BAS ANTI RUSUHAN JDT DI LENGKAPI CCTV & PENGHADANG BESI
Pemain bola sepak sekarang ni pun dah di kawal ketat & rapi mengalahkan Almarhum TGNA. Aku tengok dulu TGNA ni hidup dia takde pun di apit bodyguard berbanding menteri2 besar lain. Kalau tak buat salah dengan orang apa nak takut ye dak? Mohon perlindungan dengan Allah je.. Insya Allah.. Allah sebaik baik pelindung.
Dengan kewujudan bas anti rusuhan macam ni jelas la mengambarkan tahap fanatik & obses penyokong & peminat bola sepak kat Malaysia ni dah di tahap bahaya & ganas jugak la. Dulu mana ada bas anti rusuhan yang lengkap dengan ciri keselamatan macam ni. Nak tengok bola sekarang pun dah macam nak pergi berperang gamaknya.
Tak mustahil tak lama lagi nak pergi menonton perlawanan bola kat stadium pun kena pakai perisai, baju kalis peluru bagai. Tengok game pun depa punya emosional dah macam tengok wrestling. Orang tengok wrestling yang ganas macam tu pun tak seganas penyokong bola sepak sekarang ni.
So, aktiviti menonton bola sepak di stadium dah tak boleh di jadikan aktiviti keluarga sebab tak sesuai dah untuk bawa budak2 atau kaum wanita. Sekarang ni asal ada perlawanan bola sikit sangat la yang tak berlaku rusuhan atau pergaduhan di kalangan penyokong. Jadi para mak bapak sekalian sila ambil langkah pencegahan awal. Jangan sampai anak hangpa jadi bola pulak.
** yang suka makan KFC Masak Merah Rice Wrap kena tahu pasal ni >> KFC Masak Merah Rice Wrap #hotspicy <<
Ada terbaca gak tadi dalam web JDT.. Kena ambil langkah keselamatan nampaknya...
ReplyDeletehaha!!>.betul tu...peminat bola ni kekadang terlalu fanatik sangat..kang dari bola sepak dah jadi bola ragbi pulak..
ReplyDeleteDahsyat JDT ni menjaga keselamatan pemain mereka kan...
ReplyDelete