Showing posts with label penghantaran. Show all posts

TAK SANGKA EZBUY DAH BERUBAH TAHUN 2017

TAK SANGKA EZBUY DAH BERUBAH TAHUN 2017. Lama jugak aku merajuk dari membeli belah kat ezbuy tapi lama tu tak sampai bertahun pun. Selepas beberapa bulan kemudian aku kembali menjebakkan diri dengan membeli belah di ezbuy.. Pertama sebab dalam account prepay ezbuy ada baki.. Sebab ada pembelian yang aku buat ada masalah & pihak ezbuy refund balik dalam account prepay. Bila duduk dalam account prepay nak tak nak.. Kalau nak habiskan kau tetap kena membeli belah kat ezbuy jugak. Takkan nak sedekah kat ezbuy je kat duit kita..


Sebelum ni pembelian aku hadapi macam macam masalah.. Lepas dah proceed payment tetiba barang out of stock.. dua tiga kali juga jadi macam tu. Ada yang item aku order hilang kat warehouse bila sampai Malaysia.. Barang lambat sampai bla.. bla. macam - macam masalah la. Aku pernah tulis entri mengecam perkhidmatan ezbuy sebelum ni sebab bukan aku je hadapi masalah bila buat pembelian dengan ezbuy malah ramai lagi. Ada antara dapat barang tak cukup.. Lebih sebulan barang tak sampai - sampai..

So untuk parcel yang ke 11 aku buat order minggu lepas. Memang la niat tu nak habiskan balance dalam account prepay tapi biasa la.. aku cuma manusia biasa yang iman senipis kulit bawang. Apa yang aku beli memang lebih dari jumlah duit yang ada dalam prepay accout jadi kena la topup lagi hahaha...

Lepas aku proceed tu memang aku printscreen semua.. Barang aku sepatutnya sampai 18 febuari selepas pembayaran di buat.. So aku tunggu samada kali ni barang aku dapat pada masa yang di janjikan atau tidak. Atau service ezbuy masih macam dulu...

Salah satu sebab aku suka membeli belah kat ezbuy sebab murah. Memang aku dah compare dengan website lain harga Ezbuy memang lebih murah ok!

Alhamdulillah 17 Febuari aku check status order aku dah out of delivery & pada petang tu jugak pintu rumah ku di ketuk oleh despatch dari ezbuy sambil membawa bungkusan yang aku nanti nantikan katanya. Apa lagi.. berbunga bunga hati ini menyambut bungkusan di iringi dengan ucapan terima kasih. Tu dia punya seronok keluar habis ayat2 madah berhelah katanya.. Untuk pengetahuan korang aku ambil shipping economy air (shipping kedua paling mahal. Ada yang murah boleh guna pengangkutan air tapi aku tak berapa sabar nak tunggu lebih dari 2 minggu. hahaha) selepas seminggu aku dah dapat barang. Untuk pembelian aku ni kos shipping lebih kurang RM13++

Status 15 Febuari 2017

Status 17 Febuari 2017

Barang2 yang sampai pun Alhamdulillah.. sama macam yang order.  Tak ada cacat cela kat mana - mana. Paling aku puas hati Jogger Jeans tu.. lawa ok walau harga cuma RM27++... normally jeans kalau beli kat pasaraya paling murah RM60 - RM70. Beli kat ezbuy boleh dapat yang cantik2 dengan harga bawah RM30. nak2 jogger.. kat luar susah sikit nak cari.

Tip nak membeli belah kat ezbuy kalau beli satu atau 2 item yang ringan2 & kecik2 ni bagi aku tak berbaloi. Kalau nak membeli belah macam pakaian better beli banyak. Jimat kos shipping & delivery... Sebab tu aku susah nak beli kurang dari 5 item. hahahahaha. Satu lagi T-shirt.. kadang2 even kau size S pun T-shirt china ni mungkin lebih kecil dari standard size. Better rajin2 baca ukuran yang di beri untuk lebih kepastian.

Kadang2 beli online banyak kelebihan dari cash & carry. Nak2 lagi kalau membeli belah kat pasaraya tu yang guna cash money ni. Banyak sangat keburukkan dia.. Antaranya >> 17 Perkara Buruk Bila Membeli Belah dengan membayar Guna Wang Tunai << Berbanding online shopping just transfer dari online banking settle. Tu antara kebaikkan online shopping la.. Kalau cash & carry pun aku jarang bayar guna cash tapi banyak guna debit card. Cash zaman sekarang ni agak berisiko bawa banyak2. Almaklum la zaman jenayah berleluasa ni kan

Moral of the story.. Hidup kadang2 kita kena beri peluang kepada pesalah. Mungkin dia dah berubah kearah yang lebih baik & mungkin perubahan tu lebih baik dari apa yang kita sangkakan. ehehehe

GDEX SUNGAI BULOH PERAM BARANG DARI TAHUN LEPAS MASIH TAK HANTAR

GDEX SUNGAI BULOH PERAM BARANG DARI TAHUN LEPAS MASIH TAK HANTAR. Alkisahnya bulan lepas aku ada membuat beberapa pembelian melalui website lazada.. Salah satu barang tu dari Seller L'Oreal.. Untuk sejenis foundation jenama Maybeline. Yer... yer.. aku gigih beli online padahal aku boleh je beli kat guardian tapi sebab murah. Kat guardian aku tengok RM39.90... Kat website lazada harga RM29.90.. so sebagai pengguna bijak bistari katanya of course la aku beli kat website lazada.


Penghantaran sepatutnya di buat dalam masa 27 - 30 december lepas lagi tapi sampai sekarang barang tu aku masih tak terima. So jadinya dari tahun lepas la kan sebab sekarang dah 2017. Dari tahun lepas ok bukan tunggu barang setahun tak sampai ok! So jangan ada yang mempertikai tajuk entri tu yer.. hehehehehe.

Tunggu penuh kesabaran ok.. Tapi hari ni sebab dah 14 Januari 2017 rasa nak bertukar jadi boboiboy angin & api jugak la kan.. Sebab depa guna courier GDEX so ada la tracking number yang lazada bagi untuk customer buat semakankan. Bila aku check status dia... rujuk gambar kat bawah

Tak tau apa masalah masih tersangkut kat situ..

Kalau kata dia datang hantar tapi aku tak ada kat rumah status dia selalunya Undelivered due to Sorry Card ni memang dia belum hantar. Sebab kalau hantar ada la sorry card kat tergantung depan pintu rumah.

Ni lagi satu courier yang agak bermasalah walau sebelum ni tak ada masalah. Dah la peram barang aku dari 27 Dec 2016 & sampai sekarang check status tak delivery lagi. Kalau call tak pernah berjawab.. Dah mati kena santau ke hapa semua orang kat opis GDEX cawangan sg buloh tu pun tak tau la.. Kalau rasa tak ada staff untuk jawab call kau jangan nak letak no tel untuk di hubungi sangat la..Hangin tau.. Call tak pernah langsung ada yang pickup. Busy tahap neraka jahanam sangat ke semua orang kat GDEX sg buloh tu??

Takkan la bayar delivery kita nak pi collect sendiri. Lemak berkrim di sukai ramai la macam tu.. Dah la sekarang memang ada kekangan masa sikit.. Bertambah angin taufan timur barat utara selatan la jugak. Dah email.. dah mesej kat page facebook & dah try call tapi tak berjawab.. Tunggu je la. Kalau tak hantar kena merangkak jugak la pi ambil lepas tu bagi Takzirah dua tiga patah perkataan baru masing2 dapat taufik & hidayah sikit supaya bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Menatang ni yang aku beli terperam kat GDEX sg buloh sampai hari ni

Hope next week sampai la barang aku. Tak tau nak merujuk kemana dah.. Sebab tak ada masa nak menapak ke GDEX lagi.

Moral of the story.. Yang bekerja dengan syarikat penghantaran macam ni sangat penting untuk jujur, amanah & bertanggungjawab. Kalau tak ada sikap tu.. yang berlaku barang lambat sampai, barang hilang bila sampai kat customer.. barang tak cukup bagai. Ingat.. mencuri tak membuatkan anda hidup senang di dunia & akhirat termasuklah mencuri idea orang..op's walaupun anda mungkin kaya raya tapi mungkin Allah tarik nikmat kesenangan hati tu.

INI YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMBELI PRODUK DI GUARDIAN MELALUI WEBSITE LAZADA

INI YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMBELI PRODUK DI GUARDIAN MELALUI WEBSITE LAZADA. Buat pertama kali aku membeli belah di guardian melalui website lazada.. Erkk.. kang ada yang pening pulak kan. Alah.. produk yang normally aku walk in je kat guardian bila nak beli tapi kali ni aku tak keluar just duduk rumah buka website lazada clik & buat bayaran melalui online banking kemudian tunggu je posmen hantar barang. Macam tu la kaedahnya yer semah.. Jangan nak pening2 sangat.. Kang orang ingat gejala mengandung pulak. hehehehehe


Ahad lepas di mana orang bercuti sempena hari Natal (chrismas) aku duduk kat rumah je asben aku kena kerja. Tak kisah la.. Cuti2 duduk rumah pun banyak benda aku boleh buat untuk tambah pendapatan. Siapkan review2 kat blog salah satunya... Review berbayar harus la kena tulis elok - elok ok! Sebab tengok pencuci muka aku macam jangka hayat tak sampai minggu depan je maka sesaja la.. Godek2 kat lazada sebab aku tau Guardian pun ada jual barang kat lazada. Sebab aku ni peminat setia Guardian Farmasi kan.. So, aku tengok la apa ada kat guardian yang menumpang jual kat website lazada tu. Hampir semua benda yang jual kat Guardian Farmasi ada je kat website lazada tu.

Salah Satu produk yang di jual di guardian farmasi yang ada boleh beli melalui website lazada. Masa aku beli masih free shipping (tak perlu bayar pos). 

Pilih2 dalam 3 barang.. Satu Seller dari Guardian iatu produk Garden Of Eden Rosa T mild Cleanser, Seller dari L'oreal Malaysia foundation jenama maybeline (belum sampai) & Seller dari oversea untuk Oval Brush.. Yang tu pun belum sampai sebab shipping oversea kan. Tunggu la sekejab.


Apa yang best perlu korang tahu bila Membeli belah kat barang yang jual di Guardian melalui website lazada ni.. Penghantaraan dia cepat jugak la.. sebab aku order ahad. Hari cuti.. Isnin pun cuti ganti untuk chrismas. So selasa order tu maybe baru proses pengeposan & rabu sampai la. Kalau Isnin tu tak cuti.. Selasa maybe dah sampai. So penghantaran dia cepat. Lagi satu jimat sebab free shipping. Bermakna kos pos tak perlu bayar. Harga barang macam Garden Of Eden Rosa T Mild Cleanser ni memang sama je macam beli kat Guardian Farmasi RM18.50.. Kadang2 harga cecah RM20 jugak kat guardian tu. So jimat kat situ.. Tak perlu keluar Kos duit minyak ke, tambang bas ke semua tak perlu. Masa pun jimat jugak. Duduk rumah clik clik bayar & tunggu je. So kalau korang busy mengalahkan Ayahanda Rani Kulup tu.. Boleh la membeli skincare ke kosmetik atau apa2 melalui Guardian di website lazada. Jimat segala sudut katanya. Produk ni pun ada jugak jual kat Lazada kalau korang nak beli >> jangan Jeles Tengok Orang Lain Nampak Muda Secara Semulajadi, Mungkin Mereka Pakai Produk ni <<  So, tak payah susah2 sangat nak menapak jejauh cari guardian ke hapa. Online je sekarang. hehehehe

Moral of the story.. Tiada alasan lagi nak beli produk sebab tak ada Guardian berdekatan dengan anda. Penyelesaian yang anda boleh buat di lazada maka guardian akan berada di mana mana sahaja selagi ada access internet. hehehehe

SERVIS HANTAR MAYAT GUNA MOTORSIKAL KERANA KOS AMBULAN MAHAL

SERVIS HANTAR MAYAT GUNA MOTORSIKAL KERANA KOS AMBULAN MAHAL. Kadang2 tak terbayang kita orang orang susah ni apa yang mereka akan buat bila terdesak. Bila dalam keadaan yang tiada pilihan.. Mereka terpaksa guna sahaja apapun kaedah sebagai jalan penyelesaian walau di mata orang lain mungkin akan pandang rendah, sinis, hina & bagi yang berhati mulia sikit mungkin pandangan mereka lebih kepada pandangan simpati & sedih.


Bila terbaca perkongsian kat media sosial tentang servis penghantaran mayat guna motorsikal di Uganda, kerana katanya kos ambulan di sana mahal.. Time ni baru rasa syukur kita kat Malaysia yang masih boleh guna khidmat ambulan dengan percuma. Erkk.. percuma ke? Tapi rasanya percuma la sebab laki aku pun pernah naik ambulan untuk di hantar ke emergency tapi tak di kenakan sebarang kos pun.


Kat di negara2 miskin macam Afrika.. Dah lama miskin lepas tu semuanya nak kena bayar jadi apa yang kita tak pernah nampak berlaku di Malaysia jadi sesuatu perkara biasa di negara mereka. Sedih sangat tengok fenomena macam tu.. Tapi nak buat macam mana.. kemampuan mereka terbatas untuk menyempurnakan penghormatan terakhir dengan cara lebih baik. Tu je yang mereka mampu. So, sama2 la muhasabah diri yer kawan - kawan.. At least orang meninggal dunia kat Malaysia ni takde lagi dengar bawa balik naik motorsikal atau waris dukung jalan kaki bawa balik rumah untuk menyempurnakan mayat tu tapi di negara lain.. Memang ada berlaku semua tu.


Kita rasa kita susah.. Ada orang lain lebih susah maka sedarlah. Kau tak sesusah mana berbanding mereka yang lebih susah. Kalau kau masih mampu duduk & makan kat tempat ni >> Ramai Yang Sanggup Menanti Sepanjang Tahun Hanya Kerana Burger Ni << Sila rasa malu untuk mengaku kau orang susah, ok! Orang susah mungkin tak pernah merasa makan benda2 tu semua walau kau rasa bukan makanan mewah tapi kalau orang betul2 susah bagi dia makanan macam tu dah cukup mewah dah.

Moral of the story.. Walau kita rasa terbeban dengan pemerintahan kerajaan sekarang tapi tetap kita kena bersyukur kita masih mampu survive hidup kat Malaysia cuma jangan terlampau rasa selesa sampai malas nak usaha. Asyik dok harap BR1M jer. hihihihi

PENGHANTARAN LAMBAT,BARANG HILANG, BARANG TIDAK SAMPAI ITU RISIKO ANDA MEMBELI DI EZBUY

PENGHANTARAN LAMBAT,BARANG HILANG, BARANG TIDAK SAMPAI ITU RISIKO ANDA MEMBELI DI EZBUY. Geram tau aku dengan ezbuy. Dalam 1 order aku setakat ni dah 2 barang canceled sebab out of stock. Yang sebelum ni dah pernah berlaku.. Sebab ada balance dalam account prepay ezbuy tu nak habiskan aku membeli lagi. Alang2 membeli nak jimat kos delivery tu aku beli la lebih dari satu barang.. tetiba 2 daripada barang yang aku beli di batalkan oleh pihak ezbuy atas sebab barang tiada stok. Aku rugi dah macam banyak ni..  Sampai aku email je minta refund dalam account bank aku sebab rasa macam tak berminat dah nak membeli. Asyik rugi kos delivery je.. Kalau order lagi kang takde stok aku rugi lagi.


Bila aku masuk ke Facebook page ezbuy malaysia ni.. bukan aku je hadapi macam2 masalah dengan ezbuy ni malah ada yang komplen.. dah sebulan tak dapat barang, barang hilang dalam parcel, penghantaran lambat.. Kalau penghantaran makin lambat memang pun. Dah masuk minggu kedua barang yang aku order tak ada apa2 progress selain prepare shipment dari minggu lepas lagi. Yang dok dapat email.. setakat ni sebab barang out of stock.

Antara komen2 yang aku dapat di page ezbuy malaysia

Yang pelik ezbuy langsung tak ada rasa bersalah atas berlaku. Kalau dah sampai 3 kali barang di order out of stock tapi kat website masih menjual.. sepatutnya ezbuy ambil langkah membayar ganti rugi pada pelanggan. Kot2 nak bagi voucher ke hapa.. Takde langsung ok! Customer service pun kau email memang tak membantu. Jawab pun susah.

Bukan kali pertama kot aku membeli online malah di zalora pun aku pernah terbeli satu barang yang tak sama seperti gambar di paparkan kat website. Siap pihak zalora call lagi aku tu untuk settle kan masalah tu. Ezbuy.. kau jangan harap dia nak call kau.. paling2 dia call masa nak hantar barang nak tanya ada kat rumah ke tidak je.

Sebab sikap tak bertanggungjawab dari pihak ezbuy ni memang aku rak rekemen sangat la membeli kat situ. Biar bayar lebih sikit asalkan terjamin apa yang kita beli. Nak selamat beli je dengan zalora atau lazada..  Kalau ada blogger review service di ezbuy terbaik, percayalah itu penipuan semata mata.. Terbaik kalau tak ada apa2 masalah tapi bila jadi masalah memang kau rasa nak terbalikkan agent ezbuy kat malaysia ni tau. Depa buat rilex jer macam tak ada usaha nak sejukkan hati pelanggan. Ikut hati memang nak carut sampai ke usus kecil tapi sebab masih ada sabar.. so kita sabar je dulu.

Moral of the story.. Jangan membeli di ezbuy! Aku pun rasa nak habiskan duit dalam account prepay tu jer.. senang2 nak sedekah kat depa. Bukan bapak dia ada share dengan aku.

PENGALAMAN SHOPPING DI EZBUY, MURAH TAPI MERAGUKAN

PENGALAMAN SHOPPING DI EZBUY, MURAH TAPI MERAGUKAN. Sekarang dah mula terjebak membeli belah pakaian kat online. Dulu memang tak confident sebab aku jenis size rare sikit terutama seluar la. Baju tu Insya Allah S boleh dah pakai berbanding dulu XS. Zaman size XS tak banyak.. Tapi masuk zaman size baju XS melambak di pasaran size pulak dah bertukar ke S. Almaklum membesar bagai juara sejak2 ada anak ni. Cuma tak meninggi jer... hehehe


Sebenarnya ni kali pertama beli pants secara online. Cuak jugak la. Berkali2 ukur panjang, lebar, pinggang bagai. Takut terlebih besar atau terlebih kecik cutting dia. Tapi atas kebijaksanaan Anugerah Allah.. walaupun aku kurang panjang tapi akal aku tak senteng sangat la. So aku survey pants yang crop punya la. Ni petua jugak untuk golongan2 tinggi 140cm. Kalau kau nak beli pants yang tak payah kau potong hujung kaki kau cari yang crop pants. Tapi jangan la pendek sangat. Agak2 kalau model tu pakai seluar dia paras betis tu kau beli la.. Insya Allah kalau kau pakai ngam2 tutup buku lali. hehehe.. Atau nak kepastian kau tengok ukuran dia kemudian ukur la panjang kaki kau sendiri.

Walaupun dah ukur & dah guna kuasa instinct bagai .. Tetap cuak menunggu pants yang di order sampai. Yelah.. takut tak seindah bayangan & tak seperti jangkaan katanya. Akhirnya lebih kurang seminggu lepas order barang pun sampai la pada petang khamis yang mulia. Dup dap dup dap jugak jantung berdebar. Bila buka bungkusan & try Alhamdulillah.. ngam2 besar & panjang dia dengan aku. Yelah.. jenis casual cotton pants yang kaki dia ada getah macam tu kalau labuh macam mana nak alter. Susah jugak. nasib baik la eksperimen aku menjadi. Memang ngam2 tutup buku lali.

Gini la rupa casual cotton pants yang sampai kat aku. Bagi aku tak jauh beza sangat pun dari gambar. Ada dua poket kiri kanan & dua poket belakang. So far puas hati. 

Nak shopping kat ezbuy walau barang dari luar negara tapi tak susah pun. Macam shopping kat lazada & zalora jugak. Boleh je transfer payment guna online banking. So, yang tu rasanya semua orang tahu ye dak. Proses dia sama jer macam shopping kat portal online lain. Jadi tak payah risau.

Harga? Kalau sebut harga pants tu memang murah. Sepasang baru RM15.62 tapi campur kos shipping, kos agen, kos delivery bagai RM30++ jugak la sepasang seluar. Aku ambil dua pasang RM60++. Murah ke shopping kat ezbuy ni? Untuk pants yang aku beli aku rasa murah jugak la sebab aku compare harga dengan lazada pants tu sepasang RM51++ tapi beli di ezbuy campur kos shipping bagai baru RM30++... Tu aku ambil economy air je. Ada orang ambil shipping yang lebih murah guna pengangkutan laut lagi murah la shipping dia cuma katanya 3 minggu baru dapat barang. economy air ni seminggu dah dapat.

Kalau dari pandangan mata aku ni seluar dia antara dua portal online shopping ni tak jauh beza pun. Cuma harga di lazada walaupun dah include shipping kos tetap lebih mahal dari ezbuy. Kalau beli kat lazada pun tetap shipping dia dari oeversea jugak. Sama je masa penghantaran dia.

Ketidak best shopping kat ezbuy ni walau kau beli item yang sama cuma beza warna macam pants yang aku beli ni.. tetap dia kira kos shipping dua harga. Kenapa yer dia tak kira sekali. Bukan berat pun. Bungkus je sekali, ye dak. Dah la kos delivery sampai RM8. Lagi mahal dari kos shipping tu. hehehe. Satu lagi kalau buka page dia harga seluar tu cuma RM10++ Tapi bila kau add to cart je tetiba jadi RM15++. Kenapa tak sama pulak harga yang di paparkan dengan harga yang kita perlu bayar?? Kat situ agak meragukan. Sebab masih murah tu aku proceed jugak.


Boleh la kalau nak membeli belah kat ezbuy ni. So far pants yang aku beli tak jauh beza sangat pun dari gambar. Cuma model tu pakai pendek.. aku pakai panjang je hahaha. Cuma tak puas hati kenapa harga yang di paparkan tak sama bila nak bayar. Mungkin pihak ezbuy boleh bagi penjelasan.

Apapun aku puas hati untuk first time membeli belah kat ezbuy ni. Service penghantaran aku rasa tip top sebab tak lewat malah lebih awal 2 hari katanya. hehehe.

KECEWA BEG YANG DI BELI DI ZALORA TAK SAMA MACAM GAMBAR

KECEWA BEG YANG DI BELI DI ZALORA TAK SAMA MACAM GAMBAR. Serius.. memang aku frust sangat tau. Yelah.. menunggu barang yang di order sampai kerumah umpama menanti anak pertama lahir. Punya la excited, tak sabar, cempeqa & segala bagai rasa ada. Tapi bila sampai & buka bungkusan barang tu sangat sangat mengecewakan. Inilah episod sedih bersama zalora katanya...


Alkisahnya bermula. Aku order satu korean bag ni hari isnin lepas. Sebenarnya dah lama aku usya tapi macam biasa aku akan ambil masa yang lama nak buat payment. Selalunya aku perkasamkan dulu dalam draft. Aku ni bukan la suka sangat shopping online tapi aku memang selalu usya barang2 kat zalora & lazada. Kalau ikut harga lazada lebih murah tapi design kadang2 zalora la lebih cantik. Ada satu beg yang aku order.. kat lazada pun ada jual cuma sebab beg kat zalora ni aku tengok design zip dia bentuk bunga tu menyerlah lagi kecomelan beg tu so aku decide beli dengan zalora je la walaupun lebih mahal & kena bayar postage. Kalau kat lazada beg tu lebih murah cuma design dia tak secantik zalora & free postage. Kira jimat banyak la kalau kat lazada tapi sebab untuk kepuasan nafsu serakah ni, tetap beg kat zalora tu jugak jadilah pilihan nafsu katanya.

Kalau lepas buat bayaran tu.. Punya menghitung hari la beg sampai. Order dah petang hari isnin mungkin dalam selasa tu baru proses untuk hantar. Rabu dah cuti nuzul al Quran maka khamis (hari ni) la sampai. Service penghantaran zalora memang cepat tapi sayangnya bila berlaku item yang di order tak sama bila kita dapat.. kau tahu macam kena cincang lumat perasaan aku ni. Rasa nak pergi buka puasa lepas tu carut berkajang kajang. Tapi sebab akal masih berfungsi dengan baik maka aku call zalora tanya macam mana nak buat item yang di pesan tak sama bila aku dapat.

Kalau hangpa kat tempat cheq apa perasaan hangpa? Menangis bawah bantal Uolls.. Bear tu acik tak minat nak.. acik nak beg jer. hahaha

Macam biasa step pertama email gambar beg tu kat zalora.. lepas tu tunggu la depa respond. Tempoh dia katanya 3 - 4 hari bekerja. Sebab beg tu bukan barang dari zalora.. supplier lain punya maka depa terpaksa komplen benda ni dengan supplier tu. Lepas tu kena return balik barang & tunggu dorang deliver balik barang yang sepatutnya. Kesimpulannya kat sini, mungkin lepas raya la kot aku dapat beg yang aku nak tu. Tapi lepas Zalora bagi penjelasan ni maka hampa la harapan aku nak pakai beg comel tu... Sat na.. nak pi nangis belakang pintu.


Mungkin kesilapan ni bukan dari pihak zalora.. Zalora ni macam orang tengah tolong pasarkan saja tapi tetap la jugak frust dengan zalora. Satu nama besar dalam bidang perniagaan online. So nama Zalora akan terpalit jugak. Tapi lepas perbincangan dengan pihak seller beg ni, katanya beg yang dalam gambar kat website Zalora tu memang tak ada, berkemungkinan gambar lama yang tak update so dia cakap dia cuma boleh refund & say sorry je la. Nak push pun beg tu memang dah tak wujud jadi apalah pilihan yang ada. So untuk memudahkan dua2 belah pihak aku terima je la beg tu. Sebab 1 tali dia ada fungsi boleh sandang & boleh galas macam bagpack. Antara ciri2 beg yang aku suka tu ada selain partition dia pun banyak. Takpe la.. mungkin kesilapan yang tak di sengajakan. Tapi pada seller lain jadikan pengajaran ok! Jangan guna gambar barang yang memang dah tak wujud. Benda tu boleh mengelirukan pembeli. Zalora pun sentiasa la remind seller supaya tak berlaku benda macam ni lagi. Bila berlaku of course customer rasa tertipu. Sapa yang dapat nama.. Zalora jugak.

Takde la buruk sangat, kan?

Bukan semua orang bab membeli ni lebih kurang, Kalau orang yang jenis lebih kurang tu mungkin dia malas nak bising2 bila berlaku perkara macam ni tapi aku rasa sebab lain sangat barang tu memang tak puas hati la. Kita tengok & beli yang kita nampak cantik tapi yang kita dapat macam taik.. Sapa tak angin, ye dak. Jangan ingat orang suka bershopping ni hanya tengok & beli ok.. tapi mereka memang ada kaitan dengan 11 perkara ni >> 11 Tanda Seseorang Itu Sangat Serius Dalam bershopping << Baru la di katakan pem'shopping' tegar. hahaha

Moral of the story.. sebab tu la membeli cash & carry ni lebih baik dari shopping online tapi tu la dekat2 musim perayaan ni pepaham je la. Bergesel bontot la nak pilih barang. Pilihan taknak bontot leper di hari raya.. maka membeli secara online cuma risikonya macam yang aku kena la. Ikut nasib je.. Kalau nasib baik dapat macam dalam gambar, kalau nasib tak baik dapat macam minta penampar.

PENGALAMAN YANG TAK DAPAT DI LUPAKAN DENGAN ZALORA

PENGALAMAN YANG TAK DAPAT DI LUPAKAN DENGAN ZALORA. Kali ni tajuk entri aku betul2 ikut format bahasa melayu yang betul katanya. Bahasa buku sungguh. Kalau tak tajuk entri aku kalau tak buat tajuk dengan bahasa pasar.. mesti ala2 tajuk akhbar atau tajuk majalah hiburan yang penuh gimik katanya. Sekali sekala apa salahnya...


Tajuk memang sesuatu sangat tau. Pengalaman macam mana gamaknya dengan zalora ni. Pengalaman pahit ke pengalaman manis. Orang kata pengalaman pertama ni sukar di lupakan sampai akhir hayat.. Almaklum la pertama kali merasa katanya. Lain la blogger2 lain yang sebelum ni tiga empat puluh kali dah berkerjasama dengan Zalora. Depa blogger pilihan zalora so tak rasa apa2 sangat dah kalau dapat kerjasama macam ni. Lain la aku baru first time dia punya cempeqa macam kera dapat bunga jugak la. Hahaha

Pada entri2 lepas aku dah cerita pasal collaborate  dengan zalora ni. Seperti yang di janji kan lepas buat kerja dapat upah Voucher membeli belah di Zalora sebanyak Satu Ratus Ringgit. 3 hari 2 malam pulun aku dok windows shopping kat zalora tu.. Bila ada dapat barang yang nak beli try redeem dengan voucher tak lepas sebab bukan semua barang boleh claim dengan voucher yang dapat. Ada barang2 tertentu je. Salah satu barang tak boleh beli dengan voucher barang yang ada sale diskaun la.

Sebab banyak barang kena reject akhirnya aku decide proceed je satu barang lip lap lip anak mami ni.. Dok aiihh... mana ada aku beli barang kemas berkepok2 dengan voucher seratus tu. Jangankan separuh lengan... hujung jari pun tak cukup kot nak beli barang kemas dengan voucher seratus. Tapi tak pe ada je barang lip lap lip lap boleh beli dengan harga RM100 tu.. Nak tau barang apa... Inilah dia barang yang aku redeem dari voucher zalora bagi tu.

Eyki Kimio Japan Quartz Gold white Leather Watch namanya. Kalau sekarang harga dia kat Zalora RM95. Tapi masa aku order tu masih RM89.

Bling bling.. penuh diamond katanya. Ni pun kategori lip lap lip lap anak mami jugak la. Harga dia masa aku proceed RM89.. so ada la lebih RM11 dari voucher tu. Tapi burn macam tu je la. Takpe la.. Aku anggap sedekah jariah kat zalora balik la RM11 tu. Puas hati sangat la bila sampai kat tangan. Jam dia tak berat.. warna dia cantik.. size dia tak besar & kecik sangat. Letak kat tangan.. memang nampak elok ja. Kualiti dia pun nampak elok sangat. Cuma tali je la panjang. Almaklum size tangan aku tak cukup lebar katanya. Tu perkara biasa. Kalau beli jam memang aku kena potong tali pun.

Zalora bukan jual jam tangan jer tau.. Dia merupakan pusat fesyen online yang di kenali ramai la. Semua fesyen2 yang di jual kat Zalora memang majoriti up to date & trendy. Kalau korang jenis suka berfesyen, mungkin zalora boleh jadi salah satu online shop pilihan korang la. Nak tau korang memang suka berfesyen ke tidak meh jawab survey ni dulu >> Apa jenama Fashion Kegemaran Anda << Betul ke tidak korang memang suka berfesyen akan di ketahui. Kadang2 ada orang acah2 je macam fashionista sangat padahal tak pun. hehehe

Membeli belah di Zalora secara online ni jangan risau barang lambat sampai sebab Service penghantaraan dia bagi aku cepat untuk kali pertama membeli belah dengan Zalora. Aku order dalam hari sabtu kot tak silap.. Isnin dah sampai. yelah. Ahad kan cuti so mesti la isnin barang sampai. Takde cacat cela celah mana pun barang yang sampai.

Apapun terima kasih pada Zalora.. Harap kita boleh berkerjasama lagi di lain masa. Insya Allah kalau ada rezeki lagi.

SEMUA NI BERPUNCA DARI LAZADA

SEMUA NI BERPUNCA DARI LAZADA. Semua ni sebab Lazada. Kalau tak kerana Lazada Buat Sale Online Revolution pasti benda ni tak jadi kat aku. Tapi tu la terlajak perahu mungkin boleh undur.. terlajak terjebak ni memang tak boleh nak undur dah. Terpaksa pasrah & redha je la. halalkan apa yang dah keluar tu. hehehe

Lazada Malaysia

Kerana Online Revolution Sale ni aku yang memang jarang sangat nak membeli belah secara online kecuali supplement untuk anak aku tu pun sebab kat luar tak ada jual kali ni memang betul2 terjebak jugak. Untuk Online Revolution Sale ni 4 barang dah aku beli. Aku harap cepat la Berakhirnya Online Revolution Sale ni. Tak sanggup lagi aku.. di hantui dengan perkara yang bernama sale. Tapi Alhamdulillah la.. Walau aku terjebak tapi semua benda yang aku beli sebab nak guna bukan semata mata sebab sale. Cuma ambil kesempatan beli masa sale la.

3 Barang aku dah pernah cerita kat blog.. Yang terbaru 2 hari lepas aku order Samsung Dvd Player. Sebab Dvd player aku ni hidup pun sebab di kuasi saka jer.. Nak play dvd asyik disc error jer. Kalau aku takde dvd player celah mana aku nak tengok dvd kan? PC?.. Tengok kat PC memang tak mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga. Aku kalau nak tengok movie aku paksa semua yang ada dalam rumah tengok sekali. hahahaha.. Laki aku yang tak berapa minat cerita seram dulu pun dah layan sebab bini dia gila tengok cerita seram. Sebab tu aku suka tengok kat TV.. Salah satu aktiviti untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan katanya. walaupun kadang2 aku sorang je tengok yang lain mengiramakan dengkur paling merdu. hahahaa

Nak tengok wayang keadaan tak mengizinkan. Anak aku jenis bukan nak duduk lama2 mengadap benda yang dia tak minat. Tapi kalau yang suka tengok wayang.. Elok juga hangpa dapatkan tiket free untuk tengok wayang bulan sepanjang bulan december ni kat sini >> Jom tengok Macam Mana Nak Dapat Tiket Wayang Free Untuk Bulan Disember Ni << Rugi la dah boleh dapat free nak bayar jugak. Aku kalau anak aku boleh tengok skrin pawagam tu lama2 aku pun nak pi tengok wayang kalau dapat tiket free ni.

Sebab tak boleh.. Maka terembat 1 Samsung DVD player yang tak mahal manapun. RM129 jer.. Cukup la untuk melempias nafsu seram aku katanya. Hahahaha

Satu je aku tak puas hati.. Kata include battery dalam remote tu tapi apsal bateri takde bila sampai. Pentipu sungguh. hahahaha

Aku dah tekad.. Cukup la setakat tu aku bershopping kat lazada untuk tahun ni. Lain kali je la kita bersua kembali yer lazada. Doakan aku semoga kuat Iman menghadapi jualan2 murah tak kira kat memana pun. Cukup lah.. Aku tak nak jadi orang yang gila shopping hahahaha. Apapun lazada paling best delivery memang pantas macam lipas kudung. Aku order malam 8 dec... Tadi dah sampai barangnya.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com