YANG PERTAMA

Dialah yang banyak mengubah seluruh kehidupan kami sebenarnya.. Berubah perlahan lahan menjadi lebih baik. Aku tak akan bercerita apa yang aku lalui sebelum kehadiran dia tapi selepas dia hadir semuanya mula berubah perlahan lahan.. 

Tak semua orang merancang untuk ada anak selepas berkahwin macam tu juga kami. Bukan juga kami mengamalkan childfree. Tak juga. Cuma rasa tak bersedia. Tapi perancangan Allah kadang kadang lebih hebat. Kita rasa tidak bersedia tapi Dia dah sediakan segalanya untuk kita.  

Dia lahir.. Bapa dialah orang paling happy. Seorang yang tak pernah berminat dengan baby atau kanak kanak. Atau orang labelkan yang jenis tak suka budak. Dia boleh tukarkan pampers anak dia tanpa di suruh. 

Kadang kadang kisah kita bermula dengan airmata.. Menuntut kita bertahan untuk tersenyum. Tapi tak semua orang yang bertahan akan tersenyum di akhir cerita. Sesuatu yang kita tidak boleh ramal cuma boleh mencuba. Dan terima kasih atas senyuman hari ini.. Moga esok masih mampu lagi untuk terus tersenyum. 

Kau yang pertama akan kekal menjadi pertama selamanya... First born. 






Comments