Showing posts with label rusuhan. Show all posts

INI DI JANGKA BERLAKU JIKA UNDANG UNDANG MALAYSIA DI MANSUHKAN

INI DI JANGKA BERLAKU JIKA UNDANG UNDANG MALAYSIA DI MANSUHKAN. Manusia kebanyakkan memang tak suka ikut peraturan tapi ramai yang suka buat peraturan sendiri. Contoh yang tengah viral sekarang.. Rules bawa anak pergi beraya rumah orang. Tu tak boleh ni tak boleh sampai nak makan pun ada protokol. Kena ambil sayur dulu katanya.. Dia punya rules aku rasa kalau dia jiran aku pun aku tak ingin nak datang beraya rumah dia.


Itulah perangai manusia walaupun dia tak suka sangat follow undang undang tapi dia nak jugak orang follow rules dia. Manusia memang tak takut dengan undang2 manusia lain buat.. Buktinya walaupun dah di kuatkuasa pemandu yang degil guna lorong kecemesan akan di dakwa terus ke mahkamah aku tengok haritu bersepah juga orang guna lorong kecemasan. Manusia tetap la manusia.. Even kau ketatkan undang - undang hukuman gantung sampai mati untuk semua kesalahan kecil atau besar tetap manusia akan langgar peraturan.

Tu negara masih kuatkuasakan undang - undang. Bayangkan kalau kat Malaysia di mansuhkan undang undang. Tak payah lama.. 24 jam cukup negara tanpa undang undang. Korang bayangkan apa yang akan berlaku. Confirm mesti ada berlaku kes kes macam ni >> Ni Yang Akan Berlaku Jika Undang Undang Di Mansuhkan <<

Kita manusia.. Undang2 Tuhan pun kebanyakkan dari kita tak hirau apatah lagi undang2 yang di buat manusia. Undang2 pun kadang2 untuk kepentingan pihak tertentu tu orang jadi degil & tak takut nak langgar. Sekarang ni pun kita boleh tengok banyak undang undang yang di kuatkuasakan untuk menjaga kepentingan pihak pihak tertentu so orang semakin hilang respect kepada rukun negara yang ke 4 iatu kedaulatan undang undang jika undang2 pun berat sebelah & boleh di beli.

BAS ANTI RUSUHAN JDT DI LENGKAPI CCTV & PENGHADANG BESI

BAS ANTI RUSUHAN JDT DI LENGKAPI CCTV & PENGHADANG BESI. Terbaca kat satu blog ni, rasanya dia pun cedok artikel berita jugak. Katanya JDT (Johor) dah ada bas yang lengkap dengan ciri2 keselamatan untuk menghadapi jika berlaku rusuhan. Siap ada cctv, jaring boleh lentur di kesemua cermin bas & penghadang besi. Mungkin untuk menghalang dari jika di baling dengan objek2 keras kearah bas yang membawa pemain & jurulatih pasukan.


Pemain bola sepak sekarang ni pun dah di kawal ketat & rapi mengalahkan Almarhum TGNA. Aku tengok dulu TGNA ni hidup dia takde pun di apit bodyguard berbanding menteri2 besar lain. Kalau tak buat salah dengan orang apa nak takut ye dak? Mohon perlindungan dengan Allah je.. Insya Allah.. Allah sebaik baik pelindung.

Dengan kewujudan bas anti rusuhan macam ni jelas la mengambarkan tahap fanatik & obses penyokong & peminat bola sepak kat Malaysia ni dah di tahap bahaya & ganas jugak la. Dulu mana ada bas anti rusuhan yang lengkap dengan ciri keselamatan macam ni. Nak tengok bola sekarang pun dah macam nak pergi berperang gamaknya.

Tak mustahil tak lama lagi nak pergi menonton perlawanan bola kat stadium pun kena pakai perisai, baju kalis peluru bagai. Tengok game pun depa punya emosional dah macam tengok wrestling. Orang tengok wrestling yang ganas macam tu pun tak seganas penyokong bola sepak sekarang ni.

So, aktiviti menonton bola sepak di stadium dah tak boleh di jadikan aktiviti keluarga sebab tak sesuai dah untuk bawa budak2 atau kaum wanita. Sekarang ni asal ada perlawanan bola sikit sangat la yang tak berlaku rusuhan atau pergaduhan di kalangan penyokong. Jadi para mak bapak sekalian sila ambil langkah pencegahan awal. Jangan sampai anak hangpa jadi bola pulak.

** yang suka makan KFC Masak Merah Rice Wrap kena tahu pasal ni >> KFC Masak Merah Rice Wrap #hotspicy <<

AWAS,BAHAYA BAWAK BUDAK TENGOK BOLA KAT STADIUM

Aku ni bukan peminat bola jadi memang la aku kurang ambil tahu pasal bola apatah lagi pemain2 hensem bola sepak dalam & luar negara. Kadang kadang just baca update kat FB jer.. sapa menang sapa kalah. Atau baca berita2 online apa yang berlaku di stadium perlawanan bola.


Pendapat aku ni bukan sebab aku bukan peminat bola tapi aku rasa ada beberapa sebab bahaya bawak budak2 kecik pergi stadium yang bersesak dengan ramai orang tengok bola. Kita sedia maklum.. Peminat2 bola sekarang tengok bola macam pergi berperang. Tak puas hati mengamuk macam orang kena histeria. Bila sorang mula.. yang lain jadi pinggan tambah. Berkemungkinan mampu menyebabkan pergaduhan antara penyokong. Bayangkan tengah kelam kabut orang merusuh kat stadium sebab tak puas hati.. korang bawak budak2 kecik.. 2 3 tahun.. atau budak 10 tahun kebawah yang tak berapa pandai protect diri sendiri. Bawak pulak anak lebih dari 2 orang tengok bola. Time kelam kabut macam tu.. boleh mendatangkan macam macam bahaya kat anak korang.

Lagi satu tempat sesak macam tu orang suka sangat berebut2. Tak kira la nak beli tiket.. nak masuk stadium. Berhimpit2 mungkin buat anak korang berisiko terjatuh, dipijak orang atau sesak nafas.

Pepatah ada kata.. Malang tak berbau & nasib kita tak tahu baik ke tidak even selama kita dok pi tengok bola bawak anak tak pernah jadi perkara2 tak elok lagi tapi ingatlah satu slogan ni.. Mencegah itu lebih baik dari merawati. Tak perlu tunggu jadi perkara buruk dulu baru reti nak serik takut kalau sesuatu berlaku akan buat kita menyesal seumur hidup & memberi kesan pada masa depan anak2 kita. Jadi renung renungkanlah...


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com