Showing posts with label pkp. Show all posts

AWAS! TIDAK SEMUA TEMPAT BOLEH KIBAR BENDERA PUTIH

AWAS! TIDAK SEMUA TEMPAT BOLEH KIBAR BENDERA PUTIH. Semua rakyat Malaysia sedia maklum apa yang sedang berlaku sekarang. Covid19 yang melanda dunia memberi kesan yang amat besar. Lebih lebih lagi kita terhadap menghadap perintah kawalan pergerakan yang berpanjangan membuatkan ramai yang terjejas dari sudut ekonomi. 

Bersyukur yang masih cukup makan pakai waktu ni sedangkan ramai yang terputus bekalan makanan, hilang sumber pendapatan & ada yang hilang tempat tinggal akibat tidak mampu membayar sewa rumah.

Situasi semakin buruk bila semakin banyak kes bunuh diri akibat tekanan yang di hadapi. Setiap hari banyak berita, cerita & khabar yang menyedihkan kita dengar, tonton & baca akibat dari virus kita kita tak nampak dengan mata kasar.

Sejak semalam mula nampak kempen mengibarkan bendera putih untuk mereka yang memerlukan bantuan. Sebab bukan semua orang petah untuk kesana sini mencari bantuan bagi meneruskan hidup di waktu sekarang. Ada yang rasa malu untuk meminta minta secara terus. Jadi mungkin cara simbolik dengan mengibarkan bendera putih dapat memberitahu masyarakat setempat,pihak pihak berautoriti, ngo ngo atau aktivis masyarakat untuk membantu. Bagus juga la idea tu.

Cuma bukan semua tempat boleh kibarkan bendera putih ni tau. Terbaca satu perkongsian di Facebook.. katanya kalau di sabah simbolik bendera putih ni menandakan ada kematian. Silap kibar bendera bukan bantuan makanan yang sampai takut imam, lebai & van jenazah pulak sampai katanya. Lain tempat lain budaya. Hehehehe

Jadi untuk sabah kena guna simbolik lain la kot untuk meminta bantuan. Guna bendera warna lain yang boleh mengambarkan sedang dalam kesusahan.

Tapi yang best lagi ada la orang politik kata.. bukan cara betul kibarkan bendera putih untuk mohon pertolongan. Sepatutnya berdoa kepada Allah. Tapi tu la kan tadah tangan berdoa je tak ada la beras terjun dari langit jatuh atas tapak tangan yang sedang menadah. Tak salah pun selepas usaha, doa & tawakal.. kibar bendera putih sebagai isyarat perlukan bantuan. Kira jalan usaha terakhir juga la.

Apapun dalam situasi sangat mencabar mental & fizikal.. semoga Allah beri kita kekuatan & kesabaran yang tinggi. Masing masing ada ujian kesusahan waktu ni. Walau masih cukup makan pakai mungkin tekanan tu datang dari sudut emosi yang terlalu lama berkurung dalam rumah macam den ni. 

Moral of the story...moga kita semua dalam perlindungan Allah. Terhidar dari perkara perkara yang memudaratkan. 

MACAM MACAM RAGAM HARI PERTAMA PdPR

MACAM MACAM RAGAM HARI PERTAMA PdPR. Hari ni ramai sudah memulakan sesi persekolahan secara atas talian termasuk anak den nan special yang sorang tu. Cikgu pun dah start bagi latihan di group whatsapp & kuiz secara online.

Allahu pepagi kelam kelibut jadinya.. nak print kertas latihan lupa sambung cable printer ke pc. Dok pelik awat la tak boleh nak print. Asyik dok naik warning printer tak connect ke pc je. Padahal lampu kat printer dok kelip kelip. Dok yakin dah sambung cable ke pc padahal tak check balik. Sampai naik angin juga la. Lepas tu yang si kecil pula sibuk nak tarik kertas dari printer.. yang si kakak sibuk suruh print lukisan.memang mak kau hijau je pepagi ni.

Tu kisah saya & anak anak hari pertama PdPR. Baca kisah kawan kawan lain kat Facebook rata rata ada kisah tersendiri. Yang mana dah start googlemeet classroom di mana belajar secara bersemuka melalui video tu pun ada kisah tersendiri. Ada anak tengah online class mak dok membebel. Ada yang anak tak focus belajar sebab join adik tengok tv. Tak buka tv adik ganggu kakak & abang belajar. Ada yang anak anak tak bangun tidur.

Memasing pagi ni ramai bangun tidur terpaksa menggalas title cikgu. Yang anak sorang belajar pun jadi kelam.kabut apatah lagi yang ramai. Biasa la..Belajar dari rumah memang takkan sama belajar di sekolah tapi apa pilihan yang kita ada sekarang memandang statistik kes hari covid19 masih tinggi & pkp terpaksa di laksanakan ke seluruh negeri kecuali sarawak je sekarang ni masih tak join team pkp. Kena terpaksa biasakan juga dengan norma baru.

Bagi kita yang ada kemudahan untuk sesi pembelajaran secara online bersyukur la. Bayangkan yang di luar bandar, kawasan yang susah nak dapat liputan internet. Jenuh cari line katanya. Tapi semangat mereka untuk belajar kita patut contohi. Kita yang duduk rumah boleh online 24jam sehari lebih beruntung dari mereka. So bersyukur la.

Memang susah bila kita terpaksa menjadi guru kepada anak di rumah. Dengan kerja rumahtangga yang perlu di selesaikan dalam pada masa yang sama. Bagi ibu bapa bekerja pula.. tak tahu macam mana depa buat. Ada yang bagi gadget & pantau dari tempat kerja. Ada mungkin balik kerja baru semak latihan - latihan di beri guru untuk murid siapkan. Yang pasti tak kira dalam posisi manapun masing masing terpaksa bersusah payah dengan sesi pembelajaran dari rumah ni.

Sama samalah kita berdoa agar dalam minggu ni statistik kes menurun & kita tak perlu lama hadap pkp & anak anak dapat bersekolah secara fizikal macam biasa. Kerjasama dari semua pihak amat di perlukan. Kalau kita jaga diri sendiri orang lain tak nak jaga kesannya tetap semua akan rasa & terima. Jadi tolong berhenti pentingkan diri sendiri.

Moral of the story... Selamat bertugas sebagai guru buat semua ibu bapa. Lama lama ok la tu. Peace yo!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com