BLOGGER DI HENTAM GARA GARA BAGI CADANGAN DATO ALIFF SYUKRI BELA STRAY CATS
BLOGGER DI HENTAM GARA GARA BAGI CADANGAN DATO ALIFF SYUKRI BELA STRAY CATS. Nak juga letak title blogger kat situ katanya. Baru gempak sikit kan tajuk berita. Nak gempak aja kau kan lekatlekit. Harus la.. Kalau tulis tajuk orang jeling hujung hujung mata takde fungsi la aku tulis blog. Blog tanpa pembaca lagi bagus tulis diari dah tentu memang bukan untuk jadi bacaan umum. Tapi kalau dah tulis blog harus kena ada daya tarikkan untuk orang datang membaca, ye dak?Kita terus ke berita selanjutnya pasal kes kena hentam bertubi tubi.. kiri kanak depan belakang atas bawah katanya. Gara2 bagi komen macam ni kat post kucing RM30K Dato Aliff Syukri Terlajak Laris...
Niat tu sebenarnya bukan la nak mempertikai dia beli kucing RM30K tu.. Dia jutawan mesti la RM30K tu dalam kemampuan dia. Cuma yelah sebab dia minat kucing manatau dia boleh jadi penyumbang membantu kucing2 terbiar di jalanan. Almaklum la stray cats ni bukan semua orang nak pandang dengan penuh minat. Tak sama dengan kucing RM30K ni.. Tapi lain pulak pemahaman penyokong Dato Aliff Syukri ni dengan komen aku.
Alahai.. Betul la memberi makan anak anak yatim tu memang banyak pahalanya tapi harus di ingat kucing pun amanah Allah kepada manusia. Jangan ingat Allah menjadikan kucing tanpa manafaatnya kepada manusia. Kita sedia maklum.. Kucing antara haiwan kesayangan Nabi. Jadi kucing juga perlukan pembelaan, perlindungan & kasih sayang. Kalau Anak anak yatim.. ramai yang menyumbang berbanding sumbangan dari memberi perlindungan kepada haiwan terbiar seperti kucing & anjing. Yang banyak dok kempen nak membunuh macam makhluk tu makhluk perosak. Manalah tahu kalau jutawan macam Dato Aliff syukri ni minat kucing boleh berkolabrasi dengan aktivis sukarelawan penyelamatan haiwan terbiar untuk membantu memberi perlindungan & makanan pada haiwan haiwan yang memerlukan. Alang2 dah ada minat kat spesis kucing kan. Sebab yang minat je boleh menjebakkan diri dalam aktiviti macam ni. Kalau tak minat macam mana nak datang rasa sayang & simpati tu kan.. Nampak kucing pun dia dah lari katanya.
Tapi tu la.. pencinta dengan peminat kucing ni tak sama. Yang minat kucing normally minat mereka lebih kepada kucing2 yang cantik2 & unik & mahal berbanding pencinta haiwan.. Mereka lebih kepada menyelamatkan haiwan. Bukan semata mata nak bela sebab hobi tapi atas dasar tanggungjawab sebagai manusia kepada makhluk lain. So tak boleh nak paksa kalau orang tak berminat nak buat kan.. Tapi komen aku tu sekadar bertanya. Almaklum la aku suka follow aktivis penyelamat haiwan ni. Aku tahu masalah utama mereka adalah dana untuk menyelamatkan haiwan & tempat untuk menempatkan haiwan haiwan yang di selamatkan. Kebanyakkan mereka bukan dari golongan kaya tapi tetap berusaha mencari dana sendiri. Jadi kalau ada penglibatkan di kalangan orang2 koprat & jutawan macam Dato Aliff Syukri ni rasanya boleh meringankan beban mereka. Tapi komen aku tu sekadar bertanya tak sangka yang touching lebih2 penyokong dia. Padahal Dato Aliff Syukri sepatah pun tak kata apa apa. hahaha
Ok dah tak larat nak printscreen komen2 kat komen aku tu.
Kita orang kebanyakkan ni nak beli kucing RM30K rasa macam mustahil sangat la. Kadang2 hujung bulan tinggal RM20 je sementara nak tunggu next gaji kan? Tapi jangan ingat RM20 tak boleh dapat barang ala2 RM30K katanya. Boleh.. Tapi kena tau caranya. So, berapa pun pendapatan kita sebenarnya kita boleh enjoy je kalau kita tahu cara menggunakan duit mengikut kemampuan.
Apapun tahniah Dato Aliff Syukri berjaya beli kucing RM30K.. Yelah.. apa dia beli dengan usaha keras dia. Aku pun tak pertikai.. cuma sekadar bertanya tak minat ke dengan stray cats. Kalau minat mungkin Dato Aliff boleh taja satu rumah kebajikan untuk kucing jalanan ni. Dia kan mampu kalau dia nak buat la. Kalau dia tak nak buat pun tu hak dia kita tak boleh cakap apa. Memang mustahil dapat menempatkan semua kucing2 jalanan di tempat perlindungan at least masih ada juga yang mampu di selamatkan & di beri penempatan yang baik. Insya Allah, perbuatan yang baik mendapat ganjaran yang baik juga dari Allah. Berapa banyak pahala tu kalau tanya aku memang aku sendiri tak tahu.. Tapi kita pun di ajar dari kecik banyak benda baik kita buat banyak pahala kita dapat. ye dak.