Showing posts with label warta perdana. Show all posts

ORANG YANG MANDUL SEBENARNYA MEMPUNYAI RAMAI ANAK

Selalunya yang kita faham & tahu orang yang mandul ni tak mampu untuk memiliki zuriat (anak) sendiri. Tapi bila terbaca 1 artikel ni terkejut juga sang lekit bila di katakan orang yang mandul sebenarnya orang yang mempunyai ramai anak. Macam mana orang yang mempunyai ramai anak tu mandul. Jom kita kupas kupis maksud yang di sebaliknya..


Rasulullah s.a.w diberitakan telah bersabda: “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?” Berkata para sahabat: “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah s.a.w berkata:“Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” (Baca artikel sepenuhnya disini : 10 kelalaian dalam mendidik anak)

Dari 10 kelalaian mendidik anak, sang lekit tertarik dengan kelalaian No.2 ni.. (Yang lain2 kalau korang nak baca clik je link kat atas tu yer)

Kelalaian kedua: Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (do­rongan atau motivasi)
Ajaran tarhib antara lain seperti:
• Menakutkan anak-anak dengan sekolah.
Menakutkan dengan tempat gelap.
Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.
• Menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.

 Yang sang lekit bold kat tu yang selalu kita tengok atau kita sendiri terbuat. Bila nak melarang anak buat sesuatu kebanyakkan orang suka menakut nakutkan anak dengan cerita2 tak betul. Jarang sangat la kita nak cerita kenapa kita tak bagi anak tu buat @ pergi pada sesuatu perkara tu. Betul tak?? Jadi moga perkongsian yang ringkas ni dapat memberi manafaat pada semua ibu2 & bapa2 dalam mendidik anak. Semua orang pun nak anak yang terbaik & cuba melakukan yang terbaik buat mereka tapi sebagai manusia kadang2 kita sebagai ibu bapa pun ada silapnya. Jadi sama2 la kita belajar & membetulkan kesilapan tu.

Apabila alat sulit lelaki menyentuh alat sulit wanita

Antara kata-kata ustaz yang sangat berkesan dalam hati Aleena ialah: “Apabila alat sulit lelaki menyentuh alat sulit wanita secara haram, maka diharamkannya masuk syurga selagi dia tidak bertaubat.”Ketika jiwa sedang gementar itu Aleena terdengar ustaz itu berkata: “Jika alat sulit lelaki itu membenam dalam alat sulit wanita secara haram, maka tercabutlah semua amalannya…”

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Kerana kata - kata itu seorang gadis liar yang gemar melakukan maksiat bersama teman lelakinya mendapat hidayah seterusnya bertaubat & insaf. Namun dia di uji lagi selepas bertaubat. Dia di rogol lelaki yang tidak di kenali sehingga menyebabkan dia hamil. Kini gadis tersebut di tempatkan di KEWAJA dan dia menerima segalanya sebagai Ujian Tuhan untuk menguji keimanannya.


Untuk artikel sepenuhnya sila clik : Rogol selepas taubat

ARWAH PULANG SELEPAS 3 HARI DI KEBUMIKAN

Seorang pengamal ilmu hitam yang telah di kebumikan pulang kerumah selepas di hantar lelaki yang menemuinya di kawasan perkuburan selepas tiga hari di kebumikan. Kepulangan warga emas yang berusia 75 tahun tersebut mengejutkan keluarga, jiran tetangga & orang kampung yang ketika itu sibuk untuk mengadakan kenduri untuk arwah. Ada jiran yang bertempiaran lari ketakutkan sebaik melihat jasad warga emas yang berpakaian serba putih & jasadnya masih berkeadaan baik pulang ke rumah pada waktu maghrib. Sebaik pulang kerumah warga emas tersebut di katakan meminta makanan. Selepas di beri makan warga emas tersebut meminta untuk pulang. Selepas di hantar kekuburnya, arwah hanya berdiri di hadapan kubur beberapa ketika & hilang. Yang peliknya kubur arwah dalam keadaan baik & tiada sebarang tanda2 ia di gali untuk keluar.

Faizal Diman, 75 di katakan pulang kerumah selepas 3 hari di kebumikan.

Mereka percaya jelmaan makhluk yang seakan warga emas itu adalah angkara jin kerana arwah pernah membela jin sebagai khadam semasa hayatnya.

Kubur arwah masih dalam keadaan tidak terusik

Dari cerita ni haruslah kita ambil iktibar. Manusia yang telah mati takkan kembali ke dunia dalam apa juga bentuk sekalipun kalaupun ada hanya jin & syaitan yang ingin menyesatkan. Ingatlah jangan menggunakan jin sebagai perantaraan, kawan atau khadam. Amalan syirik & khurafat ini bukan sahaja di tegah oleh agama malah ia mengundang kesan buruk kepada pengamalnya. Meminta la kepada Allah sesungguh segala isi dunia ini milikNya.

Untuk membaca artikel sepenuhnya sila clik : Mingguan Warta Perdana

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com