Showing posts with label tantrum. Show all posts

KISAH BILLA ANAK AUTISME YANG TERPAKSA DI KURUNG

KISAH BILLA ANAK AUTISME YANG TERPAKSA DI KURUNG. Autisme.. Di Malaysia masih ramai kurang kesedaran. Autisme ni takkan nampak dari fizikal kerana fizikal anak anak autisme tiada beza dengan anak anak normal. Yang membezakan anak autisme & anak normal adalah tingkahlaku (behavior).


Autisme ni sangat unik sebab tak semua anak anak autisme tu mempunyai ciri ciri yang sama dengan anak anak autisme lain. Autisme ni pulak ada level dia.. Jadi tahap seriusnya Autisme tu bergantung pada level seseorang anak autisme tu. Ada yang several, Moderate & Mild. Dalam setiap kategori tu pun ada lagi level.. level 1, level 2 & level 3. Ada yang high functioning. Susah untuk di jelaskan.. Kalau yang ingin tahu & anak anak autisme je mungkin berminat untuk mencari pengetahuan tentang Autisme. Sebab tu Autisme sangat unik sebab mereka walau dalam 1 Nama Autisme tapi berbeza beza.

Terbaca satu kisah di group Autisme Malaysia kisah seorang anak Autisme yang di kongsikan oleh parents dia sendiri.. Memang sedih. Mungkin Billa antara anak autisme yang agak agresif jadi terpaksa ibu bapa dia mengambil keputusan yang macam tu.. Yelah bila dia tantrum memang susah untuk di kawal... Aku malas nak mengedit kisah Billa ni.. Sebab tak nak tersalah sampai fakta so korang boleh baca jer cerita yang aku copy paste dia bawah ni..


Ini (dalam gambar) anak aku bernama Fara Nabila yang kami panggil Billa, lahir pada tahun 1990. Billa menghadapi masalah Autisme. Autisme satu penyakit yang tidak pernah aku dengar dan ketahui sehinggalah Billa berumur 2 tahun. Kebetulan aku terbaca artikel yang berkaitan Autisme dan aku dapati semua yang diceritakan tentang Autisme dalam artikel itu betul-betul menyerupai apa yang terdapat pada diri Billa. Tidak seperti kanak-kanak Down Syndrome yang mudah dikenali dan biasa kita jumpa, kanak-kanak Autisme susah kita nak jumpa, apatah lagi fizikalnya sama seperti kanak-kanak normal, yang berbeza hanya tingkahlakunya sahaja.

Satu dari sifat kanak-kanak Autisme tidak suka kepada perubahan. Kalau kali pertama kita bawa Billa pergi ke shopping complex Angsana di JB bermula dengan kedai di aras lima dan selepas itu baru turun ke aras bawah, di lain kali bila datang ke Angsana, jangan pula mulakan dari kedai aras bawah, di situ juga dia akan mengamuk, menjerit seperti kena hysteria, dan terpaksa mengambil masa setengah jam untuk menenangkannya kembali. Perkara yang kita anggap kecil, tetapi sangat besar kepada Billa.

Kalau sekali kita singgah kedai Sedap Koner untuk makan makan tengahari, di lain kali kalau lalu depan kedai Sedap Koner jangan pula kita tak singgah, sekali pun kita tidak berniat untuk makan di kedai Sedap Koner ketika itu. Untuk menghadap dia menjerit hysteria untuk selama setengah jam tentulah tidak berbaloi, lebih baik singgah saja ikut kemahuannya.

Itulah masalah yang sangat kami takuti bila membawa Billa berjalan ke luar. Bila Billa menjerit hysteria, sudah tentu dia akan jadi perhatian mata orang ramai yang ingin menonton benda pelik ini.

Billa bukan sahaja menimbulkan masalah di luar rumah, tetapi juga di dalam rumah. Walaupun terlalu berat rasa hati, Billa terpaksa dikurung dengan pintu grill besi berkunci, di sebuah bilik khas untuk dia di dalam rumah kami.

Berat mata memandang, berat lagi bahu kami yang memikul. Sebab itu aku tidak melulu menghentam dan menyalahkan ibubapa yang kadangkala mengabaikan anak-anak OKU mereka, sehingga membawa tragedy yang menyedihkan. Kita tidak pernah mendengar dan menjenguk apa masalah sebenar yang mereka tanggung.

Bila berlaku tragedy yang menyayat hati yang melibatkan anak-anak OKU, maka gemparlah masyarakat di seluruh negara, secepat itu juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat mempamirkan mukanya di kaca TV sambil bercurahan air mata tanda kesal atas tragedy yang tidak patut dilakukan oleh ibubapa.

Kalau hanya sekadar untuk mencurahkan air mata untuk ditonton oleh rakyat, aku rasa Maya Karin dapat melakukannya dengan lebih baik dan lebih sesuai untuk jadi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Harap faham maksud aku yang tersirat itu.

Sebab tu aku bila nampak ada anak orang menjerit, menangis atau mengamuk kat public kalau boleh tak nak pandang sebab bila anak aku buat perangai kat public orang pandang2 nak2 lagi buat muka sinis.. Memang macam macam rasa akan timbul. Sebab tu aku lebih banyak ignore pandangan mata orang. Itu pilihan kita untuk tidak menyakiti hati sendiri.

Moral of the story.. Menuntut orang memahami adalah sesuatu perkara yang sangat susah, jadi untuk mencari bahagia kita perlu membuat pilihan sendiri. Lebih2 lagi ibu bapa yang mempunyai anak autisme yang nampak normal tapi tidak tipikal ni.

20 PENIPUAN YANG BIASA IBU BAPA SELALU CAKAP PADA ANAK

20 PENIPUAN YANG BIASA IBU BAPA SELALU CAKAP PADA ANAK. Zaman kita kecik kecik dulu senang mak bapak nak control bila kita buat perangai. Sebab budak2 dulu mudah percaya dengan  momokkan atau ugutan. Kalau tak makan saman dengan ugutan atau momokkan kau makan rotan atau cubit pulak la lepas tu. Jadi kau di beri cuma 2 pilihan yang menakutkan samada percaya dengan ugutan atau momokkan seram mak bapak kau atau kau kena hadap kesakitan pada fizikal kau bila sesi memujuk dah habis.


Tapi Budak2 sekarang memang banyak tak makan saman.. kau momokkan dia dengan kisah seram dia persoalan dengan berpuluh2 soalan untuk minta kepastian yang kau sendiri tak ada idea nak jawab. Bila kau ugut dia.. lagi dia mencabar. Bila kau guna hukuman fizikal macam merotan atau denda dia memberontak bagai nak rak. Berbanding budak budak zaman dulu. Orang kata lebih senang nak control.

Sebab tu dalam kita membesar kita sangat biasa dengan ugutan & momokkan benda benda macam ni. Kesian kan.. kadang2 ada yang betul2 percaya apa yang mak bapak dia cakap tu sampai besar baru dia tahu perkara sebenar. Punya la budak2 zaman dulu menjadikan mak bapak sumber rujukan paling sahih sampai apa mak bapak dia cakap semua dia anggap betul. Antara penipuan yang selalu mak bapak buat bagi meredakan amukkan anak anak depa adalah 20 perkara ni >> 20 Penipuan Yang Ibu Bapa Sering Guna Untuk Tenangkan Anak Anak <<

Masa kecik kita cukup naif jadi kita akan rasa takut di perlakukan macam yang mak bapak kita cakap nak buat kalau kita terus buat perangai maka kita akan percaya benda tu mak bapak kita akan benar2 buat kalau kita terus mengamuk atau menangis padahal mak bapak mana nak dedahkan anak pada risiko macam tu. Nak2 lagi zaman sekarang ni. hehehe. Walalupun zaman dah berubah tradisi menipu anak dengan 20 penipuan ni rasanya masih ada yang pratikkan tapi kalau anak aku rasanya tak berapa berkesan. hahaha

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA

FIKIR DULU SEBELUM PILIH KERJAYA SEBAGAI CIKGU TADIKA. Jadi cikgu sekolah kebangsaan, cikgu sekolah menengah atau pensyarah di universiti aku rasa cabaran dia tak sebesar jadi cikgu tadika ni walau cikgu tadika ni gaji pun tak seberapa sangat. Tapi aku tak cakap la jadi cikgu ni kerja dia senang. Jadi cikgu apapun zaman sekarang memang mencabar. Cuma aku rasa cabaran tu tak sama berbanding cabaran jadi cikgu tadika ni. Sejak 3 hari anak aku di tadika.. Memang aku nampak cabaran jadi cikgu tadika ni hanya orang2 tertentu je mampu galas tanggungjawab dengan gaji tak seberapa tu. erkk.. aku pun sebenarnya tak pasti gaji cikgu tadika tu berapa yang aku agak mungkin lebih rendah dari cikgu sekolah kebangsaan la.


Bayangkan la.. hari ketiga persekolahan pun still ramai yang datang sekolah menangis,mengamuk tak nak masuk sekolah terpaksa cikgu dukung budak yang meronta2, pujuk.. Bukan sorang dua.. malah ber orang2 macam tu. Mujur anak aku takde la tahap macam tu. Nak masuk tu je kena pujuk dah masuk kelas.. tengok ramai kawan & banyak mainan dia dah ok sampai la pukul 4.30 kejab lagi tengok muka mak bapak dia terus Uwaaa... macam setahun kena tinggal. Rindu gamaknya. Tak pernah kena tinggal sepanjang hidup dia. Tapi sekejab je macam meluahkan perasaan. Nak cakap tak berapa pandai.. dia luahkan cara macam tu la.

Tapi sepanjang sesi persekolahan setakat ni cikgu cakap memang dia tak ada masalah menangis ke, merengek ke,kacau kawan2 ke cuma anak aku dia ada masalah fokus dengan attention je. So, dia memang jenis tak boleh duduk statik lama2 satu tempat dengan masalah makan. Tapi anak aku memang tak ada masalah hyperactive tau. Dia cuma ada masalah attention je. Dia tak hyper. Walaupun dia suka bergerak tapi takde la sampai tak duduk diam langsung. So cikgu dia pun rasa tak susah nak handle dia selain masalah nak pujuk dia makan je. Almaklum budak2 ni makan nak yang sedap kat mulut depa je macam budak2 ni >> Terkejut Ibu bapa bila lihat melalui video apa yang anak mereka makan <<

aku dah inform kat cikgu awal awal. 3 bulan pertama pun therapist dia dah bagitau kat aku memang masalah attention tu ada. Tapi Alhamdulillah.. cikgu dia sentiasa positif & sudi membantu kekurangan anak aku tu. Aku risau cikgu tak dapat handle tapi cikgu pulak bagi semangat kat aku jangan risau.. Insya Allah nanti ok katanya. Sekarang dia baru nak sesuaikan diri dengan suasana sekolah.

Nak jadi cikgu tadika, nak hadap budak yang mungkin pertama kali melangkah ke alam persekolahan atau pertama kali berpisah dengan mak bapak macam anak aku yang 1 jam pun tak pernah berjauhan dengan aku selama ni bukan mudah. Cuma mungkin anak aku dia excited ramai kawan je so dia boleh serasi dengan cepat. Aku tengok gelagat budak2 tadika datang sekolah pun aku rasa aku tak mampu nak jadi cikgu tadika. Tu yang mengamuk tak nak masuk kelas.. ada yang melasak tak ingat dunia sampai nak pecah anak tekak cikgu jerit pun satu hal jugak. mau kena sedut inhaler gamaknya kalau aku jadi cikgu tadika. hahaha.

Nak jadi cikgu tadika.. Tahap kesabaran & keikhlasan memang kena tinggi. Kalau jenis jadi cikgu tadika sekadar untuk dapat gaji aku rasa memang tak mampu bertahan. Baik la fikir dulu sebelum pilih kerjaya sebagai cikgu tadika ni. Bukan semua orang mampu pikul tanggungjawab. Jadi cikgu tadika ni bukan je sebagai seorang cikgu malah cikgu tadika ni ambil tanggungjawab macam pengasuh budak jugak la. kalau rasa tak tahan dengan kerenah budak2 Baik tak payah. Kang anak murid menangis.. dengan cikgu2 sekali ikut menangis. hahahaha Budak 5 & 6 tahun la katakan..

Moral of the story.. Cikgu pertama kebanyakkan dari kita semua adalah cikgu tadika bagi yang pergi tadika la tapi cikgu pertama ni kadang2 jarang kita raikan sedangkan merekalah orang pertama yang memperkenalkan kita dengan alam persekolahan. Yang paling sabar mendidik kita sebelum tanggungjawab tu di ambil alih cikgu di sekolah rendah. Alhamdulillah aku masih ingat nama cikgu tadika aku dulu.. Cikgu Rohana yang sangat baik.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com