ber aku kau.. Tapi tak dengar macam biadap sebab itu bahasa ganti diri yang kita guna dari sejak dulu lagi. Kalau sejak dulu lagi kau panggil sultan KAU jer.. tetiba zaman sekarang nak kena tukar jadi Tuanku.. aku accept la bila kau pertikai. Kedengaran janggal tapi sekarang kau nak panggil Sultan KAU jer.. kedengaran kurang ajar. Bukan sebab perkataan KAU tu yang kurang ajar tapi bila di gunakan pada orang & situasi yang salah ia jadi tak sopan. Kena ikut situasi, keadaan & individu jugak nak guna bahasa ganti diri macam mana. Dalam hidup ni bukan Keluarga di raja je ada protokol bila orang awam nak berinteraksi.. kehidupan kita seharian pun ada protokol jugak. Yang tua atau berpangkat atas dalam keluarga kita ada gelaran2 & panggilan2 tertentu.. cara bercakap pun bukan macam kawan2 lepak simpang jalan. Tu dah kita amalkan sejak dulu kala.. So,Kena jugak paham... Lagipun bahasa kau guna pun memang dengan niat berkurang ajar jugak.

KHK.. aku nasihatkan jangan la kau merosakkan orang dengan ajaran2 sesat macam ni. Secara tak langsung kau ajar generasi muda jadi kurang ajar. So, hati hati nak pertikai sesuatu. Guna akal untuk berfikir jangan hanya guna otak. Haiwan pun guna otak.. sebab tu tak sama macam manusia berfikir. Manusia di beri kelebihan akal maka gunakan sebaik mungkin jangan guna kelebihan haiwan yang hanya ada otak & nafsu. faham??

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com