KEPALA KEMALUAN KANAK KANAK 9 TAHUN YANG TERPOTONG MASA BERKHATAN TIDAK BERJAYA DI SAMBUNGKAN SEMULA
KEPALA KEMALUAN KANAK KANAK 9 TAHUN YANG TERPOTONG MASA BERKHATAN TIDAK BERJAYA DI SAMBUNGKAN SEMULA. Rasanya ramai yang dah tahu kes pasal seorang kanak kanak 10 tahun yang melakukan khatan di sebuah klinik swasta tapi malangnya doktor yang melakukan proses khatan tersebut tersilap potong hingga kepala kemaluannya terputus. Maka kanak kanak tersebut di hantar mendapat rawatan ke HKL untuk proses penyambungan semula.Yang ni kes kedua pulak katanya.. Berlaku kepada seorang kanak kanak lelaki 9 tahun bila doktor terlebih potong hingga menyebabkan kepala kemaluannya terputus. Mula2 di hantar ke sebuah hospital di subang jaya tapi di sebabkan hospital tersebut tidak punya kepakaran dalam bab tu terus di refer ke HKL untuk proses penyambungan semula.
Tapi malangnya selepas seminggu doktor menyambungkan semula kepala kemaluan kanak kanak tersebut.. ia bertukar jadi kehitaman maka tiada pilihan lain terpaksa la doktor membuangnya semula. Alahai dik.. kesiannya kau. Atas kecuaian orang lain kau terpaksa menanggung kesan ni seumur hidup. Saman memang boleh saman.. Tapi mampukah duit saman tu menyempurnakan semula apa yang jadi kurang sempurna.
Sumber Harian Metro |
Tak tau la macam mana doktor tu boleh tersilap potong.. mengantuk ke hapa pun tak tau. Betul la benda dah nak jadi bukan kita rancang tapi setiap apa yang berlaku tu pasti ada alasan & sebab musababnya... Sebabnya tetap la sebab kecuaian...
Aduhai trauma budak2 nak berkhatan lepas ni.. Dulu zaman tok mudim kampung jarang nak dengar kes terlebih potong macam ni. Bila guna teknologi potong dengan laser ni.. Macam macam pulak kes berlaku. Yang mudah kalau di ambil mudah sangat memang jadi musibah. So jadikan pengajaran.
Moral of the story.. yang berlaku dah berlaku hope adik2 ni mampu teruskan hidup macam manusia lain. Mungkin Allah nak bagi sesuatu yang lebih besar di sebalik ujian berat macam tu.