ADI PUTRA SAHKAN TELAH BERCERAI DENGAN KEDUA DUA ISTERINYA
ADI PUTRA SAHKAN TELAH BERCERAI DENGAN KEDUA DUA ISTERINYA. Ada jugak la dok baca tajuk2 entri blog2 pasal rumahtangga pelakon Adi Putra ni tapi di sebabkan rasa tak ada apa nak mengulas pasal tu sekadar baca tajuk je la.. Lagipun Tuan punya badan sebelum ni tak cakap apapun pasal kontroversi tu.. Maka tunggu je la. Sampai masa di umumkan juga status hubungan dia dengan kedua dua isteri dia..Sebab terlalu di desak & di ganggu wartawan & kepoci kepoci seluruh Malaysia maka Adi Putra terpaksa jugak membuat kenyataan menerusi account media sosial dia tentang status hubungan dia dengan kedua dua isteri dia..
Akhirnya.. putus sudah kasih sayang antara mereka. Bukan senang nak handle dua bini.. Satu bini pun dah terumbang ambing lepas tu tambah lagi satu bini memang karam di lautan sepi la kesahnya.. Apapun jodoh pertemuan ni rahsia Allah.. Walaupun dah tertulis jodoh kita sampai setakat mana tapi sebagai manusia tak boleh la nak salahkan takdir 100%. Kita sebenarnya penyumbang pada apa yang berlaku keatas diri kita. So jangan nak lepas tangan salahkan takdir jer ok.
Apapun penceraian bukan pengakhiran.. Ia umpama satu permulaan. Mungkin kepada kehidupan yang lebih baik siapa tahu. So jangan putus asa pada pasangan yang bercerai. Mulakan hidup baru.. Jangan takut hadapi masa depan.. Tu dia.. bagi motivasi kat orang macam dia hebat ja. Tak kena batang hidung sendiri lagi. Dah kena batang hidung sendiri baru kau tau terkemek ke.. terkembang ke hidung kau tu. Takde la bukan hebat.. Apa lagi dapat di ucapkan.. Takkan la nak suruh aku takut2 orang yang bercerai dengan memberi gambaran kat depa seumpama lepas bercerai kau akan hadap satu kehidupan yang penuh dengan air mata pulak kan..
Pada kedua dua bekas isteri Adi putra tu.. Teruskan hidup macam biasa. Moga Allah permudahkan segalanya untuk mereka. Pada Adi Putra.. pun good luck jugak la. Mungkin jadi duda terlajak laris lepas ni sapa tau hehehehe.